Saturday, December 31, 2011

2011

For 2011, I'm thankful for my awesome family (Thanks 4 Jeremy Renner, Mum + Thanks Papa for action figure), amazing friends, creative colleagues, FUN jobs, lotsa shoes, my supportive + sexy 'orang kg', plenty of Ice Creams to eat, massive toys collections and forgiveness.

I LOVE 2011 and can't wait for 2012. It's going to be super bananas! (smile)
I can quit shoes, but somehow I don't think I can quit ice cream 
So with toys, might sell all of them when I'm much, much older tho lol
In the middle of finishing my art series entitled 'Death by my cats'. They're in early  sketches.  Somehow I'm fascinating with cats these days. haha  
p/s : To all of my readers/bloggers friends, you guys are awesome!
p/s : Little Syrena will return next year, so with F.A.K.E.R

Thursday, December 29, 2011

Jeremy Renner

My mum bagi teddy bear besao gilos. Nama beliau Jeremy Renner. Wonder why both my syg n mum bought teddy bears for my birthday this year. Love u Mum

Besar tol Jeremy Renner banding ngan Jeffrey, abang bulus dada lebat hahaha

Saturday, December 24, 2011

Urban Legends

Koleksi Urban Legend lama yang saya buat pada awal kemunculan blog ini.


p/s : Siri ini diinspirasikan dari member-member masa belajar dulu.
p/s/s : Syrena akan jumpa awek cantik tapi ganasss... Guess who?

Thursday, December 22, 2011

Little Syrena Episode 5 : Abang Kacak


"Kemeja Kacak! Pelekat comel!" laung YOUsoF menarik perhatian Ashraf.
Ashrf menarik Syrena untuk singgah di gerai YOUsoF. Ketika Ashraf dan Syrena sedang melihat beberapa kemeja, muncul pula seorang gadis dan kawan gaynya.
"Kacak la abang ni," kata gadis pertama.
"Tol tu, tergoda I!" salah seorang teman gay mereka teruja.
"Kalau dapat jadi boyfriend ni mesti sedap!" kata mereka serentak.

YOUsoF sudah gementar. Dia tidak biasa mendengar pujian dari perempuan dan lelaki dalam satu masa yang sama. Walaupun dari dulu ramai yang mengatakan dia kacak, namun kali ini dia rasa lain. Gadis dan teman gay-nya meninggalkan gerai YOUsoF selepas muka YOUsoF kemerahan menahan pujian. 

"Kacak sangatkah aku sampai awek dan balak suka aku?" tanya YOUsoF sambil melihat cermin. 
"Unkle..." Syrena bersuara, tetapi YOUsoF terlalu khusyuk dengan refleksi wajahnya sendiri dalam cermin.
"Diorang ni rabun ke? Ada ke kata aku kacak?" YOUsoF bercakap sendiri.
"UNKLE!" Syrena menjerit marah, menyebabkan YOUsoF tersedar dari lamunannya.
"Ya, adik. Adik nak apa?" YOUsoF bertanya.
"Unkle datang sini jap," Syrena membalas.

YOUsoF mendekatinya.

"Unkle turun ke bawah sikit dengan Syrena."

YOUsoF duduk dan dirinya sama rendah dengan Syrena.

"Nama unkle sapa?"
"YOUsoF."

Pang!  Tiba-tiba Syrena menampar pipi YOUsoF dan memarahinya, "Apa la unkle ni! Berangan je! Tak yakin dengan kekacakan muka sendiri! Papa Syrena cakap semua ciptaan-Nya adalah kacak dan cantik! Tau!"

Ashraf segera meminta maaf bagi pihak Syrena. 

"Ye adik. Terima kasih sebab sedarkan unkle bahawa unkle seorang yang kacak," kata YOUsoF.
"Jom papa, balik!" Syrena berkata sambil menarik tangan Ashraf.

Tidak lama kemudian, muncul gadis dan teman gay-nya tadi kembali. 

"La, mana abang tadi! Melepas mak nak ngorat dia nyah!" gadis itu kecewa.
"Rugi ko mak hayam! Anak dia pun cantik. Baka terbaik dari ladang!" teman gay-nya menambah.

