"Kemeja Kacak! Pelekat comel!" laung YOUsoF menarik perhatian Ashraf.
Ashrf menarik Syrena untuk singgah di gerai YOUsoF. Ketika Ashraf dan Syrena sedang melihat beberapa kemeja, muncul pula seorang gadis dan kawan gaynya.
"Kacak la abang ni," kata gadis pertama.
"Tol tu, tergoda I!" salah seorang teman gay mereka teruja.
"Kalau dapat jadi boyfriend ni mesti sedap!" kata mereka serentak.
YOUsoF sudah gementar. Dia tidak biasa mendengar pujian dari perempuan dan lelaki dalam satu masa yang sama. Walaupun dari dulu ramai yang mengatakan dia kacak, namun kali ini dia rasa lain. Gadis dan teman gay-nya meninggalkan gerai YOUsoF selepas muka YOUsoF kemerahan menahan pujian.
"Kacak sangatkah aku sampai awek dan balak suka aku?" tanya YOUsoF sambil melihat cermin.
"Unkle..." Syrena bersuara, tetapi YOUsoF terlalu khusyuk dengan refleksi wajahnya sendiri dalam cermin.
"Diorang ni rabun ke? Ada ke kata aku kacak?" YOUsoF bercakap sendiri.
"UNKLE!" Syrena menjerit marah, menyebabkan YOUsoF tersedar dari lamunannya.
"Ya, adik. Adik nak apa?" YOUsoF bertanya.
"Unkle datang sini jap," Syrena membalas.
YOUsoF mendekatinya.
"Unkle turun ke bawah sikit dengan Syrena."
YOUsoF duduk dan dirinya sama rendah dengan Syrena.
"Nama unkle sapa?"
"YOUsoF."
Pang! Tiba-tiba Syrena menampar pipi YOUsoF dan memarahinya, "Apa la unkle ni! Berangan je! Tak yakin dengan kekacakan muka sendiri! Papa Syrena cakap semua ciptaan-Nya adalah kacak dan cantik! Tau!"
Ashraf segera meminta maaf bagi pihak Syrena.
"Ye adik. Terima kasih sebab sedarkan unkle bahawa unkle seorang yang kacak," kata YOUsoF.
"Jom papa, balik!" Syrena berkata sambil menarik tangan Ashraf.
Tidak lama kemudian, muncul gadis dan teman gay-nya tadi kembali.
"La, mana abang tadi! Melepas mak nak ngorat dia nyah!" gadis itu kecewa.
"Rugi ko mak hayam! Anak dia pun cantik. Baka terbaik dari ladang!" teman gay-nya menambah.
YOUsoF lagi kecewa. Rupanya gadis dan teman gay-nya itu bukan memuji kekacakan dirinya, tetapi kekacakan papa Syrena!
p/s : cameo abang kacak YOUsoF dari Masih Ada Plan B dan blog pelekat beliau + blog kawan dia yang jual Kemeja Kacak
p/s/s : YOUsoF, gua dah promote tahap gaban ni takde diskaun kah??? Gua nak stiket Jeffrey Dean Morgan yang kacak bley??? muahahhaa
36 comments:
kasihan sungguh yousof ditampar...hehehe
skali skala kak Anisa
=)
*Baru tersedar dari anganan.
Thumbs up bro! Tiba² aku tersengih tadi haha. Betul semua ciptaan-Nya kacak dan cantik, yang membezakan cuma hati di dalam.
Pasal kemeja tu kau kena tanya brader kacak yang sebenar la, komen² kasi link sikit kat blog dia.. hehe
Pasal pelekat tu aku no hal je, cenderahati kacak orang kata.. ;D
Apapun emel aku je bro. yusofbinngadi@gmail.com
mmg kacak ah! hihi
dill.
syrena jugak ler yg pling comel ;D
kecewa bukan aku yang kacak itu!
Yup custom made.. Kau bagi aku gambar yang kau nak tu dengan size dia sekali..
Aku dah agak kau mesti minat benda² macam ni.. ;D
kekekekke...YOUsoF rupanya...=p
terpaku dgn action Syrena pegi "pang" org tetibe. hahahahha
wow!!! kuat jugak kena tampar..:p
p/s: u have a great life...byk yg dah tercapai ye!
terkejut aku yousof kena tampar...sian dia...huhu...
syrenaaaaa... x baik tau babap uncle tuh camtuh... isk isk isk.. syrena sayang.. budak pompuan comel2 cam syrena neh x leh garang2.. hehehe.. nnt cepat tua da x comel da... siannnnn uncle tuh kena penampar..
nnt g belanja dia mkn eskrem tau.. amboihhh~
Terharu aku ramai yang simpati bila aku ditampar, sokay la guys, tangan budak kecik je pun.. hehehe
Lebar maximum 4 kaki, panjang ikut sesuai. 1 kaki = RM10 je.
oh.. abg kachak :)
pasti pedih di tampar begitu kan.
gua dah lama x bca entry lu... hmm once dah dapat bernafas dengan sempurna, gua rampage baca entry2 lu insyaAllah :)
yes sy kacak jugak!
Ok beres, aku tunggu. ;D
femes la yousof pas ni..:)
unkle YOUsouF nak stiker pokemon
T_T
sekali kena tampar...
wahh yusof upenyer tertanye2lak npe ngn plan B? btw 1st time dgr diri sendiri ckp org len rabun ckp diri sendiri kacak..selalunya org len yg ckp org yg puji diri sendiri tue yg rabun..err phm x??haha..
aip! sapa tampo pakwe gua, nanti gua tibai ngan rotan!!
aloh, perasan rupanya.hahaha
hahaha...ada niat disebalik promote blogger tu..kekeke ;p
just joking..:)
lagi2..xnk komen selagi xhabis..heee
yusof taiyob ka???? hihihihhh
dah la kena tampar
perasan pulak 2
ishh tersusuk jantung..
haha
xpsl2 kne tampar free.hahaha..so sbb salah sangka ptt kne lempang sekali lg.haha
x pat bayang syrena tampar yousof haha, x pasal je hadoi
hahha ! ganas syrena.. bole die tmpr yousof gitu jee.. ish2 ~
Haha. Kehenseman itu adalah hak milik setiap insan, kononnya..
kacak... oo... kacak. ngehehehe!
wahhh unkle kacak kene tampar..hehe
luv,
cik ana
Hahaha kemain kan si Syrena. Kalau aku ade, aku soh kasi pang kuat skit xpun aku join hahahahahaha
perghhhhh,... ok akak suka syerena.... ngeh ngeh ngeh
ps: tetiba rasa cam nak tampor orang... arrghhhh cengana nie... tak baik tahu syerena ajar akak bebukan.... cian abg hensem...
muka kacak oklah kena lempang dengan budak kecik,budak comel macam syrena 10 kali tampar pun no hal.hoho..
Post a Comment