Thursday, June 30, 2011

Mati Hidup Kembali

Kutetap akan menunggu dirimu,
Walau menunggu buatku jadi 'hantu',
Biarkan ku'mati' beberapa hari,
Akan 'hidup' pabila kau kembali.

Monday, June 27, 2011

Rindu

Muka macam saya pun ada yang sudi rindu ke?

Dua tiga hari ni, bulu mata belah kanan saya asyik jatuh je. Bak kata orang-orang tua (dan muda), maknanya ada orang sedang rindu kat saya.

Betul ke? Kalau betul, teringin mahu tahu siapakah si perindu itu? Adakah si perindu itu 'sang bintang' yang saya rindu?

Setahu saya, yang rindu confirm kat saya, ayah saya je. hahaha. Tadi saya sms ayah saya, gurau-gurau sebab kebosanan.

Saya : Papa, do you miss me? ;)

Papa : Jgn merepek ms sblm lunch ni.

p/s : Merindui 'bintang' saya yang sedang 'bersinar' di galaksi

Sunday, June 26, 2011

Novel Terhebat 2011 - Wajahku Wajah Siapa

Ni le cover novel karya Roziah Adama, berjudul "Wajahku Wajah Siapa"

Tolong promote novel kawan baik/mentor/pembuat kek coklat yang best saya iaitu Kak Rozie Adama aka CEO. Dia adalah antara penulis yang saya hormati dan saya amat-amat berbangga dengan kemunculan novel ini. Dia adalah antara watak yang saya inspirasikan dalam siri Urban Legend saya. (Sila baca kalau ada masa)

Kalau ada terjumpa novel ni kat mana-mana, jangan lupa beli ya. Kalau nak diskaun ke apa, boleh runding dengan CEO sendiri. Add dia melalui facebook.

Ini sedikit maklumat mengenai novel comel ini:

Konsep novel : Novel ala-ala pengembaraan, ada banyak ilustrasi dan info mengenai negeri Sabah cth kuih cinicn, peta negeri sabah, kundasang, papar dll.

Sasaran: Remaja


Sinopsis Novelog :

Kisah Adriana dan Syafik anak angkat kepada Puan Maria dan En.Atikullah. Sejak kecil mereka diberitahu bahawa mereka anak angkat tetapi apabila di usia 17 tahun Adriana mula mempersoalkan wajahnya yang cantik adakah seperti wajah ibu atau ayahnya yang sebenar. Hatinya mula merota-ronta mencari ibu bapa kandung. Syafik memberi tentangan kerana tidak mahu kehilangan kasih sayang dan kesenangan yang dikecapi bersama keluarga angkat. Terjadi konflik antara mereka, namun persefahaman menyatukan semula. Mereka nekad membongkar kisah kehidupan mereka yang sebenar dari Mak Cik Asmah pembantu rumah. Sepucuk surat lama mengungkap segala rahsia, ibu sebenar mereka berada di Sabah dan bernama Lilian. Kebetulan yang tak diduga En. Atikullah menghadiahi tiket percutian ke Sabah. Pintu pencarian membuka teka teki dan kesangsian Adriana dan Syafik tetapi ada jawapan menanti. Berjayakah mereka mencari Lilian? Kenapa Lilian menyerahkan mereka kepada keluarga angkat?
Sesungguhnya kasih sayang, sefahaman, rasa bersyukkur, keberanian dan ketabahan amat penting dalam hidup.

Saturday, June 25, 2011

Anak Bapak

Minggu ni ayah saya datang melawat saya untuk beberapa hari. Sambil2 tu, sempat sambut hari ayah saya yang rock star ni. Sebab dia stay kat Grand Seasons, jadi kitorang pun sambutlah hari ayah yang terlewat beberapa hari kat Cafe Grand Seasons. Ayah saya yang belanja walaupun sambut hari beliau. hahaha.






My feberet buffet ni seperti biasa bahagian desserts. Sodap ko. Rindu lak kat ayah saya walaupun baru je antar dia semalam. T_T

Friday, June 24, 2011

Wednesday, June 22, 2011

Bulan dan Bintang

Biarkan si pungguk terbang dan moga bulan sentiasa riang

Kalau dahulu pungguk rindukan bulan,
Siang malam dirindu, disebut-sebutkan,
Tetapi kini berubah mahukan bintang,
Bersuara lunak, jiwanya jadi tenang.

