Wednesday, July 6, 2011

Awek + Babies

Kejadian ini berlaku dalam dua minggu lepas. Seorang awek blogger ajak saya keluar minum. Dia sudah lama add saya dalam facebook. Lepas tukar-tukar nombor, borak melalui facebook dan sms, tiba-tiba suatu hari, dia ajak jumpa kat satu kafe berdekatan dengan flat saya.

Awek : Suka baca blog awak. Awak suka budak-budak. Saya pun suka budak-budak.

Saya : Terima kasihlah sebab sudi baca blog saya.

Awek : Awak mesti dah fikir nama anak-anak awak kan?

Saya : Ofkos. Saya tak sabar.

Awek : Apa nama bakal anak-anak awak?

Saya : (Teruja) Kalau lelaki saya nak nama Jaime. Kalau perempuan, nama Syrena.

Awek : (Gelak tak ingat dunia) Kahkahkah. Muka cam Siam, ada hati nak bagi nama anak omputeh.

Saya : (Senyum) Sebenarnya kat kampung saya, nama Jaime tu nama yang biasa orang guna. Asal dari nama Ruzaimi. Syrena bagi saya unik. Lagipun kalau dah anak-anak saya, muka Siam pun, otak kompom bijak cam ayah dia gak. Tak sabar nak ada diorang.

Awek : Kalau awak dah tak sabar nak anak, cepat-cepatlah masuk meminang saya. Kita kahwin, pastu dapatlah anak.

Saya : Tak apalah. Terima kasih saja.

Awek : Napa lak? Jangan risau. Ayah ngan mak saya tak garang and demand.

Saya : Bukan pasal tu.

Awek : Habis tu, kenapa?

Saya : Awak cute, tapi saya tak minat kat awak.

Lepas saya cakap macam tu, muka awek terus bertukar. Saya cuba buat lawak, tapi dia diam. Selepas beberapa minit, dia minta diri untuk blah.

Kenapa saya ceritakan kisah ini walaupun ia kisah lama? Sebab saya baru perasan awek ni dah remove saya dari facebook dia.

Maaf wahai awek ya,
Saya tak sengaja,
Hendak buat cam mana,
Kalau awak bukan taste saya?

36 comments:

zati embong said...

alahai..so ciri2 cane yg nak ni?

Asrul "iLham" Sany said...

zati embong : Rahsia...hahaha

atie rahaman said...

Amboih, memilih nyeee.. :P

Asrul "iLham" Sany said...

atie rahaman : Hahahaha, haruslah pilih yang 'terbaik'

;D

sayakayrulez said...

ahhahaha...
bgs gak kalo ko trus terang

Asrul "iLham" Sany said...

khairul akmal azman : Aku gentleman hahaha

Anonymous said...

haha..kesian btol
tp kalo bab2 kawen ni, mst nk yg d best kann

Asrul "iLham" Sany said...

^baju kurung^ : Setuju, kena ar pilih yg terbaek terus

;D

Scha Nazri said...

adoiyai, terus terang gila. dua2 trus trang. haha.

Asrul "iLham" Sany said...

syAzAnA : Baguslah tu, dari dua2 makan hati nanti hahaha

Unknown said...

err..sian doe dy..

Asrul "iLham" Sany said...

syrupmasin : At least saya berterus-terang

;D

Bidadari Syurga said...

adoi... senafas baca entry nie...

Asrul "iLham" Sany said...

Bidadari Syurga : hebat ;D

kenapa agaknya senafas tu?

Liyana Zahim said...

gile advanced pompuan tuh.. cam laki lak.. huhuhuhu..

Asrul "iLham" Sany said...

Liyana Zahim : Beliau seorang awek yg jujur

;D

bukankosong said...

hish kamoo ni, ngn pompuan kalau nak nolak pun bgla ayat berlapik wei, mereka tu sesitif sikit.

Nnti diaowg paham nnti lama2 kalau kita bg hint menolak...

hu..hu..

Anonymous said...

jaime or j'aime? i like... kan?
suke..suke..suke

puteri ain said...

kesian lak kat awek tu . tp cinta xboleh paksa kan.

ORLANDO AHMAD said...

awek gua nak tujuh anak

Amiey White said...

apa lak perempuan macam tu -.-"

Anonymous said...

kesiannya dia..
adeyh2!

Khaisya said...

cite btl2 ke ni?

tp mmg jujur & telus la jwpn awak tu..hehehe..

scya lollita said...

hahaha sian awek :p
kuchiwaaaa lah tu haha

Hans Hanis said...

kejam gila ko
tak baik weihhhh buat macam tu
haihhhh
mau awek tu tak lari
wanita kan cepat terasa + emosi

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

ghost said...

manthab lar jawapan ko roy..kalau aku leh buat macam tuh,confirm ada yang hantar santau kat aku..haha

CintaZulaikha said...

ek eleh...camtu pon boley ka??? adoiyaiiii

oRkEd PuTiH said...

opss!!!cian..msti malu awek 2 kn...

ewanthology said...

next time lapik skit ayat tu, jangan straight to the point sangat.. huhu

kecik hati dia bro ..

Asrul "iLham" Sany said...

Semua : Aku lebey suka berterus-terang

;D

Liyana Aziz said...

gila kejam... hahahah.. tapi kalau x terus terang lagi kejam... kejam x hengat! hahahahahha

khalila ishak said...

cerita real ke ni? huhu

intan.maisarah said...

tahniah anda jujur..

:)


dan gadis itu terlalu terus terang ye .. ~.~

Asrul "iLham" Sany said...

Liyana Aziz : Yang penting saya masih lelaki budiman...hahaha

Asrul "iLham" Sany said...

k.h.a.l.i.l.a : Malangnya, cite ini real

Asrul "iLham" Sany said...

intan.maisarah : Saya memang lebih suka jujur dari beri harapan palsu

;D

Followers