Monday, September 19, 2011

Fashionista


Memperkenalkan watak Katerina (Janda Amer, ibu Syrena dan isteri Rikart), Maria (Kakak sulung Amer) dan Fajarn (Ex-boyfriend Ashraf)

71 Broadway Apartments," ujar Ashraf kepada pemandu teksi.
Ashraf dan Syrena bertolak dari lapangan terbang menuju ke jalan Broadway. Mereka datang ke New York kerana Ashraf terpilih dalam senarai 10 New Artists To Watch dalam majalah W isu bulan November. Amer tidak dapat menyertai mereka kerana dia ada urusan di kampungnya. Sepanjang masa Ashraf dan Syrena di New York, mereka akan tinggal di rumah Katerina iaitu ibu kepada Syrena dan bekas isteri Amer. Syrena nampak comel memakai kot trench Burberry, baju H&M dan Ugg boot. Semuanya berwarna merah jambu. Ashraf memilih untuk mengenakan kot trench dari jenama yang sama, tetapi berlainan warna. Setelah bertarung dengan trafik, akhirnya mereka sampai di kediaman 71. 
"Mummy!" Syrena berlari memeluk Katerina.
Walaupun sudah berusia 40, Katerina tampak comel dengan pakaian corak kucing dari Victoria by Victoria Beckham. Ashraf membawa bagasi-bagasinya sambil dibantu oleh seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairul Akmal Azman. Khairul adalah pelajar filem di New York Film Academy yang akan dokumentasikan temubual dan sesi fotografi Ashraf untuk W. Bagasi-bagasi Ashraf dan Syrena dibawa masuk oleh pekerja apartment 71.
"Mana Rikart?" Ashraf hairan kerana suami Katerina tiada.
"Kuala Lumpur, tengok anak dia," jawab Katerina ringkas.
"Oklah Kat, I kena pergi jumpa bos you, Stefano Tonchi terus. Jumpa masa show Simon Spurr, save me a seat. Syrena dengar cakap mummy tau. Jangan nakal-nakal," kata Ashraf sambil memeluk Syrena dengan erat.
Ashraf pergi bersama Khairul. Sementara Katerina memimpin tangan Syrena masuk ke bangunan apartmentnya. Apartment Katerina sangat luas, dengan tiga bilik tidur dan tiga bilik mandi serta pemandangan indah Pulau Staten dapat dilihat melalui tingkap. Katerina membawa Syrena ke bahagian yang paling dibanggakan dalam apartment iaitu almari pakaiannya.
"Pakaian ni semua belum dijual lagi. Semuanya untuk New York Fashion Week minggu ni," Katerina menunjukkan koleksinya kepada Syrena.
"Syrena tak sabar nak pakai semua ni. I want to be just like you," Syrena menyentuh pakaian ibunya, bangga.
"Mummy ada hadiah untuk Syrena. Special, just for you," Katerina berkata sambil membuka satu lagi pintu almarinya yang dipenuhi dengan pakaian untuk Syrena.
Syrena gembira menerima hadiah dari Katerina. Antaranya baju merah dari Helena & Hary, baju maxi dari Polka, baju polka dot dari Little Marc Jacob, baju Stella McCartney for GapKids, set baju dari Juicy Couture, Holmes & Yang Pinafore, kot dari Eliane et Lena, kot trench merah dari D&G, baju dari Chloe dan yang paling istimewa baju khas dari Victoria by Victoria Beckham dan L.A.M.B. Baju-baju ini hanya dipasarkan untuk orang dewasa sahaja. Katerina menggunakan pengaruhnya sebagai feature editor W untuk mendapatkan versi kanak-kanak untuk Syrena. Katerina turut menunjukkan beberapa pasang kasut dan boot dari Walnut Melbourne, Bloch, bonpoint, Harajuku Lovers, H&M dan GapKids.
"Syrena pasti tak penat nak ikut mummy tengok fashion show pagi-pagi ni kat Public Library?" Katerina bimbang.
"Syrena tak penat. Nak tengok Victoria Beckham!" Syrena sudah tidak sabar.
"Mandi cepat. Busuk. Guna Chanel No5 dalam almari. Mummy baru beli semalam," Katerina menyuruh.

