Friday, July 29, 2011

Jejaka Badan Biru Yang Sangat Mahal Tapi Aku Suka


Kiri : Saiz normal menan2 aku selalu beli 12" dan rege dia pun bawah rm6XX
Kanan : Saiz gergasi 18" Jake Sully yang aku sudah tempah kat kedai menan. KOPAK rm860.

Hadiah kat diri sendiri sempena bakal 'menjadi tua' hujung tahun ni. Belanjawan untuk beli menan tahun ni akan berakhir dengan menan last iaitu Neytiri aka bini Jake Sully. KOMPOM rege dia rm8xx gak. Nasib baik aku dah 'menabung' sejak kecil lagi. kannnn...muahahaha

Thursday, July 28, 2011

Penulis Bujang Hidupnya Macam Ni

Aktiviti setiap petang Khamis, melepak kat McDonald's siapkan artikel+kerja+etc. Hidup seorang PENULIS BUJANG T_T

Laptop + Wifi + Toy+ Happy meal = Smile

Menu sihat, tukar fries ngan buah

p/s : Entry sekarang asyik letak gambar je. Terlalu sibuk untuk menulis kolum si Jejaka atau cerita-cerita lain dan sewaktu dengannya. Kalau tukar karier jadi pelukis agak-agak akan bertambah sibuk jugak ke? muahahaha

Tuesday, July 26, 2011

Alhamdulillah

Walaupun ada beberapa perkara tak best terjadi, saya tetap SENYUM kerana rezeki murah pada minggu ni. Amin.

Tetapi yang paling buat saya SENYUM adalah dapat jumpa dengan Shikin kembali.

Alhamdulillah, rezeki 'anak-anak'

;-)p

Sunday, July 24, 2011

Hearts Shikin

Selepas hampir dua tahun tak jumpa, akhirnya dapat jumpa balik kawan baik masa sama-sama belajar dulu. Walaupun dapat jumpa kejap pun, jadi le untuk lepas rindu. Rindu kat kawan yang bernama Shikin dan dua Godsons saya yang diberikan nama gelaran 'si kurus' untuk abang dan 'si gemuk' untuk adik. Sabtu depan mau jumpa dia lagi... yahuuu...
My beautiful harp player, Shikin (mak si kurus + si gemuk)

Si kurus yang nakal (last skali jumpa masa dia kecik lagi)

Si gemuk yang sangat-sangat COMEL

p/s : tak sabar nak bawak budak-budak ni gi jejalan. ;-)p

Wednesday, July 20, 2011

Hadiah untuk si Bulan


Bulan, hadiah beruang untuk kamu, mau? Atau mahu tunggu cd terbaru Siti Nurhaliza?
Atau...

p/s : Entri sepanjang minggu ini berkenaan dengan bulan sahaja. Dan penggunaan panggilan nama 'saudara' itu sebenarnya boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.

Monday, July 18, 2011

Selamat Hari Jadi, si Bulan

Entah mengapa diri teringat,
Zaman dulu sama terikat,
Alangkah sempurna semuanya,
Malang terputus begitu saja.

Semoga si bulan rasa bahagia,
Ada peneman baru bersama,
Fikirkan gembira, jangan yang luka.
Indah biarlah selama-lamanya,
Elak jangan jadi seperti kita berdua.


p/s : Blog saya pada minggu ini didedikasikan khas untuk 'si Bulan' yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya pada minggu ini. Semoga saudara gembira dihari yang penuh bahagia bersama orang baru tercinta. Maafkan saya kerana tidak boleh berikan saudara 'dunia', hanya mampu berikan hati kecil saja.

Sunday, July 17, 2011

Penulis

Si jejaka berada dalam elevator bersama sepasang kekasih. Mungkin dalamnya hanya mereka bertiga, ruang sempit dan si gadis bersuara speaker menyebabkan si jejaka dapat mendengar semuanya.

Si gadis merajuk dengan kekasihnya. Puncanya si kekasih memberikan respon negatif terhadap novel si gadis. Rupanya si gadis penulis novel. Mungkin baru sahaja berdamping dengan dunia sastera pop ini.

"Abang tak pernah support saya. Asyik cakap yang negatif je!"

