Sunday, July 3, 2011

Pekerja Uniform Merah

Kejadian ini berlaku masa saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Terbang atas udara. Dua orang 'pekerja uniform merah' membawa troli makanan. Salah seorang darinya sangat cute (dah usha masa kat airport). Pekerja uniform merah berikan makanan kepada penumpang sebelah saya. Saya senyum kat dia sebab tempat duduk saya kat tepi, dekat sangat dengan dia. Dia perasan saya senyum kat dia dan bertanya:

Pekerja Uniform Merah : Adik nak beli apa-apa? Kopi, teh?

Saya : (dalam hati) Adik????

Saya : Boleh saya dapat nombor telefon awak tak kalau saya beli kopi dari awak?

Pekerja Uniform Merah senyum dan ambil cawan kertas dan tulis nombor telefon dia. Tuang kopi dan bagi kat saya. Saya bayar dan dia terus blah layan orang lain.

Akhirnya saya sampai kat airport Kelantan. Sempat jumpa Pekerja Uniform Merah masa nak keluar dari kapal terbang. Senyum.

Pekerja Uniform Merah : Text me for a drink later.

Sampai kat terminal, saya buka telefon ingat nak sms dia. Tapi tak jadi lepas saya tiba-tiba teringat kat 'si bintang'. Masih simpan nombor Pekerja Uniform Merah. Selepas beberapa hari, agak-agak dia ingat kat saya lagi ke? Oh, 'si bintang' kau buat aku jadi 'hantu'.

21 comments:

CintaZulaikha said...

gedik btoi la mem aku seko nih...sms ja la...malu2 hayam plak..nama pon mem2..acececceec~~

ghost said...

cis!begitu mudah sangat kau dapatkan no tipon budak airasia....(eh,aku perasan kalau background blog nih ada airasia..)

hantu a'i's'?sejak bila kau bertukar nih bro..

Asrul "iLham" Sany said...

CintaZulaikha : Aku tak malu nak sms die, cuma bersalah kat 'si bintang' je

T_T

Asrul "iLham" Sany said...

ghost writer : No telefon senang je nak dapat beb, yg penting konfiden...hahaha

aku jadi 'hantu' kejap je

Unknown said...

kalau rasa bersalah kt si 'bintang' tu cepat2 delete no si uniform merah tu...

shasha_iffa said...

haha. confident terlebih sudah. "si bintang" merajuk kalau baca ni :P

Unknown said...

hahaha igt lg tu..

cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html

oRkEd PuTiH said...

huhu...sbg kwn xpe kot..tp ntahla ek..

zati embong said...

pilih 1 je.hihi

. said...

air asia ??

NasQ said...

errr,,, aku pun nak guna taktik cam ni la masa naik mas nanti...

Hans Hanis said...

jgn tamak
pilih satu je
ekekekekke

Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D

ewanthology said...

senang betul ko ngorat yea.. ari tu minah kedai seluar, ari ni minah air asia pulak... jeles tul aku

Encik MamaT said...

citttt... tgh jadi hantu pon leh jadi cenggitu ke.. hahahaha.... tamak ni....

Asrul "iLham" Sany said...

nyanyisunyi : masih simpan...in case of something

shasha_iffa : Dia malangnya tak masok blog sy

Asrul "iLham" Sany said...

saizuan : Harap2 ar...hahaha

oRkEd PuTiH : Senyum sajork

Asrul "iLham" Sany said...

Hans : Aku nak satu je, tapi ngorat tu perlu hahaha

delarocha : Ko pun sile le ngorat

Asrul "iLham" Sany said...

zati embong : nak pilih r ni ;D

nawal addina : a.ar

Asrul "iLham" Sany said...

Nasriq : Haruss cuba

Encik mamaT : Hantu pun nak ngorat2 gak hahahaha

Bidadari Syurga said...

gentlemen... gud... senangkan... tak payah angau... kalau yapun angau no dah dptkan...?

awek uniform merah yaaaaaaaaaaaa...

Asrul "iLham" Sany said...

Bidadari Syurga : Harus ar jadi lelaki budiman... ;D

Followers