---

Katerina sempat menukarkan pakaiannya dengan memakai pakaian ungu terung Victoria Beckham dan Christian Louboutin Rolando Pump sementara Syrena memakai baju corak awan Victoria by Victoria Beckham versi kanak-kanak. Mereka sampai di Public Library yang sudah pun dipenuhi ramai dengan selebriti, editor, perunding imej dan fashionista. 
          "Kat! Love your dress!" Vee tiba-tiba muncul dan mencium pipi Katerina.
         Vee atau turut dikenali sebagai Juliana Vee adalah editor fesyen Harper's Bazaar Malaysia dan juga bekas pembantu Katerina ketika dia menjadi editor untuk majalah yang sama. Mereka berbual seketika, sebelum Vee meminta bantuan Katerina untuk bertemu dengan Victoria Beckham. 
           "Thanks for the dresses, darling and Harper's too precious for words! And this is my colleague, Vee. She's a fan," Katerina memperkenalkan Vee. 
          Katerina mendukung Harper ketika Vee berbual dengan Victoria. Syrena menarik baju Katerina
untuk cari perhatian, tetapi Katerina terlalu sibuk mencium pipi Harper.
Pertunjukkan fesyen Victoria Beckham musim bunga 2012 dimulakan dengan moments of silence bagi mengingati ulang tahun tragedi 11 september. Sepuluh minit kemudian, pakaian pertama dipersembahkan kepada para penonton. Syrena masam kerana Katerina lebih memberikan perhatian kepada Vee dengan bercakap mengenai koleksi Victoria Beckham. Walaupun dalam hati, Syrena teruja melihat baju yang dipakai oleh Katerina sama seperti yang dikenakan oleh model di pentas runway.
Selepas selesai, Katerina dan Syrena bergegas ke Damrosch Park untuk makan tengahari. Syrena mahu menceritakan kehidupannya di Kuala Lumpur bersama Amer dan Ashraf tetapi Katerina lebih fokus kepada blackberrynya. Syrena melemparkan makanan tengaharinya ke tanah untuk mencari perhatian. Malangnya Katerina langsung tidak perasan dan terus mengajak Syrena ke pertunjukkan fesyen seterusnya iaitu L.A.M.B di Box, Lincoln Center. Sekali lagi Katerina dan Syrena menukar pakaian mereka. Katerina memakai one shoulder tribal print dan cerulean blue buckled platforms. Keduanya dari L.A.M.B Spring 2012.
"Buruk. Syrena tak suka!" Syrena menjerit marah dengan pilihan pakaian untuk pertunjukkan fesyen L.A.M.B. Dia sengaja membuat perangai kerana mahu menarik perhatian Katerina. Sekali lagi Katerina tidak mempedulikannya dan hanya menyuruh pembantunya menyelesaikan masalah Syrena.
"I hate this shoes!" Syrena marah.
Pembantu Katerina kelam-kabut, berlari mendapatkan kasut lain untuk Syrena. Nasib baiklah pembantu Katerina yang dikenali dengan nama gelaran Run Away♥ memakai kasut yang senang berlari. Setelah memilih beberapa pakaian dan kasut, akhirnya Syrena bersetuju untuk memakai jumpsuit L.A.M.B versi kanak-kanak dan kasut boot. Syrena senyum apabila dia melihat kawan ibunya, Vee tidak muncul. Bolehlah dia bercakap dengan ibunya tentang fesyen tanpa diganggu.
"Mummy...."
Namun tidak lama kemudian, muncul Vee sekali lagi yang terlambat dan tidak dapat tempat duduk. Vee meminta bantuan dari Katerina untuk mendapatkan tempat untuknya menyaksikan L.A.M.B. Katerina mengarahkan Run Away♥ untuk membawa Syrena di luar bagi memberikan tempat duduk Syrena kepada Vee.
"Tak nak!" Syrena menjerit dan mula menangis.
"Take her outside. Now!" Katerina memarahi pembantunya.
Run Away♥ mendukung Syrena yang masih menjerit sambil memujuknya.

