Sunday, January 30, 2011

Hari Minggu

Antara perkara menarik berlaku pada hari minggu ni:

1. Kawan belanja tengok Green Hornet 3D (Terima kasih ya, Nik. Belanja le I lagi)
2. Perempuan cubit punggung saya masa dalam komuter (awek sekarang agressif)
3. Dapat kerja baru, yeay
4. Ketagih makan sup (sebab ada jambu baru kerja kat sana)
5. Preorder action figure Thor (kopak rm468)
6. Dapat siapkan artikel sebelum balik kampung
7. Dapat jumpa ramai orang yang comel
8. Akhirnya dapat dengar lagu-lagu sedih tanpa ingatkan 'Orang Itu'

p/s : saya suka Seth Rogen. Beliau sangat-sangat LAWAK.

Friday, January 28, 2011

Jumaat

saya nak ngorat abang boleh???

Masa : Tengah tunggu Jumaat
Lokasi : Kedai buku

Meeting habis awal, jadi saya ambil masa untuk melepak di sebuah kedai buku. Saya belek-belek majalah Harper's Bazaar Feb (Cover akak Nicole).

Belek punya belek, datang seseorang di bahagian novel (sebelah majalah). Dia ambil sebuah novel karya Ramlee Awang Murshid.

Muka, cute. Badan, mantap. Senyuman dia, ah, saya tergoda. Saya senyum dekat dia. Dia senyum balik kat saya. Ah, ada respon. Boleh mulakan langkah.

Saya letak majalah dan berpura-pura untuk cari novel. Saya ambil novel sama macam dia. Sesi flirting bermula. Nasib baiklah saya ada baca beberapa novel Ramlee sebelum ni. Ada modal untuk borak.

Sudahlah dia sangat comel, badan menarik tambah pula dengan suka membaca. Lucky for me. Someone hot with a brain.

Semua berjalan dengan baik, dan saya hampir bagi nombor saya kat dia. Muncul seorang pelajar berpakaian sekolah menengah menepuk orang yang saya rasa sempurna itu.

"Cis, ko ponteng sekolah!" jerit kawannya.

Saya senyum dan lari A.S.A.P.

Sekali budak sekolah daa... Ingatkan sebaya atau lebih tua dari saya.


Saya Cantik Tapi Saya Tak Bodoh

Kristen sangat cantik

Masa tengah tunggu kawan datang ke Berjaya Times Square, lepak-lepak kejap kat Border.

Tengah baca novel The Girl with Dragon Tattoo (sebuah novel politik yang agak menarik btw), seorang kakak office datang, ambik majalah Vogue dan baca dengan penuh khusyuk. Pakai office attire biasa, tapi baca Vogue tuu, Cover Kristen Stewart.

Saya ambil dan cuba baca Vogue. Apa yang menarik sangat pasal majalah penuh dengan perempuan-perempuan kurus kering ni???

Saya ingatkan Vogue hanya pasal pakaian etc, itu je. Tapi tak sangka ada beberapa artikel yang menarik.

Suka artikel pasal artist Francesco Vezzoli, dan pasal pencipta south park di Broadway.

Rupanya majalah 'cantik' tak 'sebodoh' yang saya sangka.

p/s : berminat untuk baca majalah ni lagi, walaupun saya takkan habiskan rm19 untuk majalah sebegini. Baca di kedai saja, percuma.

p/s/s : ada sesiapa mahu berborak pasal apa-apa saja di ym , di facebook atau twitter? add saya : ilhamology@yahoo.com

Wednesday, January 26, 2011

Kekawan Baru


Tengah mencari kawan-kawan baru untuk:

1. Wall climbing (tak pandai dan ternah cuba tapi teringin nak cuba)
2. Bowling (baru cuba main, best)
3. Tengok wayang (movies buddy tengah sibuk sem ni)
4. Gym (mau bersenam dengan lebih rajin)
5. Buku atau apa-apa ulasan bertulis dan non fiction (mau tukar-tukar pendapat)
6. Boleh boleh ajar saya twitter
7. Pandai buat lawak (sebab saya suka gelak. hahaha)

atau apa-apa jenis kawan yang baik. Amin

Tuesday, January 25, 2011

BAB1

ko cam babi!

