Tuesday, May 31, 2011

Berkurung

Setelah lama travel, sekarang masanya untuk saya berkurung dalam rumah.

Kemas-kemas bilik yang dah cam semak, basuh pakaian berlonggok masa travel dan yang paling penting...

Mula menulis semua kajian saya sepanjang travel, siapkan artikel-artikel baru, habiskan baki kerja part-time, dan menaip X 10

Kepada kawan-kawan dan musuh, lama dan baru, yang nak mengajak saya keluar, jalan-jalan, tengok wayang dan sewaktu dengannya saya minta maaf banyak-banyak. Sangat-sangat sibuk dengan kerja.

P/S : Bersemangat nak cari duit lebih sebab nak beli X-Men nye menan. Yahuuu.

P/P/S : Kepada mereka-mereka yang pernah saya date, jumpa dan kenal yang sibuk sangat nak suruh saya berhenti beli permainan atas alasan "nasihat", tak payah bazirkan air liur anda. Saya keras kepala, degil dan tak pernah mintak duit kat awak semua untuk beli menan-menan. Ayah dan mak saya pun tak marah saya beli menan sebab diorang kata, lebih baik beli menan dari beli rokok. Jantung pun ROSAK. MUAH.

Thursday, May 19, 2011

Beberapa Jam Sebelum Travel

Tengah kemaskan barang-barang last minutes untuk travel.
Masih ada kajian yang perlu dilakukan di beberapa tempat yang sama.
Nasib baiklah negeri-negeri di Pantai Timur, boleh le melawat Ryan & mak saya kat kampung.

Yahuuu, tak sabar nak mandi pantai balik (harap tak migraine lagi) dan makan masakan mak.

p/s : Vintage yang dimaksudkan adalah barangan antik. Saya sedang 'gila' mencari barangan antik sebagai salah satu hobi untuk 'mencuci mata'. Walaupun kadang-kadang orang vintage pun hebat juga. Usia hanyalah nombor, apa yang penting adalah 'perangainya'

p/s/s : Kalau boleh ajak si 'pencuri hati' travel sama kan best. Malangnya, hanya sekadar boleh berangan-angan... Kuingatmu dalam doaku (Best tak ayat??? lol)

Vintage

Dua tiga menjak ni saya suka dengan "barang lama"
Walaupun lama, "kualitinya" baik
Lagipun bukan lama sangat sampai ke tahap 50 ke atas
Tapi tidak melebihi 40

Yang baru memang segar
Tapi banyak sangat peraturan
Kena ubah itu dan ini
Walau belum apa-apa lagi

Yang lama walaupun mungkin tak akan tahan lama
Tetapi memori masa singkat itu sangat indah

Apa2 pun faham tak saya cakap pasal ni??? hahaha

p/s : Otak tengah tak berapa betul, masa untul travel...

Tuesday, May 17, 2011

B

Perbualan ini berlaku dalam telefon

A : Saya rasa saya suka kat awak

B : Saya pun suka kat awak. Awak nak kapel ngan saya?

A : Kalau awak nak, saya pun nak

B : Tapi sebelum kita kapel, awak boleh buat sesuatu tak?

A : (nerbes + excited) Apa dia...?

B : Saya nak awak jual semua menan awak. Saya tak suka bf saya membazir duit beli menan

A : Errr... Sori ek, mak saya panggil. Nanti kita borak lagi ek...

A menamatkan perbualan, dan terus delete nombor telefon B

Sunday, May 15, 2011

Saya SAYANG Cikgu2 Saya.

Selamat hari guru dan terima kasih yang tak terhingga terutamanya kepada:

Cikgu "B" masa darjah 3, kerana tampar saya sebab bergaduh pasal nama ayah saya. Cikgu hina nama ayah saya dan siap ugut saya lagi jangan bagitau keluarga saya pasal perkara ini.

Cikgu "H" darjah 3-6 sebab selalu cakap saya bodoh, terencat dan tak pandai cakap omputeh sehingga saya blaja speaking n writing omputeh dengan jayanya. Saya juga berterima kasih dengan cikgu "H" sebab terlalu pilih kasih sehingga ada pegawas tolak saya pun, cikgu tak percaya saya seorang budak baik. Sampai cikgu sorok buku laporan saya, dan menafikan perkara ini serta menuduh saya cuba untuk merosakkan reputasi cikgu.

Cikgu Sejarah tingkatan 1 sebab failkan exam saya sebab kata saya meniru sedangkan anak cikgu yang meniru saya.

Cikgu BM tingkatan 3 sebab cakap kat saya "Mat Salleh celup" sebab saya lebih aktif dalam bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Sedangkan cikgu sangat aktif memberikan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar dengan mengumpat pasal cikgu-cikgu lain.

Ustazah tingkatan 4 sebab cakap saya lelaki dayus kerana terlalu rajin menolong aweks. Kata Cikgu, lelaki yang selalu tolong aweks tak tegas. Lelaki seharusnya garang, tak pedulikan aweks dan sewaktu dengannya.

Terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu di atas. Semoga kehidupan kamu semua sangat-sangat tenang. Dan kalau kita terjumpa di mana-mana, maafkan saya kalau huruf "F" tu keluar ye. muah.

p/s : Cikgu yang betul-betul saya hormat adalah cikgu sastera saya masa tingkatan 5. Dia je yang percaya dan galakkan saya jadi penulis.

Ko Nak Tahu Tak...???

Perbualan ini terjadi pada minggu lepas, masa melepak kat kopitiam berdekatan dengan rumah

Member : Aku dengar ex ko dah ada bf baru

Saya : Bagus le tu, ada orang leh jaga dia

Member : Ko tak jeles ke?

Saya : Wat pe nak jeles? Bukan aku ada apa-apa dengan dia

Member : Ko pun bodoh, pesal le ko break up dengan dia

Saya : Dah orang tak nak, tak kan aku nak paksa-paksa lak

Member : Tu la, aku nasihat suh diet, pasang badan kasik cantik ko tak nak. Sekarang ko dh gemuk, takde kesayangan, ex ko pasang lain, padan muke.

Saya : Yang ko sibuk sangat ni, nape? Aku rampas kesayangan ko baru tau. Gemok-gemok pun, ayat aku powerr...

Member : Aku bukan apa, nak le tengok ko baik dengan ex ko.

Saya : Aku ada idea lagi best, pe kata ko yang kapel ngan ex aku, aku kapel ngan kesayangan ko, best tak idea aku???

Member : (Diam sambil wat muka emo)

Terbaikkkk, member (yang tak berapa baik) pun lebih tahu pasal ex saya dari saya sendiri. Kadang-kadang rasa cam nak terajang je walaupun member sendiri. Suka sangat cakap pasal "isu-isu" sentitip ni.

Monday, May 9, 2011

Thursday, May 5, 2011

Travel : Terengganu

Kali ni travel pulak ke Terengganu. Sebenarnya dah banyak kali datang sini, jadi takde ar teruja sangat. Cuma yang best ada orang yang paling COMEL join travel saya iaitu Ryan. Baby yang paling baik, best, ensem dan terbaik kat dunia ni. Malangnya bukan anak saya, anak orang lain T_T.
Ryan yang sangat2 comel dan suka tido cam saya gak haha

Makan kat sini tomyam yang paling sodap n murah, siap ada wifi lagi

Gigih pak cik ni bakar satay

Bilik hotel yang best, malangnya takde wifi. hampeh

Tapi ada balkoni yang CUN

Yang paling BEST, siap ada private pool lagi (sebab saya je yang duduk kat situ, takde orang hohohoho) mandi n feel cam orang kaya jap hahaha

p/s : Pas lama asyik makan makanan sodap, sekarang dah kena diet n eksesais... tensen jap... aku merindui nasi...owh tidak T_T

Wednesday, May 4, 2011

Travel : Perlis

Dari Langkawi dan Alor Star, Kedah, saya pegi lak ke Perlis.
Saya rasa tempat yang paling saya suka adalah pasar Perlis ni.
Macam ada kat Rantau Panjang lak. Ada pengaruh Siam kat sini, boleh dilihat melalui makanan.
Banyak barang yang best, tapi saya tak beli apa-apa, budget nak travel

Kedai yang jual laksa Perlis

Ramai tol orang membeli masa saya datang, saya tengok je le

Makan gak le pulut mangga (feberet saya walaupun sgt2 manis)

Suka makan pulut ayam gak, walaupun rege die sgt2 le mahal

Teringat balik masa travel, best, sekarang kena makan bende2 yang sihat je iaitu buah dan air kosong T_T

Monday, May 2, 2011

Cuti Hari Pekerja : Tok Bali

Masa cuti pekerja, abang ipar dari Kedah datang n kak long saya ajak satu famili gi tido kat pantai Tok Bali. Sempena nak selebrate bestday abang ipar n dia pun kaki mancing.

Angin pantai @ 2 pagi sangat segar. Walaupun gelap, tapi disebabkan ada ramai yg camping berdekatan, saya tak takut jalan sorang-sorang sb famili busy ngan aktiviti memasing. Sorang-sorang jalan sebab saya single. Owh tidak. lol

Pagi je, terus mandi pandai walaupun agak panas. Balik rumah je terus kena migraine yang paling kuat pernah saya kena. Rasa cam nak hentuk pale kat dinding. Dah le bekalan ubat migraine abis stok. Seb baik farmasi dekat ngan rumah je.


Air pantai waktu 2 pagi. Jalan-jalan sambil feel2 macam video klip 80an


Makan-makan, yang penting bukan saya yang tukang bakar. hahaha

Tinggal beberapa hari nak makan best2 sebelum balik KL n makan kacang je. T_T

Followers