Friday, December 16, 2011

Little Syrena Episode 4 : Citera Syabab Comel


Syrena bosan menunggu daddynya, Amer sedang bercakap dengan promoter di Kelab Kurus. Walaupun dia beberapa kali memerli daddy-nya untuk menguruskan perut, namun sebenarnya Syrena lebih suka daddy-nya berperut boroi. Syrena suka memeluk daddy yang gebu bagaikan teddy bear besar berharga sepuluh ribu. Tambahan pula, papa-nya juga lagi suka dengan keboroian daddy-nya. Seksi, kata papa-nya melihat perut boroi daddy.

"Jom balik!" Syrena merengek, namun tidak dipedulikan Amer.
Tiba-tiba, Syrena mendengar satu jeritan yang menarik perhatiannya.

"TIDAK!!!" Syabab menjerit melihat dua angka seram di mesin penimbang sambil meraba perutnya yang makin ke depan.
"Bahaya kalau dibiarkan. Aweks lari nanti kang," pancing promoter yang mahu Syabab menyertai program Kelab Kurus.
"Comel perut unkle ni. Syrena suka!" Syrena tiba-tiba memeluk Syabab.
"Hai Syrena, nama unkle, Unkle Syabab. Comelnya Syrena ni," Syabab mencubit pipi Syrena, geram.
"Tengok, budak kecik pun cakap perut awak gemuk," tambah promoter yang cuba menakutkan Syabab.
"Mana ada, Syrena cakap unkle Syabab comel, bukan gemuk!" Syrena marah.
"Jap, tunggu saya fikir dulu," ujar Syabab.

Promoter itu meninggalkan Syabab yang sedang membuat pengiraan budget.

"Yuran U, belanja harian, minyak motor, makan-makan, produk supliment... Gila ah, banyak habis tu!" Syabab risau.
"Apalah unkle ni. Tak payah masuk program kuruskan badan ni. Bodoh je. Duit habis!" Syrena membebel.
"Tapi kalau unkle tak kuruskan badan. Macam mana... Nak... Ngorat... Aweks?" Syabab malu-malu.
"Itu senang je. Meh sini Syrena ajar! Unkle suka awek yang macam mana?"
"Yang tu comel jugak," tunjuk Syabab malu ke arah perempuan penjaga kaunter minuman sihat. 

Syrena menarik tangan Syabab menuju ke kaunter minuman itu.

"Kakak ni single lagi?" Syrena berani bertanya.
"Masih belum berpunya," jawab kakak itu malu-malu.
"Syrena nak kenalkan kat kakak seorang lelaki yang comel. Nak tak?"
"Siapa?" kakak teruja.
"Perkenalkan, lelaki comel, unkle Syabab," Syrena menunjukkan Syabab.

Kakak dan Syabab saling malu-malu kucing. 

"Apalah korang ni, senyap je. Kakak free hujung minggu ni? Unkle Syabab nak ajak tengok wayang. Kakak suka tengok cerita apa?" Syrena bertanya.
"Kakak nak tengok The Girl With The Dragon Tattoo. Tapi takde sapa nak teman..."
"Unkle Syabab lak?"
"Unkle Syabab nak tengok gak, cuma takde sapa yang free."
"Saya free lepas keja nanti."
"Awak sudi ke keluar dengan lelaki tak berbadan sasa macam Syabab?"
"Sudi sangat. Saya suka, comel. Best peluk masa sejuk."
"Yahuu! Saya ambik awak lepas keje ek. Nanti kita tengok wayang sekali," Syabab makin teruja.

Syrena menarik tangan Syabab ke tepi dan berbisik, "Kan Syrena dah cakap, tak payah nak kuruskan badan untuk dapatkan awek!"
"Terima kasih Syrena sebab tolong unkle. Sayang Syrena," Syabab mencium pipi Syrena sebelum Syrena kembali kepada daddy-nya, Amer.

Syrena melihat daddy-nya masih asyik bercakap dengan promoter Kelab Kurus. Nampaknya Amer benar-benar berminat untuk masuk. Syrena mendapat satu idea. Syrena menekan iPhone 4s-nya dan memberikannya kepada Amer. Muka Amer yang teruja untuk masuk Kelab Kurus berubah. Amer menarik tangan Syrena dan segera pulang.