Tekanan!

Mau balik kampung!

Rindu kat ayah dan mak!

Benci kat semua kawan yang sebenarnya musuh!

FUCK u!

Bye bye semua!

The End

see you again soon

Semua siri saya iaitu Urban Legend dan Chick Lit akan dihentikan dalam blog ini.

Episod terakhir musim pertama Urban Legend dan episod 3 siri F.A.K.E akan diteruskan melalui blog terbaru.

Blog kolaborasi dengan kawan baik dan rakan penulis iaitu Siti Nazariah.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca dan beri komen terhadap dua siri tersebut.

Harap masa blog terbaru muncul, dapat beri sokongan ya.

Monday, January 24, 2011

Ahad


Saya nak badan cam abang merah sebelah saya tu. terbaik...


Setelah dua minggu rasa cam hampagas, akhirnya hari ini saya sangat gembira.

Semuanya disebabkan kawan baik saya.

Hampir setahun lebih kami tak berjumpa dan akhirnya setelah berapa kali batal, kami jumpa.

Dengan dia, saya rasa the world of possibilities are endless.

Harap dapat jumpa dia lagi untuk main bowling, borak-borak and have this awesome non-date thing.

Mahu cari lebih ramai kawan lagi yang best macam dia.

p/s : OMG, saya dah ada 102 followers.

Saturday, January 22, 2011

Owh, Sayang

Owh, sopannya Fasha, saya suka.

Antara dialog klise yang saya dengar sejak saya single.

B : Aku dengar ko single skrg. Boleh ar aku kenalkan ko dengan kawan-kawan aku. Ko suka yang cam ne?

A : blablabla (terpaksa disensor)

B : Memilih tol ko ni.


A : Dah sapa suruh ko tanya???


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi hendak carikan kesayangan baru untuk saya. Saya belum bersedia untuk jadi Couple Set.

Dari carikan jodoh untuk saya, baik le tolong saya cari kerja. Dapat gaji leh saya belanja. Betul tak?

Hari Sabtu

Mood : Gembira (Sikit)

Walaupun masih gemuk, tapi akhirnya dapat muat skinny jeans saiz 32. Yeay!

Mahu berusaha untuk jadi kurus lagi. Saiz 30 lak.

Selamat berhari minggu semua.

p/s : tukar menu sup ke jus betik setiap hari.

p/s/s : Tidak terlalu obses untuk kurus seperti yang lepas, walaupun agak sensitif dengan perkataan GEMUK. lol

Friday, January 21, 2011

Perkara-Perkara Penting Bulan Feb dan Mac

Ni le bakal figura aksi yang bakal saya beli, Hot Toys' DX Indiana Jones a.k.a bakal anak saya. Untuk tengok koleksi anak-anak saya, sila berkunjung ke iLhamology's Toys.

Berikut adalah perkara-perkara penting bagi saya pada bulan depan dan Mac

1. Balik kg dan tolong majlis kahwin kakak saya. Dia kahwin pada 4/2/11 (Tak sabar nak jadi unkle walaupun kakak baru je menunggu masa untuk bergelar bini orang)

2. Hantar adik saya praktikal di Ipoh. Rindu kat bandar Ipoh, roti bakar special dan free wifi seluruh bandar.

3. Cari lebih banyak kerja freelance untuk beli figura aksi Indiana Jones, Jack Sparrow,Jakesully & Neytiri from Avatar, Resident Evil, Green Lantern, Thor dan Captain America (sekor-sekor rm5oo. Tak mengapa, demi menemani 'anak-anak' tercinta dalam lemari)

4. Cerita kanak-kanak saya keluar kat majalah lagi (rezeki anak-anak)

6. Mahu cari kerja tetap (bosan asyik duduk kat rumah je, menaip) selama setahun atau dua sebelum sambung Master (Jadi Dr. Asrul Sany best gak ni)

