Syrena memerhatikan dari tingkap, semakin ramai orang datang.
"Papa, mana daddy ni? Lambatnya..." Syrena bertanya Ashraf.
"Papa pun tak tau. Sepatutnya diorang dah sampai."
Syrena melepaskan keluhan. Dia sudah tidak sabar menantikan rombongan daddy-nya. Dia tidak sabar menyaksikan persandingan dua orang yang dia sayangi ini.
"Papa dah ready?" Syrena bertanya lagi.
"Dup-dap, dup-dap jugak. Tak sabar nak tengok daddy ensem pakai baju Melayu," Ashraf menjawab.
"Haish, papa je cakap daddy ensem dengan perut boroi dia tu. Tak paham!" Syrena mengomel.
Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang kedengaran. Menandakan rombongan dari pihak lelaki muncul. Ashraf dan Syrena mula bergegas turun ke bawah menyambut kedatangan pihak lelaki.
"Wah, kacaknya!" Ashraf berkata sebaik saja melihat keboroian pengantin lelaki.
"Ingat daddy! Dia lagi boroi!" Syrena mencubit paha berotot Ashraf.
Pengantin lelaki mahu naik ke atas bersama dengan Amer dan beberapa orang pembawa hantaran. Namun sebaik saja pengantin lelaki mahu naik, dia teringat sesuatu.
"Alamak! Blander aku lupa beli!"
Semua yang mengikutinya turut panik.
"Rilek! Aku dah agak kau akan lupa. Aku dah beli blander untuk kau. Siap gubah jadi hantaran lagi. Jap aku ambik dalam kete," Amer menyelamatkan keadaan sambil berlari menuju ke keretanya.
Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang berterusan. Semua hantaran telah lengkap. Sementara dalam bilik, pengantin perempuan semakin berdebar-debar.
"Jangan risau, kau memang nampak cantik punya!" puji
Kak Ayumi.
"Terima akak sebab solekan saya. Untung
abang Delarocha kahwin dengan akak! Curlast!" pengantin perempuan memuji kembali.
"Nah, mak cik kau cakap kau tak makan dari tadi kan. Cepat makan, ustaz kau dah sampai..," Jue memberikannya kepada pengantin perempuan.
"Baik mem... Thanks tau sebab sponsor satu dulang cupcakes untuk aku. Muah," kata pengantin perempuan itu lagi.
---
"Syrena tak sabar nak tengok diorang atas pelamin. Mesti glam habis!" Syrena teruja sambil tangannya dipegang oleh Amer dan Ashraf.
"Renjis-renjis dipilih...," lagu pengantin dinyanyikan oleh
Fizah iaitu model/penyanyi dan juga kawan baik pihak pengantin.
Ketika semua sedang sibuk menunggu giliran untuk merenjis pengantin, muncul tiga ekor kucing saling berkejaran iaitu
John, Jat dan TK. Aksi mereka berebut Jat hampir-hampir menumbangkan sebuah hantaran. Mujurlah John bijak mengawal aksinya persis pelagak ngeri dan mengelak hantaran itu dimusnahkan.
Tibalah giliran Syrena untuk bersalaman dan merenjis kedua pengantin.
"Pergilah sayang...," Ashraf memberikan galakan.
"You're big girl now," Amer menambah.
Syrena bergerak sendiri dan mendekati pengantin.
"Selamat pengantin baru,
Ustaz Romeo Lando," Syrena merenjis ke tangan pengantin lelaki.
Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang berbunyi lagi, bersilang dengan nyanyian Fizah menghiburkan para tetamu mula membanjiri.
Unkle Rash datang bersama temannya menyebabkan Syrena marah.
"Unkle Syrena jadi date unkle? Tipu!" Syrena berpura-pura merajuk.
"Belanja kasut mahal tau. Jangan kedekut!" Syrena membalas.
"Baik puan."
"Masa Syrena kahwin nanti, Syrena nak prince charming macam papa," Syrena berkata sambil senyum.
"Abis yang macam daddy taknak?" Amer mengusik.
"Tak nak. Daddy boroi! Banyak bulu!" Syrena ketawa.
Sehinggalah suiz lampu dipadamkan...
Bilik menjadi gelap...
Bunyi orang menjerit-jerit...
Masuk... Keluar... Masuk... Keluar...