Monday, November 22, 2010

Sekolah Rendah

Kalau dipaksa memilih antara kembali pada zaman sekolah rendah atau mati, saya lebih rela pilih mati.

Perkara yang paling menakutkan sepanjang saya hidup adalah sekolah rendah.

Kenapa:
1. Saya dilabelkan sebagai murid paling bodoh
2. Ramai pembuli (yang anehnya mahu berbaik dengan saya ketika bertemu dengan mereka baru-baru ini)
3. Cikgu kelas yang bernama Cikgu Y yang tak ambil peduli masa saya cakap kat mereka pasal pembuli2 di atas, dan malahan menyokong perbuatan buli pembuli2 bedebah itu. (saya harap cikgu tersebut sedar betapa saya masih bencikan beliau)

Memandangkan kes buli kronik sehingga membawa kepada kes bunuh diri dapat sedarkan pembuli2 bahawa mereka adalah makhluk Tuhan paling TERUK dan KEJI di dunia ini.

Dan saya berharap cikgu2 lebih ambil perhatian kepada mereka yang dibuli. Jangan jadi cikgu semata-mata mak bapak anda suruh anda jadi cikgu. Jangan salahkan pelajar kalau mereka pulak jadi pembuli cikgu2.

For some reasons, I'm still not happy and hope not to be too bitter.

Followers