7. Siapkan novel dengan Siti Nazariah dan Nada Haifaa (dua-dua kaki games kat facebook)

8. Keluar rumah dengan lebih kerap (cuci mata)

9. Bercuti dengan adik saya (Nasib baiklah dia cam tahu je abang dia tengah frust)

10. Belajar guna twitter

11. Lupakan "Orang Itu" dan berharapkan dia sentiasa sihat, gembira dan disayangi oleh Allah. Amin.

p/s : Kehidupan sangat2 teruk, tapi saya cuba untuk berfikiran positif. Sekurang-kurang Malaysia masih sebuah negara yang aman. Amin.

p/s/s : Saya mahu buat blog F.A.K.E khas untuk pembaca2 yang diundang sahaja. Ada sesiapa mahu saya undang jadi pembaca?

Bersiri

Update untuk siri-siri cerita dalam blog ini:

Urban Legend : Ada satu lagi cerita pasal seorang lelaki bernama Firul untuk musim pertama sebelum berehat sekejap dan sambung musim kedua

F.A.K.E : Saya tidak lagi akan update siri ini dalam blog ini, sebaliknya akan muncul satu blog khas, spinoff.

Cerita Sekolah : Siri terbaru yang menggantikan F.A.K.E

p/s : Without my stories, I'll dying of boredom.

Tuesday, January 18, 2011

Kurus

Nota : Cerita ini berlaku sebelum Azril jadi hantu


Makan semua. yum, yum, yum.

Dia suka sarapan pagi dengan roti canai, nasi lemak, nasi goreng, macaroni atau apa-apa saja yang membuatkan perutnya gembira. Tengahari pula dia akan menjamu perutnya dengan nasi dengan lauk-pauk di kafe kolejnya yang terkenal dengan makanan berlemak dan berminyak. Begitu juga dengan makan malam, pasti dia akan mengajak kawan-kawan sekelas iaitu Nadia, Fatin, Kak Raudah, Azril, Siti Sifir dan Firul.

Jika dilihat dia sama seperti manusia lain. Orang lain juga makan pagi, tengahari dan malam. Namun selain tiga sesi makan, dia turut menambahkan lagi dua menu makanan tambahan setiap sesi. Selepas sarapan dan bersendawa kekenyangan, dia masih mampu untuk makan kek coklat yang dibawa oleh Kak Raudah. Dia masih larat memasukkan roti yang diberikan oleh Fatin selepas dia bersarapan berat dan makan kek coklat Kak Raudah.

Sama juga ketika makan tengahari. Ketika Azril cuba untuk berdiet, lebihan makanan Azril dimakan oleh Rozita.

Makan malam pula, selain menghabiskan makanan semua orang, dia turut memesan makanan dengan banyak.

Kegemaran Rozita untuk makan tidaklah dilihat sesuatu yang menghairankan oleh semua orang. Cuma satu hal saja.

"Macam mana kau boleh kekal kurus?" Azril bertanya.

"Adalah. Rahsia," Rozita menjawab dengan senyuman.

Ramai yang dengki dengan kekurusan Rozita. Ada yang menuduhnya muntah selepas makan, namun itu mustahil kerana dia jarang ke tandas. Banyak kali soalan ditanyakan kepada Rozita bagaimana dia kurus setelah dia makan seperti tidak ingat dunia. Tambahan pula ketika dia mula-mula belajar di kolej ini, dia tidaklah makan begitu banyak dan dia tidak begitu berahsia tentang dirinya.

Suatu malam selepas pulang dari makan malam bersama kawan-kawan, Rozita sampai ke rumah dengan perut berbunyi. Dia masih lapar. Dia membuka peti dan mengeluarkan seekor ayam mentah.

Ayam mentah itu diratahnya lahap atas sofa rumah.

"Tuan tahu tak hari ni ada ramai lagi bertanya kenapa aku kurus dan cantik walaupun aku makan banyak"

Sebelah sofa terdapat mayat reput, dipenuhi ulat dan tangan mayat tersebut mempunyai rantai yang mempunyai tanda nama "Rozita"

Monday, January 17, 2011

Soup of the Day

Ni le soup of the day, Cayenne Pepper Chicken Soup with Carrot.

