Monday, December 31, 2012

2012


A great year, can't wait for another awesomeness years ahead. 
Embrace the positivity and blackout all the negativity.

Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir

Malam ni balik kg... Yeay!!!

Tapi lepas tengok senarai kerja yang tak siap... Tidak!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 18, 2012

White Version 2

Finally got my hand on this awesome game by Nintendo. With larger 3DS screen, am sure will be pleasantly superb to play!

Title : Pokemon White 2

Price : RM130

End of January couldn't come soon enough, to be lazy and play of course. Haha.

As per usual, Britney isn't interested haha
Awesomeness!



Sunday, December 16, 2012

Mah Meri Dude by AiS

Another sketch by me...
Mah Meri guy with an awesome mask. Haha
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 14, 2012

N3DS XL

Dapat cek skrip animasi, terus beli Nintendo 3Ds XL. Walaupun masih tak dapat main sepenuh perasaan disebabkan kerja-kerja kena disiapkan sehingga hujung bulan, tapi rasa teruja sebab akhirnya dapat beli benda ni. Kopak rm800...

Setakat 3ds, Britney tak heran la papa...

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12 - Ralph


Hadiah untuk diri sendiri sempena menyambut hari kejambuan...

Terbang RM245.90
Minat punya pasal ;)

Watak bad boy tapi chumeiii hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 11, 2012

11/12/2012 - Suprise

Ingatkan sempena 'hari kebesaran Sultan Selangor', kesayangan nak ajak makan sushi dan kek cawan kat ampang je... Tiba-tiba, pukul 12 tengah malam dapat kejutan ni... Oh, patutlah dari minggu lepas asyik tanya suka perisa apa... Terima kasih sayang, tahun depan beli lagi ek... muahahaha

Walaupun warna dia agak gadis, tapi sodap sangat... Tambah-tambah percuma hahaha
Dapat ais krim percuma... besao...
Esok nak pergi Wondermilk lak... Asyik makan je, tapi untuk tiga hari ni, lemak berkrim dibiarkan naik. Boroi tu kan seksi...kah3

Monday, December 10, 2012

10/12/2012 - Sehari Sebelum

Hari ni ada orang suruh pergi UKM pagi-pagi...
Walaupun rasa kemalasan tahap gaban, saya turutkan juga pergi.
Ingatkan apa, sekali rupanya nak bagi benda kat bawah ni.

Siap ada tulis-tulis huruf 'A' lagi

Wednesday, December 5, 2012

Monday, December 3, 2012

Disember

Awal Disember musibah berlaku, mujur tidak terlalu parah. Syukur sebab semuanya tidak terlalu menakutkan. Semoga keadaan yang 'buruk' itu tidak terlalu parah. Amin...

Sekarang agak sibuk dengan kerja menulis artikel, esei dan juga sedang cuba selesaikan semua kerja kursus untuk Master. Agak penat otak berkerja, dan tidak sabar nak mulakan baca novel The Casual Vacancy (walaupun dah sebulan beli) dan main Pokemon dan zzz...

Apa pun agak gembira sebab bisnes hamster semakin kencang. Dah habis jual semua generasi pertama. Tunggu generasi seterusnya untuk dijual. Mariah Carey baru beranak 5 ekor, Christina Aguilera tengah tunggu masa nak beranak, ScarJo beranak 7 ekor (dah dua minggu), dan Rachel Berry pun tengah mengandung. (Nama-nama haruslah Hollywood, hahaha)

Kepada sesiapa yang belum like halaman AiS Pet Store, silalah like ya. Tak nak beli pun tak apa, like saja. Makaceh.

p/s : Rasa macam lama tak buat entri baru...

Logo AiS Pet Store

Monday, November 19, 2012

Ais Pet Store

Oleh kerana hamster membiak bagaikan johan, kenalah jual supaya tak jadi ladang hamster.
Sebenar dah lama jual hamster syrian ni, cuma sekarang baru nak buat page fb.
Kawan-kawan blogger yang kacak dan cantik, silalah 'like' page AiS Pet Store kat link bawah ya.