Selamat tinggal wahai bulan,
Salam sayang ditinggalkan,
Mari bersama wahai bintang,
Mahu dilihat wajahmu malam dan siang.

CT, Ikha dan Bapak Angkat Beliau yang Cute

CT and Ikha. Suka tengok Ikha makan, berselera.

Hari selasa adalah hari untuk jejalan. Kawan saya iaitu CT Nazariah ajak teman dia gi Astro, kononnya nak pegi ambik pas Maharaja Lawak. Gigih kitaorang pergi ke Astro Bukit Jalil. Sekali mak cik guard tu cakap nak dapatkan pass masuk kena datang keesokkan harinya. Terbaik. Saya yang tak berapa tahu pasal Maharaja Lawak ni takda la kecewa sangat. Tapi cian kat member yang teringin nak tengok secara live. Datang dah le jauh.

Selepas dikecewakan, saya ajak le CT dan Ikha melepak-lepak kat Mid Valley sementara tunggu kawan lain datang petang. Borak-borak, layan karenah Ikha yang sangat-sangat lawak. Terhibur juga hati sikit. Walaupun CT agak bimbang saya tak boleh layan perangai Ikha. Kalau dulu memang saya langsung tak boleh dengan budak-budak. Sejak ada naluri kebapakan ini, cam lagi seronok layan budak-budak.

Jadi bapak mungkin lama lagi kot. Kalau jumpa yang bersesuaian, barulah saya bersedia untuk jadi bapak yang sebenar. Setakat ni, layan je le anak-anak angkat yang sampai lima orang ni. Belum masuk anak saudara 1st yang bakal ada bulan Januari ni. EXCITED.

p/s : Nanti Ikha besar sket, jum ikot unkle gi suping tingkap ;-)p

Monday, June 20, 2011

Sesuatu yang Comel di Uniqlo


Tak sangka ramai lak yang hendak tahu apa yang comel berlaku di Uniqlo. Ok lah, sebenarnya ada beberapa kawan yang dapat teka. Sesuatu yang comel berlaku masa saya hendak cari seluar di Uniqlo. Masa saya ambik seluar jenis crop, seorang pekerja Uniqlo yang cute tiba-tiba tegur saya.

Dia : Bang, saya rasa saiz ni bukan saiz abang. (sambil ambil saiz lain) Yang ni lagi ok.

Saya : (Sambil tengok saiz) Kecik ni beb. Tak bernafas kang.

Dia : Cuba dulu bang.

Saya : Kalau saya tak suka, cam ne?

Dia : Nak bet?


Saya senyum dan ambil seluar yang dia pilih dan seluar yg saya pilih. Cuba kat bilik persalinan. Sekali apa yang dia cakap betul. Saiz yang dia pilih lagi sesuai dengan saya. Saya buka pintu, terkejut tengok dia ada tunggu kat luar.

Dia : Betulkan saya cakap? Abang kalah.

Saya : (senyum) Ok saya kalah, jadi?

Dia : Abang kena belanja saya minum.


Saya : Ok. Tapi saya nak cuba seluar saiz ni. Kaler lain pulak. Saya pegi ambik dulu ye.


Dia : Takpe bang, saya ambikkan. Biar saya pilih kaler sesuai untuk abang.


Dia terus pergi tanpa saya cakap apa-apa dan kembali dengan beberapa warna. Akhirnya dengan cadangan beliau saya ambik warna beige n navy. Saya keluar, dia pun ikut sama. Sampai teman saya ke kaunter. Saya bayar, keluar resit dia tulis sesuatu kat resit. No telefon dia n ayat text me for lunch. Dia serahkan resit tu kat saya dan cakap "setengah jam lagi saya free".

Saya ambik resit tu dan jalan-jalan kat KLCC setengah jam dan sms dia ajak lunch kat foodcourt. Ingat mahu belanja dia sebab kalah bet. Tetapi sebaliknya dia segan nak terima. Hari yang sangat comel. Harap dapat jumpa dia lagi.

Jalan-Jalan Hari Ahad

Beberapa hari ada masalah writer's block walaupun deadline makin dekat. Mungkin agak bosan berkurung dalam rumah. Jadi saya pun keluar pergi jalan-jalan dari Berjaya Time Square ke Bukit Bintang pastu ke Pavillion dan akhir sekali sampai di KLCC. (Gigih saya berjalan). Kononnya hanya mahu berjalan dan cuci mata tengok barang-barang. Tetapi saya tewas dengan sale di tempat retail kegemaran saya iaitu Uniqlo.
Sempat brunch kat 1901 Hot Dog

Pakai cermin mata dan jadi budak 'geek'. Sile abaikan tag price kat pipi saya. kahkahkah.