"Tahu takut tengok gambar papa peluk unkle Adil yang comel tu kat facebook. Lagi mau kuruskan badan!" Syrena membebel Amer.

p/s : Cameo Syabab dari Citera Seorang Syabab 
p/s/s : Unkle Adil aka HEROICzero adalah guru besar tadika Syrena dalam short #5 : Family + Friends 

26 comments:

Chuu Muqhlis said...

tetibe jadi agen cari jodoh :P

Little Syrena said...

skali-skala je

=)

LURZAN TAZA LIMAJ said...

cool, watak aku dh mati laaaa kan huhuuuu

Little Syrena said...

unkle NAZRUL AZAT ni, ada le

coming soon

=)

*SiRibenMerah said...

syrena,
aunty riben nak jugak syrena promote pakwe ensem ala2 fahrin ke.. fizo omar ke.. aaron aziz ke.. sorg pon ok je.. aunty pon single jugak neh...

pleaseeeeeeeeeeeeeee~

*syg syrena ketat2.. uncle asrul ckp syrena cam tich yek? muleh le buat kawan nnt...*

Little Syrena said...

nanti Syrena jodohkan auntie *SiRibenMerah ngan jejaka2 sasa n kacak ek

=)

nanti Syrena nak shopping skali ngan Tich

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

curlasttt sangat ayat syrena kat uncle syabab tue.....buncit ituew howt auwwww

Little Syrena said...

of course, auntie ayumi

=)

So Shy Lady (SSL) said...

dh jd match maker plak ye ;D

akk blum dpt. klau pos biasa kena tunggu sbulan kot haha

NasQ said...

kecik kecik lagi dah pandai menjodohkan orang ek...

Unknown said...

crita syabab ek? menarik :D

syabab said...

hahha..weh syabab tergelak guling2 nie...haha... siyes lawak... gemuk itu comell..haha

dill said...

syrena sayang, sukenye kak dill bace. pasni bleh carikan bf utk kak dill lak :)

dill.

syabab said...

btw syabab ngh curious npe xpangkat abg?syabab muda lg br je lepas belasan...ni kecil hati ngn litle syrene nih panggil uncle ase tua sgt lak..haha

zati embong said...

bijak betul syrena ni.hihi

anamizu said...

wahh3 syrena carikan jodoh ey? hehe




luv,
cik ana

anumuchan said...

ahaaa berjaya gkla baca satu persatu dr episode dlu2 kala.huhu.tapi ada gak part yg skip sikit2 ahaaa..novel mmg byk gila nama watak eh.pening gak nk igt satu2 nama watak.haha.pastu syrena ni 5tahun ke 12 thn ke? cara dia ckp kdg2 mcm bdk besar.huhu.apelaa agaknya ending cerita ni ye.huhuuu..btw all da best!

Juliet_iRa~" said...

hahaha..bijaknya syrena ni!

wahh kalo la nak ngorat awek mcm tu je kan senang...tp xramai lelaki mcm tu..kan2?heee

Juliet_iRa~" said...

tp xsemua lelaki mcm tu..setakat pewitt2 je lebih..terus terang jgn harap..hahaha ;p..

agaknya takut ego jatuh kalo kena reject x??kekeke

komen anda?heeee

Rain said...

boroi tu tanda cukup makan.

syrena.. meh kat aunty lisa suraihana meh.. peluk sikit.. comel!

Juliet_iRa~" said...

kekeke..tu la..xramai y mcmtu..smua sbb takut kena reject..tu la lumrah hidup kan..kalo x cuba mn nak tau kena reject ke x..;p

anyway blh agak kot dri reaksi dia kalo mula2 kenal tu nk kena reject ke x...sbb pd ira la..kalo ira suka lelaki tu..mmg cara kita treat dia berbeza..hee dan psaan suka tu jelas ketara..;p..ni ehem2 ira ckp kat ira dia tau ira pon suka dia ms kitaorang mula2 knl tu..

setuju x?kekekee

HEROICzero said...

kenapa gua selalu dijadikan mangsa~

Anonymous said...

Walaweh syabab pon ade special short story jugak. cute la short yang ni.

Bidadari Syurga said...

alaaaaaaaaaaaaa... akak sukalah little syerena ni... sambungnya bila...? weeeeeeeeeeeeeeeeee....

ps: syerena jgn nenakal ok... :)

Bidadari Syurga said...

heroiczero: untunglah lu dpt jadi mangsa... ada org peluk... heeeeeeeeeeee ngeh ngeh ngeh... auwww

Puan Kutu said...

comel..pandai matching2..keke

Followers