Showing posts with label Urban Legend. Show all posts
Showing posts with label Urban Legend. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Urban Legends

Koleksi Urban Legend lama yang saya buat pada awal kemunculan blog ini.


p/s : Siri ini diinspirasikan dari member-member masa belajar dulu.
p/s/s : Syrena akan jumpa awek cantik tapi ganasss... Guess who?

Friday, January 21, 2011

Bersiri

Update untuk siri-siri cerita dalam blog ini:

Urban Legend : Ada satu lagi cerita pasal seorang lelaki bernama Firul untuk musim pertama sebelum berehat sekejap dan sambung musim kedua

F.A.K.E : Saya tidak lagi akan update siri ini dalam blog ini, sebaliknya akan muncul satu blog khas, spinoff.

Cerita Sekolah : Siri terbaru yang menggantikan F.A.K.E

p/s : Without my stories, I'll dying of boredom.

Tuesday, January 18, 2011

Kurus

Nota : Cerita ini berlaku sebelum Azril jadi hantu


Makan semua. yum, yum, yum.

Dia suka sarapan pagi dengan roti canai, nasi lemak, nasi goreng, macaroni atau apa-apa saja yang membuatkan perutnya gembira. Tengahari pula dia akan menjamu perutnya dengan nasi dengan lauk-pauk di kafe kolejnya yang terkenal dengan makanan berlemak dan berminyak. Begitu juga dengan makan malam, pasti dia akan mengajak kawan-kawan sekelas iaitu Nadia, Fatin, Kak Raudah, Azril, Siti Sifir dan Firul.

Jika dilihat dia sama seperti manusia lain. Orang lain juga makan pagi, tengahari dan malam. Namun selain tiga sesi makan, dia turut menambahkan lagi dua menu makanan tambahan setiap sesi. Selepas sarapan dan bersendawa kekenyangan, dia masih mampu untuk makan kek coklat yang dibawa oleh Kak Raudah. Dia masih larat memasukkan roti yang diberikan oleh Fatin selepas dia bersarapan berat dan makan kek coklat Kak Raudah.

Sama juga ketika makan tengahari. Ketika Azril cuba untuk berdiet, lebihan makanan Azril dimakan oleh Rozita.

Makan malam pula, selain menghabiskan makanan semua orang, dia turut memesan makanan dengan banyak.

Kegemaran Rozita untuk makan tidaklah dilihat sesuatu yang menghairankan oleh semua orang. Cuma satu hal saja.

"Macam mana kau boleh kekal kurus?" Azril bertanya.

"Adalah. Rahsia," Rozita menjawab dengan senyuman.

Ramai yang dengki dengan kekurusan Rozita. Ada yang menuduhnya muntah selepas makan, namun itu mustahil kerana dia jarang ke tandas. Banyak kali soalan ditanyakan kepada Rozita bagaimana dia kurus setelah dia makan seperti tidak ingat dunia. Tambahan pula ketika dia mula-mula belajar di kolej ini, dia tidaklah makan begitu banyak dan dia tidak begitu berahsia tentang dirinya.

Suatu malam selepas pulang dari makan malam bersama kawan-kawan, Rozita sampai ke rumah dengan perut berbunyi. Dia masih lapar. Dia membuka peti dan mengeluarkan seekor ayam mentah.

Ayam mentah itu diratahnya lahap atas sofa rumah.

"Tuan tahu tak hari ni ada ramai lagi bertanya kenapa aku kurus dan cantik walaupun aku makan banyak"

Sebelah sofa terdapat mayat reput, dipenuhi ulat dan tangan mayat tersebut mempunyai rantai yang mempunyai tanda nama "Rozita"

Tuesday, January 11, 2011

Janus


Dewa Janus

Sekejap dia peramah. Sekejap dia pemarah. Itulah Siti Sifir. Mungkin pelajar-pelajar kolej lain tidak menyedari perubahan mood Siti Sifir. Namun teman-teman kelas yang lebih banyak menghabiskan masa dengannya tahu dengan perangainya itu. Mereka membuat kesimpulan sendiri mengapa perubahan mood itu berlaku.

Isnin : Mood kurang baik. Mungkin disebabkan dia kena bangun awal dan mukanya nampak penat.

Selasa : Mood ceria. Mungkin mendapat panggilan dari B tercinta.

Rabu : Mood buruk. Mungkin datang bulan agaknya.

Khamis : Mood gembira. Mungkin cek hasil kerjanya sudah sampai.

Jumaat : Mood marah. Mungkin tidak tahan dengan gurauan Azril dan Firul.

Sabtu dan Ahad : Misteri.

