Monday, July 9, 2012

Little Syrena Episode 10 : Selamat Pengantin Baru

Syrena memerhatikan dari tingkap, semakin ramai orang datang.
"Papa, mana daddy ni? Lambatnya..." Syrena bertanya Ashraf.
"Papa pun tak tau. Sepatutnya diorang dah sampai."
Syrena melepaskan keluhan. Dia sudah tidak sabar menantikan rombongan daddy-nya. Dia tidak sabar menyaksikan persandingan dua orang yang dia sayangi ini.
"Papa dah ready?" Syrena bertanya lagi.
"Dup-dap, dup-dap jugak. Tak sabar nak tengok daddy ensem pakai baju Melayu," Ashraf menjawab.
"Haish, papa je cakap daddy ensem dengan perut boroi dia tu. Tak paham!" Syrena mengomel.

Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang kedengaran. Menandakan rombongan dari pihak lelaki muncul. Ashraf dan Syrena mula bergegas turun ke bawah menyambut kedatangan pihak lelaki.

"Wah, kacaknya!" Ashraf berkata sebaik saja melihat keboroian pengantin lelaki.
"Ingat daddy! Dia lagi boroi!" Syrena mencubit paha berotot Ashraf.

Pengantin lelaki mahu naik ke atas bersama dengan Amer dan beberapa orang pembawa hantaran. Namun sebaik saja pengantin lelaki mahu naik, dia teringat sesuatu.

"Alamak! Blander aku lupa beli!" 

Semua yang mengikutinya turut panik. 

"Rilek! Aku dah agak kau akan lupa. Aku dah beli blander untuk kau. Siap gubah jadi hantaran lagi. Jap aku ambik dalam kete," Amer menyelamatkan keadaan sambil berlari menuju ke keretanya.

Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang berterusan. Semua hantaran telah lengkap. Sementara dalam bilik, pengantin perempuan semakin berdebar-debar.

"Jangan risau, kau memang nampak cantik punya!" puji Kak Ayumi.
"Terima akak sebab solekan saya. Untung abang Delarocha kahwin dengan akak! Curlast!" pengantin perempuan memuji kembali.

Pintu biliknya diselak, Jue dan Hanie muncul dengan membawa sebiji red velvet cupcake mereka.

"Nah, mak cik kau cakap kau tak makan dari tadi kan. Cepat makan, ustaz kau dah sampai..," Jue memberikannya kepada pengantin perempuan.

"Baik mem... Thanks tau sebab sponsor satu dulang cupcakes untuk aku. Muah," kata pengantin perempuan itu lagi.

---

Proses akad nikah, menyarungkan cincin dan semuanya berjalan dengan lancar. Beberapa rakan dari pihak pengantin perempuan seperti Shila, Kak Bidadari, Cikgu Mynshazmin, Cikgu Anisah, Tukang Masak Nazrul dan Encik Adil dari tadika mengalirkan air mata terharu.

"Syrena tak sabar nak tengok diorang atas pelamin. Mesti glam habis!" Syrena teruja sambil tangannya dipegang oleh Amer dan Ashraf.

"Renjis-renjis dipilih...," lagu pengantin dinyanyikan oleh Fizah iaitu model/penyanyi dan juga kawan baik pihak pengantin.

Ketika semua sedang sibuk menunggu giliran untuk merenjis pengantin, muncul tiga ekor kucing saling berkejaran iaitu John, Jat dan TK. Aksi mereka berebut Jat hampir-hampir menumbangkan sebuah hantaran. Mujurlah John bijak mengawal aksinya persis pelagak ngeri dan mengelak hantaran itu dimusnahkan.

Tibalah giliran Syrena untuk bersalaman dan merenjis kedua pengantin. 

"Pergilah sayang...," Ashraf memberikan galakan.
"You're big girl now," Amer menambah.

Syrena bergerak sendiri dan mendekati pengantin. 