---

Katerina keluar dari pertunjukkan fesyen L.A.M.B sambil membawa beg Harajuku Lovers backpack, bertemu dengan pembantunya dan Syrena yang bermata merah akibat menangis. Beg ini baru sahaja diterima sebaik sahaja pertunjukkan fesyen tadi tamat. 
"Macam mana?" Katerina bertanya.
Run Away♥ menunjukkan telefon bimbitnya yang pecah.
"Drama queen. Macam daddy dia," Katerina berbisik. 
Katerina memberikan beg hadiah kepada Syrena. Dia memujuknya dengan berkata ini adalah hadiah yang diberikan sendiri oleh team pereka L.A.M.B. 
"Syrena nak gunting!" Syrena menjerit kepada Run Away♥. 
Run Away♥ kelam-kabut berlari mencari gunting dan memberikannya kepada Syrena. Syrena terus memotong tali backpack baru yang diberikan oleh ibunya dan melemparkannya kepada Katerina.
"Dah, kita dah terlewat untuk tengok Diane Von Furstenberg," Katerina mendukung Syrena. 
Pertunjukkan fesyen DVF akan berlangsung di tempat yang sama iaitu di Lincoln Center tetapi di bahagian teater. Sama seperti dua pertunjukkan fesyen sebelumnya, Katerina dan Syrena bertukar pakaian mereka untuk kali ketiga.  Katerina cepat menukarkan pakaian cocktail dress berwarna merah dari koleksi resort DVF 2012. Sebaliknya Syrena mengamuk mahu memakai kot trench merah D&G yang ada di rumah Katerina. Oleh kerana dia sudah terlewat, Katerina menyuruh Run Away♥ menyelesaikan masalah Syrena. 
Sekali lagi Syrena tidak dapat menyaksikan pertunjukkan fesyen bersama Katerina. 
"I want my papa!" Syrena menjerit.

---

Di pejabat W, Ashraf sedang berehat setelah penat mengambil gambar dan ditemubual. Dia berbual-bual dengan Khairul tentang fesyen dan laman sosial.
"Saya tak suka fesyen langsung. Tambah-tambah dengan aweks yang selalu update fesyen kat facebook. Tengok ni bang status-status diorang. My hubby beli suzuki swift. Makan kat hotel 5 star bersama hubby..candlelight gitu. Ramai boy usha i..may be i like diana daniel kot.. Gedik!"
Perbualan mereka terganggu dengan panggilan telefon. Ashraf dari ketawa berubah menjadi serius selepas melihat nama pemanggilnya. Dia membiarkan iPhonenya berbunyi beberapa kali. Dia melihat jam menunjukkan pukul lima petang. 
"Oklah, Khairul. Abang kena blah dulu. Nanti kalau balik ke KL, telefon abang, kita lepak-lepak," Ashraf memberikan kadnya kepada Khairul.
"Laki abang tak jeles ke nanti?" Khairul mengusik.
"Dia tau abang tak akan suka budak kurus macam kau," Ashraf ketawa.
Ashraf bergegas ke bilik persalinan untuk menukar pakaian dan menyaksi pertunjukan fesyen Simon Spur iaitu antara pereka yang disukainya.