Sebab mengapa moodnya berubah yang sebenar, tidak diketahui oleh kawan-kawan sekelasnya. Mereka takut untuk bertanya kerana keberangkalian Siti Sifir melemparkan sandalnya ke arah mereka, agak tinggi jika moodnya tak betul. Antara teman sekelas yang paling ingin tahu mengapa perubahan mood Siti Sifir berlaku adalah Azril.

Azril suka menyakat Siti Sifir, kerana Azril suka melawak. Pada permulaan semester, mood buruk Siti Sifir tidak begitu ketara. Dia masih boleh menerima lawak bodoh Azirl. Tetapi apabila sampai pertengahan hinggah akhir semester, moodnya semakin buruk. Muka masam, cepat marah, sensitif dan semuanya yang 'menakutkan' berlaku.

Jika dulu, Azril tidak berpeluang untuk menyiasat apakah penyebab Siti Sifir berubah mood seperti lagu Katy Perry 'Hot and Cold', kini Azril sudah mendapat peluang. Azril tidak lagi menjadi manusia. Dia adalah hantu yang bebas untuk terbang ke mana-mana. Lantas, Azril sebagai hantu pergi ke kolejnya untuk melihat teman-teman yang pernah bersamanya dulu.

Waktu kelas tamat. Azril melihat Siti Sifir sedang bergaduh dengan Firul. Dia keluar dari kelas dengan muka marah.

Azril mengikut Siti Sifir pulang ke rumahnya.

"Cepat Kak Siti balik hari ni."

Kedengaran suara manja. Siti Sifir tidak menjawab. Azril masih mengikutnya dari belakang sambil mencari tuan empunya suara.

"Kak Siti, esok giliran saya ya pergi ke kolej," suara manja itu berkata.

Azril terkejut melihat ada dua Siti Sifir depannya. Seorang bermuka masam. Seorang lagi bermuka manis.

Oh ya, untuk tahu kenapa Azril boleh jadi hantu sila ke sini ya.

Wednesday, January 5, 2011

Die.T

Sedang berusaha untuk kembali pakai skinny jeans saiz 32.

Gemuk. Perkataan yang paling banyak kali didengari oleh Azril sejak dia masuk semula ke kolej untuk Ijazah. Kawan-kawan sediplomanya terkejut melihat perubahan fizikalnya yang mendadak. Jika dulu, dia sangat kurus seperti ranting, sekarang dia gemuk seperti badak. Besar, kembang, montel dan sewaktu dengannya diberikan gelaran oleh kawan atau musuh diplomanya yang turut menyambung ijazah.

Oleh kerana tak tahan dengan ejekan kawan, musuh, pensyarah dan sebagainya, Azril mahu jadi kurus. Nasi, minuman berais, makanan berlemak, semua ditolak. Malahan dia juga langsung tidak makan. Hanya minum air kosong.

Aktiviti seharian ditambah dengan senaman. Dari sehari selama sepuluh minit, bertukar menjadi berjam-jam.

Tiga minggu telah berlalu. Kini, dia kurus. Malah, lebih 'rangka' dari badan ketika diploma.

Dia pergi ke kolej dengan bangga. Mesti semua akan kagum dan terkejut.

Namun, dia hairan kenapa tidak ada seorang pun yang pedulikan dirinya. Mengapa di kelas, kawan-kawan tidak melayan gurauannya.

Waktu kelas tamat. Hanya tinggal dia dan Nadia saja. Dia pelik mengapa gadis itu menangis, apabila melihat keratan suratkhabar.

Dia mendekati Nadia untuk bertanya. Puas dia memujuk, namun Nadia tetap menangis.

Dia terlihat keratan suratkhabar yang dipegang oleh Nadia.

PELAJAR MATI KERANA SENAMAN DAN DIET TIDAK SEIMBANG.

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

Wednesday, December 29, 2010

CEO

Cantikkan meja saya

Satu kolej tentunya ada bermacam-macam pelajar dengan pelbagai perangai. Sama juga dengan satu kelas. Walaupun kecil, tetapi ada tujuh perwatakan berbeza. Ada masa baik dan boleh order pizza bersama. Ada masa seperti mahu lempar sandal dan marah-marah. Enam orang berperangai amat beza antara satu sama lain. Namun, orang yang ketujuh sajalah yang dapat menyatukan mereka semua. Malahan mereka sangat hormat dengan orang ketujuh atau namanya Kak Raudah.

Di kelas, dia adalah ketua kerana keterampilannya dan kerajinannya. Dalam kumpulan, dia mengetuainya dengan cemerlang. Setiap kerja yang dilakukan olehnya sangat gemilang. Semua orang mahu mengambilnya ketika ada kerja berkumpulan. Mana saja Kak Raudah pergi, pasti orang akan menghormatinya.

