Ini adalah teaser/short kepada feature length novel saya. Dan pengenalan kepada tiga watak baru iaitu Syrena (anak Amer), Shikin (kawan baik Ashraf), Rull (Suami Shikin), Kurus + Gemuk (anak-anak Shikin + Rull) dan cameo dari Ustaz paling fofuler iaitu Romeo Kampung.
"Papa, cepatlah turun. Dah lewat ni. Daddy dah muka masam," Syrena bercakap melelaui telefon bimbit, dengan ayah keduanya iaitu Ashraf.
Syrena cantik memakai baju kurung polka dot, sudah berada dalam kereta Proton Satria bersama ayah sebenarnya iaitu Amer. Amer muncung sambil memegang stereng keretanya. Perut boroinya nampak jelas, namun dia segak memakai baju Melayu cekak musang, lengkap dengan sampin, songkok dan capal. Dia tidak suka menunggu lama-lama, walaupun dia tahu Ashraf akan ambil masa lama untuk bersiap. Syrena sudah faham benar dengan perangai Papa dan Daddynya itu. Akhirnya Ashraf muncul dengan memakai baju Melayu Johor. Berbeza dengan Amer, Ashraf bertubuh sasa. Dia memilih untuk mengenakan rambut 50an, songkok dan loafer kulit ular. Mereka bertiga memakai warna ungu berlainan corak.
Ashraf duduk sebelah kerusi pemandu. Amer memandu sambil membebel. Ashraf hanya tahan telinga, dia sudah biasa. Syrena pula teruja kerana inilah kali pertama Daddynya membenarnya dia ikut bersama ke majid untuk solat sunat Aidilfitri. Tambahan pula Daddynya sudah mengajarnya cara untuk solat. Mereka akan bertemu dengan Auntie Shikin, Uncle Rul dan anak-anak mereka iaitu Kurus dan Gemuk di sana.
Mereka sampai di masjid Kota Damansara. Shikin dan suaminya sudah lama sampai di sana.
"Syrena ikut auntie ye," ujar Shikin sambil memimpin tangan kecil Syrena.
Solat sunat Aidilfitri akhirnya selesai. Ketika Ustaz Romeo sedang bercakap di depan, seorang Mak Cik berimejkan Mak Datin sibuk bertanyakan soalan kepada Syrena.
"Comelnya. Nama sapa ni? Anak siapa ni? Mak ke yang duduk sebelah tu? Ayah mana? Umur berapa?" Antara soalan Mak Cik glams itu.
"Nama Syrena. S-Y-R-E-N-A. Umur 5 tahun. Yang kat sebelah ni Auntie Shikin. Dia kawan baik Papa. Mak tak ada kat sini. Tapi Syrena datang dengan Daddy jugak," jawab Syrena. Daddynya selalu berpesan agar selalu menghormati orang tua.
"Papa? Daddy? Panggil yang mana satu ni?" Mak Cik sekali lagi busybody ketika semua ornag khusyuk mendengar suara seksi Ustaz Romeo.
"Syrena ada Papa dan Daddy. Dioranglah mak dan ayah Syrena," ujar Syrena bangga.
"Allahu Akbar! Apa ke jadahnya ni! Pasangan GAY! Haram! Penat dua-dua ibu yang ngandungkan bapak ko! Anak-anak celaka! Kalau diorang anak-anak aku, dari kecik lagi aku buang kat sungai! DOSA!" Mak Cik glams tengking.
Syrena tenang dan menjawab, "Hish, tak baik tau Mak Cik. Daddy Syrena cakap, berdosa tau kalau kita kutuk-kutuk orang. Cian kat baby kalau nak buang kat sungai. Tuhan marah tau..."
Mak Cik glams terus membebel dan memaki hamun Syrena. Shikin menjadi marah dan berperang mulut Mak Cik kecoh itu. Nasib baiklah dileraikan oleh suaminya serta Ashraf. Sementara Amer sedang sibuk menikmati juadah raya yang disediakan oleh pihak masjid.
"Daddy ni. Asyik makan je. Patut le makin boroi. Dah le gym malas nak pegi," Syrena mengomel.
Kejian Mak Cik Glams itu sehingga membawa ke luar Masjid. Semua orang melihat dan malas untuk melayan kerenahnya.
Muncul sebuah kereta mewah mendekati Mak Cik glams yang menjerit seperti orang gila itu. Pintu dibuka dan keluar seorang perempuan seksi berpunggung jatuh. Buah dadanya jelas kelihatan walaupun dia memakai skaf.
"Mak pehal ni jerit-jerit? Malu tau Tima tengok! Cepat masuk! Tima dah lewat nak pegi beraya kat rumah member ni!" Tima menjerit kepada maknya. Rupanya Mak Cik glams itu maknya.
"Kau nak pegi beraya pandai! Puasa malas! Solat Raya tak nak! Pakai seksi! HARAM!" Mak Cik glams malu apabila semua orang melihat perangai dan pakaian anaknya itu.
