Sunday, July 17, 2011

Penulis

Si jejaka berada dalam elevator bersama sepasang kekasih. Mungkin dalamnya hanya mereka bertiga, ruang sempit dan si gadis bersuara speaker menyebabkan si jejaka dapat mendengar semuanya.

Si gadis merajuk dengan kekasihnya. Puncanya si kekasih memberikan respon negatif terhadap novel si gadis. Rupanya si gadis penulis novel. Mungkin baru sahaja berdamping dengan dunia sastera pop ini.

"Abang tak pernah support saya. Asyik cakap yang negatif je!"

Antara ayat yang dilontarkan oleh si gadis dengan lantang. Si kekasih mempertahankan pandangannya kerana si gadis menyuruh si kekasih berlaku 'jujur'. Si kekasih cuba memujuk, tetapi si gadis tetap merajuk.

Si jejaka hanya ketawa. Bukan ketawakan mereka. Tetapi ketawakan diri sendiri. Dulu, si jejaka juga begitu. Mula-mula menghasilkan karya dan diberikan kepada 'si bulan'. Si bulan hanya memberikan kritikan pedas, negatif melalui nada sarkastiknya. Si jejaka merajuk, walau rajuknya hanya seketika selepas melihat si bulan senyum.

Kini, si jejaka sudah bertelinga dan bermuka tebal. 'Kulit'nya makin keras. Kerana untuk menjadi seorang 'penulis' haruslah mempunyai 'kesabaran' yang tinggi, walaupun dengan 'kesayangan' sendiri.

p/s : Selepas si bulan 'tiada', si jejaka sudah tidak pandai 'merajuk' dan malas untuk 'memujuk'

38 comments:

Bidadari Syurga said...

aduhhhh.... aduh.... sedas dua memang kita selalu kena.... kekadang tu giveup gak... tapi takpalah... practice make perfectkan?

zati embong said...

ada certain org yg xdpt nk trima pendapat org lain.

O.o

EzayHadry said...

boleh plak si jejaka ketawa sambil org bergaduh..hehe tak kene pangg ke?? sokong 2 org komen di atas..kene give n take la

Asrul "iLham" Sany said...

Bidadari Syurga : Tol tu ;D

Asrul "iLham" Sany said...

zati embong : mungkin. ;D

Asrul "iLham" Sany said...

Ezay Hadry : Mereka terlalu sibuk 'bergaduh' untuk peduli pasal si jejaka

;D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai noticed setiap kali n3 baru mesti template pow bertukar....curlastt uols :D

feyza said...

siapa si bulan.?

NasQ said...

lelaki kalau merajuk memang buruk... aku kata diri sendiri tau...

Encik MamaT said...

nama pon ponpuan.. nak kritik boleh... mungkin pendekatan tu berbeza kot... hehehe... tambah2 orang yng rapat...

Zuha said...

nice entry!! hmmm...nk wat camne kan? hahahakz...

http://mat-jungle.blogspot.com/

ewanthology said...

kadang kala jujur itu memang pahit. tak semua orang mampu terima.

sayakayrulez said...

terbaik si jejaka..cm perangai aku je..hehe

Asrul "iLham" Sany said...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ : Sementara boleh ditukar2...curlast...hohooho

Asrul "iLham" Sany said...

Miscellaneous Smiles : Kekasih lama

Asrul "iLham" Sany said...

Tukang Karut : KEcuali aku ar, sebab aku jambu muahahhaa

Asrul "iLham" Sany said...

Zuha : Thanks... ;D

Asrul "iLham" Sany said...

delarocha : Seharusnya semua orang kena berkata jujur... walaupun akhirnya akan rasa sakit. sekurangnya akan rasa sembuh selepasnya

;D

Asrul "iLham" Sany said...

khairul akmal azman : Ko dan si jejaka sesama cool

;D

memyn said...

sometimes menjadi telinga tebal n hati kering adalah perlu.. :)

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : Setuju dengan pandangan cikgu tu

;D

Asrul "iLham" Sany said...

Encik MamaT : Setuju ;D

Unknown said...

kesian si jejaka..hehe

Asrul "iLham" Sany said...

saiazuan : Si jejaka tak kisah

;D

CintaZulaikha said...

wah wah wah...kikiki...tu la naseb jadi penulis

Asrul "iLham" Sany said...

CintaZulaikha : Eh, baru nampak ko kat sini... bz bebenor

Anonymous said...

si jejaka jadi matang dari pengalaman yang lepas... sometimes, we hate what others like, while we love what they hate.. hmm~

Khaisya said...

jiwa kena kental..tuan blog ni dh berjiwa kental la ek?

puteri ain said...

boleh beri komen . but kena dgn cara dia :)

Asrul "iLham" Sany said...

Az-Zahra Fauzee : Tol tu ;D

Asrul "iLham" Sany said...

Khairul Antasha : KEntalll ;D

Asrul "iLham" Sany said...

puteri ain : Jujur tu lebih penting walaupun sakit ;D

Cik TeN10 said...

ada setengah org telinga kebal.. ade sesetengah sensitip.. tak semua org bleh terima teguran kita.. biasa la tu.. ^^

Unknown said...

si kekasih kene jugak jaga hati si gadis tuh....;)

ghost said...

nampaknya dia perlu pegi seminar untuk menjadi seorang penulis.bukan ditunjuk ajar menulis tapi bagaimana memperolehi mentaliti seorang penulis.

Asrul "iLham" Sany said...

Cik TeN10 : Itulah, kadang2 rasa sensitif boleh merosakkan 'orang' dan 'hatinya'

Asrul "iLham" Sany said...

Papa Mifz : Kena sama2 memberi dan menerima... barulah 'bahagia'

;D

Asrul "iLham" Sany said...

ghost writer : Jiwanya masih belum kental dan keras untuk jadi 'penulis'

Followers