---

Ashraf nampak kacak memakai three piece suit dari Ralph Lauren, sampai di studio, Lincoln Center. Dari luar dia dapat mendengar suara jeritan Syrena. Dia bergegas mendapatkan Syrena.
"Kenapa ni, Syrena?" Ashraf risau dan mengesat air mata Syrena.
"Mummy!" 
"Alalaa, ciannya. Papa ada sekarang," Ashraf memujuk dengan mendukung Syrena.
Muncul Katerina yang sudah siap memakai beige fitted v-neck dress with a shawl wrap effect sleeves dari Victoria Beckham Fall 2011 dan masih sibuk dengan blackberrynya. Ashraf seperti memahami kekecewaan Syrena.
"Jum, kita tengok Simon Spurr. Papa tak sabar nak beli koleksi baru dia," Ashraf cuba mengalihkan perhatian Syrena.
Sebelum pertunjukkan fesyen bermula, seseorang melambai ke arah Ashraf.
"Mono!" Ashraf menjerit sambil segera mendekati penulis puisi terkenal dengan gaya tulisan dan menswear inspired-nya.
Mono atau nama penanya Monologtinism turut masuk dalam senarai 10 New Artists To Watch untuk majalah W disebabkan Monologtinism dikenali dengan stail androgyny-nya dia turut masuk senarai. 
"Mummy...," Syrena mahu bermanja.
Katerina sibuk dengan blackberrynya. Syrena sudah tidak tahan sabar. Dia terus merampas blackberry dari ibunya dan menghempaskan telefon itu di pentas runway sehingga pecah. Giliran Katerina untuk hilang sabar. Dia menampar Syrena seperti melepaskan semua geramnya. Syrena menangis sekuat hatinya.
"Kat, apa ni!?" Ashraf memarahi Katerina sambil memeluk Syrena.
"You jangan masuk campur! Dia anak I!" Katerina meninggikan suara.
"Dia pun anak I" Ashraf tidak mahu mengalah.
Mereka bertengkar sehingga dipaksa keluar dari pentas runway oleh pembantu Simon Spurr.
"Mana Syrena?" Ashraf mula menyedari Syrena tidak bersama mereka.

---

Syrena berjalan seorang diri di kawasan berdekatan dengan Lincoln Center. Dia mahu kembali semula ke studio Lincoln Center, tetapi dia sudah keliru dengan tempat itu. Dia mula menggunakan senjatanya yang utama iaitu tangisan. Tangisannya didengari oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Uncle Rashid. Pada mulanya, Rashid menyangkakan Syrena anak orang putih.
"Syrena orang Malaysia. Uncle cakap bahasa Melayulah," Syrena berkata bangga.
"Mana Syrena tau uncle orang Malaysia?"
"Dari pakaian uncle. Jenama SAM kan? Uncle Rul suka pakai jenama sama. Jual kat Jusco kan," terang Syrena.
"Betul tu. Uncle pun kerja kat Jusco...," Rashid mula bercerita panjang, sebelum dihentikan oleh Syrena.
"Dahlah, uncle. Cepat tolong Syrena cari papa dan mummy."
"Sebelum tu, uncle nak tanya... Kenapa Syrena tak takut dengan uncle walaupun kita baru kenal?" 
"Muka uncle baik, tak ada muka orang jahat langsung. Cepatlah, Syrena takut papa dan mummy bimbang!" Syrena mengarah.
Rashid memimpin tangan Syrena dan mencari jalan masuk ke studio, Lincoln Center. 