"Sudahlah Mak! Malas Tima nak layan! Mak balik sendiri!" Tima terus masuk ke dalam keretanya dan beredar dengan cepat.
"Anak celaka! Anak haram! Siapa nak antar aku balik ni! Aku tak bawak duit nak bayar teksi! Celaka!" Mak Cik glams menjerit dan kemudian menangis-nangis.
"Tak pa. Biar saya antar mak cik," Amer menawarkan diri.
"Eh, boleh ke? Terima kasihlah nak... Syurga tempat ko nanti," Mak Cik glams tiba-tiba berubah perangai.
"Tadi kata neraka, sekarang dah bertukar syurga. Hampeh!" Shikin memerli.
"Syhhh... Terasa dia nanti. Biarlah...Orang tua," Ashraf cuba untuk mengurangkan rasa marah Shikin walaupun Mak Cik glams mengutuk Amer dan dirinya tadi.
"Auntie Shikin, nanti datang beraya tau dengan Uncle Rul, Kurus dan Gemuk. Syrena tunggu. Jangan bawak cheese cake lagi, nanti Daddy makin boroi," kata Syrena, teruja.
"Papa Syrena lagi suka kalau Daddy boroi kan," ujar Shikin sambil cubit tangan anaknya, Kurus kerana menjelirkan lidahnya kepada Mak Cik glams.
Amer bersendawa kekenyangan, sambil perutnya dibelai oleh Ashraf. Syrena mengulang perkataan 'boroi' kepada daddynya beberapa kali, sehinggalah papanya berkata, "Papa suka Daddy boroi,". Amer tersenyum bangga.
Amer, Ashraf dan Syrena menghantar Mak Cik glams pulang. Sepanjang dalam kereta, Mak Cik glams diam dan rasa sedikit cemburu melihat kemesraan Syrena bersama dengan dua ayahnya.
p/s : Saya akan buat beberapa shorts dahulu sebelum memulakan novel yang sebenar
52 comments:
ai pow suka suri cruise muka copy mummy dia kate ekk...ok ok excited nak baca ni ngeee
☆*♥L@dy @yU♥*☆ : Tu r, kecik2 ag dh cantek...
Wah makcik glam tu mulut x hinggat **ter emosi lak kan**
Giler dramatik.
Pdpt wa ialah, mula2 entry tu x bape menyengat hihi..dah part makcik glam inteprem tu br nmpk watak masing2 bekembang dgn baik =)
tp tu pndpt 2posen wa je hihi
ustaz romeo tu bujang lagi tak?
weeeeeeee... excited... makcik glam tu? hamboi.... cenggana untaz romeo tu boleh join ni? haishhh... jeles sudah...
keativiti tiada limitasi :D
keep the beat ;)
aa menarik2 ape la kesudahan die nanti ehh..huhuu
kirim salam pada anak makcik glam tu yeee
Syrena sounds like your future daughter maybe? haha
and why do i feel like Uncle Rull is based on you?
Jue : Saya sengaja tak mo kembangkan sangat watak2 utama sb akan dikembangkan lagi dalam novel. Shorts ni sebagai pengenalan kepada beberapa watak sampingan disamping cameo dari kawan2 blogger
thanks tau sb baca n bg pandangan ;D
ORLANDO AHMAD : Die bujang dan pojaan ramai anak2 dara dan janda...
Bidadari Syurga : Nanti giliran akak lak cameo ye...
Saiazuan : Thanks dude
アヌム ちゃん : Tungguuu...
delarocha : Suke ko kat awek punggung jatuh kannn
me n myself : Yes, i happen to love the name hahaha
'bout Uncle Rull...errr.. most of my characters will based on me...even the gays... hahhaa
Wohoo noted =)
Np la. Bg pndgan pe la sgt kan. Ramai lg hebat kat luar tu yg jd silent reader..jue ngan hanie ni besa2 je hihi
Jue : Yang biase2 lah best bg pandangan...
yg dh pakar, sy lagi takut hahaha...
;D
sejak bila buat novel ni? tertinggal pulak..nanti2 la baru nak khatam..:)
Selamat Hari Raya..
norh : Baru nak cube2 kak ;D
Perutnye yg tampak boroi eh hihi..kurang g gym lateww hahaha gurau je lah hihi
oh ya, org kata kekdg penulis ni gemar guna org sekeliling tmsk dr sndri jd inspirasi utk watak. Shikin is ur beautiful wife in real life, amer is asrul sndri? =P Teka je hihi
nak cameokan jue & hanie?bole aje. Jue ngan hanie sgt bbesar hati =) Hanie watak baik sbb dia mmg lemah lembut,jue watak jahat sbb jue kasar skit tp dlm hati ade tmn lol
Jue : Dah dapat idea cameo Hanie n Jue... tunggu tau short kedua sy hahaha
p/s : Shikin tu memang asalnya dari my wifey... Perangai dua2 sama... Shikin in real life pun gay friendly.
As for saya, ada sket diinspirasikan untuk watak Ashraf.