Sehari cuba Spider-Man diet.

Makan sup je. Lapar yang amat. Tapi akhirnya boleh bertahan. Yahoo.

Harap-harap kekal sampai hujung bulan ni dan bukan separuh jalan je.

Berusahalah, Asrul Sany! Mau bersenam ketika semua orang sedang zzz...

p/s : Esok mahu tukar menu sup, sosej dengan brokoli.

Sunday, January 16, 2011

Spider-Man

Spider-Man baru sangat seksi.

Entry lepas saya cakap pasal saya tak akan makan.

Itu sebenarnya hanyalah untuk wake up call saja. Saya masih makan, cuma makan yang sihat saja.

Dari hari ini hingga hujung bulan, saya akan makan sup yang ditukar-tukarkan isi kandungan setiap hari. Dan tambah dengan cayenne pepper dan lebihkan sayuran. Serta gantikan nasi dengan sushi.

No ice, or any sweet drink. More exercise too.

Saya panggil diet ini sebagai Spider-Man diet.

Fat Guy

Note to myself:

You're fat, so fat and useless,
STOP eating,
Start drinking tasteless drink
and add more time to do exercise.

And if you're still fat by end of this month,
Go fuck yourself and die.

Saturday, January 15, 2011

Talking to the Moon

Baru lepas hantar mak dan ayah ke LCCT.

Walaupun agak tensen sebab asyik dengar mak bebel suruh jadi lebih matang, kahwin dan dapat anak dengan cepat, saya tetap sayangkan mak saya.

Tetapi saya tetap tak nak kahwin.

Masa untuk mula berkerja selepas cuti seminggu. Banyak benda kena baca dan edit.

p/s : Tengah ketagih dengar lagu Bruno Mars terutamanya, Talking to the Moon. Lagu ini mengingatkan saya kepada seseorang yang rupanya seperti bulan ;)

p/s 2 : maaf ya, Siti Nazariah, saya akan selesaikan novel kolaborasi pada hari selesa ni.

Thursday, January 13, 2011

Untuk Orang Yang 'Bisu'

Entah kenapa dirimu diam,
Zaman-berazam kutunggu,
Adakah hatimu yang dalam,
Milikku atau hanya jadi batu?

Red Velvet Cake


Gambar dari Google,makan dengan cheese cream frosting memang terbaik

Baru habis tengok Top Chef Just Dessert. Teringat masa kecil mahu jadi pastry chef sebab saya suka makan dessert. Saya suka tolong mak saya buat dessert. Sebab itulah badan saya sangat-sangat gemuk masa kanak-kanak.

Masa high school, impian nak jadi pastry chef hilang sebab saya mahu kurus. Dari sebesar badak, saya jadi macam ranting sekejap dari tingkatan 1 hingga akhir diploma. Sekarang jadi gemuk kembali (dan dalam proses untuk kurus).

Masa di kampung minggu lepas, saya cuba buat kek. Tapi semua hancur. Kalau dulu senang nak buat apa-apa dessert, sekarang langsung clueless.

Dessert yang saya pandai dan masih boleh buat sampai sekarang hanyalah Red Velvet Cake. Dulu selalu buat kek ini masa Valentine's Day untuk family saya. Tahun ni sempena saya ada kat kampung masa V.Day, saya nak buat Red Velvet Cake, istimewa untuk mak dan ayah saya.


Wednesday, January 12, 2011

Highlight of the Day




Benda-Benda yang best berlaku pada saya hari ini

1. Dapat keputusan semester terakhir 3.25 (Yes, setiap semester dari diploma hingga ijazah tak pernah turun dari 3 pointer. Yahoo)

2. Dapat tawaran untuk hasilkan skrip pentas, komik dan koleksi cerpen untuk kanak-kanak. (Tahun ini mahu fokus menjadi penulis kanak-kanak yang disayangi oleh ibubapa kanak-kanak tersebut. hohoho)

3. Mak saya belanja tiga bar dark chocolate yang saya suka dan bagi mangkuk Ben 10 yang sangat comel.

4. Lagu baru Britney Spears, Hold It Against Me dapat didownload dan tak sabar nak tunggu album penuh beliau.

5. Kurang fikirkan pasal 'Orang Itu'

List yang tak cukup panjang, tapi satu permulaan untuk saya jadi gembira.