Cuba beberapa seluar (jeans, cargo, crop n capri)

Saya pilih crop, cargo pants dan dua basic tees

KOPAK duit ambo

Walaupun abis duit, ada SESUATU yang sangat COMEL berlaku pada saya ketika shopping. Akan beritahu entry berikutnya. Bersambung...

Sunday, June 19, 2011

Awesome Dude in the World

Happy father's day, you're awesome dude, you're my rock star and I'll always love you till the day I die. Miss you papa. Can't wait to see you again. Thanks for being my biggest supporter and sweetest reader of my works.


My Papa is SUPER AWESOME ROCK STAR. ;-)p

Friday, June 17, 2011

Ini Seyes

Black Widow : Relakan pemergian I.
Iron Man : Oh, tidak.
Me : OMG. Diorang cakap BM???


Aktiviti yang dibuat ketika ada masalah writer's block. Main-main dengan menan. muahahaha.

A Girl Who Couldn't Sleep

Rabu lepas saya ajak kawan saya, Cheayin teman pegi carik jeans. Pusing2, ronda2, last2 takda yang berkenan. Ingat nak jejalan lama lagi, tapi cian lak kat member sebab dia dah ngantuk n penat. 1st time jumpa awek yang tak suka suping tingkap ni. muahahaha. Cheayin, take few days and try to have some sleep. (cewah, cakap kat orang senang, saya sendiri pun memalam cam burung hantu. susah sgt nak tido. agaknya orang art ni sgt2 susah nak tido malam2 ek. Art le sgt) Pe2 pun sangat best kuar ngan member2 lama/baru.

Ni le CheaYin

Sempat ag cek aksesori walaupun dh ngantok tahap gaban

p/s : Ngah tensen pasal masalah air kat rumah. Seb baek ambo seorang yang sabar dan tak suka maki2 orang. Amin...

Tuesday, June 14, 2011

Super 8 - Review

Cinta yang lebih jujur berbanding kisah cinta lain

Super 8 kerjasama antara J. J. Abrams (pengarah) dan Steven Spielberg (produser) mengisahkan Joe Lambs (lakonan Joel Courtney) yang kehilangan ibunya dalam satu kemalangan kilang. Joe bersama ayahnya Jakson Lamb (Kyle Chandler) cuba untuk meneruskan kehidupan mereka walaupun masih dalam kesedihan. Joe yang berbakat dalam menghasilkan solekan dan membina model berkerjasama dengan kawan-kawan baiknya iaitu Charles Kaznyk, Carey, Martin dan Alice (Elle Fanning) yang merupakan anak kepada musuh keluarga Lamb iaitu Louis Darinard. Mereka bersama menghasilkan sebuah filem zombie dengan menggunakan teknik Super 8. Ketika proses pengembaraan berlaku, mereka terlibat dengan kemalangan keretapi milik tentera udara. Sejak kemalangan itu berlaku, banyak kejadian aneh berlaku di pekan Lilian.

Secara keseluruhan filem ini sangat menarik dri segi jalan cerita, lakonan, pengarahan, penggunaan teknik lampu dengan menyelitkan semiotik tentang perhubungan dan kesedihan. J. J. Abrams berjaya mengembalikan kegemilangan filem bercorak mostersnya melalui filem ini. Interteks filem-filem seperti Romeo and Juliet, ET, Cloverfield dan beberapa buah filem lain dapat dilihat. Mood sedih dan gelap disebalik warna-warna suburban dihidupkan melalui lakonan jujur pelakon kanak-kanak terutamanya Elle Fanning dan Joel Courtney. Namun begitu filem ini bukan filem untuk kanak-kanak.

Walaupun agak terganggu dengan masalah lampu ketika menonton di GSC, Mid Valley, kehebatan filem ini mampu melupakan segala masalah tersebut.

Sunday With Mr. Pokemon = Awesomeness

Ahad lepas kuar melepak kat Berjaya jumpa fellow toy collector ngan Poke Buddy, Izuan.
Poke Buddy adalah member yang sama2 main game pokemon dan trade pokemon. Trade pokemon ni macam tukar2 pokemon yang ada.


