Tuesday, December 31, 2013

Hari Terakhir

Some of my favorite things of 2013

Art
Song : Perfume by Britney Spears (Somehow this song hit close home near to my heart)
Album : Midnight Memories by One Direction (Love the folk mix with pop feel to it)
Band : One Direction
Local Act : Dato' Siti Nurhaliza (Just because my beh crazy about her)
Artist : Balbir Krishan (A fellow artist and a friend from India.)
Illustrator : Phillip Light (A very good friend of mine from California. Awesome dude)
Filmaker : Guillermo del toro (The only dude who can makes fairy tale scary as shit)
Author : Lemony Snicket (Kids' stories with evil twisted awesome twist)
Book : As long as it's not from Fi--
Toy : Lego Mini Figurines (Been collecting superheroes and Star Wars figurines to substitute from buying the hiked price of Hot Toys aka super realistic figurines. Demn, the prices are up from rm500 to freaking rm700 per figurine!)

Culture 
Word : Beh (It's Philippine word of Babe and been calling my sayang with this name hehe) 
Food : Chinese Chicken Salad (Been obsessing about this food all year long)
Drink : Hot Salted Chocolate (Just found out this year by adding a pinch of salt, it can bring more flavor to the already delish chocolate drink. 
Dessert : Cayenne Pepper Chocolate bar (It might sound weird to mix chilli flake with chocolate but the taste is to die for)
Superhero : Captain America (The most honest and polite dude with killer power)
Guilty Pleasure : That Philippine drama series that I'm too  embarrassed to tell and admit hehe (Also the origin of my fave word Beh comes from)
Game : Pokemon X and Y (I'm a Pokemon addict)


Wonder what 2014 will bring me to? Beside daily cost of livings are getting higher and more expensive than ever.

Wednesday, December 18, 2013

Hari 18

Dulu masa belajar, saya berangan nak hidup kat bandar. Ada rumah besar, kete mewah dan sewaktu dengannya.
Tapi sekarang masa umur dah menghampiri 3 series ni, benda-benda macam tu tak mengujakan langsung.
Rancangan masa depan dah berubah berbanding dulu.
Matlamat utama saya untuk masa sekarang adalah untuk buka ladang ternakan.
Ada ayam, itik, serati, kambing, biri-biri dan kalau boleh kuda seekor untuk berangan-angan jadi Prince Charming haha.

Tanah ayah dah sediakan, cuma perlukan masa dan komitmen untuk melaksanakan semua.
Dan tunggu kesayangan untuk pindah sekali.
Selain saya sayang giler-giler kat beliau, dia pun pakar dalam pengurusan kambing, biri-biri dan lembu sebab dulu dia selalu tolong ayah dia. Nasib le dapat yang cam ni, tak dapat yang giler glamer, suka barangan mahal-mahal etc.

Harapnya dalam 35 saya dah boleh mula sebab dah bosan dengan duk kat Kota berlumpur ni

Amin.

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

A year older...

Got great gifts from my Beh.

I guess I am lucky to found that special someone.

(smile)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, November 27, 2013

Britney Jean

Whenever something shitty happens, Britney Spears always come to the rescue.

And somehow that hideous things aren't so fucked up anymore.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, November 20, 2013

Beh

I know we don't live in a perfect world.
But we can still have the next best thing.
Do everything you can to get well.
And when you are ready...
We'll face the world.
Together. Just the two of us.
We'll go far away.
We'll stay away from people who won't accept us.
You and I.
Be miserable and happy together forever.

Friday, October 4, 2013

Hari 4

Yeay, Katy Perry dah beranak.
5 ekor. Alhamdulillah.
Harap-harap semua sihat dan gemuk macam anak-anak Britney
Amin.

Semua hitam pekat ikut bapak diorang iaitu Seth.

Tuesday, October 1, 2013

Hari 1

Nama : Taylor Lautner (Sebab ada corak T kat hidung dan dahi dia hehe)
Kategori : Guinea Pig
Baka : Merino (long curly hair)
Gender : Of course la, jantan
Harga : RM350

Nampak tak corak 'T'?
Dah gemok sebab keje asyik makan je ahahaha

Sunday, September 29, 2013

Hari 29

Anak-anak Britney dah besar dan mula melompat macam tarzan.
2hb Oktober ni, diorang dah umur 2 bulan. Cepat je.

Nick Jonas
Shailene Woodley
Kamal Adli
Selena Gomez
Jangan lupa 'like' AiS Pet Store kalau nak tengok pic comel diorang dan pet lain ye...

