Hanie dan Jue mula membuka gerai kecil mereka di Amcorp Mall sempena cuti semester. Ketika mereka teruja untuk memulakan perniagaan pertama mereka, muncul seorang gadis seksi mendekati mereka.
"You girls jual cupcakes?" gadis seksi itu bertanya sinis.
"Red velvet cupcake. Nak beli?" Hanie menunjukkan cupcakes yang dihasilkannya.
"I cadangkan you girls tak payah bukak gerai. Bungkus semua dan balik. Kat sini bisnes cupcakes is MINE!"
"Kau sapa nak berlagak dengan kitaorang!? Aku boleh bet la cupcakes kitaorang boleh laku dari cupcakes ko!" Jue tidak tahan sabar.
"Ok, sapa yang dapat jual semua cupcakes dia menang. Taruhannya duit hasil jualan dia ambik semua dan yang kalah tak dibenarkan berniaga kat sini lagi!"
"Fine!"
Gadis seksi itu pergi.
"Kau ni pandai je! Kalau dia menang, habis plan kita nak gunakan duit cupcakes untuk beli tiket konsert Justin Bieber!" kata Hanie dengan suara yang halus.
"Kita akan menang punya!" Jue yakin.
"Fulamak, vintage Darth Vader action figure!" Rul teruja melihat figura aksi Star Wars.
"Ultraman!" Kurus, anak kepada Rul turut gembira melihat permainan yang paling diminatinya.
Keterujaan mereka membuatkan Syrena rasa bosan. Tanpa disedari oleh Rul dan Gemuk, Syrena meninggalkan mereka. Syrena masih bosan melihat seluruh Amcorp Mall dipenuhi dengan gerai menjual permainan dan makanan.
"Patutnya Unkle Rul ajak daddy je kat sini! Boring! Asyik mainan, makanan!" Syrena membebel.
Syrena melihat satu gerai yang menarik perhatiannya iaitu Hanie & Jue's Cupcakes.
"Eh, adik ni anak Encik Amer ni kan?" Jue perasaan kemunculan Syrena.
"Apa adik buat kat sini? Mana Encik Amer?" Jue bertanya lagi.
"Ada kat rumah, tengah peluk papa agaknya. Syrena datang dengan Unkle Rul dan Kurus."
"Nampaknya cam satu pun tak terjual!" Tiba-tiba muncul gadis seksi ke gerai mereka, memerli.
Hanie hanya mendiamkan diri, sementara Jue dengan yakin berkata, "Awal lagi! Kitaorang akan menang punya!"
"Tak mungkin. Ingat tau. Winner takes all!" Gadis seksi itu memerli lagi.
Syrena melihat kasut tumit tinggi gadis seksi dan berkata, "Prada?"
"Adik pandai. Kasut ni akak beli mahal tau!" Gadis seksi bangga.
"Your shoes are fake. So are you!" Syrena pula memerli.
Gadis seksi merah, malu kerana kasut Pradanya memang cetak rompak dan dibeli di Petaling Street. Gadis seksi memberikan pandangan tajam kepada Jue dan Hanie sebelum dia pergi.
"Macam mana ni Jue? Kita dah kalah, cupcakes kita tak habis!" Hanie mula panik.
"Syrena boleh tolong habiskan cupcakes ni," Syrena berkata dan senyum.
---
"Dah ke Syrena? Kak Hanie dah penat ni."
"Kak Jue pun penat. Semua cupcake dah nak habis kita bagi kat homeless."
"Sabar la. Tinggal sikit je lagi!" Syrena berkata sambil memberikan beberapa cupcake kepada pasangan ibu dan anak peminta sedekah.
Syrena, Hanie dan Jue telah mengelilingi kawasan berdekatan Amcorp Mall. Mereka memberikan cupcake kepada peminta sedekah, homeless dan sesiapa sahaja yang Syrena rasakan perlu diberikan makanan. Cupcakes mereka habis dengan sekejap sahaja dan mereka pulang semula ke gerai Hanie & Jue's Cupcakes.
"Kan Syrena cakap Syrena boleh tolong habiskan cupcakes ni," Syrena teruja.
"Tapi.. Duit... Justin Bieber...???" Hanie mula mahu menangis.
"Tolong orang kan lebih bagus dari dapar duit?" kata Syrena lagi.
"Tapi.. Duit... Justin Bieber...???" Jue pula mahu menangis.
"Sebab itulah Syrena sanggup bayar semua cupcakes kak berdua," Syrena memberikan beberapa ratus dari begnya kepada Hanie dan Jue yang terkejut.
"Yeay, dapat duit... Eh, silap. Dapat tolong orang memang best!" Jue dan Hanie berkata serentak.
Gadis seksi muncul, membawa dua cupcakenya dan berkata, "Girls, I hanya tinggal dua cupcakes je lagi. Lepas tu, I menang!"
"Kitaorang dah menang! Semua cupcake kitaorang dah habis! Kau kalah!" Jue bangga.
"Bak duit!" Hanie tiba-tiba bersemangat.
"Tapi... Duit... Justin Bieber...," Gadis seksi tiba-tiba mahu menangis.
"Justin Bieber Believers!???" Jue dan Hanie terkejut mengetahui gadis seksi turut meminati Justin Bieber.
Jue memandang Hanie dan mereka membuat keputusan untuk tidak mengambil duit dari gadis seksi. Malahan berjanji untuk ke konsert Justin Bieber bersama-sama.
"Bye akak-akak Justin Bieber!" Syrena berkata.
"Kirim salam kat papa tau. Cakap kak Hanie suka tengok badan dia yang tough tu," Hanie berbisik kepada Syrena.
"He's gay. Get over him already!" Syrena berkata dan meninggalkan mereka semua.
Syrena berjumpa kembali dengan Unkle Rul yang sedang menawar harga figura aksi dan Kurus sedang asyik bermain dengan Ultraman barunya.
"Nerds!" kata Syrena dalam hatinya.
p/s/s : And they're the winners for Owl Ring + Special Gift cause they're
awesome!