YOUsoF lagi kecewa. Rupanya gadis dan teman gay-nya itu bukan memuji kekacakan dirinya, tetapi kekacakan papa Syrena!

p/s : cameo abang kacak YOUsoF dari Masih Ada Plan B dan blog pelekat beliau + blog kawan dia yang jual Kemeja Kacak 
p/s/s : YOUsoF, gua dah promote tahap gaban ni takde diskaun kah??? Gua nak stiket Jeffrey Dean Morgan yang kacak bley??? muahahhaa

Wednesday, December 21, 2011

Kasut

Selain menan dan ais krim, yang saya gila adalah KASUT!Obsesi kasut sampai kesayangan saya tensen sebab selalu kena teman saya tengok kasut setiap kali keluar. Kasut-kasut pulak tak leh nak simpan lama-lama sebab setiap tahun kaki saya akan panjang. Kasut lama donate kat home shelter. Taun depan dah janji taknak beli kasut dah! Harap2 tak tergoda beli kasut sepanjang setahun!
Baru beli semalam Oxford Shoes, pergi shopping complex seorang2 tanpa kesayangan adalah BAHAYA untuk wallet saya! 
Sebahagian dari koleksi kasut
p/s : Bagi saya brand tak penting, asalkan kasut cantik!
p/s/s : Syrena akan jumpa mamat kacak lagi handsome next! Agak-agak sapa le? Boleh teka?

Tuesday, December 20, 2011

Figura Aksi : Captain America

Yeay, gua ada menan baru! Antara watak feberet gua iaitu Captain America, suka mamat ni sejak baca komik The Avenger yang old school. Tak suka versi baru! Gua bangga Ashraf (Chris Evans sebenarnya!) jadi Captain America! Tunggu Jake Sully yang mahal tahap gaban lak sampai! Harap2 bini Jake Sulu iaitu Neytiri bakal kuar gak. Yeay!
Kotak yang shiny 
Capt A : Capt AiS muahaha
Member Toyers gua cakap muka dia macam Brad Pitt dari Chris Evans (mamat yang gua modelkan untuk watak Ashraf)
Senjata yang paling AWESOMENESS : The Shield! Memang CUN! 
Seksi tak punggung flat beliau? :D

With the gang
P/S : Tengah tunggu menan2 lain sampai. TAK SABAR!!! (gigih kerja carik duit muahaha)
P/S/S : Gigih siapkan kerja sebelum bercuti ujung bulan Januari 2012

Monday, December 19, 2011

Penang Trip

Antara benda best masa cuti kat Penang
- Lepak kat tepi pantai Pulau Jerejak sambil dengar live show
- Tengok ular kapak yang comel kat Pulau Jerejak
- Lepak kat Fullhouse Cafe yang super kawaii (cam dalam cite komik lak tempat die)
- Relak kat kafe puncak Bukit Bendera (dulu pernah minum coklat panas dengan mak saya kat sini masa kecik2)
- Hotel bukit coklat yang sangat cute. (Coklat cili dia BEST!)
- Jumpa ais krim lokal yang AWESOME!
- Dapat teddy bear bernama Jeffrey from my syng (Jeffrey is from my fave actor Jeffrey Dean Morgan)
- Yang paling BEST ialah ada kesayangan yang sgt2 AWESOME and jenis tak kisah + sempoi. You're any guy's best dream date, bebeh. Love you.

Bandar Penang
Butik Coklat = Hotel sy kat bandar Penang
Hotel Butik Coklat sangat comel
More pictures HERE
Toys Museum pictures HERE

p/s : Bulan depan nak gi cuti lagi. Yahuu!
p/s/s : Masih busy siapkan keje sebelum berambus bercuti. Muahaha

Saturday, December 17, 2011

Surprise

Ngah plan suprise kat kesayangan.
Harap beliau suka.
Nerbes sb sy tak pandai sgt dlm bab ni. 

p/s : Bz gila bulan ni dengan keje. 

Friday, December 16, 2011

Little Syrena Episode 4 : Citera Syabab Comel


Syrena bosan menunggu daddynya, Amer sedang bercakap dengan promoter di Kelab Kurus. Walaupun dia beberapa kali memerli daddy-nya untuk menguruskan perut, namun sebenarnya Syrena lebih suka daddy-nya berperut boroi. Syrena suka memeluk daddy yang gebu bagaikan teddy bear besar berharga sepuluh ribu. Tambahan pula, papa-nya juga lagi suka dengan keboroian daddy-nya. Seksi, kata papa-nya melihat perut boroi daddy.

"Jom balik!" Syrena merengek, namun tidak dipedulikan Amer.
Tiba-tiba, Syrena mendengar satu jeritan yang menarik perhatiannya.

