"Syrena, ni kak Shila. Syrena duduk dengan dia tau kejap. Shila tolong jaga anak saya hari ni," Asyraf mengarah Syrena dan pekerja baru di pejabatnya, Shila sebelum Asyraf bergegas masuk ke bilik mesyuarat.
Tidak lama kemudian, muncul Lelaki Kacak masuk pejabat. Shila terus membuka begnya dan mengeluarkan bekas makanan.
"Untuk awak. Ketam masak lemak," Shila menghulurkan bekas.
"Terima kasih je lah. Saya tak suka. Elergik..."
Lelaki Kacak terus meninggalkan mereka. Datang pula seorang Lelaki Comot mendekati mereka dan terus mengambil bekas makanan dari Shila.
"Udah-udah la tu. Dah seminggu ko masak untuk dia. Semua dia tolak. Last-last aku gak jadi mangsa habiskan. Hari-hari aku makan ketam masak lemak ko," Lelaki Comot mengomel.
"Sibuk la! Dah pergi sana!" Shila marah sambil melihat Lelaki Comot tersenyum dan meninggalkan mereka.
Syrena asyik melihat Shila dari atas ke bawah.
"Tragik!" Syrena menyambung, "Syrena baca dalam Teen Vogue, lelaki sukakan visual."
"Visual? Maksudnya?" Shila bertanya.
"Tengok sana..."
Syrena menunjukkan ke arah Lelaki Kacak yang sedang mengorat Perempuan Cantik.
"Apa yang perlu akak buat untuk dia ngorat akak?"
"Kak Shila dah dapat gaji kan sekarang?"
Selepas waktu rehat...
"Akak malu la Syrena..."
"Confident kak! Yakin boleh! Demi abang kacak!" Syrena memberikan semangat.
Sementara itu Lelaki Kacak sedang mengumpat dengan Perempuan Cantik, pasal Shila yang diberikan gelaran sebagai 'Cik Senget'. Gelaran ini diberikan kerana Lelaki Kacak rasa Shila senget sebab ada hati untuk mengorat Lelaki Kacak. Mereka rancak mengutuk Shila sehinggalah...
Sementara itu Lelaki Kacak sedang mengumpat dengan Perempuan Cantik, pasal Shila yang diberikan gelaran sebagai 'Cik Senget'. Gelaran ini diberikan kerana Lelaki Kacak rasa Shila senget sebab ada hati untuk mengorat Lelaki Kacak. Mereka rancak mengutuk Shila sehinggalah...
Shila masuk ke pejabat dengan imej baru. Semua mata terlopong melihatnya. Termasuklah Lelaki Kacak yang tidak menghiraukan Perempuan Cantik setelah melihat Shila versi terbaru.
Sila bayangkan Shila masuk ke pejabat sambil muzik ni sebagai latar. Cuba, jgn tak cuba!
"I suka you..." ujar Lelaki Kacak dengan gaya seksi.
Ketika Shila sedang angau-angau, Lelaki Comot muncul mendekati mereka dengan muka marah.
"Hoit! Lepas dia cantik baru ko nak kat dia! Aku suka dia dulu tau!" Lelaki Comot berkobar-kobar.
"Aku suka dia dulu!" Lelaki Kacak menengking.
"Shila, saya sebenarnya dah lama suka kat awak. Sejak awak mula keja lagi. Sejak saya mengkedarah ketam masak lemak awak, saya terus jatuh cinta! Terimalah saya sebab saya sanggup terima awak seadanya tanpa awak susah-payah pakai pakaian mengarut macam sekarang," Lelaki Comot meluahkan perasaannya.
"Pedulikan dia Shila. Saya suka gaya awak sekarang. Pilih saya yang kacak ni," Lelaki Kacak tak mahu mengalah.
Shila jadi serba salah kerana dia tidak menyangka menjadi awek hot penuh dengan cabaran. Syrena melihat gelagat mereka dan ketawa.
"Abang comot, ikut Syrena jap," Syrena menarik tangan Lelaki Comot masuk ke bilik papanya, Asyraf.
Setengah jam kemudian, Syrena keluar.
"Memperkenalkan abang comot versi upgrade!" Syrena teruja.
Lelaki Comot keluar dan semua terkejut melihat perubahan wajahnya yang sangat comot menjadi bersih. Rambutnya lebih rapi, badannya berbau wangi dan kelihatan 50% kacak dari imej sebelumnya.
Shila memandang Lelaki Kacak yang yakin Shila akan memilihnya dan berkata, "Sorrylah. Muka dia lagi kacak. Lagipun dia suka makan ketam masak lemak saya. Ok, bye!"
Shila mendekati Lelaki Comot dan berkata, "Nanti esok saya masak ketam masak lemak lagi ye, abang..."
21 comments:
hehehe..
syrena buat make over yek..
ai likeeee~
kalau kurang atau tak berapa kacak...???
padan muka lelaki kacak...haha.
kahkahkah..
tergelak baca..
syrena..kakak xde gaji lagi ni..cmne nk jadi cantik..? =P
shayer pow reti buat ketam masak lemak hahahaha, lawak dialog tue
hahaha nice one
nsb shila pndi wat kputusan
50% kacak? skit lg tu 50% more hehe
kdg2 lelaki comot tu lbh kacak jika dikacakkan.haa.tp asyik nak kacak je dalaman xkacak camne?
aku nak bagi padan muka kat lelaki comot. sebab lepas nih pasti dia akan jemu makan ketam masak lemak setiap hari. lelaki nih nak sangat kalau time ngorat, dah dapat jangankan ketam masak lemak, ketam yong tau fu pun dia tak pandang beb..
hahaha! comel je cerite ni
dill.
ketam masak lemak! Sedap!!!
hahahah..pandai je serena tu kan...
amboi,xpadan dgn kecik eh syrena.hihi
hehe..cite yg comel~..moral of the story, cari org yg syg kita sbb kita, bukan sbb mcmna kita bergaya~ ;)
alaa.. rupa xmenjanjikan kebahagiaan.. hehe :)
klu nk ajak syrena pi taman boleh tak?? hihihihhh
yang penting ketam masak lemak cili padi sooodap! ^^
pndainyaaa syrena ni..heee :)
mcm tu la anak murid cikgu juliet..
ngeeeeee
eh lupa..
ketam msk lemak fav food kesayangan sy..:p
weeee...suke la aku baca asrul. boel release stress kejap wat report belambak...nak lagi citer syrena!
faker dah sambung belum?
amboi syerena...sayang.... kemain transformkan org.... hahahaha whateverpun akak suka watak syerena ni no matter what... gojes gila syerena... kalau syerena dah besar, mesti mcm mumy dia yg vogue tu... ada ciri2 tu
apa ja yg syerena lom buat lagi? ohhh yaaaaa... bercuti di kampung sambil bermain dengan budak2 comot kat kg... pnjt pokok... main tangkap ikan.... hahahahahha adik wat adik.... nak baca betapa huru haranya penduduk kg layan karenah syerena.... hhuhhuhuhuhuhu
Post a Comment