Monday, December 5, 2011

Little Syrena Episode 3 : Kembara HEROICzero


Ini adalah buku cerita kanak-kanak yang dibacakan oleh Ashraf kepada Syrena dalam short Amer+Ashraf#5, dalam bahagian PAST.

1.
Pada suatu masa dahulu di dua kerajaan berjiran bernama Tanah Gembira dan Tanah Bergaya, hidup seorang puteri comel bernama Puteri Syrena. Puteri Syrena ditakdirkan untuk memerintah dua kerajaan apabila dia dewasa. Pemerintah Tanah Gembira iaitu Sultan Amer dan pemerintah Tanah Bergaya, Ashraf menjaga Puteri Syrena bagaikan menatang minyak yang penuh. Sambutan ulang tahun kelahiran Puteri Syrena ke enam disambut dengan penuh meriah. Puteri Syrena mendapat banyak hadiah, namun hadiah yang 
paling disayangi adalah 1. serbuk magis dari Pari-Pari Shikin 2. patung beruang memakai cermin mata bernama Adil dari Sultan Amer dan 3. Patung China bernama Lady Myn dari Raja Ashraf.

2.
"Patung beruang bernama Adil? Langsung tidak bergaya! Mulai hari ini, nama patung beruang comel ini... HEROICzero!" kata Syrena girang.
Namun kegembiraan Syrena berhenti apabila muncul dua monyet jahat, menculiknya. Syrena dibawa lari.

3. 
Patung beruang HEROICzero, Patung China Lady Myn dan serbuk magis terjatuh dari tangan Syrena. Serbuk magis itu terkena HEROICzero dan Lady Myn menyebabkan keduanya hidup! Malahan badan HEROICzero dan Lady Myn turut membesar menjadi dewasa.

4. 
"Kita kena selamatkan Puteri Syrena!" HEROICzero bersungguh-sungguh.
"Tapi... Saya... Tak pandai berlawan," Lady Myn mula menangis.
"Tak mengapa. Abang ada!" HEROICzero bangga.

5. 
HEROICzero dan Lady Myn memulakan kembara mereka menyelamatkan Puteri Syrena. HEROICzero menggunakan kuasa hidungnya untuk mengesan tempat Puteri Syrena dibawa lari. Lady Myn pula asyik menangis kerana dia tidak tahan dengan kembara ini. 

6.
"Kenapa awak asyik menangis?" HEROICzero bertanya.
"Kerana badan saya porselin. Lemah."
"Walaupun badan kita lemah, kita tak boleh mengalah. Saya percayakan awak!" HEROICzero memberikan semangat.

7.
Sementara itu, di rumah monyet, Puteri Syrena asyik mengarah dua ekor monyet yang menculiknya. Puteri Syrena langsung tidak takut dengan penculiknya itu. Dua ekor monyet terpaksa menurut setiap permintaan Puteri Syrena kerana mereka sudah tidak tahan dengan jeritan Puteri Syrena.

8.
"Syrena nak itu, Syrena nak ini! Aku tak tahan!" Monyet 1 mula menjerit.
"Ikut saja permintaannya. Habuannya nanti tinggi!" Monyet 2 berkata.
"Tapi anak kecil ini mengada-ngada! Mentang-mentanglah dia ada dua ayah!"
"Sabar. Sekejap lagi, saudara kita pulang bawa serbuk tidur!"

9.
Lady Myn tidak lagi menangis. Kata-kata semangat HEROICzero membuatkan dia berani. Walau badannya bercalar-balar, Lady Myn menempuh kawasan hutan demi mencari Puteri Syrena. Kembara mereka akhirnya tiba di sebuah rumah berbentuk monyet.

10.
"Penculik Puteri Syrena adalah monyet!" kata HEROICzero.
Ketika HEROICzero sedang asyik memikirkan cara untuk masuk ke rumah monyet, dia langsung tidak menyedari Monyet 3 muncul dan menculik Lady Myn. Monyet 3 menutup mulut Lady Myn untuk menghalang Lady Myn menjerit.

11.
"Nampaknya tak ada cara lain selain saya serbu masuk!" HEROICzero bersemangat.
HEROICzero menoleh ke belakang dan Lady Myn tiada.
"Mana Lady Myn?"
Muncul anak panah bersurat, terkena di sebatang pokok bersebelahan HEROICzero. HEROICzero membuka surat ini : Puteri Syrena dan Patung China ada dalam gengaman kami! - Monyet

12.
"Serahkan mereka!" HEROICzero menendang pintu rumah monyet.
Puteri Syrena dan Lady Myn diikat. Monyet 1, Monyet 2 dan Monyet 3 ketawa jahat.
"Baiklah, tapi kau hanya boleh pilih satu saja!" ujar Monyet 1.

13.
"Saya.... Pilih... Puteri Syrena!" HEROICzero menjerit, yakin.
Lady Myn tersenyum kerana dia mahu HEROICzero menyelamatkan tuan mereka.
"...dan Lady Myn!" HEROICzero terus membuka langkahnya.