"TIDAK!!!" Syabab menjerit melihat dua angka seram di mesin penimbang sambil meraba perutnya yang makin ke depan.
"Bahaya kalau dibiarkan. Aweks lari nanti kang," pancing promoter yang mahu Syabab menyertai program Kelab Kurus.
"Comel perut unkle ni. Syrena suka!" Syrena tiba-tiba memeluk Syabab.
"Hai Syrena, nama unkle, Unkle Syabab. Comelnya Syrena ni," Syabab mencubit pipi Syrena, geram.
"Tengok, budak kecik pun cakap perut awak gemuk," tambah promoter yang cuba menakutkan Syabab.
"Mana ada, Syrena cakap unkle Syabab comel, bukan gemuk!" Syrena marah.
"Jap, tunggu saya fikir dulu," ujar Syabab.

Promoter itu meninggalkan Syabab yang sedang membuat pengiraan budget.

"Yuran U, belanja harian, minyak motor, makan-makan, produk supliment... Gila ah, banyak habis tu!" Syabab risau.
"Apalah unkle ni. Tak payah masuk program kuruskan badan ni. Bodoh je. Duit habis!" Syrena membebel.
"Tapi kalau unkle tak kuruskan badan. Macam mana... Nak... Ngorat... Aweks?" Syabab malu-malu.
"Itu senang je. Meh sini Syrena ajar! Unkle suka awek yang macam mana?"
"Yang tu comel jugak," tunjuk Syabab malu ke arah perempuan penjaga kaunter minuman sihat. 

Syrena menarik tangan Syabab menuju ke kaunter minuman itu.

"Kakak ni single lagi?" Syrena berani bertanya.
"Masih belum berpunya," jawab kakak itu malu-malu.
"Syrena nak kenalkan kat kakak seorang lelaki yang comel. Nak tak?"
"Siapa?" kakak teruja.
"Perkenalkan, lelaki comel, unkle Syabab," Syrena menunjukkan Syabab.

Kakak dan Syabab saling malu-malu kucing. 

"Apalah korang ni, senyap je. Kakak free hujung minggu ni? Unkle Syabab nak ajak tengok wayang. Kakak suka tengok cerita apa?" Syrena bertanya.
"Kakak nak tengok The Girl With The Dragon Tattoo. Tapi takde sapa nak teman..."
"Unkle Syabab lak?"
"Unkle Syabab nak tengok gak, cuma takde sapa yang free."
"Saya free lepas keja nanti."
"Awak sudi ke keluar dengan lelaki tak berbadan sasa macam Syabab?"
"Sudi sangat. Saya suka, comel. Best peluk masa sejuk."
"Yahuu! Saya ambik awak lepas keje ek. Nanti kita tengok wayang sekali," Syabab makin teruja.

Syrena menarik tangan Syabab ke tepi dan berbisik, "Kan Syrena dah cakap, tak payah nak kuruskan badan untuk dapatkan awek!"
"Terima kasih Syrena sebab tolong unkle. Sayang Syrena," Syabab mencium pipi Syrena sebelum Syrena kembali kepada daddy-nya, Amer.

Syrena melihat daddy-nya masih asyik bercakap dengan promoter Kelab Kurus. Nampaknya Amer benar-benar berminat untuk masuk. Syrena mendapat satu idea. Syrena menekan iPhone 4s-nya dan memberikannya kepada Amer. Muka Amer yang teruja untuk masuk Kelab Kurus berubah. Amer menarik tangan Syrena dan segera pulang.

"Tahu takut tengok gambar papa peluk unkle Adil yang comel tu kat facebook. Lagi mau kuruskan badan!" Syrena membebel Amer.

p/s : Cameo Syabab dari Citera Seorang Syabab 
p/s/s : Unkle Adil aka HEROICzero adalah guru besar tadika Syrena dalam short #5 : Family + Friends 

Monday, December 12, 2011

Teddy Bear Jambu

Yeay dapat teddy bear dari kesayangan masa coti2 kat Penang Lap U Bebeh! ;-)p

Masih kat Penang jejalan

Saturday, December 10, 2011

AiS Krim Jambu

Yahu dapat suprise adiah birthday ais krim Baskin and Robbins + Hagen dari kesayangan. I lap u bebeh. Taun depan beli byk2 agi. (smiley face)

Selamat Menyambut Hari Tua, Nada

Sila abaikan kecomelan gua dan fokus kepada awek sebelah
Sebelum gua berambus bercuti-cuti kat penang, gua ingin ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari jadi kepada kembar gua iaitu Nada. Tahun ni gua tak sambut birthday dengan lu, gua merajuk dengan lu sebab lu makin busy sejak lu kahwin dengan mamat Korea tu. Cis! Hahaha. Apa pun selamat hari tua, lu je tua, gua muda lagi dan lagi jambu dari laki lu. Muahahaha.

