Makan semua. yum, yum, yum.
Dia suka sarapan pagi dengan roti canai, nasi lemak, nasi goreng, macaroni atau apa-apa saja yang membuatkan perutnya gembira. Tengahari pula dia akan menjamu perutnya dengan nasi dengan lauk-pauk di kafe kolejnya yang terkenal dengan makanan berlemak dan berminyak. Begitu juga dengan makan malam, pasti dia akan mengajak kawan-kawan sekelas iaitu Nadia, Fatin, Kak Raudah, Azril, Siti Sifir dan Firul.
Jika dilihat dia sama seperti manusia lain. Orang lain juga makan pagi, tengahari dan malam. Namun selain tiga sesi makan, dia turut menambahkan lagi dua menu makanan tambahan setiap sesi. Selepas sarapan dan bersendawa kekenyangan, dia masih mampu untuk makan kek coklat yang dibawa oleh Kak Raudah. Dia masih larat memasukkan roti yang diberikan oleh Fatin selepas dia bersarapan berat dan makan kek coklat Kak Raudah.
Sama juga ketika makan tengahari. Ketika Azril cuba untuk berdiet, lebihan makanan Azril dimakan oleh Rozita.
Makan malam pula, selain menghabiskan makanan semua orang, dia turut memesan makanan dengan banyak.
Kegemaran Rozita untuk makan tidaklah dilihat sesuatu yang menghairankan oleh semua orang. Cuma satu hal saja.
"Macam mana kau boleh kekal kurus?" Azril bertanya.
"Adalah. Rahsia," Rozita menjawab dengan senyuman.
Ramai yang dengki dengan kekurusan Rozita. Ada yang menuduhnya muntah selepas makan, namun itu mustahil kerana dia jarang ke tandas. Banyak kali soalan ditanyakan kepada Rozita bagaimana dia kurus setelah dia makan seperti tidak ingat dunia. Tambahan pula ketika dia mula-mula belajar di kolej ini, dia tidaklah makan begitu banyak dan dia tidak begitu berahsia tentang dirinya.
Suatu malam selepas pulang dari makan malam bersama kawan-kawan, Rozita sampai ke rumah dengan perut berbunyi. Dia masih lapar. Dia membuka peti dan mengeluarkan seekor ayam mentah.
Ayam mentah itu diratahnya lahap atas sofa rumah.
"Tuan tahu tak hari ni ada ramai lagi bertanya kenapa aku kurus dan cantik walaupun aku makan banyak"
Sebelah sofa terdapat mayat reput, dipenuhi ulat dan tangan mayat tersebut mempunyai rantai yang mempunyai tanda nama "Rozita"
29 comments:
adehh..xpaham..
miss_neeya : Klue dia, she's not human ;)
oh..ok2..da paham... :))
dis is creepy..
miss_neeya : Nasib u faham hohohoo
mynshazmin : Can u guess what she is??? ;)
h o n e y : Most of stories are consider pelik...
kecuali cite kanak2 ar ;)
asrul.... mcm mana u boleh kawan dgn dia...
takut nanti bila tak ada ayam u yg di makannye.....
CuteOven : Eh, ni bukan cite i..hahaha
seawalnya aku da tau dia antuuu...
salam,
novel kah ni?
macam Saka Jentayu versi 'Saka Rozita'..hehe
hoh!
haha dah follow..ironman ker?
ksimpulannya, jgn cari pendamping
ooo.. dah jadi momoklah ye rozita tu.. sebab terlalu kenyang..
CintaZulaikha : Tapi antu apakah die? jeng jeng jeng
Gentleman Frog : TAk ar, siri pendek Urban Legend
Mr.IX : owh ye ke? tak tahu lak ada cite saka tu...hohohoo
Lulu caldina : PE yg hoh ye tu? ;)
bella nabila : I am Aiyenmen versi cute ;)
So Shy Lady : Tol tu, cari duit sudeh..hohoohoo
aishah aka rAtU KeBayA : Satu kesimpulan lain yg bagus ;)
Asrul..
Ko ni sajer je buat citer-citer mistik ni sebab nak suh akak takut kan ? Menci menci
Suara Kalbu : Hahaha, cuba2 wat cite seram kak ;)
sini antu sana antu.. ish ish ish.. nk lwn citer khurafat eh.. heheh
mynshazmin : Hahahaa, i antu versi sopan ;)
Aku ingat ini cerita kosong.. Tupanya ada misteri di hujungnya..
Tiba² teringat kat drama yang ada jalan cerita simple tapi misteri macam ni.. huhu
bedebar debar aku baca ayat last tu. hiii..sib baik aku baca kat ofis.
Post a Comment