Tuesday, January 11, 2011

Janus


Dewa Janus

Sekejap dia peramah. Sekejap dia pemarah. Itulah Siti Sifir. Mungkin pelajar-pelajar kolej lain tidak menyedari perubahan mood Siti Sifir. Namun teman-teman kelas yang lebih banyak menghabiskan masa dengannya tahu dengan perangainya itu. Mereka membuat kesimpulan sendiri mengapa perubahan mood itu berlaku.

Isnin : Mood kurang baik. Mungkin disebabkan dia kena bangun awal dan mukanya nampak penat.

Selasa : Mood ceria. Mungkin mendapat panggilan dari B tercinta.

Rabu : Mood buruk. Mungkin datang bulan agaknya.

Khamis : Mood gembira. Mungkin cek hasil kerjanya sudah sampai.

Jumaat : Mood marah. Mungkin tidak tahan dengan gurauan Azril dan Firul.

Sabtu dan Ahad : Misteri.

Sebab mengapa moodnya berubah yang sebenar, tidak diketahui oleh kawan-kawan sekelasnya. Mereka takut untuk bertanya kerana keberangkalian Siti Sifir melemparkan sandalnya ke arah mereka, agak tinggi jika moodnya tak betul. Antara teman sekelas yang paling ingin tahu mengapa perubahan mood Siti Sifir berlaku adalah Azril.

Azril suka menyakat Siti Sifir, kerana Azril suka melawak. Pada permulaan semester, mood buruk Siti Sifir tidak begitu ketara. Dia masih boleh menerima lawak bodoh Azirl. Tetapi apabila sampai pertengahan hinggah akhir semester, moodnya semakin buruk. Muka masam, cepat marah, sensitif dan semuanya yang 'menakutkan' berlaku.

Jika dulu, Azril tidak berpeluang untuk menyiasat apakah penyebab Siti Sifir berubah mood seperti lagu Katy Perry 'Hot and Cold', kini Azril sudah mendapat peluang. Azril tidak lagi menjadi manusia. Dia adalah hantu yang bebas untuk terbang ke mana-mana. Lantas, Azril sebagai hantu pergi ke kolejnya untuk melihat teman-teman yang pernah bersamanya dulu.

Waktu kelas tamat. Azril melihat Siti Sifir sedang bergaduh dengan Firul. Dia keluar dari kelas dengan muka marah.

Azril mengikut Siti Sifir pulang ke rumahnya.

"Cepat Kak Siti balik hari ni."

Kedengaran suara manja. Siti Sifir tidak menjawab. Azril masih mengikutnya dari belakang sambil mencari tuan empunya suara.

"Kak Siti, esok giliran saya ya pergi ke kolej," suara manja itu berkata.

Azril terkejut melihat ada dua Siti Sifir depannya. Seorang bermuka masam. Seorang lagi bermuka manis.

Oh ya, untuk tahu kenapa Azril boleh jadi hantu sila ke sini ya.

22 comments:

♥cikmOt♥ said...

saya siti situ sana sini....weeee

Asrul "iLham" Sany said...

ciK mOt ©™ : Hahahaha, ni takde kaitan ngan siti nurhaliza ya ;)

memyn said...

wahhh.. siti sifir

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : Siti yang paling bahaya kat dunia ni ;)

memyn said...

selalu jeles dgn nama siti.. sbb nama siti selalunya cantik & baik

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : yg penting perangai best. hohoohoo

matahati-aishahazhar said...

dah lama x dengar siti sifir... lama tu.. jaman2 persekolahan dulu

Asrul "iLham" Sany said...

rATu kEBaYA : Rindu ngan nama tu ;)

Anonymous said...

so dewa janus tu refer kepada apa?

Salam blogwalking sini dengan sukahati-nya.....Jemputlah singgah ke blog saya gak yer....

sila lah baca :
Cerpen MONOLOG Bhgn:2 karya Blogger IXBARR....kenapa perlu MONOLOG?

\^__^/

Asrul "iLham" Sany said...

Janus merujuk kepada sifat Dewa Greek dimana setiap manusia mempunyai dua muka yg berbeza, baik dan buruk ;)

Anonymous said...

oyeke......menarik gak tu...mcm 'split personality' lebih kurang la kan....takpun 'hipokrit'..depan org baik, belakang org jahat jer...

Asrul "iLham" Sany said...

Mr.IX : Nice, u faham ;)

Encik MamaT said...

mujur siti sifir tu tak nampak azril.. kalo tak.. tiga2 terkejut beruk..haha

said...

lama tak tgk rancangan siti sifir kat tv

hehhehe


✿(^^,)✿

So Shy Lady (SSL) said...

ttanya2 gak apa maksud janus tu...ooo skrang dh faham dah heheh

nice story, truskn bkarya.. i akn folo

So Shy Lady (SSL) said...

ttanya2 gak apa maksud janus tu...ooo skrang dh faham dah heheh

nice story, truskn bkarya.. i akn folo

LURZAN TAZA LIMAJ said...

err ada kaitan dgn orang tu x?

Asrul "iLham" Sany said...

Encik MamaT : Hahaha, Azril walaupun dh RIP tapi masih nakal ;)

Asrul "iLham" Sany said...

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ : Ni siti sifir versi jahat ;)

Asrul "iLham" Sany said...

So Shy Lady : Kita semua ada sifat janus. ;)

thanks sb follow ya ;)

Asrul "iLham" Sany said...

NAZRUL AZAT : Malangnya Orang tu ada satu muka je... T_T

Anonymous said...

tau sebab dia amti sebab diet dan senaman melampau. hehe

Followers