Friday, December 9, 2011

Cuti

Mood kerja = 0
Mood cuti = 100

Excited nak gi muzium menan. yeay awesome dapat kesayangan yang faham ngan hobi  gua. Lap u bebeh!
p/s : Dapat bayangkan rumah gua dah macam muzium menan, cikgu Juliet_iRa~"??? hohoho

Thursday, December 8, 2011

Office

Meja pejabat. The next few days, am going to be a year 'older' but my editors (and my dad) think I'm still 10 y.o. boy trap inside 2X's y.o. body. Wonder why. haha
All Disney's related characters for my office desk
and Pokemon too. A HUGE fan since my dad bought my 1st game boy and pokemon game
These days love to shop for babies products, is it a sign for me to be a dad or something? haha
p.s : Can anyone guess how old  I am this month? (Except for some people who already knew of course haha)

Wednesday, December 7, 2011

Masak + Makan

Benda yang dibuat kat rumah ketika orang rumah takde. Projek menambah lemak diperut. 
Yes, I can cook. ;-)p
Pasta Percik (versi melayu)
Pasta Carbonara (versi omputeh)
Taun depan gua kena join alek gym demi mendapatkan susuk badan  spt gay2 yg kacak hahahaha


Tuesday, December 6, 2011

The Reason Why I'm Fat and Happy

Me : Shikin, buy me some ice cream for me cause am going to be a year older soon.

Her : Beli sendiri!

T_T

All I want for this month is ice cream and more ice cream.
Just going to wait for 31 Dec to borong some Baskin & Robbins.

Monday, December 5, 2011

Little Syrena Episode 3 : Kembara HEROICzero


Ini adalah buku cerita kanak-kanak yang dibacakan oleh Ashraf kepada Syrena dalam short Amer+Ashraf#5, dalam bahagian PAST.

1.
Pada suatu masa dahulu di dua kerajaan berjiran bernama Tanah Gembira dan Tanah Bergaya, hidup seorang puteri comel bernama Puteri Syrena. Puteri Syrena ditakdirkan untuk memerintah dua kerajaan apabila dia dewasa. Pemerintah Tanah Gembira iaitu Sultan Amer dan pemerintah Tanah Bergaya, Ashraf menjaga Puteri Syrena bagaikan menatang minyak yang penuh. Sambutan ulang tahun kelahiran Puteri Syrena ke enam disambut dengan penuh meriah. Puteri Syrena mendapat banyak hadiah, namun hadiah yang 
paling disayangi adalah 1. serbuk magis dari Pari-Pari Shikin 2. patung beruang memakai cermin mata bernama Adil dari Sultan Amer dan 3. Patung China bernama Lady Myn dari Raja Ashraf.

2.
"Patung beruang bernama Adil? Langsung tidak bergaya! Mulai hari ini, nama patung beruang comel ini... HEROICzero!" kata Syrena girang.
Namun kegembiraan Syrena berhenti apabila muncul dua monyet jahat, menculiknya. Syrena dibawa lari.

3. 
Patung beruang HEROICzero, Patung China Lady Myn dan serbuk magis terjatuh dari tangan Syrena. Serbuk magis itu terkena HEROICzero dan Lady Myn menyebabkan keduanya hidup! Malahan badan HEROICzero dan Lady Myn turut membesar menjadi dewasa.

4. 
"Kita kena selamatkan Puteri Syrena!" HEROICzero bersungguh-sungguh.
"Tapi... Saya... Tak pandai berlawan," Lady Myn mula menangis.
"Tak mengapa. Abang ada!" HEROICzero bangga.

5. 
HEROICzero dan Lady Myn memulakan kembara mereka menyelamatkan Puteri Syrena. HEROICzero menggunakan kuasa hidungnya untuk mengesan tempat Puteri Syrena dibawa lari. Lady Myn pula asyik menangis kerana dia tidak tahan dengan kembara ini. 

6.
"Kenapa awak asyik menangis?" HEROICzero bertanya.
"Kerana badan saya porselin. Lemah."
"Walaupun badan kita lemah, kita tak boleh mengalah. Saya percayakan awak!" HEROICzero memberikan semangat.