Antara ayat yang dilontarkan oleh si gadis dengan lantang. Si kekasih mempertahankan pandangannya kerana si gadis menyuruh si kekasih berlaku 'jujur'. Si kekasih cuba memujuk, tetapi si gadis tetap merajuk.

Si jejaka hanya ketawa. Bukan ketawakan mereka. Tetapi ketawakan diri sendiri. Dulu, si jejaka juga begitu. Mula-mula menghasilkan karya dan diberikan kepada 'si bulan'. Si bulan hanya memberikan kritikan pedas, negatif melalui nada sarkastiknya. Si jejaka merajuk, walau rajuknya hanya seketika selepas melihat si bulan senyum.

Kini, si jejaka sudah bertelinga dan bermuka tebal. 'Kulit'nya makin keras. Kerana untuk menjadi seorang 'penulis' haruslah mempunyai 'kesabaran' yang tinggi, walaupun dengan 'kesayangan' sendiri.

p/s : Selepas si bulan 'tiada', si jejaka sudah tidak pandai 'merajuk' dan malas untuk 'memujuk'

Friday, July 15, 2011

Javier Bardem

Mood si Jejaka tidak berapa baik. Bukan tekanan disebabkan kerja kerana semua editor, proof readers, rakan penulis dan sebagainya sangat baik dengan si Jejaka. Kerjanya tidak pernah membebankan si Jejaka. Sebaliknya punca mood buruk si Jejaka disebabkan oleh migraine.

Seharian kepala si Jejaka rasa seperti mahu pecah. Walaupun begitu dia tetap keluar rumah kerana ada meeting dengan editor. Selepas selesai, dia berjalan pulang dengan menaiki lrt Stars. Masuk keretapi agak padat dengan manusia baru balik kerja. Seperti sardin berhimpit-himpit.

Si Jejaka berdiri sebelah si Gadis. Montok, ketat dan bersolek tebal. Tiba-tiba keretapi berhenti dengan mengejut. Menyebabkan si Jejaka tersentuh 'dua bukit' gebu milik si Gadis. Belum sempat si Jejaka meminta maaf, si Gadis sudah menjerit:

"Jantan sial! Ko raba aku! Pokpek! Pokpek! Pokpek!"

Semua orang memandang mereka. Si Jejaka dengan muka tanpa sebarang emosi, membalas bebelan si Gadis dengan:

"Saya gay. Saya nak raba yang cam Javier Bardem je!"

Pintu keretapi destinasi si Jejaka terbuka. Si Jejaka melangkah keluar dengan migraine-nya yang makin bertambah.

Thursday, July 14, 2011

Sucker Punch

After Thor and Captain America, my next toy will be Babydoll from Sucker Punch. AWESOMENESS!





Tuesday, July 12, 2011

Loser + CalArts


Awal tahun 2011, saya rasa sangat-sangat loser.

+ hubungan selama 4 tahun putus
+ duit takde
+ penat-penat hasilkan skrip, tapi kena tipu
+ gred degree tak mencapai 3.50
+ berat badan cam gajah

Beberapa bulan jugak saya jadi rasa rendah diri, buruk, tak confident dan sewaktu dengannya. Depresi yang agak tinggi. Lepas saya ambik kerja sebagai penyelidik makanan yang memerlukan saya travel seluruh Malaysia, barulah rasa 'gembira' itu muncul semula.

Sekarang sudah bulan 7, rasa confident, lebih semangat dan macam best sangat. Rezeki makin bertambah dan berat badan makin susut.

Kesayangan masih tiada, dan malas mau memikirkan tentang 'hati dan perasaan'. Sekarang lebih mahu kumpul duit untuk bayar PTPTN, beli kereta VW yang old skol dan mula menabung bagi memenuhi harapan saya untuk masuk California Institute of the Arts @ CalArts. Belajar di fakulti School of Critical Studies. Saya sanggup jual semua menan saya kalau perlu.

Dulu ada kawan foreigner ayah yang datang melawat rumah, saya seronok dengar cerita dia belajar kat CalArts. Dia ambik photography (antara sebab ayah saya suka ambik gambar masa muda-muda dulu).

