Sunday, January 2, 2011

Kanak-Kanak dan Kawan-Kawan

Merindui kawan baik saya, Shikin T_T

Mood : Gembira

Tahun lepas diakhiri dengan baik. Artikel dapat terbit, dapat habiskan projek tahun akhir dengan tenang dan berjumpa dengan "Orang itu" beberapa jam sebelum tahun baru.

Awal tahun walaupun agak perlahan, tetapi masih dengan beberapa berita gembira. Saya kembali dengan menghasilkan karya kanak-kanak setelah beberapa bulan meninggalkannya untuk memasuki "dunia dewasa".

Karya kanak-kanak pertama yang diterbitkan pada tahun ini, ada dalam majalah Dewan Pelajar, Januari 2011. Sebuah cerita rakyat Rusia berjudul Ivan dan Musang.

Dan juga buat kali pertama, puisi saya diterbitkan dalam Dewan Siswa pada bulan ini. Agak bangga kerana sebelum ini tidak pernah tersiar disebabkan saya tidak pandai dan tidak suka dengan penulisan puisi. Saya bukan Nicolas Saputra dalam Ada Apa Dengan Cinta. lol.

Berita yang paling buat saya gembira adalah dapat berhubung kembali dengan dua kawan baik saya yang telah lama menghilang iaitu Zaki dan Shikin. Sudah bertahun tanpa sebarang khabar.

Saya juga teruja apabila melihat "Orang itu" gembira mengambil gambar-gambar indah...

p/s : Cerita cinta "Jangan Lepaskan Dia Pergi" adalah genre Sci-Fi.

9 comments:

LURZAN TAZA LIMAJ said...

syabash bete syabash ;-D

Asrul "iLham" Sany said...

NAZRUL AZAT : Cam ayat sama je ni. hahahhaa

Asrul "iLham" Sany said...

Afzainizam : Selamat tahun baru, dude ;)

Anonymous said...

Salam...thanks folling my blog
Wah...hebatnya kamu berkarya sampai masuk majalah dewan pelajar...tahniah! Selamat tahun baru 2011...(^^,)

memyn said...

tahniah.. zaman kanak2 dulu dewan pelajar majalah kesukaan.. sampai skrg pun bace jgk..maklumlah stuck in dunia kanak2.. terus2 menulis.. all d best

Asrul "iLham" Sany said...

►AdamXis◄ : Thanks sebab sudi singgah ya... ;)

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : Awal tahun lepas byk keluar kat dewan pelajar, tapi tinggal kejap untuk tulis artikel2 untuk dewan siswa.

sekarang nak mula balik ;)

thanks ya...

CintaZulaikha said...

ko jpa shikin ke agie, kat ner? Zaki pon..huhu. bestnyer klu dpt jpa..mak aihh besonyer pic ekin..pic bla nih?? sgt suka..

Asrul "iLham" Sany said...

CintaZulaikha : Dia sms aku daa...
next two week baru dia free, harap2 leh jumpa ar, rindu dowh kat dia... T_T

Followers