---

Ashraf dan Katerina panik. Mereka meminta bantuan dari semua orang yang mereka kenali. Monologtinism turut membantu dengan menyuruh pengikut twitter-nya mencari Syrena. Run Away♥ pula berlari-lari meminta bantuan dari kawan-kawannya se-Malaysia yang dia kenali dan mencari di kawasan Upper East Side. Vee yang berada di tempat pertunjukkan fesyen lain turut menolong dengan menelefon kenalannya di New York untuk mencari Syrena. Khairul pula mencari di kawasan Lower East Side dengan kawan-kawan dari New York Film Academy. Ketika semua sedang risau, Syrena muncul bersama dengan Rashid. Syrena sedang memegang belon sambil berpimpin tangan dengan Rashid. Syrena menunjukkan ke arah Ashraf.
"Papa Syrena?" Rashid bertanya.
Syrena mengangguk. Katerina terus mahu memeluk Syrena, tetapi Syrena berlari mendapatkan Ashraf.
"Sayang buat papa risau!" Ashraf memeluk Syrena erat.
"Terima kasih banyak-banyak sebab tolong hantarkan anak saya. You want anything from Simon Spurr Spring 2012? Or any menswear this season. I can get you anything!" Katerina mahu membalas jasa Rashid.
"Eh, takpalah. Lagipun saya selesa dengan pakaian jenama SAM," Rashid berkata bangga.
Katerina hairan kerana dia tidak pernah mendengar jenama SAM. Syrena memeluk Rahid dan mengucapkan terima kasih.
"Nanti kita jumpa kat KL tau lepas uncle Rashid habis bercuti kat sini. Syrena nak belanja uncle makan red velvet cake. Uncle kurus sangat," kata Syrena. 
Rashid mengucapkan selamat tinggal. 
"You're in big trouble!" Katerina memarahi Syrena.
Syrena tidak mempedulikannya dan kembali memeluk Ashraf.
"Papa, Syrena penat. Nak balik."
"Jum. Papa pun sama penat ni. Risaukan princess seorang. Kat, balik sekali?" Ashraf memandang Katerina.
"Don't bother asking her," Syrena memandang Katerina tajam.
"I kena tengok Zac Posen dan Tommy Hilfiger kejap lagi. You baliklah dulu," kata Katerina lembut.
Ashraf memimpin tangan Syrena untuk pulang. Sebaik sahaja mereka keluar dari Lincoln Center, Ashraf berkata kepada Syrena, "Tak baik tau buat mummy macam tu. Kesian kat dia."
Syrena hanya mendiamkan diri sambil membuat muka masam.
"Jum kita masak untuk mummy. Kita buat kejutan untuk dia," Ashraf memujuk.

---

Ashraf sedang masak di dapur, sementara Syrena sedang skype dengan Amer.
        "Daddy, sekarang kat sini dh pukul 9.30 malam," ujar Syrena.
        "Kat sini baru pukul 9.30 pagi," kata Amer melalui skrin Mac Air milik Ashraf.

Amer berada di salon ☆*♥L@dy @yU♥*☆, di bandar Melaka. Dia sedang duduk dikerusi salon sambil menggunakan tablet iPad 2 untuk skype dengan Syrena. 
"Daddy nak treatment rambut je. Dah makin botak."
"Uncle nak treatment rambut je ke? Cuci rambut tak nak?" tanya Mya yang comel memakai baju bercorak beruang. Mya adalah anak kepada pemilik salon ☆*♥L@dy @yU♥*☆ iaitu Ayumi. Amer selalu datang ke salon ☆*♥L@dy @yU♥*☆ setiap kali dia ke bandar Melaka. 
"Takpelah dik. Uncle tunggu mak kamu sampai. Uncle dah biasa dengan dia," terang Amer.
"Kena tunggu kejap ek, uncle. Mak pergi beli sarapan. Jap lagi sampai ar," kata Mya sambil tersenyum.

Sementara itu, di 71 apartment, Syrena masih skype dengan Amer. Ashraf pula masih sibuk menyediakan makanan lewat malam istimewa untuk Katerina.
"Daddy, Syrena dapat banyak baju tau. Syrena seronok sangat tengok fesyen kat sini. Ada kakak tu kelakar sangat, suka lari-lari. Pastu ada kawan mummy yang nama Vee, pakaian dia cantik-cantik. Kawan papa yang nama Mono tu pun cool jugak, masculine meets feminine. Abang Khairul yang tolong papa tu kelakar sangat. Lagi satu, Syrena jumpa dengan seorang uncle yang baik dan best. Dia yang tolong Syrena masa Syrena sesat tadi. Nanti kita semua ada kat KL, jum kita ajak uncle Rashid keluar makan. Suruh dia boroi macam papa gak..," Syrena bercerita panjang-lebar.