Friday, September 20, 2013

Hari 20

Sedikit perkembangan tentang AiS Pet Store.

- Katy Perry dah mengandung. Tunggu masa nak beranak je. Perut dah cam pear dah haha
- Kucing setakat ini ada 9 ekor. 5 ekor kucing dewasa, 4 ekor anak kucing (anak-anak Britney)
- Anak-anak Britney dah pandai melompat-lompat macam tarzan
- Dua ekor anak Britney rupanya keturunan Scottish Fold iaitu telinga kucing melipat ke bawah (rezeki) Ni salah satu gambar Nick Jonas the Scottish Fold
-  Guinea Pig lak dah ada enam ekor. Sepasang baka Merino, seekor Coronet, seekor Texel, seekor Sheltie dan seekor American. 3 pasang semuanya.
- Hamster ada 5 ekor induk betina dan 2 ekor induk jantan. Anak-anak diorang dah berpuluh-puluh.
- Boarding kami dah ada beberapa pelanggan tetap
- Rancangan sampingan untuk tolong re-homekan kucing-kucing terbiar berjalan dengan lancar setakat ni. Amin.

Nanti kalau lapang, boleh le berkunjung ke page AiS Pet Store ye... Leh tengok gambar-gambar pet yang chumeiii

Sunday, September 8, 2013

Hari 8

When I'm feeling sad,
I simply remember my favorite things,
And then I don't feel so bad.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, August 18, 2013

Hari 18

By the way entri lepas sebenarnya lirik lagu One Direction. Saya suka ayat lirik tu. Tak ada kena mengena dengan diri sendiri. Haha.

Diri sendiri masih bahagia. Dengan orang yang sama*. Hehehe...

*Walaupun hampir sebulan tak jumpa sebab busy dengan kajian tesis.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, August 16, 2013

Hari 16

We play the same old games,
Wait for the end to change,
Take everything for granted,
We both need to wake up,
Face everything before we're falling apart,
and make the same mistakes all over again.

Monday, August 5, 2013

Hari 5

Nama anak-anak Britney.
Dari kiri ke kanan.

Hitam Putih : Shailene Woodley (betina)
Oren Merah : Kamal Adli* (jantan)
Oren Merah : Nick Jonas (jantan)
Calico : Selena Gomez (betina)

Glams tak? Hahaha. *1st time letak nama artis Malaywood sebab artis feberet. Setakat ni Britney pandai jaga anak-anak. Pandai tol Britney beranak 2 pasang anak kucing.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, August 2, 2013

Hari 2

Yeay! Britney dah beranak! 
Empat ekor! Seekor calico, seekor hitam puith, dan dua ekor kaler oren.
Semua bulu panjang dan sihat.
Nasib baik Britney pandai jaga dan sayang anak-anak dia.
Yeay!

Paling SUKA kaler calico ni.
Kaler hitam putih
Mak putih, ayah hitam, kuar anak oren hehehe.
Pandai je Britney lahir anak oren, sebab saya memang tengah cari anak kucing kaler oren.

Thursday, July 25, 2013

Hari 25

Dah start cuti alek kg. Walaupun gembira dapat jumpa famili kat sana dan bermalasan tahap dewa sebab ada orang yang cuci pakaian, masak etc, rasa sedih gak nak tinggalkan anak-anak bulus kat KL. Tambah-tambah Britney dah sarat giler. Tak sabar nak jadi Atok. hehehe.

Memandangkan esok kat kg internet mungkin akan slow, saya postkan siap-siap, kad raya dari AiS Pet Store.

Like dah hampir-hampir 5 ratus fans. Kepada sesiapa yang belum like, silalah like untuk tgk gambar-gambar comel anak-anak bulus.

Dan rasa EXCITED sebab lepas raya, anak-anak baru lain akan sampai di AiS Pet Store. Yeay ~

P/S : Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada bisnes partner saya iaitu Encik Bukan Kosong sebab sudi jagakan Britney and the gang serta ambik shift raya. Tanpa beliau susah saya nak urus seorang-seorang (Ayat bodek hahaha).

Glamer tak semua? hehehe Tema Arabian Romance. (Sile klik untuk versi Besao sket)

Wednesday, July 24, 2013

Hari 24

Setelah byk perabih duit untuk anak-anak bulus... Akhirnya beli gak barang untuk diri sendiri sempena raya. Warna tema keluarga saya tahun ni...