Want to be a workaholic, until I die alone.

Tuesday, January 11, 2011

Janus


Dewa Janus

Sekejap dia peramah. Sekejap dia pemarah. Itulah Siti Sifir. Mungkin pelajar-pelajar kolej lain tidak menyedari perubahan mood Siti Sifir. Namun teman-teman kelas yang lebih banyak menghabiskan masa dengannya tahu dengan perangainya itu. Mereka membuat kesimpulan sendiri mengapa perubahan mood itu berlaku.

Isnin : Mood kurang baik. Mungkin disebabkan dia kena bangun awal dan mukanya nampak penat.

Selasa : Mood ceria. Mungkin mendapat panggilan dari B tercinta.

Rabu : Mood buruk. Mungkin datang bulan agaknya.

Khamis : Mood gembira. Mungkin cek hasil kerjanya sudah sampai.

Jumaat : Mood marah. Mungkin tidak tahan dengan gurauan Azril dan Firul.

Sabtu dan Ahad : Misteri.

Sebab mengapa moodnya berubah yang sebenar, tidak diketahui oleh kawan-kawan sekelasnya. Mereka takut untuk bertanya kerana keberangkalian Siti Sifir melemparkan sandalnya ke arah mereka, agak tinggi jika moodnya tak betul. Antara teman sekelas yang paling ingin tahu mengapa perubahan mood Siti Sifir berlaku adalah Azril.

Azril suka menyakat Siti Sifir, kerana Azril suka melawak. Pada permulaan semester, mood buruk Siti Sifir tidak begitu ketara. Dia masih boleh menerima lawak bodoh Azirl. Tetapi apabila sampai pertengahan hinggah akhir semester, moodnya semakin buruk. Muka masam, cepat marah, sensitif dan semuanya yang 'menakutkan' berlaku.

Jika dulu, Azril tidak berpeluang untuk menyiasat apakah penyebab Siti Sifir berubah mood seperti lagu Katy Perry 'Hot and Cold', kini Azril sudah mendapat peluang. Azril tidak lagi menjadi manusia. Dia adalah hantu yang bebas untuk terbang ke mana-mana. Lantas, Azril sebagai hantu pergi ke kolejnya untuk melihat teman-teman yang pernah bersamanya dulu.

Waktu kelas tamat. Azril melihat Siti Sifir sedang bergaduh dengan Firul. Dia keluar dari kelas dengan muka marah.

Azril mengikut Siti Sifir pulang ke rumahnya.

"Cepat Kak Siti balik hari ni."

Kedengaran suara manja. Siti Sifir tidak menjawab. Azril masih mengikutnya dari belakang sambil mencari tuan empunya suara.

"Kak Siti, esok giliran saya ya pergi ke kolej," suara manja itu berkata.

Azril terkejut melihat ada dua Siti Sifir depannya. Seorang bermuka masam. Seorang lagi bermuka manis.

Oh ya, untuk tahu kenapa Azril boleh jadi hantu sila ke sini ya.

Thursday, January 6, 2011

Tempat Kerja

Saya kerja di rumah. Masih cuba untuk hidup sebagai penulis bebas untuk bulan Januari dan Februari. Walaupun saya tahu saya kena cari kerja tetap dalam bulan Mac ni sebelum saya mati dalam kebosanan dalam bilik. hahaha. Yang penting untuk saya bekerja adalah meja, kerusi, air mineral dan muzik. Apa pun, ni antara peneman-peneman saya waktu kerja.


Figura aksi hero feberet saya, Hellboy, 18", 'Orang Itu' pernah kata figura ini amat menakutkan, tapi saya suka.


