Sunday, January 2, 2011

Jangan Lepaskan Dia Pergi

Ini adalah siri cinta yang cuba saya buat untuk tahun 2011, siri Urban Legend akan kembali semula. ;-)p

Gambar hiasan semata-mata

Lelaki bertopeng itu muncul ketika dia dalam perjalanan pulang dari kerja. Lelaki bertopeng itu muncul dengan tiba-tiba di belakang keretanya. Dia terkejut, tetapi tidak mungkin ada hantu pada waktu pagi. Lelaki bertopeng tidak menerangkan siapa dirinya dan hanya berkata,

"Jangan lepaskan dia pergi. Dia..."

Lelaki bertopeng itu hilang dengan tiba-tiba, sebelum sempat menghabiskan ayatnya. Siapa "dia" yang dimaksudkan? Persoalan itu timbul dan hilang sehingga dia sampai di rumahnya. Semuanya umpama mimpi. Dia baring atas katil, dan terus membuka sebuah laman sosial. Banyak sungguh komen yang diterima. Baru saja tadi dia menaip statusnya melalui telefon bimbit, sebelum kedatangan lelaki bertopeng itu.

"Dah sampai rumah?"

Mesej chat dari laman sosial tersebut muncul. Mesej dari "Orang itu". Dia malas melayannya. Dia membiarkan "Orang itu" menunggu untuk seketika. Dia blogwalking. Setelah hampir setengah jam, barulah jawapan diberikan kepada "Orang itu".

Mereka berbual untuk seketika. Dia malas melayan. Penat. Rimas. Lantas dia membalas "soalan-soalan" klise "Orang itu" dengan:

"Kalau u dapat cari yang lebih baik, lepaskan I lah"

Dia sendiri tak pasti mengapa jawapan itu diberikan. Mungkin dia penat, rimas. Masa untuk tidur setelah semalaman berkerja.

Dia bermimpi, "Orang itu" tersenyum dan berkata, "Selamat tinggal" dan badan "Orang itu" hancur seperti bom.

Dia terjaga dari tidurnya, dan mencari telefon bimbit untuk mengemas-kinikan status baru. Terdapat 30 panggilan tidak terjawab, dan ratusan sms. Berapa lama dia tidur tadi? Dia tertanya-tanya. Muncul lelaki bertopeng itu kembali. Lelaki bertopeng itu menyuruhnya menelefon "Orang itu", tetapi dia enggan. Dia mahu tahu siapakah lelaki bertopeng itu? Lelaki bertopeng membuka topengnya. Dia terkejut melihat wajah lelaki bertopeng. Seperti sebuah cermin di depannya, tetapi refleksinya sangat tua dan sedih.

Lelaki bertopeng merampas telefon bimbit darinya dan menangis.

"Semua sudah terlambat."

Lelaki bertopeng berkata dan menghilangkan diri. Telefon bimbit berbunyi kembali. Dia mengangkatnya.

Suara tangisan dapat didengari melalui luar biliknya.

Dia tidak tahu sudah berapa tahun dia korbankan. Berapa orang dipulaukan. Apa yang dia tahu adalah dia harus mencipta sebuah alat. Untuk kembali kepada zaman silam. Untuk menghalang dirinya dari melepaskan "Orang itu" pergi. Dia tidak mahu lagi "Orang itu" hilang untuk selama-lamanya.

Cerita ini diinspirasikan dari seorang teman, baca dan jangan tiru ya, saman kang. hahahaha

15 comments:

CintaZulaikha said...

wahhhh, nak buat mesin masa npk..cerita cinta ke nih?? boleylahh..ada jugaklah cinta..sian dia kalau terlepas kan..baik ko bagi mesin masa tu kat dia agie..huhu

Asrul "iLham" Sany said...

CintaZulaikha : Moos sedih siti hahahaha

memyn said...

tibe2 terasa menampar muka sendiri.. camner tuh.. agak tacing di situh.. huhu

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : Haahahaha, yang penting hargailah insan tersayang temanya...tak de kena mengenan ngan i tauuu

memyn said...

hehehe... belajar menghargai... kalu ade kena mengena pun mcmlah org tau.. haha

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : Hahaha, pandai tol susan ayat2 ye... ;)

memyn said...

haha.. belajar dr yg pakar.. hehe

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : Wah, berpengalaman nih nampaknya ;)

Ena said...

alahai..

sian kat diri sendiri sbb tak berapa nak faham.. huhu..

Asrul "iLham" Sany said...

Ena : alalala, sowiee ekkk...

thanks sb sudi baca...hohohohoo

Unknown said...

hargailah orang lain....

LURZAN TAZA LIMAJ said...

xpe, aku paham, huhuuuu

Asrul "iLham" Sany said...

YobSumo : Hargai semua orang walaupun tak dihargai..hohoohoho...

Asrul "iLham" Sany said...

NAZRUL AZAT : Akhirnya ada gak orang faham...yahuuuu....

Anonymous said...

errr..aku paham tema tapi tak paham jalan cerita. artistik sangat. ko ni...

Followers