Apa pun Alhamdulillah... AiS Pet Store dah ramai pelanggan tetap. Bisnes makin berkembang dan harapnya terus maju. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 3, 2013

Monday, July 1, 2013

Hari 1

Ni le husband kepada Miley Cyrus. Yang ni baka dia namanya Coronet dan warna bulu dia dikenali dengan nama rainbow lilac. (sangat-sangat rare kaler ni).

Nama beliau Liam Hemsworth. Seksi tak nama beliau? hahaha ke wall blog ni lagi seksi? hehe. (Kebetulan jumpa gambar retis ni pakai seluar pendek kaler2)


Ni gambar ala-ala model professional. hehehe. siap kain belakang ni kaler pelangi lagi.
Yang ni lak gambar tak professional. Liam malu-malu sangat masa mula jumpa.
Kapel set.
Excited sangat dapat guinea pig yang comel ni. Disamping bisnes pet dan boarding makin kencang. Rezeki anak-anak hehehe. Dan yang paling BEST, ada meow meow yang dah mengandung. YEAY! Agak-agak sapa yang peknen? Britney, Katy Perry or Marion?

Saturday, June 29, 2013

Hari 29

Entri lepas ada cakap pasal nak tambah Guinea Pig kat AiS Pet Store. Tapi tak jadi sebab dia suruh bank in kan duit penuh sebelum dia bagi sepasang GP kat saya. Memandangkan duit tu daripada investor saya a.k.a mak saya sendiri, jadi saya agak risau takut dia kencing. Lagipun dia keberatan untuk saya masukkan separuh dulu duit deposit.

Jadi lepas tanya kawan-kawan, diorang sarankan saya beli kat seorang breeder GP yang femes. Harga lebih kurang sama je, dan saya dapat warna dan baka GP yang sangat-sangat rare. 

BTW, ni GP pertama saya, baka Texel yang diimport dari Holland. Harga boleh tahan tapi berbaloi sebab warna dia rare iaitu self color flame red. Nama beliau Miley Cyrus. hehehe.


Ni masa dia kecik.
Yang ni latest, umur sebulan, bulu tunggu masa nak jadi panjang dan kerinting.

Next saya update pasal husband Miley lak. hehehe. Cuba teka apa nama husband beliau?

Saturday, June 22, 2013

Friday, June 21, 2013

Hari 21

Cadangan awal saya dan bisnes partner nak tambah landak dalam AiS Pet Store, selepas raya. Tapi semalam chat dengan investor saya, dia suruh tambah guinea pig la pulak. Memandangkan beliau adalah mak saya, jadi saya pun dengar lah cakap beliau. hehehe. Dah duit dia kan. hohoho.

Ingat beliau nak tambah guinea pig baka murah aka Abyssinian (yang regenya hanya rm20-rm50 di pasaran), tapi sekali beliau nak bagi sepasang guinea pig baka yang mahal dan rare. Dia beri pilih samada nak baka bulu panjang lurus atau yang kerinting. Sebab saya suka yang pelik, jadi saya pilih yang bulu kerinting ala-ala Justin Timberlake.

Excited tunggu pet baru dan harapnya dapat membiak bagai johan. Sampai awal bulan Julai. Sempena Ramadhan. Amin.  

Oh ya, baka yang rare ni rege dia beratus-ratus gak. Dan nama baka ni Alpaca.

Yang ni jantan. Nama dia mungkin Mark Ruffalo atau Gavin Rossdale.

Betina dah kompom nama dia Gwen Stefani sebab sgt2 cool kaler dia.

Siap dapat pree bekas dia ag, chumei tak? kalah kak Ton hehehe
 
Rancangan untuk tambah landak mini kena tangguh dulu, sekurang-kurangnya sampai hujung tahun dan proses biak Guinea Pig ni berjaya dengan cemerlang. Amin...

P/S : Ada member cadangkan blog ni kasi tukar jadi AiS Zoo lak hehehehe...

Thursday, June 20, 2013

Hari 20

Lepas Raya nak tambah Hedgehog a.k.a landak lak dalam AiS Pet Store. Yeay ~
Nak Ambik seekor kaler Albino dan seekor kaler Salt and Pepper. 




P/S : Lepas landak, saya tengah cadang2 nak tambah sejenis lagi pet dalam AiS Pet Store. Tapi ngah masih nak pilih-pilih sama ada nak yang 'kerinting' atau 'rambut panjang ala gadis'. Agak-agaknya pet apa????

Wednesday, June 19, 2013

Hari 19

Semalam chat dengan business partner a.k.a banker a.k.a mak saya, hehe.

Kata beliau kalau bisnes saya dah cemerlang, gemilang dan terbilang, dia nak hadiahkan saya sepasang sugar glider kaler putih atau dalam nama omputehnya, kaler Leucistic.