Kalau ada nak beli, leh PM terus melalui page fb ni. No telefon ada kat page fb.
Boleh juga terus emel kat ilhamology@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau nak beli terus.

Harga seekor RM7 je. Kalau kat kedai hamster harga seekor rm15 ke atas.

Cash on delivery dekat LRT Star Cheras atau nak delivery sekitar KL kena cas RM10.

Sekian, terima kasih.

Sekarang dalam stok ada tinggal 4 ekor syrian long hair jantan, seekor syrian short hair jantan dan seekor syrian betina. On the way, 6 ekor anak syrian baru beranak.

4 ekor jantan yang sedia untuk jadi bapak dan dibeli... :)

Thursday, November 15, 2012

Mariah Carey

Semalam entri pasal Christina Aguilera.
Hari ni pasal hamster betina baru yang beli sekali dengan Christina Aguilera.
Mulanya nak cari bulu putih je, tapi kesayangan jatuh hati lak dengan yang ni. 
Jadi beli la dua, nasib baik MURAH.
Baik betul Mariah Carey ni, jantan datang nak rodok, serah diri je...hahaha


Wednesday, November 14, 2012

Christina Aguilera

Semalam kesayangan terjumpa seekor hamster bulu warna putih penuh.
Bahaya betul masuk pet's store ni. Terus beli.
Yang penting, nama kena glamer kan. haha.
Paling best, Christina Aguilera masuk sangkar je dah kena rodok dengan hamster jantan nama Pitbull.







Monday, November 12, 2012

Zzz


Katy Perry
Brad Pitt
Princess Britney Spears
Tom Cruise aka Bam Bam

Thursday, November 8, 2012

Ultimate Room

This is the ultimate room for me.
Total awesomeness.
Consoles, comics, action figures, movies, HD screen and total chillax.





Tuesday, November 6, 2012

Action Figure : Jeremy Renner as Hawkeyes

Jeremy Renner as Hawkeyes from the Avengers by Hot Toys.
The face's uncanny, excited for him since JR's my favorite actor beside Jeffrey Dean Morgan.
Price : 528




Wednesday, October 17, 2012

Kesayangan Saya

Ramai yang bertanya pasal kesayangan saya.
Malahan ada antara kawan-kawan anggap dia sombong.
Sampai tak mahu nak bertemu dengan mereka.

Sebenarnya kesayangan saya bukannya begitu.
Cuma dia pemalu yang amat.
Saya nak letak gambar beliau kat sini pun tak bagi.

Jadi, biarlah rahsia...
Walaupun ada beberapa rakan blogger sudah boleh anggak...
Kata merekalah...


Monday, October 15, 2012

Tua

Kejadian berlaku tengahari Ahad selepas hantar kesayangan ke tempat kerja beliau. Lepas isi minyak, saya terpandang iklan permainan BoBoiBoy, edisi khas untuk Petronas. Bergegas saya masuk ke dalam nak beli. Kat dalam, dialog ini berlangsung...

Saya tengah beratur nak bayar. Ada seorang ayah dan anak dia beratur belakang saya.

ANAK : Papa, nak BoBoiBoy!
PAPA : Abang dah besar. Tak boleh beli mainan lagi! Karang dah nak dapat adik.
ANAK : Abis tu, uncle kat depan tu, boleh je beli BoBoiBoy. Dia lagi tua!

Nak buat macam mana? Saya budak-budak lagi walaupun dah ada empat anak. 

Seekor-seekor RM19. Tak sabar nak tunggu set lengkap.

Thursday, October 11, 2012

Minat

Saya dan kesayangan ada minat yang berbeza.
Dia suka pop, saya suka jazz.
Saya suka komik, dia suka bacaan ilmiah.
Dia cerewet bab makan, saya langsung tak kisah tambah-tambah yang percuma. haha.
Saya obses kumpul figura aksi, dia lebih suka kumpul duit.
dan banyak lagi perbezaan minat yang ketara.