14.
"Tendangan kaki beruang!" - Monyet 1 tumpah dengan sepakan kaki HEROICzero.
"Tumbukan tangan HEROICzero!" - Monyet 2 rebah dengan tumbukan bertubi-tubi.
"Hikmat perut comel beruang!" - Monyet 3 terpelanting apabila HEROICzero menggunakan perutnya melantun Monyet 3.

15.
Ketiga-tiga monyet jahat itu melarikan diri. HEROICzero melepaskan ikatan Puteri Syrena dan Lady Myn.
"Yeay, HEROICzero selamatkan Syrena!" Puteri Syrena memeluk HEROICzero riang.
"Syrena nak HEROICzero dukung sampai ke istana," Puteri Syrena menghulurkan tangannya untuk didukung oleh HEROICzero.

16.
Mereka akhirnya tiba muka pintu istana Tanah Gembira. Ketika mereka mahu masuk ke istana, muncul Pari-Pari Shikin.
"Tolong, suami saya dalam bahaya! Dia ditangkap oleh lanun," Pari-Pari Shikin menangis.
"HEROICzero tolong selamatkan Unkle Rul," Puteri Syrena merayu.

17.
"Baiklah, puteriku. Dimana lanun itu membawanya?" HEROICzero bertanya Pari-Pari Shikin.
"Ke Pulau Naga!" 
HEROICzero memandang Lady Myn, berat untuk meninggalkannya.
"Pergilah. Saya akan menunggu awak pulang!" Lady Myn memberikan janjinya.
"Syrena akan tunggu HEROICzero."

18. 
HEROICzero meninggalkan mereka semua dan bersedia untuk memulakan kembara keduanya iaitu ke PULAU NAGA! 

p/s : Cameo from HEROICzero + Lady Myn (mynshazmin) 

28 comments:

*SiRibenMerah said...

syrena tuan puteri..
amboi2....

Anonymous said...

nasibla sape yang berani kidnap syrena.

teberangan sekejap baca ep03 ni. hahaha. teringat hobi aku slalu pi seksyen kanak kanak kalau pi library. hahahaha

CintaZulaikha said...

ada perubahan citer ke, sesaja ko nak wat konsep berbeza nih??

My Little Diary said...

sy nak jugak serbuk magis tu...
kasik hidup ini lebih bermakna..
bole?

NasQ said...

errr... aku dah ketinggalan berapa episod ni? huhu...

Little Syrena said...

kak Riben Merah : Skali-skala kan Syrena jadi princess =)

kak Hanie : Tu le, kan kidnapper tu kena belasah ngan unkle Adil =)

auntie CT : Skali-skala ubah cara cerita =)

kak Diary : Mintak kat auntie shikin =)

unkle TK : Dah byk dh unkle miss. Tapi takpe, unkle baru kawen. =)

Unknown said...

you know, aku slalu brminat ngan directing/perfileman ni tapi tak berpeluang nak kembangkan minat aku, how bout one day we collaborate :D

ORLANDO AHMAD said...

hai, saye ejen pembantu rumah, ade mana2 negara mau servis saya?

blog-tips-kurus said...

Olando A sesat tu. sila hantar beliau ke balai polis..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nak jadi princess gak ngeee

Little Syrena said...

abg zuan : sile wat filem ngan unkle asrul =)

ustaz romeo : Pe ug ustaz merepek ni?

akak kurus : Ustaz tu rindu kat kak dill kot =)

auntie ayumi : Jum sesama jadi princess =)

memyn said...

nice n interesting story.. dah lama x baca cerita mcm nih.. bole berangan mcm cave of the golden roses..

btw, thanks 4 d cameo.. tekejut tuh biler tetiber bukak page nih..cun gamba tuh.. hihihihi :)

keep on writing :)

Little Syrena said...

unkle Asrul wat special untuk Cikgu Myn

=)

dill said...

saye siap berimaginasi pasal cite ni. hahaha!

dill.

ILA HonEyBuNNy said...

suka ayat neh

"syrena akan tunggu Heroiczero"hahhah..sweet...

Little Syrena said...

kak dill : Comel kan unkle HEROICzero ngan cikgu Myn??? =)

kak Ila : ofkos sweet =)

khairul akmal bin azman said...

bck ground pic sape 2?

Little Syrena said...

abg khairul, tu gambar unkle Adil @ HEROICzero n cikgu Myn, comelkan diorang

=)

monologtinism said...

hehe. comelnya
macam cerita puteri dongengan

Little Syrena said...

mesti ar comel kak Mono

=)

Acik said...

nak ikut gi pulau naga boley? :)

tieykah said...

nak jadi puteri la

ngeh ngeh

eita said...

aku tak dapat nak fokus lagi....
faham2 jelah dengan apa yang aku guna ni......kih3....buta it betol lah aku ni....bila dah balik nanti aku khatam citer kau ye.....

sahromnasrudin said...

brp episod saya dah tertinggal nie??? huhuhuhhhh

Juliet_iRa~" said...

alololo syrena..;p

comel la tu..heee

HEROICzero said...

hhahahha gelak guling2 dh ni .

*bersiap2 untuk misi seterusnya~*

So Shy Lady (SSL) said...

amboi jd puteri plak syerina, comel! crita smakin bkmbang mlangkaui alam fantasi nmpaknya ;D

Puan Kutu said...

kisah puteri n monyet..best2.hehe..

Followers