Gambar seorang pelajar di kolej yang saya rasa sangat comel, tapi hanya itu saja. Tetap mahukan "Orang Itu". Gambarnya terpaksa dikaburkan, kang takut tuan empunya gambar marah. Gambar ini diletakkan bersama kotak-kotak permainan saya.

p/s : mahu berehat dari menulis untuk seketika, dan kembali dengan siri Urban Legend dan Cerita Cinta serta menghasilkan novel sulung saya mengenai heartless princess and a man who's a time traveler. Harap-harap 'Orang Itu' sudi baca novel saya kalau dah siap.

Je t'aime, 'Orang Itu'

Spécial pour quelqu'un qui sent si bon.
Je t'adore, mon parfait étranger.



Peut t vous voyez que je suis en amour avec vous, peu importe comment vous voulez aller loin de moi?

Je t'aime tellement ça fait mal.


Wednesday, January 5, 2011

Die.T

Sedang berusaha untuk kembali pakai skinny jeans saiz 32.

Gemuk. Perkataan yang paling banyak kali didengari oleh Azril sejak dia masuk semula ke kolej untuk Ijazah. Kawan-kawan sediplomanya terkejut melihat perubahan fizikalnya yang mendadak. Jika dulu, dia sangat kurus seperti ranting, sekarang dia gemuk seperti badak. Besar, kembang, montel dan sewaktu dengannya diberikan gelaran oleh kawan atau musuh diplomanya yang turut menyambung ijazah.

Oleh kerana tak tahan dengan ejekan kawan, musuh, pensyarah dan sebagainya, Azril mahu jadi kurus. Nasi, minuman berais, makanan berlemak, semua ditolak. Malahan dia juga langsung tidak makan. Hanya minum air kosong.

Aktiviti seharian ditambah dengan senaman. Dari sehari selama sepuluh minit, bertukar menjadi berjam-jam.

Tiga minggu telah berlalu. Kini, dia kurus. Malah, lebih 'rangka' dari badan ketika diploma.

Dia pergi ke kolej dengan bangga. Mesti semua akan kagum dan terkejut.

Namun, dia hairan kenapa tidak ada seorang pun yang pedulikan dirinya. Mengapa di kelas, kawan-kawan tidak melayan gurauannya.

Waktu kelas tamat. Hanya tinggal dia dan Nadia saja. Dia pelik mengapa gadis itu menangis, apabila melihat keratan suratkhabar.

Dia mendekati Nadia untuk bertanya. Puas dia memujuk, namun Nadia tetap menangis.

Dia terlihat keratan suratkhabar yang dipegang oleh Nadia.

PELAJAR MATI KERANA SENAMAN DAN DIET TIDAK SEIMBANG.

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

Tuesday, January 4, 2011

Puteri, Lelaki dan Orang Itu

Saya rasa wanita ini sangat cantik dan berharap nasibnya tidak seperti Lady D

Terima kasih atas respon-respon yang diberikan terhadap entry novel.

Saya telah mendapat idea untuk menulis sebuah kisah seorang lelaki mencari 'cinta' seorang puteri yang hilang. Puteri yang suatu ketika dulu seorang yang 'cintakan' lelaki itu, menjadi seorang yang dingin dan kejam setelah 'jiwa'nya dicuri.

Saya mengambil Kate Middleton sebagai inspirasi.

Walau apa pun saya terharu apabila melihat "Orang Itu" sangat rajin melawat blog saya, walaupun dia jarang memberikan komen. Agak terkejut kerana menyangkakan dia tak suka dengan blog saya.

Alangkah bagusnya jika "Orang Itu" jadi lebih berani dan bersedia untuk commit dengan saya disamping menjadi seorang anak yang baik kepada ibu, ayah dan kameranya. Saya berdoa dia akan terus gembira, dan jika jodoh panjang, saya...

Novel

Projek tahun akhir saya, Muzikal Manusia Burung, turut dalam proses adaptasi hybrid novel+pentas.

Untuk bulan 1-2, saya mahu habiskan masa dengan menghabiskan novel.

Setakat ini, ada dua novel kolaborasi dalam proses iaitu genre misteri dengan Siti Nazariah dan genre fantasi dengan Nada Haifaa.

