Friday, June 21, 2013

Hari 21

Cadangan awal saya dan bisnes partner nak tambah landak dalam AiS Pet Store, selepas raya. Tapi semalam chat dengan investor saya, dia suruh tambah guinea pig la pulak. Memandangkan beliau adalah mak saya, jadi saya pun dengar lah cakap beliau. hehehe. Dah duit dia kan. hohoho.

Ingat beliau nak tambah guinea pig baka murah aka Abyssinian (yang regenya hanya rm20-rm50 di pasaran), tapi sekali beliau nak bagi sepasang guinea pig baka yang mahal dan rare. Dia beri pilih samada nak baka bulu panjang lurus atau yang kerinting. Sebab saya suka yang pelik, jadi saya pilih yang bulu kerinting ala-ala Justin Timberlake.

Excited tunggu pet baru dan harapnya dapat membiak bagai johan. Sampai awal bulan Julai. Sempena Ramadhan. Amin.  

Oh ya, baka yang rare ni rege dia beratus-ratus gak. Dan nama baka ni Alpaca.

Yang ni jantan. Nama dia mungkin Mark Ruffalo atau Gavin Rossdale.

Betina dah kompom nama dia Gwen Stefani sebab sgt2 cool kaler dia.

Siap dapat pree bekas dia ag, chumei tak? kalah kak Ton hehehe
 
Rancangan untuk tambah landak mini kena tangguh dulu, sekurang-kurangnya sampai hujung tahun dan proses biak Guinea Pig ni berjaya dengan cemerlang. Amin...

P/S : Ada member cadangkan blog ni kasi tukar jadi AiS Zoo lak hehehehe...

7 comments:

Umie Nadhirah said...

bulu dia unik okay. lpas ni boleh main lelambung dengan dia

Shila said...

comel ok..

sangat unik..

nae nematoda said...

tgk bulu dia , rasa cm geli-geli je nak sentuh..
btw , landak mini tu kecik eh ?
pastu boleh makan ke , macam landak yg biasa ? ke camna ? ada beza ke ?
hehe , totally loser kalau bab binatang berbulu ni :D

NasQ said...

aku rasa geli pulak kalau nak bela...

ewanthology said...

guinea pig ni mmg tgh in..trend org bela. mesti ramai yang beli nnt

Nong Andy said...

Oh.... ni rupanya, arnab bukan hamster pun bukan. Pernah gak nampak la sebelum ni... guinea pig pula namanya.

Tinta Lana said...

Salam.

Asrul, knapa, harga yg biasa2 tu takat rm50 je weh?

Yg jenis mahal smpai beratus? sebab baka semata ke.. ke susah lgi nak jaga?

Followers