Thursday, April 19, 2012

Little Syrena Episode 9 : Nama Saya...


"Hujan yang turun bagaikan mutiara," Fizah menanyi dengan nada sedih di luar pintu audition One in a Millions.
Fizah melihat satu demi satu ditolak mentah-mentah oleh juri-juri One in a Millions.
Buruk la kakak nangis. Nak tisu?" Syrena menawarkan tisu dari kotak Hello Kitty-nya.
Syrena menemani daddy-nya Amer yang menjadi juri jemputan One in a Millions.

"Terima kasih," Fizah mengambil tisu itu sambil mengelap air matanya.
"Kakak sedih dik. Dah banyak kali kakak cuba masuk rancangan realiti nyanyi-nyanyi ni," Fizah menambah.
Fizah mengingati kembali audition-audition yang lepas.

Di Akademi Fantasia, dia menanyikan lagu, 'Memori daun pisang'.

"Basah bajuku, basah lagi hatiku," Fizah berdangdut.

Malangnya, dia dikritik teruk dan tidak layak masuk final.Begitu juga dengan Malaysian Idol, dia menyanyikan lagu Madonna iaitu 'Rain', tetap gagal. Dia mencuba lagi menyanyikan lagu daripada kumpulan Hujan dalam program Mentor dengan harapan dia terpilih menjadi protoge Noh Hujan. Semuanya gagal.

"Eh, apasal semua lagu kakak ada hujan atau rain ar?" Syrena bertanya.
"Semuanya hanyalah kebetulan. Tidak ada kena mengena antara hidup dan mati," Fizah menjawab selamba.
"Habis tu, apa yang kakak nak buat lepas ni?" Syrena menyoal lagi.
"Kakak nak jadi bintang dik. Kakak akan terus cuba menjadi sinaran menyinari hati peminat-peminat kakak yang sedih dan layu seperti hujan...,"
Fizah mengomel untuk seketika, sementara Syrena berkata dalam hatinya, "Apa yang kakak ni mengarut agaknya?"
"Syrena boleh tolong..."
"Betul ke? Adik boleh tolong kakak jadi penyanyi?"
"Bukan."
"Pelakon?"
"Bukan."
"Habis tu apa dik?" Fizah sudah tak sabar lagi. 
Syrena mengeluarkan sekeping kad dan memberikannya kepada Fizah.
"Esok datang ke tempat ni pukul 3 ye. Jumpa dengan papa Syrena. Nama dia Ashraf. Bye."
Syrena terus meninggalkan Fizah setelah Syrena melihat Amir sedang mencarinya.

"Hish, Syrena ni. Asyik hilang je!" Amer menunjukkan tangannya mahu memukul Syrena.
"Pukul Syrena, karang Syrena report kat papa, daddy flirt dengan mamat jambu!" Syrena mengugut.

Amer terus menjatuhkan tangannya dan menarik tangan Syrena. Sementara Fizah memerhatikan Syrena dengan persoalan bagaimanakah Syrena akan membantunya jadi bintang?

---

Keesokan harinya, Fizah muncul di pejabat Ashraf dengan penuh debaran. Ketika ini, Ashraf sedang sibuk untuk memilih model terbaru untuk iklan syampu Clear. Ashraf dipilih menjadi Art Director. 
"Datang pun kakak. Sini!" Syrena melaung ke arah Fizah.
Fizah mendekati mereka, masih tertanya-tanya.
"Sebenarnya adik suruh kakak buat apa kat sini?" Fizah bertanya.
"Papa, kenalkan kawan Syrena. Eh... Lupa lak nak tanya nama kakak sapa?" Syrena menyoal.
"Nama saya... Fizah...," Fizah bersalaman dengan Ashraf.
"Syrena yakin kakak Fizah sesuai untuk projek iklan syampu papa," Syrena bersungguh-sungguh.
"Adik nak suruh kakak nyanyi untuk iklan ke?" Fizah mulai rasa teruja seperti mahu melompat-lompat.
"Tak. Suara kakak teruk!" Syrena berterus-terang.
Keyakinan Fizah terus jatuh merundum.
"Tapi Syrena rasa kakak lebih sesuai untuk buat benda lain. Jadi bintang... Versi lain selain penyanyi. Lepas tu, nama kakak rasanya kena tukar. Baru komersial!" Syrena menambah.
Fizah mula rasa gementar.

---

Beberapa bulan kemudian, di televisyen keluarlah iklan syampu Clear dibintangi model terkenal yang baru menempa nama dalam arena modeling dan bakal berlakon dengan Tom Kurus.

"Nama saya, Rain," ujar Fizah dalam ikan syampu Clear, yang menukarkan namanya kepada Rain dan telah menjadi semakin popular sebagai model bersinar bak bintang!

p/s : Cameo by Fizah @ Rain from Rainbow Cloudy 
p/s/s : Ada sesiapa lagi nak cameo dalam Little Syrena atau FAKER the Series? Bagi cadangan.

24 comments:

*SiRibenMerah said...

hahaha.. Nama Saya Rain.. amboihhh~ koreaaa la sgt...

Rain said...

hai. saya Rain. awek tum kurus. bekas awek tomok!



nangis versi dangdut

CintaZulaikha said...

huhuhu, tetiba jadi pelakon iklan plaks~

Little Syrena said...

Owh, lama tak nampak Akak Riben :)

Kakak Rain memang femes. ;) Dangdut yuk ~

Little Syrena said...

Skali-skala auntie... Kim salam kat Ikha ek... lama tak jumpe die :)

dill said...

haha!

teringat iklan..hai nama saya rain..

sile gelek gerudi skarang, rain!

dill.

Little Syrena said...

Kakak Rain dah jadi High End Supermodel sekarang kak Dill...

Dangdut time dalam bilik mandi je

:)

lieynanilaz said...

nak juga boleh!!...haha.

Little Syrena said...

akak lieynanilaz... sila2 :)

Mawar Berduri said...

kahkahkah.. nama saya rain..

next saya! saya! *angkat tangan tinggi-tinggi.

Unknown said...

hehehek xD nama saya rain! ada saya tanya? :P

NasQ said...

hai... saya pun rain...

monologtinism said...

hehe..best la. :D

Rain said...

Mawar Berduri sangat gatal!

Hai. saya Tukang Karut ..

eita said...

macamana plok fizah leh tukar jadi rain tu,.....
glamer bebenor..

Bidadari Syurga said...

perghhhhh syerena,,, kekecik dah jadi pengurus retis gitu........ haish... arghhh akak suka the series ni... comel gila... hahahha amer... padan muka... flirt? dasar...

Cenderahati-Perkahwinan said...

ooo, ni la kisah sebenarnya iklan kat tv tu..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tom kurus hahaha apa punya nama ngeeee

Little Syrena said...

terima kasih semua sebab sudi baca kisah Syrena ... :)

Asrul "iLham" Sany said...

Mawar Berduri : Menarik gak kalau buat kisah pasal si Mawar Berduri ~ :D

Hanie Dew said...

wwoooaaa.....Rain..cair hatiku mendengar nya teringat boifren yg kat dalam army service kat korea. hahaha..

opppss..salah x bf. skrg bf jue. hhaha

best la citer syrena ni.mcm angle je die menolong org sana sini.

Asrul "iLham" Sany said...

Hanie Dew : Syrena ngah bosan takde benda nak buat selain shopping hahha :D

Chuu Muqhlis said...

amboi rmai betol backup syrene haha., eh rain! nak sain XD

Encik MamaT said...

fizah dan rain dan bow hehehe..

Followers