Sila bayang lelaki kacak muka cam ni ek muahaha |
Pada suatu petang, Riben sedang berjalan-jalan ambil angin di sebuah taman tasik dan dengan ketika itulah dia bertemu dengan seorang jejaka kacak.
"Wah, kacaknya! Mukanya seiras-iras Aaron Aziz!" ujar Riben dalam hati yang teruja dengan pelakon kegemarannya setelah dia menonton Ombak Rindu sebanyak 5 kali di pawagam dan Astro.
Lantas, Riben berfikir. Dia perlu lakukan sesuatu untuk perhatian lelaki kacak itu. Kedengaran bunyi lagu remix Falling in Love oleh Dato' Siti Nurhaliza berdekatan. Riben terus menyanyi dan menari mengikut rentak. Lelaki kacak itu terpesona melihat tarian dan nyanyian Riben. Tambahan pula ada beberapa pengunjung taman itu menyertai tarian Riben. Lelaki kacak itu turut menari dan diakhiri dengan ucapan "I love you" dari mulut Riben dan lelaki kacak itu.
"Akak ini sihat ke?" Syrena mengejutkan Riben yang sedang asyik menyanyikan lagu Siti Nurhaliza dan mengerakkan tangannya dalam tidurnya.
Riben terjaga dari mimpinya dan membuang earphone iPod-nya yang masih kedengaran lagu Falling in Love versi remix.
"Akak ni siapa? Dah lah mimpi, pastu siap bawak pemanah lagi kat sini," Syrena bertanya.
"Nama akak Riben, adik?"
"Syrena. Panah ni akak nak wat pe?"
"Ada le...," Riben menjawab.
Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki kacak. Wajahnya memang seiras Aaron Aziz. Lelaki kacak itu berjogging melalui depan Riben dan Syrena. Rupanya Riben selalu memerhatikan lelaki kacak itu selama beberapa hari. Sejak pertemuan mereka, Riben selalu bermimpikan tentang lelaki kacak itu. Riben sudah kenal benar dengan apa yang sering dilakukan oleh lelaki kacak itu ketika di taman tasik. Lelaki kacak itu akan berjogging dan kemudian akan berehat bawah pokok tidak jauh dari tempat Riben dan Syrena. Hari ini, Riben akan melaksanakan rancangannya untuk mendapatkan lelaki kacak persis Aaron Aziz itu. Segalanya lengkap dan dia tampak anggun memakai baju kebaya merah serta kasut tumit tinggi.
Riben mencucukkan surat pada anak panah dan dia menggunakan pemanah, ditujukan kepada pokok tempat lelaki kacak itu sedang berehat.
"Ganasnya akak ni! Go, Go, Go, demi unkle kacak!" Syrena memberikan semangat seperti sudah dapat mengagak apa yang bakal dilakukan oleh Riben.
Riben menghantarkan surat itu dengan menggunakan pemanahnya dan ia terkena tepat di batang pokok, atas kepala lelaki kacak. Lelaki kacak terkejut dan menarik nafas sebelum menarik keluar surat itu untuk membacanya.
'Awak kacak. Jom kita gi date. Smile. Riben'
Lelaki kacak itu takut dan terus melarikan diri.
"Kejar dia akak Riben!" Syrena menjerit.
Riben terus membuka kasut tumit tingginya dan mengejar sambil menjerit, "Abang kacak!"
Namun, muncul seorang perompak secara tiba-tiba dan menarik iPhone dari lelaki kacak.
"Tolong! Perompak!" lelaki kacak terjatuh setelah ditolak oleh perompak.
Syrena berhenti untuk membantu lelaki kacak itu. Riben turut berhenti dan membaling kasut tumit tingginya ke arah perompak. Perompak pengsan dan Riben terus merampas kembali iPhone milik lelaki kacak.
"Nah, iPhone awak," Riben memberikan iPhone kepada lelaki kacak.
"Unkle kacak, akak Riben dah selamatkan iPhone tu. Ajak ar dia gi date!" Syrena berkata.
"Dia memang terbaik, tapi unkle sebenarnya... Sebenarnya... Unkle..."
Muncul Amer yang sedang marah mencari Syrena. Syrena tidak mempedulikan bebelan daddy-nya. Sebaliknya, Syrena melihat lelaki kacak asyik melihat perut daddy-nya.
"He likes fat dudes! It's never work!" Syrena berkata pada Riben sambil menarik tangan Amer dan pergi.
"Tidak!!!" Riben menjerit kecewa.