Walaupun saya jangka dalam beberapa tahun baru nampak hasil yang hebat, tapi rasa lebih bersemangat lepas tahu ada ganjarannya. hehehe.

Oh ya, harga seekor sugar glider Leucistic ni 5k seekor. Awesome tak mak saya? muahahaha.

Kompom Britney jeles kalau ada pet cam ni.
Bawak jejalan sambil suping pun awesome gak ni.
Beza yang kaler putih dan biasa.
p/s : Selain kucing dan hamster, bisnes partner saya aka Pak Cik Yang Tak Suka Cakap Kosong nak tambah 'haiwan berduri' lak pas raya. Sekarang tengah cari ilmu macam mana nak handle haiwan ada duri-duri yang chumei tu.

Thursday, June 13, 2013

Hari 14

Kalau beli van Volkswagen atau jenis truck klasik dan buat bisnes cam food truck kt US awesome gak ni.

Sambil-sambil kerja pensyarah sambilan, lepas kelas leh jual makanan kat pelajar-pelajar hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 9, 2013

Hari 9

Memandangkan salah seekor kucing saya iaitu Leo telah direhome dan Jeremy pun masih terlalu muda untuk jadi bapak-bapak, saya dan bisnes partner buat keputusan untuk menambah seekor kucing jantan yang telah ada pengalaman menjadi bapak-bapak. Setelah banyak kucing yang kami rejek, akhirnya kami membuat keputusan untuk memilih kucing jantan berwarna hitam oren.

Jadi diperkenalkan kucing jantan baru, semi flat persian, berusia setahun setengah yang diberikan nama Seth Macfarlane yang namanya diambil sempena penulis kegemaran saya (sila rujuk wall saya, kacak kan? hahaha)

BTW pic yang last tu anak kepada Seth. Sebijik cam bapak dia.

Sexy tak? hehehe
Anak kepada Seth


Wednesday, June 5, 2013

Hari 5

Mujur ada dua rakan bisnes* yang bagus.
Kalau tanpa mereka, memang tak jalan bisnes.
Syukur setakat ni bisnes berjalan lancar. Tak sabar nak kembangkan bisnes boarding pet dan tambah beberapa baka kucing yang dulunya tak mampu nak miliki. Hehehe.

*Bisnes partner sy : mak sy sendiri sebagai silent partner dan blogger BukanKosong jadi co partner AiS Pet Store.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, May 31, 2013

Hari 1

Rezeki tahun ni.
Tambah satu lagi ruangan dalam majalah baru untuk saya menulis rencana.

Cuma masa untuk menulis fiksyen sudah berkurangan. Mungkin saya hanya fokus kepada penulisan ilmiah saja*.

*Bidang penulisan yang jarang diminati terutamanya yang obses dengan stail buku fixi. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 28, 2013

Hari 28

AiS Pet Store dah buka khidmat boarding...
Dua pelanggan pertama, seekor kucing dan seekor arnab.

Kucing betina baka Birman nama Pika, umur 6 bulan.

Arnab nama Coco.
Kalau nak tinggalkan kucing, arnab atau hamster boleh pergi ke official site AiS Pet Store ye. Rege murah-murah je...

Saturday, May 25, 2013

Hari 25

Marion and Jeremy, 
Sitting in a tree, 
K-I-S-S-I-N-G, 
First comes love, 
then comes marriage, 
then comes baby in a baby carriage!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 22, 2013

Hari 22

Waktu malam, anak-anak bulus berkumpul kat ruang tamu.


Lepas ambik gambar baru terperasan anak-anak berkumpul dan bentuk huruf 'T' hahaha... nampak sangat semua nak ruang masing-masing sebab malam tu panasss.... kalau tak asyik melekat je.

Tuesday, May 21, 2013

Hari 21

Kalau buka taman kucing yang ada pelbagai kucing dari seluruh dunia menarik gak... Tapi kena tunggu pindah balik ke Kelantan* je la sebab tanah ada kat sana...

*Jom saye kito kelik ngan dok klate pulok. Puah kawe sini...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 19, 2013

Hari 19

Dapat cek tulis artikel terus beli kucing baka Scottish Fold (telinga melipat ke bawah) betina bernama Marion Cotillard.
Suka bulu dia yang unik dan ekor yang medium pendek.
Anak jantan saya yang nama Jeremy dah mula nak mengorat beliau. hahaha.

Kekadang rasa Marion ni cam burung antu je...

Perangai dia lebih cam anjing drp kucing... chumeiii

Followers