Teringin juga untuk buat novel secara solo. Tetapi masih tiada idea dan kurang arif dalam sasaran khalayak. Saya hanya mahir dalam genre fantasi dan kanak-kanak saja. Ingin cuba genre lain.

Jika para pelawat diberikan pilihan (atau cadangan), apakah yang anda semua suruh saya hasilkan? Cerita cinta bersegi-segi? Cerita Sci-Fi? Seram? Cinta Orang Tua?

Sebagai bakal pembeli novel solo saya (cewah), ada sebarang cadangan untuk memujuk saudara/saudari bakal membeli novel saya? (Dari segi cerita, watak dan latar. Diskaun saya tak dapat tolong. lol)

p/s : Sesetengah cakap blog saya menggunakan ayat skema. Mungkin betul. Tetapi sebagai penulis, saya cuba elak guna bahasa pasar, walaupun teringin gunakan. hahahaha

Coklat + Vanila

Muffin coklat yang ditambah dengan sirap Coklat hershey, terbaekkk.

Kawan serumah bawa balik muffin coklat dan vanila dari Kenny Roger's.

Macam tau-tau je saya tengah sedih.

Sepanjang hari saya tak ada selera nak makan. Tapi apabila ada coklat dan vanila depan mata, seperti berkata:

"Eat me, bitch"

Lepas makan coklat dan vanila, rasa sedih semakin kurang. Tetapi, harus kena tambah lagi masa untuk bersenam. Sekarang mau bersenam naik-turun 17 tingkat pada tengah malam.

p/s : Ada sesiapa tahu macam mana nak padamkan word verification dalam bahagian komen?

Monday, January 3, 2011

Saya Mau Senyum diSebalik Topeng


Saya tak percaya pada azam, kerana ia sangat bodoh.

Ia bukan untuk saya, kerana saya jarang untuk committed selain dari penulisan dan...

Tetapi untuk tahun ini, azam saya adalah "untuk jadi lebih gembira".

T_T

Tengah malam. Rasa sedih dan seperti mahu menangis.

Lantas saya terus melakukan senaman turun-naik tangga flat rumah dari tingkat 1-17 sebanyak tiga kali.

Apa yang bagus mengenai senaman adalah apabila saya menangis, orang yang melihat akan sangka itu adalah peluh dari bersenam.

Walaupun lelaki juga boleh menangis, saya tak mahu orang tengok saya menangis.

Kenapa sesetengah perkara sangat rumit, walaupun ia sebenarnya boleh jadi ringkas dan gembira?

And, the worst part is there's no-one else to blame.

Sunday, January 2, 2011

Kanak-Kanak dan Kawan-Kawan

Merindui kawan baik saya, Shikin T_T

Mood : Gembira

Tahun lepas diakhiri dengan baik. Artikel dapat terbit, dapat habiskan projek tahun akhir dengan tenang dan berjumpa dengan "Orang itu" beberapa jam sebelum tahun baru.

Awal tahun walaupun agak perlahan, tetapi masih dengan beberapa berita gembira. Saya kembali dengan menghasilkan karya kanak-kanak setelah beberapa bulan meninggalkannya untuk memasuki "dunia dewasa".

Karya kanak-kanak pertama yang diterbitkan pada tahun ini, ada dalam majalah Dewan Pelajar, Januari 2011. Sebuah cerita rakyat Rusia berjudul Ivan dan Musang.

Dan juga buat kali pertama, puisi saya diterbitkan dalam Dewan Siswa pada bulan ini. Agak bangga kerana sebelum ini tidak pernah tersiar disebabkan saya tidak pandai dan tidak suka dengan penulisan puisi. Saya bukan Nicolas Saputra dalam Ada Apa Dengan Cinta. lol.

Berita yang paling buat saya gembira adalah dapat berhubung kembali dengan dua kawan baik saya yang telah lama menghilang iaitu Zaki dan Shikin. Sudah bertahun tanpa sebarang khabar.

Saya juga teruja apabila melihat "Orang itu" gembira mengambil gambar-gambar indah...

p/s : Cerita cinta "Jangan Lepaskan Dia Pergi" adalah genre Sci-Fi.