"Selamat pengantin baru, Ustaz Romeo Lando," Syrena merenjis ke tangan pengantin lelaki.
"Selamat jadi isteri orang, cikgu. Sayang cikgu," Syrena mengucup kedua belah pipi Cikgu Dill, sambil diangkat oleh Ustaz Romeo Lando.

Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang berbunyi lagi, bersilang dengan nyanyian Fizah menghiburkan para tetamu mula membanjiri. Unkle Rash datang bersama temannya menyebabkan Syrena marah.

"Unkle Syrena jadi date unkle? Tipu!" Syrena berpura-pura merajuk.
"Ala-ala... Next time ek?" Unkle Rash memujuk.
"Belanja kasut mahal tau. Jangan kedekut!" Syrena membalas.
"Baik puan."

Selain Unkle Rash, tetamu-tetamu lain seperti YOUsoF datang membawa hadiah stiker besar gambar dua pengantin, Cikgu Juliet, cik Riben bersama kekasihnya persis Aaron Aziz dan Syabab yang semakin gebu.

Para tetamu dihidangkan dengan variasi makanan yang unik seperti Mr. Ix's Pizza dan lauk ketam masak lemak yang disediakan khas oleh Shila.

"Masa Syrena kahwin nanti, Syrena nak prince charming macam papa," Syrena berkata sambil senyum.
"Abis yang macam daddy taknak?" Amer mengusik.
"Tak nak. Daddy boroi! Banyak bulu!" Syrena ketawa.

Majlis perkahwinan Ustaz Romeo Lando dan Cikgu Dill berlangsung dengan meriah... 

Sehinggalah suiz lampu dipadamkan...

Bilik menjadi gelap...

Bunyi orang menjerit-jerit...

Masuk... Keluar... Masuk... Keluar...

Semuanya sebab....? (sila klik untuk tau jawapan dia)

p/s : cute cameos from Dill and Lando
p/s/s : Can you spot the other cameos?

16 comments:

NasQ said...

ooooo... semuanya ada ek...

Rain said...

bab-bab nyanyi je naik nama macho aku haha.

letak TK ngan Suri plak hehe

Bidadari Syurga said...

amboi... semua watak ada dalam satu episod... huhuhuhu. class adik...

ps: tang bab tak bayar letrik tu nbgeh ngeh ngeh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

curlastt blander buat hantaran gituew...ko hado ngeeee...ni dah last ker hapa...semua blogger ader?

My Little Diary said...

heheheee

bab citer pasal letrik tu mmg kelasss

dill said...

haha.

time kasih. tak sangka ade cerite pasal ai

dill.

orlando ahmad said...

kahkahkah..

berair mata aku gelak dalam ofis bace cerita ni. Thanks masukkan citer gua ngan dill ;)

p/s: doakan kami ye :)

Hanis MY said...

adeh lawak ok... dah last ep ke ni? ramainya blogger dlm story ni...

Mawar Berduri said...

aku nak print screen ini. ini boleh buat memori book scrap bila dorang kawen nanti.

ewanthology said...

terharu dpt jadi cameo dlm citer ni :-)

anamizu said...

wahhhh dah kawen !! curlastt ! =P

grOundnUt said...

bunyik orang menjerit² time gelap pepaham sendiri lah yer..heheheh..^^

blog-tips-kurus said...

eeeewwwwwwwwwww!!!!
black-out ek?? (>.<)

eita said...

Tak sangka erk..akirnye kawen jgk bdk lando tu...

Takpe duit hntaran byk nati leh byr bil api..hahaha

*SiRibenMerah said...

ala syrena sayang~ kak riben x jumpe lagi kekasih persis aaron aziz tuh.. acaneeee? well, thanks sbb cameo akak dlm finale neh.. terharu tau.. muahhhhhhhhhhhhhhhhhh utk lil syrena..
*the real Suri Cruise mesti tgh kecewa sbb makpak dia bercerai.. hope nasibnya x mcm syrena*

Unknown said...

auw sweet

hope mereka mcm cite ni jugak

Followers