Mungkin ramai yang akan cakap impian saya bodoh, tapi saya tetap akan berpegang pada harapan suatu hari nanti saya akan belajar di CalArts. InsyaAllah.

Sunday, July 10, 2011

Pekerja K

Mak saya membebel sebab agak selekeh masa pergi meeting kat Kelantan. (BTW, saya dapat kerja sambilan jadi penyelidik budaya kat Kelantan, jadi sekarang kena ulang-alik Kelantan dan KL. Setiap kali meeting, kena pakai smart2 cam pekerja "K"). Jadi saya pun ajaklah mak saya ke KB Mall untuk shopping pakaian pejabat. Shopping tingkap dulu, esoknya saya baru datang untuk beli. Perangai saya kalau nak membeli. Pusing-pusing dan lepas mak saya membebel sebab tak beli apa-apa, singgah kat kedai kasut. Cuba beberapa pasang, saya tersuka kat sepasang loafer. Yang best, saya tak cakap nak beli pun, mak cam dah tahu saya suka, dia terus ambik loafer tu dan bayar. Early birthday present katanya.

Keesokan hari lepas Jumaat, ajak ayah pergi beli baju, seluar dan tali pinggang untuk meeting. Cam mak saya jugak, belum apa-apa lagi ayah dah tunggu kat kaunter dan bersedia nak bayar. Walaupun segan sebab rasa dah tua bangka dan sudah bekerja, tapi ayah dan mak tetap anggap saya macam 'budak kecik'. SAYANG PAPA + UMIE.
Loafer hadiah dari Mak

Beli pakaian opis kat sini. Murah + best

Imej pekerja 'K' aka Gomen. Seyes sket...

Try kemeja light blue + dark grey skinny pant

Kemeja dark purple + black skinny pant

Papa saya slamber dengan imej Jumaat

p/s : Rasa BEST sebab dah boleh pakai seluar skinny YEAY

Friday, July 8, 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jangan tanya soalan bila nak kawen kat saya

Antara soalan-soalan cepumas yang ditanya oleh kawan-kawan/bloggers/skandels dan sewaktu dengannya mengenai blog saya:

Kenapa blog ko selalu cite pasal ko ngorat orang ar?
Kenapa aku nampak ko cam kecewa je dalam blog?
Kenapa ko suka wat puisi pendek2 dan seram?
Kenapa ko suka tukar layout?
Ko cakap ko penulis kanak2, napa tak pernah pun nampak keje ko kat blog?
Kenapa ko sedih sangat pasal 'bulan' tu? Siapa tu sapa?
Kenapa ko tak cakap siapa 'bintang' ko?
Kenapa ko poyo sangat cite 'kehebatan' ko dalam blog?
Kenapa ko romeo sangat? Cian kat 'awek tu'
Kenapa ko suka sangat cite pasal ko nak jadi bapak?
Kenapa ko tak baik balik ngan 'bulan' ko? (soklan yg paling bodoh)
'Bulan' ngan 'Orang Itu' sama ke? Nape ko tak cite?
Kenapa ko suka sangat ngorat orang, pastu cite kat blog? Nak tunjuk bagus ke?

Bla, bla, bla, banyak lagi soalan yang diberikan kepada saya melalui facebook, masa jumpa kat luar etc. Rasa cam artis lak. hahaha. Apa pun, satu je jawapan saya kepada soalan-soalan di atas.

"Suka hati aku le. Ni blog aku"

p/s : Tak marah pun, cuma rasa kelakar sampai editor saya pun bertanya 'Adakah saya sedang kecewa sekarang?' Senyum saja.

Thursday, July 7, 2011

Love is not a Game

Lebih suka berterus-terang dan menjadi lelaki budiman dari jadi lelaki yang suka menipu dan pandai bermain 'cinta'

Wednesday, July 6, 2011

Awek + Babies

Kejadian ini berlaku dalam dua minggu lepas. Seorang awek blogger ajak saya keluar minum. Dia sudah lama add saya dalam facebook. Lepas tukar-tukar nombor, borak melalui facebook dan sms, tiba-tiba suatu hari, dia ajak jumpa kat satu kafe berdekatan dengan flat saya.