7.
Sementara itu, di rumah monyet, Puteri Syrena asyik mengarah dua ekor monyet yang menculiknya. Puteri Syrena langsung tidak takut dengan penculiknya itu. Dua ekor monyet terpaksa menurut setiap permintaan Puteri Syrena kerana mereka sudah tidak tahan dengan jeritan Puteri Syrena.

8.
"Syrena nak itu, Syrena nak ini! Aku tak tahan!" Monyet 1 mula menjerit.
"Ikut saja permintaannya. Habuannya nanti tinggi!" Monyet 2 berkata.
"Tapi anak kecil ini mengada-ngada! Mentang-mentanglah dia ada dua ayah!"
"Sabar. Sekejap lagi, saudara kita pulang bawa serbuk tidur!"

9.
Lady Myn tidak lagi menangis. Kata-kata semangat HEROICzero membuatkan dia berani. Walau badannya bercalar-balar, Lady Myn menempuh kawasan hutan demi mencari Puteri Syrena. Kembara mereka akhirnya tiba di sebuah rumah berbentuk monyet.

10.
"Penculik Puteri Syrena adalah monyet!" kata HEROICzero.
Ketika HEROICzero sedang asyik memikirkan cara untuk masuk ke rumah monyet, dia langsung tidak menyedari Monyet 3 muncul dan menculik Lady Myn. Monyet 3 menutup mulut Lady Myn untuk menghalang Lady Myn menjerit.

11.
"Nampaknya tak ada cara lain selain saya serbu masuk!" HEROICzero bersemangat.
HEROICzero menoleh ke belakang dan Lady Myn tiada.
"Mana Lady Myn?"
Muncul anak panah bersurat, terkena di sebatang pokok bersebelahan HEROICzero. HEROICzero membuka surat ini : Puteri Syrena dan Patung China ada dalam gengaman kami! - Monyet

12.
"Serahkan mereka!" HEROICzero menendang pintu rumah monyet.
Puteri Syrena dan Lady Myn diikat. Monyet 1, Monyet 2 dan Monyet 3 ketawa jahat.
"Baiklah, tapi kau hanya boleh pilih satu saja!" ujar Monyet 1.

13.
"Saya.... Pilih... Puteri Syrena!" HEROICzero menjerit, yakin.
Lady Myn tersenyum kerana dia mahu HEROICzero menyelamatkan tuan mereka.
"...dan Lady Myn!" HEROICzero terus membuka langkahnya.

14.
"Tendangan kaki beruang!" - Monyet 1 tumpah dengan sepakan kaki HEROICzero.
"Tumbukan tangan HEROICzero!" - Monyet 2 rebah dengan tumbukan bertubi-tubi.
"Hikmat perut comel beruang!" - Monyet 3 terpelanting apabila HEROICzero menggunakan perutnya melantun Monyet 3.

15.
Ketiga-tiga monyet jahat itu melarikan diri. HEROICzero melepaskan ikatan Puteri Syrena dan Lady Myn.
"Yeay, HEROICzero selamatkan Syrena!" Puteri Syrena memeluk HEROICzero riang.
"Syrena nak HEROICzero dukung sampai ke istana," Puteri Syrena menghulurkan tangannya untuk didukung oleh HEROICzero.

16.
Mereka akhirnya tiba muka pintu istana Tanah Gembira. Ketika mereka mahu masuk ke istana, muncul Pari-Pari Shikin.
"Tolong, suami saya dalam bahaya! Dia ditangkap oleh lanun," Pari-Pari Shikin menangis.
"HEROICzero tolong selamatkan Unkle Rul," Puteri Syrena merayu.

17.
"Baiklah, puteriku. Dimana lanun itu membawanya?" HEROICzero bertanya Pari-Pari Shikin.
"Ke Pulau Naga!" 
HEROICzero memandang Lady Myn, berat untuk meninggalkannya.
"Pergilah. Saya akan menunggu awak pulang!" Lady Myn memberikan janjinya.
"Syrena akan tunggu HEROICzero."

18. 
HEROICzero meninggalkan mereka semua dan bersedia untuk memulakan kembara keduanya iaitu ke PULAU NAGA! 

p/s : Cameo from HEROICzero + Lady Myn (mynshazmin) 

Friday, December 2, 2011

SpiderMan (Black Suit Version)

Menan yang ini masih belum keluar untuk dipre-order, menan lain pulak yang keluar. Kali ini, SpiderMan (Black Suit Version) with Peter Parker's Head sculpt! Feel like a kid again (with my own bank account of course. hahaha) Tahun depan janji kat diri sendiri tak nak beli kasut lagi (obsesi saya selain dari ais krim + menan). Sebab tahun depan akan keluar menan2 dari siri filem The Avengers  (8 menan) + The Dark Knight Rises (4 menan).


p/s : Next episod, Syrena akan jumpa dengan beruang comel dan porcelain doll. Agak2nya sapa le dua makhluk ni??? Can anyone guess? Until next time, xoxo. 