Tapi antara persamaan minat yang paling ketara kami adalah suka haiwan.
Kalau keluar jalan-jalan, kedai yang wajib masuk adalah kedai haiwan kesayangan.*

* Sekarang kesayangan tengah suka bela ikan dan hamster. Tambah dua ekor ikan lagi bersama dengan mesin oksigen dan rumah hamster baru.

RM80 terbang, beli rumah baru hamster.
Futuristik sungguh rumah ni.
Bruce Wayne (Hitam) + Thumbelina (Putih)

Wednesday, October 10, 2012

Yum part 2

In my quest for cheap and delicious desserts.
Price : Rm2.20 each.
Location : Sri Permaisuri Bakery.

Apple pie (my favorite)
Blueberry Pie.
Hokkaido Cake. 

Tuesday, October 9, 2012

Happy

I know i'll never be me,
Without the insecurity,
But even when everything falls,
I still choose to be happy.

Monday, October 8, 2012

Daily Routine

Some of my daily routine* includes my cats**. 

 Just adorable!

* Normal routine = daily 8 pages of work, editing some works, read some articles or fictions, enjoy some fun entertainment that include play with my action figures, comics and indulge with some food porn (aka the food that I can only see, but can't eat T_T). And my dear SAYANG, I do work at home, not just lazying my ass, eating desserts in bed. haha.

** Daily routine with my cats = cleaning their poop, feeding them, play with them and watch some funny youtube clips with them. haha.

Brad, Katy Perry & Princess Britney Spears

Friday, October 5, 2012

Yum

Cheap + Delicious = Perfect combo.
Only rm2.50 per cake.
Location : Hero Bakery, Sri Permaisuri.

Yam Cake
Oreo Cream Chocolate Cake
Tiramisu

Wednesday, October 3, 2012

Maru


Stress dengan kerja dan studi, saya tonton youtube ni. Comel gila! Paling suka minit 4.14. Kalau semua anak saya gebu macam ni, seronok! Cuma sekarang yang confirm bam bam, abam Tom je. Sedap dijadikan bantal peluk ketika orang rumah kerja shift. haha.

p/s : Suka Princess Britney Spears tengok 'keseksian' Maru.

Tuesday, October 2, 2012

Bosan

Bercinta sampai berkepit 24 jam,
Kahwin atas cinta sama cinta.
Tapi, selepas beberapa tahun atau bulan,
dah bosan...

Apa sebenarnya punca kebosanan itu?

Sudah jumpa yang lebih kacak/cantik?
Tak tahan dengar bebelan kesayangan sendiri?
Orang rumah/kekasih sudah berubah susuk tubuh?
atau apa?

Monday, October 1, 2012

Favourite

Dalam hal berkaitan dengan anak-anak tidak digalakkan ada yang sayang lebih, tapi kadang-kadang tak boleh elak dari memilih sayang lebih dari yang lain*

*Walaupun hanya anak-anak kucing je. hahaha. Saya sayang Britney + Katy Perry, orang rumah lak asyik manjakan Brad + Tom aka Bam Bam.

Friday, September 28, 2012

Bulu

Walaupun kat rumah ada 4 ekor kucing yang nakal, berdozen hamster yang gigih membiak & seekor ikan yang suka menyorok, saya masih lagi teringin untuk bela beberapa lagi spesies kucing. Cuma bukan sekarang. Kena tunggu ada rumah besar sikit dan habis Master's Degree, untuk buka cattery. Senang anak-anak melompat macam Tarzan.*

*Berangan-angan dulu tak salah kan??? Harap-harap kesayangan saya tak tekanan ada ramai anak. haha. Nasib baik beliau suka kucing, terutamanya kucing-kucing kampung berperut boroi macam Abam Tom.

Exotic Shorthair. Suka hidung pesek dia yang comel, cam muka EX dulu. haha
American Curl, telinga dia bergulung ke atas. Sayang, birthday I bagi ni boleh? =)
Himalayan. Macam bantal peluk.
Munchkin, kaki pendek. Miniature cat.
Scottish Fold, terkenal dengan telinga dia gulung ke bawah.
Snow bengal, macam harimau tapi versi manja.

Followers