Ni le Izuan. Antara Poke Buddy saya yang sempoi.

Sambil2 main game n trade pokemon, kitaorang minum Vanilla Shake Mekdi, terbaek.

Sekarang makin kerap keluar jumpa member2 lama. Dah lama duduk terperuk dalam bilik menulis dan travel. Kang ada sesape free, jum le kita lepak2 dan borak2...

p/s : Tgh carik idea untuk wat e-novel series. Ada idea kekawan???

Monday, June 13, 2011

Thor - Menan Baru - Yahuuu

Menan baru! Menan baru! 12" aka 1/6 action figure dari Hot Toys. K O P A K duit ambo rm500. Tapi dah simpan duit awal2 khas untuk beli menan ni. Budget menan 2011.

Semangat pegi Berjaya Time Square pagi2. 1st customer datang kedai Xl-shop.

Kotak Thor by Hot Toys

Isi dalam

Baru kuarkan dari kotak

Thor bersama kekawan beliau dalam lemari Ikea

Budget menan untuk tahun ni ada 6 lagi menan bakal menyusul sebelum akhir tahun.

Saturday, June 11, 2011

Awesomeness Night With Nada Haifaa

Weekdays yang sgt2 TEROK. Tensen dengan 'beberapa orang'. Selain dapat keluar lepak2 dengan CT Nazariah, hari2 lain sangat membencikan.

Tapi weekdays sangat2 le AWESOME. Banyak benda best berlaku. Dapat menan baru dan keluar bersuka-ria dengan kembar saya, Nada Haifaa. Lepak2, pastu tengok Bangsawan. Show yang sgt2 AWESOME.

Yang paling best, ingat nak tgk bangsawan sebab kesayangan baru berlakon. Skali ada suprise masa show, kesayangan lama pun ada skali dalam show. Tak tau pun beliau terlibat skali dengan show ni.

Pastu, M. Nasir pun ada muncul buat persembahan secara suprise jugak.

AWESOME NIGHT. I NEED TO CHEAT WITH MY WORKS AND GO OUT TO HAVE FUN MORE.


Tiket bangsawan

Me and my twin, Nada Haifaa

Gambar show bangsawan yang tak brape clear. BEST SHOW

Tetibe abang M. Nasir wat kejutan tgh2 show. AWESOMENESS

Friday, June 10, 2011

CT + Ikha = Awesomeness

Otak agak tensen. Berhenti kejap dari edit buku (2 buku dah siap, 6 more to go)

Member kolej n rakan blogger, CT Nazariah ajak pegi jejalang kat Mid Valley sebelum beliau pulang ke Ganu.

Walaupun ramai gilos orang2 dan teenagers (yg semakin hari, semakin cute n muka cam orang tua), tapi rasa best sebab dapat layan anak CT iaitu, Ikha. Budak ni memang lawak gile. Menghiburkan ati saya yg umpama pilem Sembilu (dan sambungan2nya)

Comot makan coklat smpi mak die bising2. hahaha

Ngah mencarik mana mak die masa tgh tunggu que beli mekdi.

pe2 pun jejalan ngan budak2 memang best. Saya ayah angkat yang best (mengikut kata2 kekawan ar. muahahahaha)

Thursday, June 9, 2011

Peter Pan


Time for Peter Pan to grow up with tough love in a cruel, cruel world

Kapel

Kadang-kadang lebih senang jadi "sejuk".
Tak rasa apa-apa.
Rasa "suam" itu boleh bertukar jadi "kecewa"
Tak guna "menderita" untuk orang sampai jadi "gila"

Kalau Saya Pree

pak cik le yang tulis buku yg saya baca skrg

Kalau saya pree, saya nak wat benda-benda ni:

1. Habiskan baca buku Millennium Trilogy oleh Stieg Larsson. Baru sempat habiskan buku pertama the Girl with the Dragon Tattoo. Tu pun ambik masa dua hari, wiken lepas. Harap wiken ni dapat habiskan satu buku lagi. Baideway cite ni membuatkan saya rasa serammm...

2. Nak main games Pokemon NDS dengan member. Lawan-lawan pokemon. Main sorang-sorang tak best.

3. Hangout dengan kawan lama saya iaitu Zaki. Malangnye beliau pun sama busy cam saya.

4. Habiskan tengok koleksi dvd. Beli je, tengoknye idak.

5. Layan tiga movie dalam satu hari. Dulu masa blaja, slalu je wat cam ni. Skrg nak tgk satu muvi dalam satu pun takde masa.