Di Melaka, Amer hanya mendengar celoteh anak kesayangannya itu. Tidak lama kemudian, pintu salon ☆*♥L@dy @yU♥*☆ ditolak oleh seorang lelaki yang berambut retro, berbaju biru dan memakai cermin mata. Lelaki itu membawa patung beruang besar dan sejambak bunga. 
"Mya...," kata lelaki itu.
"Delarocha...," balas Mya, tersipu-sipu malu.
"Saya ada benda nak bagitau awak. Saya dah angau ni. Kaw-kaw punya," kata Delarocha.
Mya sudah dapat mengagak. Sudah beberapa hari Delarocha datang ke salon ibunya. Muncul pula Ayumi yang membawa dua bungkus nasi lemak dan dua teh ais. Walaupun sudah mempunyai anak remaja iaitu Mya, Ayumi masih pandai bergaya. Solekan dan pakaiannya mengikut aliran Jepun.  
"Delarocha... Awal datang hari ni. Memang sah kau dah angau kan. Ensem semacam hari ni. Kau pun sama Mya, bukan main merah pipi anak mak ni. Comel korang berdua ni. Super kawaii," Ayumi mengusik. Ternyata Ayumi memang seorang ibu yang sporting.
"Betul kak...eh, silap... Ayumi. Saya memang dah angau... Angau kat awak!" Delarocha memberikan patung beruang dan sejambak bunga kepada Ayumi. 
Mya terkejut. Begitu juga dengan Ayumi dan Amer. 
"Kelas ko Ayumi, dapat anak ikan muda. Apa lagi, ko pun dah lama solo," Amer bersorak.
"Tidak!!!" Mya menjerit sambil berlari keluar.
Ayumi mengejar Mya, sambil diikuti oleh Delarocha yang berkata, "Tunggu saya, Ayumi sayang. Tunggu Mya, ayah datang."
Mereka semua meninggalkan Amer yang ketawa berbahak-bahak.

Di 71 apartment, Syrena turut ketawa melihat kejadian tersebut. Ketika Ashraf masih sibuk di dapur, iPhone-nye berbunyi beberapa kali. Melihat Ashraf tidak menghiraukan panggilan-panggilan tersebut, Syrena menjawab. Tambahan pula dia ingin tahu siapakah pemanggil yang bernama Fajarn itu.
"Hello, Syrena ni. Papa ada kat dapur. Papa, kawan papa call!" Syrena menjerit.
Ashraf muncul dengan memakai apron Hello Kitty dan mengambil iPhone dari Syrena. Ashraf menjawab panggilan itu dengan marah-marah dan terus mematikan panggilan telefon itu.Syrena terkejut kerana inilah kali pertama dia melihat papanya marah. Ditambah dengan sebelum ini dia tidak pernah tahu papanya ada kawan bernama Fajarn.
"Daddy, siapa Fajarn tu? Dia call papa, terus papa semacam," Syrena bertanya melalui skype.

Di salon ☆*♥L@dy @yU♥*☆, muka Amer tiba-tiba berubah.
"Syrena, daddy ada hal. Nanti kita borak lagi," Amer menamatkan skype mereka.
Muncul Maria menolak pintu salon ☆*♥L@dy @yU♥*☆ dengan kuat. Mukanya marah.
"Hoit, cepatlah! Sampai berapa lama adik nak suruh kak long tunggu dalam kereta? Kak long dah panas ni! Tu lah, sapa suruh jadi gay! Nak kena pergi salon bagai! Kalau bukan sebab anak kak long nak pakai duit, dan adik je yang boleh bagi duit tu, jangan harap kak long nak suruh adik datang!"
"Diamlah kak long!" Amer menengking.
Maria terdiam. Dia tahu apabila adik bongsunya marah, memang parah dan menakutkan. Maria terus keluar dari salon ☆*♥L@dy @yU♥*☆. Amer menelefon Ashraf melalui iPhone-nya. Ashraf tidak dapat dihubungi. Amer tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Dia melemparkan iPhone-nya ke dinding sehingga pecah.