;D
boroi.
titik.
dill.
am sure your boroiness will play some parts in this novel kan? haha
do include you abang ipar as well since you all about tall, fat and old these days. ok, cut the old part cause your abang ipar is still bergetah. lol
Oraite..x sabo nak tunggu nxt teaser, short =)
Oh. Kalau sama, snang la skit nanti nak wat cite ni sbb bahan rujukan ade kat dpn mata hihi
Ashraf tu ensem kan. Asrul xkot hahaha gurau je beb
jue ade gak membe rapat gay in real life, diaorg sgt ensem giler tahap super saiya. Too bad, diaorg x suke pompuan hihi
eh, pinjam prof pix utk new entry tau =)
dill : Boroi itu legend hahaa
me n myself : Yes, kak long, boroiness is part of man's charms and if i put abang long in here, he will have so many fan haha
Jue : Saya tak ensem, jambu je haha...
musang berjanggut? ok le tu. really like my Vendetta mask
:D
Jambu la sgt kan hihi. Jambu batu lg ade. Hihi. Gurau je lah =)
Td kolling2 hanie, pnat dia gelak tgk caption pix asrul tu psl musang bjanggut hahaha
best pulak watak mak cik glams tu. teaser kali ini aku dapat rasakan dah pembaca akan tertarik dgn watak watak yang ada.dan rasa ingin mengenali watak semakin tinggi. tapi jangan lupa nanti konflik yang akan jadi klimaks citer ni yang akan buat pembaca tergila gla cerita ni. konfem akan laris punya la kalau berjaya di peringkat pengenalan dan peringkat klimaks cerita.
waahh..kitorang nanti cameo dalam next teaser.. wallaweh. ko ni memang **jjang (tebaek la). alala tak sabr la pulok.
caption musang bejanggut tu memang kelakar tak hengat ye. penat daku gelak sampai suara jadi rock yang tak berapa nak rockers.
laling, Gua pinjam imej blog Lu ni kejap, upah Lu guna nama Gua sebagai cameo keh3...
p/s: Gua ngah sentak idea ni nak ngapdet blog huhuhu
For God's sake, start writing your next teaser already. You're getting lazier by days and stop hang out with your ex. Nanti sayang dia marah. haha
Jue : Saya jambu madu... manisss...lol
Hanie_Dew : Thanks sb sudi baca ya, tunggu kemunculan next teaser featuring kamu berdua as cameo
p/s : Musang berjanggut tu lagenda dan kacak seperti P Ramlee hahaaaaah
ORLANDO AHMAD : takde2 idea pun, skali tiga entry ko update laling... :D
me n myself : Dear kak long, stop using my laptop and log in as ur name...it's confusing me hahaha
p/s : Dah dia ajak takkan le takmo pegi kan... :D
dah siap!! mekasih bagi gua idea sabtu sabtu ni keh3
pergh..le wat novel pasni?
ORLANDO AHMAD : Sama2 kasih darling
khairul akmal azman : Novel tu blum ag...akan wat short2 dulu
;D
so far characters adalah sgt menarik.. teaser dah buat org x sabar n looking forward nak baca.. so keep on writing.. and be fast.. hihih
mynshazmin : Thanks sb sudi baca n komen... BANGGA
;-)p
perrgghh ~ suri tu.. comel !
fuyoo . novel :)hehe
asrul.. Salam aidilfitri. Maaf zahir batin..
suri 2 super duper comel.kecik2 dah hdup mewah.agkny hdup dia nnt x tahu erti susah kot.
syrena cantik dh besar mesti jd mcm serena dalam cite gossib girl.cerita yang menarik untuk dibaca hehe selamat raya
alamak..macam gempak je citer ni..
boroi itu legend? hahahah
*makcik glams ada anak glams seksi.. auuwwww...
complicated jugak ni.. tehee~
macam bes je...
Thanks semua sebab sudi baca n komen...
sayang aweks2 MUAH
~ dari Mak Cik Glams
aggg...makcik glams bagi muaah la. owhh.
kecomelan depa terserlah sejak kecil lg kan
Hanie_Dew : Mak cik sebenarnya berlakon je cite ni, kat luar mak cik gay-friendly... (kata mak cik glams kat saya masa sy interbiew beliau)
sahromnasrudin : Tgk ar blogger + creator short ni, comel gak kannn hahaha
wah wah. ko gi intvw mak cik glams tu. kem salam kat mak cik. ckp mak cik ni cool.
Hanie_Dew : Hahaha... mak cik ni gile glamer...orang fofuler... ;D
watak2 semua menarik..teruja n tak sabo nak tggu full novel..:)
ni y 1st kan??
nk bc dr awal..haha..
tp mcm xfhm mula2 tu..kenapa syrena ada 2 ayah?waaa :(
Puan Kutu : Tunggu hhohohoho
Juliet_iRa~" : Thanks sb baca, 'obvious' kan kenapa Syrena ada dua ayah?
;-)p
obvious sgt..tp xhabis bc lagi..heee
nt da abis ira btau oke..;p
Juliet_iRa~" : Akhirnya udah paham muahahaha
Post a Comment