Thursday, December 1, 2011

Gay Itu Gembira

Tetibe gua rasa rindu lak masa zaman blaja dulu, zaman rambut gua setiap sem tukar2. Zaman jadi pengarah filem pendek dengan tenaga produksi yang sangat awesome! Teringin nak buat filem pendek balik, tapi sudah nak cari team yang sempoi sebab team lama sudah sibuk dengan kerja masing-masing (gomen, kawen, beranak etc) Baideway, abang Adika (aka abang camera), LU sangat AWESOME! Gua SAYANG giler sama LU!
Gua ngah bagi arahan kat pelakon gua (aka cameraman gua gak yg berlakon) sebelum shooting bermula
Gua ngah ejas2 kamera sebelum bagi alek kat cameraman gua sebab gua pengarah bukan cameraman
Shooting adegan pertama
Comelkan perot gua? Muahahha
Ending
Tadaaa, cite gay yg penuh kontroversi sampai takleh ditayangkan kat youtube  kah3, untuk tayangan  tertentu je
p/s : Agak-agak ar kalau nak buat short filem Amer+Ashraf sapa yang leh jadi diorang?
p/s/s : Baideway, untuk hadiah novel contest Syrena dimenangi oleh akak So Shy Lady sebab beliau sangat cool cam Puan Sya.

Wednesday, November 30, 2011

Little Syrena Episode 2 : Cupcake Girls


Hanie dan Jue mula membuka gerai kecil mereka di Amcorp Mall sempena cuti semester. Ketika mereka teruja untuk memulakan perniagaan pertama mereka, muncul seorang gadis seksi mendekati mereka.
"You girls jual cupcakes?" gadis seksi itu bertanya sinis.
"Red velvet cupcake. Nak beli?" Hanie menunjukkan cupcakes yang dihasilkannya.
"I cadangkan you girls tak payah bukak gerai. Bungkus semua dan balik. Kat sini bisnes cupcakes is MINE!"
"Kau sapa nak berlagak dengan kitaorang!? Aku boleh bet la cupcakes kitaorang boleh laku dari cupcakes ko!" Jue tidak tahan sabar.
"Ok, sapa yang dapat jual semua cupcakes dia menang. Taruhannya duit hasil jualan dia ambik semua dan yang kalah tak dibenarkan berniaga kat sini lagi!"
"Fine!"
Gadis seksi itu pergi. 
"Kau ni pandai je! Kalau dia menang, habis plan kita nak gunakan duit cupcakes untuk beli tiket konsert Justin Bieber!" kata Hanie dengan suara yang halus.
"Kita akan menang punya!" Jue yakin.

"Fulamak, vintage Darth Vader action figure!" Rul teruja melihat figura aksi Star Wars.
"Ultraman!" Kurus, anak kepada Rul turut gembira melihat permainan yang paling diminatinya.
Keterujaan mereka membuatkan Syrena rasa bosan. Tanpa disedari oleh Rul dan Gemuk, Syrena meninggalkan mereka. Syrena masih bosan melihat seluruh Amcorp Mall dipenuhi dengan gerai menjual permainan dan makanan.
"Patutnya Unkle Rul ajak daddy je kat sini! Boring! Asyik mainan, makanan!" Syrena membebel.
Syrena melihat satu gerai yang menarik perhatiannya iaitu Hanie & Jue's Cupcakes.
"Eh, adik ni anak Encik Amer ni kan?" Jue perasaan kemunculan Syrena.
"Ye, Syrena. Kakak ni yang nak ngorat daddy dan papa Syrena kan?" Syrena menunjukkan ke arah Hanie yang menutup mukanya yang merah, malu.
"Apa adik buat kat sini? Mana Encik Amer?" Jue bertanya lagi.
"Ada kat rumah, tengah peluk papa agaknya. Syrena datang dengan Unkle Rul dan Kurus."
"Nampaknya cam satu pun tak terjual!" Tiba-tiba muncul gadis seksi ke gerai mereka, memerli.
Hanie hanya mendiamkan diri, sementara Jue dengan yakin berkata, "Awal lagi! Kitaorang akan menang punya!" 
"Tak mungkin. Ingat tau. Winner takes all!" Gadis seksi itu memerli lagi.
Syrena melihat kasut tumit tinggi gadis seksi dan berkata, "Prada?"
"Adik pandai. Kasut ni akak beli mahal tau!" Gadis seksi bangga.
"Your shoes are fake. So are you!" Syrena pula memerli.
Gadis seksi merah, malu kerana kasut Pradanya memang cetak rompak dan dibeli di Petaling Street. Gadis seksi memberikan pandangan tajam kepada Jue dan Hanie sebelum dia pergi.
"Macam mana ni Jue? Kita dah kalah, cupcakes kita tak habis!" Hanie mula panik.
"Syrena boleh tolong habiskan cupcakes ni," Syrena berkata dan senyum.