Jangan Lepaskan Dia Pergi

Ini adalah siri cinta yang cuba saya buat untuk tahun 2011, siri Urban Legend akan kembali semula. ;-)p

Gambar hiasan semata-mata

Lelaki bertopeng itu muncul ketika dia dalam perjalanan pulang dari kerja. Lelaki bertopeng itu muncul dengan tiba-tiba di belakang keretanya. Dia terkejut, tetapi tidak mungkin ada hantu pada waktu pagi. Lelaki bertopeng tidak menerangkan siapa dirinya dan hanya berkata,

"Jangan lepaskan dia pergi. Dia..."

Lelaki bertopeng itu hilang dengan tiba-tiba, sebelum sempat menghabiskan ayatnya. Siapa "dia" yang dimaksudkan? Persoalan itu timbul dan hilang sehingga dia sampai di rumahnya. Semuanya umpama mimpi. Dia baring atas katil, dan terus membuka sebuah laman sosial. Banyak sungguh komen yang diterima. Baru saja tadi dia menaip statusnya melalui telefon bimbit, sebelum kedatangan lelaki bertopeng itu.

"Dah sampai rumah?"

Mesej chat dari laman sosial tersebut muncul. Mesej dari "Orang itu". Dia malas melayannya. Dia membiarkan "Orang itu" menunggu untuk seketika. Dia blogwalking. Setelah hampir setengah jam, barulah jawapan diberikan kepada "Orang itu".

Mereka berbual untuk seketika. Dia malas melayan. Penat. Rimas. Lantas dia membalas "soalan-soalan" klise "Orang itu" dengan:

"Kalau u dapat cari yang lebih baik, lepaskan I lah"

Dia sendiri tak pasti mengapa jawapan itu diberikan. Mungkin dia penat, rimas. Masa untuk tidur setelah semalaman berkerja.

Dia bermimpi, "Orang itu" tersenyum dan berkata, "Selamat tinggal" dan badan "Orang itu" hancur seperti bom.

Dia terjaga dari tidurnya, dan mencari telefon bimbit untuk mengemas-kinikan status baru. Terdapat 30 panggilan tidak terjawab, dan ratusan sms. Berapa lama dia tidur tadi? Dia tertanya-tanya. Muncul lelaki bertopeng itu kembali. Lelaki bertopeng itu menyuruhnya menelefon "Orang itu", tetapi dia enggan. Dia mahu tahu siapakah lelaki bertopeng itu? Lelaki bertopeng membuka topengnya. Dia terkejut melihat wajah lelaki bertopeng. Seperti sebuah cermin di depannya, tetapi refleksinya sangat tua dan sedih.

Lelaki bertopeng merampas telefon bimbit darinya dan menangis.

"Semua sudah terlambat."

Lelaki bertopeng berkata dan menghilangkan diri. Telefon bimbit berbunyi kembali. Dia mengangkatnya.

Suara tangisan dapat didengari melalui luar biliknya.

Dia tidak tahu sudah berapa tahun dia korbankan. Berapa orang dipulaukan. Apa yang dia tahu adalah dia harus mencipta sebuah alat. Untuk kembali kepada zaman silam. Untuk menghalang dirinya dari melepaskan "Orang itu" pergi. Dia tidak mahu lagi "Orang itu" hilang untuk selama-lamanya.

Cerita ini diinspirasikan dari seorang teman, baca dan jangan tiru ya, saman kang. hahahaha

Saturday, January 1, 2011

01.01.11


Semalam beli cheese cake, dark chocolate, hot chocolate, pasta dan menonton "The Tourist" sebelum kedatangan tahun baru.

Apa yang saya betul-betul hendak untuk tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya adalah untuk "Orang itu" sentiasa sihat, gembira, dan ambil banyak gambar yang dapat memberikan inspirasi kepada orang lain dan dirinya sendiri.

Masa depan masih kabur dan jauh. Apa yang pasti, saya mahu menjadi orang tua berhati muda bersama dengan "Orang itu".

p/s : Tahun ini mahu cuba untuk buat siri temubual bersama kawan-kawan. Ada sesiapa yang sudi diinterview?

Followers