Orang yang menjengkelkan, orang seperti internet, orang-orang lagenda, semua pelajar (termasuklah yang membencikan dan menyeronokkan) dan semuanya, hormat kepada Kak Raudah. Malahan robot dan orang gila pun dengar cakap Kak Raudah.

Apa rahsia disebalik rasa hormat, kagum, dan kehebatan Kak Raudah dikalangan semua orang? Mengapa semua orang akan mendengar kata-katanya? Mungkin imejnya sebagai seorang ibu penyayang disukai ramai. Mungkin selayaknya dihormati. Dimanakah Kak Raudah belajar semua ini?

Seperti biasa, ada sebuah kereta besar berwarna hitam akan mengambil Kak Raudah ketika dia mahu beredar dari kolej. Kereta itu membawanya ke satu destinasi iaitu sebuah bangunan pencakar langit. Apabila sampai, seorang lelaki berkot membuka pintu kereta untuk Kak Raudah.

Kak Raudah diiringi oleh beberapa lelaki dan wanita berkot ke sebuah pejabat. Dalam pejabat terdapat beberapa lelaki berwajah garang bersama senjata seperti parang, pedang, pisau, pistol dan beberapa mesingan canggih.

Kak Raudah duduk di sebuah meja utama dengan tenang dan berkata, "Apa rancangan kumpulan kita untuk bulan ini?"

Salah seorang lelaki berkot menutup pintu pejabat, dimana terdapat tanda nama CEO, Madam R di luar.

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

Tuesday, December 28, 2010

Cepat...


Kelas tamat 30 minit lebih awal. Ketika kawan-kawan sekelas sedang sibuk mencari tempat untuk makan tengahari dan mengumpat, Fatin sudah bersedia untuk pulang. Belum sempat rakan sekelas, Siti Sifir sempat bertanya ke manakah Fatin mahu pergi, dia sudah membuka langkah seribu.

"Cepat gile Fatin nak balik, macam the flash," kata budak suka kumpul mainan.
"Cepat tak gile," sampuk Nadia.

Masing-masing bertanya kenapa Fatin selalu sangat cepat mahu balik? Bukan itu saja, dia cepat dalam segala-galanya. Cepat siapkan tugasan, cepat ketika bercakap, cepat ketika berjalan. Semuanya cepat. Apa yang hairan adalah ketika waktu dia datang dan pulang ke rumah. Dia adalah orang terawal datang ke kolej dan selalu mahu pulang cepat.

"Pastikan waktu siang ya"
"Senang saya nak balik cepat nanti"
"Malam susah sikit saya nak balik"
"Saya kena balik cepat".

Antara ayat-ayat Fatin kalau mahu mengajaknya keluar untuk makan bersama, rumah terbuka Kak Raudah, bertemu pensyarah dan bla bla bla... Mengapa Fatin sentiasa mahu cepat pulang ke rumah? Kenapa dia pantas dalam segala hal? Persoalan-persoalan yang sering kali ditanya oleh para teman.

Di rumah, Fatin meletakkan beg berat dan payungnya di tepi sudut. Bunyi bzzz...bzzz...bzzz... kedengaran beberapa kali. Dia sudah tahu bateri hampir habis. Seperti biasa dia mengeluarkan laptop dari begnya dan diletakkan ke atas meja studinya.

Dia mengambil plug dan mencucukkan plug tersebut.

Sesi charging bermula. Mata Fatin bersinar. Skrin matanya menunjukkan "bateri lemah, sedang dicaj"

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

Sunday, December 26, 2010

Tak Gila


Kak Limah tak gila taw...

"Penat gila ar," kata lelaki suka kumpul mainan.
"Penat tak gila," kata Nadia yang duduk di sebelah.
"Klaka gila," minah yang suka cakap banyak berkata sambil gelak.
"Klaka tak gila," Nadia terus jawab.

Sudah menjadi kebiasaan Nadia untuk berkata,...tak gila, setiap kali perkataan 'gila' itu digunakan oleh kawan-kawannya. Mereka sudah biasa dan langsung tidak terasa hati. Sebab mereka tahu Nadia hanya bergurau. Cuma mereka tertanya-tanya, dari mana asalnya gurauan itu bermula? Perkataan "tak gila" menjadi identiti Nadia. Bukan budak penulisan saja yang mengetahuinya, malahan ketika kelas Mak Yong, budak-budak dari fakulti teater, tari, film dan muzik turut mengetahuinya.

"Aku tak gila"
"Aku tak gila"
"Aku tak gila"

Nadia berkata berulang-kali.

"Ya, saya tahu awak tak gila," kata Doktor.

Nadia sedang dirawat oleh Doktor di Hospital. Dia mengalami ilusi dimana dia sedang belajar di sebuah kolej seni, budaya dan warisan.

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

Followers