"Abang kacak!" lelaki kacak menjerit, teruja.
p/s : Riben dari SiRibenMerah. Dapat idea Aaron Aziz ni dari entry beliau. Sangat2 comel. hahaha.
p/s/s : F.A.K.E.R episode 1 will be after next entry. Wonder who will make a special cameo for 1st episode? Will hint more on the next entry. Stay tune. ;-)p
41 comments:
ok fine.... terpampang muka saya disini.. ahakss~
syrena, akak ganas yek? alololo...
sweet la entry neh...meh nk kiss syrena sket... lenkali kita g ngorat lagi yek... kali neh mesti dapat~ ahahaha..
*terharu sob sob sob* mcm ganas gila kan nk ngorat2 guna anak panah..robin hood~
hahahahaha pulun baca
lawak giler
asal semua mimpi nak jadi abe aaron aziz jer ni????
kakkakkkakka....lawak kut
akak Riben memang awesome, ganas tp cantik. hohohoo
auntie Ayumi, tu ar, semua gegurl n gegay nak Aaron Aziz kann? Daddy Syrena pun sama, seb baik Papa tak flying kick tengkok dia.
=)
comelkan auntie CT? hohoho
=)
syrena nnt kita dating.. makan baskin robin.. ahahahaha~
gua dah tak suka aaron aziz. dulu gosip dia gay ..
nak tum krus gak!!
akak Riben, jom!
=)
akak Rain suka unkle 'comel' tu kann hahaa
=)
Rain--- > Aaron Aziz x gay lah.. dia macho.. hahaha.. ouh dem! smlm tgk pic kissing ngan wife dia luluh jantungku....
Syrena--->> kne suh uncle rul wakilkan ye.. syrena x mkn eskrem yek.. hehehe.. tp rugi la kakak kena deting ngan uncle rul la camneh..dia kuat mkn eskrem.. ahahaha~
ceh, manade. Gua makan ais krim versi sopan daa... jgn dgr cakap Syrena tu, sile blanje sy baskin n robbins ye, cik Riben muahahhaa
hahaha..tuh syrena da mengutuk awak kt post comment saya.. lalalalala~
siot tol Syrena ni. mentang2 bapak die beruang...
manade kutuk unkle...
lalala
=)
hahaha.. comel je!
kekekekke..comel.comel.tapi scene mengingatkan aku pada cameo kitorg dengan kek red velvet. hahahahha
cepatla update F.A.K.E.R tu. eksaited gile.
yeke cik riben.. mana gambar kiss tu. nak crop letak aaron kiss rain hikhikhik!
auuuuww, nape cam ada org tarik tinge ai ni? .. demm
Aaron Aziz tu gay!
gay = gembira ngan bini/skandel2 die
larikkkk...
part yang lelaki aaron aziz jerit "Abang kacak!" buat aku gelak sampai cramp pipi. =D
ye la abam ni dah la hensem.gentlemen.fatherhood.loving lagi tu.bertuah wife dia.
hahaha..seb baik. seb baik. tp aku nak skandal pun nak yg single je. xnak la yg dah berpunya. hahahahha..
oh. rupanya Riben ni editor ko ke.
abam lap abam Aaron Aziz haha
wah pacik zack ade kat sini
zack@aaron aziz..
sebenarnye ape wey? isk ko ni..buat citer penuh klise..
ptt masukkan doodle gambar tu kt sini..ekekeke
kenapa muka aaron sama ngn aku???
kesiannya....
kalau ye pun minat takkan sampai 5 kali tengok..tak jemu ke?
amboi..daring taw kakak ni..hu3
jeles sama itu aaron
eita---->ehhh.. ai tgk ombak rindu sekali je kat pawagam tau... hahaha~
*sekadar minat yg x kemana... x salah kan?*
oh! guwa minat jensen ackles!
dill.
3 bulan lg..badan cam aaron aziz nye adik..hee..
eh.. ingat watak rekaan semato3. hehhe...
abam Aaron Aziz...
gegurl memang obses kan hahaha
Rasanya aku paham bagaimana perasaan si Riben lebih² lagi lepas dengar lelaki kacak menjerit macam tu.. ;D
Lepas ni dah boleh masukkan kisah cinta yang 'normal' lagi indah bro.. heheh
*Kalau jadi nak buat sticker inform aku bro..
bang eron!!!!hehehehe
aaron??? siapa tu?
aaron je skang ek!hee
dasyatnyaaa bg surat cinta guna pemanah...hee..sure ms skola msk kelab archery..kekek ;p
demam AA mlanda neh haha.....
kna bc 2x baru akk faham, mcmna akk bleh blur kjap....ada ter miss episodkah?
alah uncle kacak tu tak riben ngorat...? haish... arghhhhhhhhhhh uncle kacak tu pasti melepas bila reben jerit.... heeeeeeeeeeeeeeeeeee
perhhhh ABG AARON AJIS! errr alahai cian riben..hehe
luv,
cik ana
hahaha, semua peminat tegar abam aaron ni :D
mujur anak panah 2 xkena kepala lelaki kacak 2 tepat.haha
Post a Comment