6. Balik kampung. Arghh, rindu kat ayah saya. Walaupun beliau call hari-hari, saya tetap rindukan beliau.

p/s : Tapi kalau tak busy, saya lak rasa tak best. Apadaa...

Monday, June 6, 2011

Kungfu Panda 2


Sayalah panda yang gemuk tapi chomel tu...

Tengok Kungfu Panda 2 dengan anak member (Member hi skol dan suka kumpul menan gak). Dia mintak tolong jaga anak dia kejap sebab dia nak setelkan masalah yang tak boleh disebutkan kat sini (sensitip).

Sangat enjoy tengok kungfu panda 2 walaupun anak member asyek tanya banyak soklan masa nonton. Kalau dulu rasa cam hampagas layan soklan2 masa tgk muvi, skrang rasa cam best mungkin sebab budak yang tanya.

Teman dak tu sampai petang. Best dapat teman die. Maybe naluri nak jadi bapak dah tebal kot. hohohooho.

Yang paling BEST, masa ayah die ambik, dak tu siap cakap...

"Unkle ngan daddy sama je. Cam budak-budak kalau tengok menan."

p/s : Dah banyak kali jadi ayah angkat anak2 member, bile lah agaknya dapat jadi ayah yang betol2 lak???

Comel

Lagu + Awek ni : SANGAT comel, comel, comel, comel,
comel, comel, comel, comel, comel, comel, comel, comel, ......

Sunday, June 5, 2011

I Am Anime Crazy

1st time join contest... tu pun sebab ada kaitan dengan salah satu faberet saya iaitu POKEMON...

Ok, ni nak cite apa yang special pasal Pokemon, sejak bila saya suka kat anime ni n koleksi Pokemon saya (sebagai memenuhi syarat2 contest I Am Anime Crazy)

1. Apa yang special sangat pasal Pokemon ni? Sebagai penulis kanak-kanak saya rasa Pokemon banyak memberi inspirasi kepada saya. Jalan cerita dia senang, banyak pengajaran, moral, persahabatan, pengembaraan dan sewaktu dengannya yang sesuai untuk kanak-kanak (atau orang cam saya. muahahaha)

Cerita dia sangat best dan yang paling penting, POKEMON sangat-sangat COMEL. Anime ni tak perlu ada watak seksi atau plot yang ganas-gans untuk jadi antara anime yang popular seluruh dunia. Saya follow anime ni dari season 1 hinggalah ke season yang latest iaitu Best Wishes (season 14). Best kalau saya ada anak-anak nanti leh sama-sama join tengok Cartoon Network.

2. Sejak bila saya suka kat anime ni? Tahun yang tepat tu tak ingat le. Tapi saya mulanya suka kat Pokemon pas main pokemon kat game saye. Rasanya dalam darjah 5, ayah saya belikan gameboy n tape pokemon (masa tu versi takde kaler). Saya main semua games pokemon sampai sekarang (yang latest Nintendo DS beli duit sendiri haha).

1st time saya tengok anime pokemon masa melawat kazen2 kat JB. Diorang ada channel Singapore, leh le tgk. Masa high skol pun tak sempat nak tgk sebab busy dating...err...study. Masuk kolej kat KL, saya sambung alek tengok semua episod Pokemon yang lepas sampai le sekarang. Umur dah tua, perangai still dak2...hahaha

3. Koleksi Pokemon saya ada beli semua games die dan kumpul komik je. Menan yang beli dulu habis kazen2 ganas saya rosakkan pas saya tinggalkan kat kg masa blaja kat kolej. hampeh tol diorang.




Banner contest dan tuan empunya blog, Puan Siti Nazariah yang maken femes skunk di dunia maya


Ni gambar saya dengan anime pilihan iaitu POKEMON. Comel tak??? muahahaha Rindu lak nak jumpe alek photographer die yang jauh nun di sana...



Games Pokemon yang latest, beli Black Version je. Masa tu ngah miskin T_T


Koleksi komik Pokemon (belah kanan), dan koleksi komik2 lain (Doreamon etc)


Selain Pokemon, saya minat kat Astro Boy gak sampai masa hi-skol, member2 bagi nickname Astro Boy (Sekarang pun diorang still panggil Astro Boy gak)


Dvd anime yang saya ada, ngah tungu Pokemon kuarkan DVD complete...

Followers