---

"Dah ke Syrena? Kak Hanie dah penat ni."
"Kak Jue pun penat. Semua cupcake dah nak habis kita bagi kat homeless."
"Sabar la. Tinggal sikit je lagi!" Syrena berkata sambil memberikan beberapa cupcake kepada pasangan ibu dan anak peminta sedekah.
Syrena, Hanie dan Jue telah mengelilingi kawasan berdekatan Amcorp Mall. Mereka memberikan cupcake kepada peminta sedekah, homeless dan sesiapa sahaja yang Syrena rasakan perlu diberikan makanan. Cupcakes mereka habis dengan sekejap sahaja dan mereka pulang semula ke gerai Hanie & Jue's Cupcakes.
"Kan Syrena cakap Syrena boleh tolong habiskan cupcakes ni," Syrena teruja.
"Tapi.. Duit... Justin Bieber...???" Hanie mula mahu menangis.
"Tolong orang kan lebih bagus dari dapar duit?" kata Syrena lagi.
"Tapi.. Duit... Justin Bieber...???" Jue pula mahu menangis.
"Sebab itulah Syrena sanggup bayar semua cupcakes kak berdua," Syrena memberikan beberapa ratus dari begnya kepada Hanie dan Jue yang terkejut.
"Yeay, dapat duit... Eh, silap. Dapat tolong orang memang best!" Jue dan Hanie berkata serentak.
Gadis seksi muncul, membawa dua cupcakenya dan berkata, "Girls, I hanya tinggal dua cupcakes je lagi. Lepas tu, I menang!"
"Kitaorang dah menang! Semua cupcake kitaorang dah habis! Kau kalah!" Jue bangga.
"Bak duit!" Hanie tiba-tiba bersemangat.
"Tapi... Duit... Justin Bieber...," Gadis seksi tiba-tiba mahu menangis.
"Justin Bieber Believers!???" Jue dan Hanie terkejut mengetahui gadis seksi turut meminati Justin Bieber.
Jue memandang Hanie dan mereka membuat keputusan untuk tidak mengambil duit dari gadis seksi. Malahan berjanji untuk ke konsert Justin Bieber bersama-sama.
"Bye akak-akak Justin Bieber!" Syrena berkata.
"Kirim salam kat papa tau. Cakap kak Hanie suka tengok badan dia yang tough tu," Hanie berbisik kepada Syrena.
"He's gay. Get over him already!" Syrena berkata dan meninggalkan mereka semua.

Syrena berjumpa kembali dengan Unkle Rul yang sedang menawar harga figura aksi dan Kurus sedang asyik bermain dengan Ultraman barunya.
"Nerds!" kata Syrena dalam hatinya.

p/s : Hanie & Jue are from Berdua Lebih Baik
p/s/s : And they're the winners for Owl Ring + Special Gift cause they're awesome!

Tuesday, November 29, 2011

F.A.K.E.R

Meet the players

F = This guy has more than one face

A = A cold Ice Princess with lot of issues

K = This Couture Queen hates to lose

E = Sex addict slash I-Want-To-Try-Everything

R = Regular dude who's looking for someone/something

New Series
Soon

Saturday, November 26, 2011

Little Syrena episode 1 : Unkle Rash


"Syrena pasti nak shopping kat sini?"
"Of course-lah. Sini best!" Syrena teruja.
"Ye lah, tempat ni tak mewah macam tempat papa dan daddy Syrena selalu pergi."
"Eleh, papa je shopping tak ingat dunia. Daddy Syrena pun selalu beli kat Tesco je!"
"Syrena nak beli apa kat sini?"
"Nak beli hadiah kat kawan papa."
"Abis tu kenapa ajak uncle shopping?"
"Sebab badan kawan papa tu macam uncle. Kurus-kering! Lepas shopping unkle Rash wajib makan tau. Bukan permintaan, tapi arahan!"
"Baik, tuan puteri."