Awek : Suka baca blog awak. Awak suka budak-budak. Saya pun suka budak-budak.

Saya : Terima kasihlah sebab sudi baca blog saya.

Awek : Awak mesti dah fikir nama anak-anak awak kan?

Saya : Ofkos. Saya tak sabar.

Awek : Apa nama bakal anak-anak awak?

Saya : (Teruja) Kalau lelaki saya nak nama Jaime. Kalau perempuan, nama Syrena.

Awek : (Gelak tak ingat dunia) Kahkahkah. Muka cam Siam, ada hati nak bagi nama anak omputeh.

Saya : (Senyum) Sebenarnya kat kampung saya, nama Jaime tu nama yang biasa orang guna. Asal dari nama Ruzaimi. Syrena bagi saya unik. Lagipun kalau dah anak-anak saya, muka Siam pun, otak kompom bijak cam ayah dia gak. Tak sabar nak ada diorang.

Awek : Kalau awak dah tak sabar nak anak, cepat-cepatlah masuk meminang saya. Kita kahwin, pastu dapatlah anak.

Saya : Tak apalah. Terima kasih saja.

Awek : Napa lak? Jangan risau. Ayah ngan mak saya tak garang and demand.

Saya : Bukan pasal tu.

Awek : Habis tu, kenapa?

Saya : Awak cute, tapi saya tak minat kat awak.

Lepas saya cakap macam tu, muka awek terus bertukar. Saya cuba buat lawak, tapi dia diam. Selepas beberapa minit, dia minta diri untuk blah.

Kenapa saya ceritakan kisah ini walaupun ia kisah lama? Sebab saya baru perasan awek ni dah remove saya dari facebook dia.

Maaf wahai awek ya,
Saya tak sengaja,
Hendak buat cam mana,
Kalau awak bukan taste saya?

Tuesday, July 5, 2011

Monday, July 4, 2011

Oh, Tidak

Ex aku dah selamat kawen. TIDAK!!!

p/s : Hantu dalam proses untuk jadi 'manusia' kembali walaupun tanpa 'si bintang' atau sesesiapa yang memakai uniform berwarna merah & warna-warna lain.

Sunday, July 3, 2011

Pekerja Uniform Merah

Kejadian ini berlaku masa saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Terbang atas udara. Dua orang 'pekerja uniform merah' membawa troli makanan. Salah seorang darinya sangat cute (dah usha masa kat airport). Pekerja uniform merah berikan makanan kepada penumpang sebelah saya. Saya senyum kat dia sebab tempat duduk saya kat tepi, dekat sangat dengan dia. Dia perasan saya senyum kat dia dan bertanya:

Pekerja Uniform Merah : Adik nak beli apa-apa? Kopi, teh?

Saya : (dalam hati) Adik????

Saya : Boleh saya dapat nombor telefon awak tak kalau saya beli kopi dari awak?

Pekerja Uniform Merah senyum dan ambil cawan kertas dan tulis nombor telefon dia. Tuang kopi dan bagi kat saya. Saya bayar dan dia terus blah layan orang lain.

Akhirnya saya sampai kat airport Kelantan. Sempat jumpa Pekerja Uniform Merah masa nak keluar dari kapal terbang. Senyum.

Pekerja Uniform Merah : Text me for a drink later.

Sampai kat terminal, saya buka telefon ingat nak sms dia. Tapi tak jadi lepas saya tiba-tiba teringat kat 'si bintang'. Masih simpan nombor Pekerja Uniform Merah. Selepas beberapa hari, agak-agak dia ingat kat saya lagi ke? Oh, 'si bintang' kau buat aku jadi 'hantu'.

Saturday, July 2, 2011

Anis - My Awesome Lil Sister

Dari angka satu jadi angka dua,
Selamat sambut hari gembira,
Tapi jiwa tetap masih muda,
Seperti abe mung yang tak tua-tua.



Friday, July 1, 2011

Merah

Sedang berada di tanah yang dipenuhi dengan 'jambu', makanan murah, mak cik-mak cik bergelang penuh lengan dan 'pahlawan merah'.

- AWESOMENESS, malangnya sekarang tengah tak ada selera nak makan sebab masih menjadi 'Hantu'

Followers