Mereka akhirnya sampai di Jusco, Maluri. Syrena terus menarik tangan Rashid ke bahagian pakaian lelaki. Beberapa pakaian dipilih dan Syrena menyuruh Rashid mencuba semuanya.

"Too fatty!" "Too tight!" "Too ugly!" "Worse!"

Itu antara komen Syrena. Semuanya tidak kena dan Syrena mahukan sesuatu yang sempurna. Akhirnya Syrena terjumpa sehelai blazer skinny fit.

"Cantiknya ni unkle Rash. Tapi jenama dia... Suave? Tak pernah dengar pun."
"Jenama Jusco tu. Famous apa?" terang Rashid bangga.
"Cepat pakai. Cuba dengan chino pant ni jugak!" Syrena mengarah.

Rashid tampak kacak memakai suit penuh berwarna krim. 

"This is perfect!" Syrena menjerit dan menambah, "Jom bayar!"

Rashid melihat tag harga blazer dan seluar. Dia berkata, "Mahal ni, Syrena pasti nak yang ni?"
"Papa bagi budget 5 ratus. Bawah budget ni sebenarnya," Syrena mengeluarkan rm350 dari beg Miu Miu-nya dan memberikan kepada Rashid yang masih terkejut Syrena membawa duit yang banyak.

"Jum makan!" Syrena menjerit selepas Rashid usai membayar pakaian yang dibeli oleh Syrena.

Rashid menghantar Syrena pulang setelah Syrena memaksanya makan set steamboat yang banyak. 

"Thanks unkle teman Syrena. Nanti kita keluar lagi tau. Bye bye," Syrena berkata sambil mencium pipi Rashid sebelum dia masuk ke rumahnya.

Rashid memandu kereta viva silver-nya selepas dia memastikan Syrena selamat masuk dalam rumah  Apabila Rashid sampai di rumahnya, dia teringat beg berisi pakaian yang dibeli Syrena masih dalam bonet kereta. Dia mengambil iPhone 4-nya untuk menghubungi Syrena. Ada satu mesej diterima.

The gifts are for unkle Rash. Thnks sb tlg Syrena kat New York hari tu. Can't wait 2 C U again. xoxo.

Rashid tersenyum.

p/s : Unkle Rash is from Bukan Kosong.
p/s/s : Wonder who will Syrena meets next?

Friday, November 25, 2011

Menan Itu Ohsem

Belum ambik menan baru, Captain America yang baru sampai kat kedai menan, kuar pulak satu lagi menan baru ohsem. Captain America (Rescue Version) pulak akan kuar mengopakkan akaun bank saya. Seb baek kesayangan saya spesis yg ohsem gak walaupun saya gila beli menan tahap otomen. (ada kaitan ke ngan entri ni? hahaha) Pe2 pun minggu ni rasa sgt2 ohsem sebab ada rezeki baru menulis beberapa artikel. Amin. Rezeki anak2.Ohsem!


Friday, November 18, 2011

Future

"F*ck the future cause today is AWESOME!" A'i'S

Amer+Ashraf#5

featuring family, friends, 'some kids', 'teachers', 'heroic teddy bear', 'twins' and 'a ghost'

Coming very soon

21/11/11

Thursday, November 17, 2011

JDM as The Comedian (Shirtless Version)

After a year searching for this guy, finally I found him! The Comedian Shirtless version! Yeay! This guy cost me rm600 but it was worth it cause I'm a HUGE Jeffrey Dean Morgan's fan! eBay aka EvilBay to the rescue! Now am super excited for my Captain America next to join my ever expanding toy family! Yeay! I'm a kid again! 

The Box
The Smirk



With the Gang

Tuesday, November 15, 2011

Present

“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is God's gift, that's why we call it the present.” Joan Rivers


The last short

21/11/2011

Monday, November 14, 2011

Alter Egos

The 'affair' haha

This is what my editors think about my alter egos 

Asrul : Colourful, alice in wonderland-esque kid who wants to be a Marvel superhero
iLham : The most unstable, unpredictable and creative alter
Sany :  A guy with a dirty mind

er, am not sure about the last alter tho, thought 'Sany' suppose to be a 'nice guy's' name. Heck, my dad picked that name from a famous Indonesian editor. 

Followers