---

Katerina membuka pintu rumahnya, dan dia melihat Ashraf sedang membaca buku The Hours oleh Michael Cunningham. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Katerina membuka kasut tumit tinggi Jimmy Choo Viola Sandal-nya dan duduk disebelah Ashraf.
           "Penat...," ujar Katerina lemah.
Ashraf mengangkat kaki Katerina dan mengurutnya.
        "Kalau you bukan gay, dah lama you dah tergoda dengan I kan? Sebaliknya, you tergoda dengan bekas suami I," Katerina mengusik.
Ashraf ketawa dan berkata, "Syrena dan I ada masak ayam percik untuk you. Dia nak tunggu makan sekali dengan you tadi, tapi you lewat sangat. Kami makan dulu. Nak I panaskan ke?"
         "Tak payah. I makan esok je lah. I nak mandi dan terus tidur," balas Katerina sambil bangun. 
Muncul Syrena dengan tiba-tiba. 
         "Nightmare...," Syrena menangis.
Katerina mahu memeluk Syrena, tetapi Syrena terus mendapatkan Ashraf.
         "Syrena tak nak tidur seorang. Nak papa peluk...," Syrena sedih.
         "Princess seorang ni. Manja betul. Meh sini, papa teman," Ashraf mendukung Syrena ke
biliknya.
         "Syrena nak papa bacakan cerita English Roses by Madonna tau," pinta Syrena manja.
Katerina melihat mereka masuk ke bilik. Dia mencuri dengar Ashraf membacakan buku cerita kepada Syrena. Tanpa disedarinya, beberapa titisan air tangisan keluar dari matanya.

---

Ashraf dan Syrena menghabiskan beberapa hari dengan membeli-belah di beberapa lokasi seperti Barney's, Nordstrom, Henri Bendel dan New York Vintage. Beberapa pakaian dari Missoni, Tom Ford, Alexander McQueen, T by Alexander Wang dan beberapa label lain menjadi pilihan. Sementara Katerina sibuk menghadiri pertunjukan fesyen sepanjang minggu fesyen. 
"Mana daddy ni. Tak angkat-angkat telefon...," Ashraf berkata kepada Syrena sambil dia cuba untuk menelefon Amer.
"Daddy merajuk ke? Papa ada buat salah apa-apa?" Syrena bertanya.
"Mana ada... Papa pun pelik ni."
"Syrena rasa lepas Syrena tanya daddy pasal kawan papa yang nama, Fajarn tu..."
Barulah Ashraf faham mengapa Amer tidak menghiraukan panggilan, emel dan facebooknya. Dan mengapa juga status Amer bercorak sedikit emotional.
"Siapa Fajarn tu sebenarnya, papa?" Syrena bertanya.
"Kawan lama papa...," Ashraf menjawab acuh tak acuh.

Pada malam terakhir, Katerina mengajak Ashraf dan Syrena untuk makan malam bersama. Kali ini, Katerina pula yang memasak untuk mereka. Sejak dari pagi hinggalah malam, Katerina sibuk memasak menu yang istimewa terutamanya untuk Syrena. Di meja makan, Syrena asyik bercerita tentang keseronokkannya berada di New York kepada Ashraf. Katerina bagaikan tidak wujud dipandangan Syrena. Namun Katerina cuba untuk tidak menampakkan kesedihannya.
      "Dessert apa untuk malam ni? Mesti mummy Syrena buat yang terbaik kan?" Ashraf cuba untuk menimbulkan perbualan antara Katerina dan Syrena.
          "Untuk Syrena, mummy buatkan yang Syrena suka. Butter pecan pie!" Katerina teruja.
          "Bosanlah makan pai. Papa jum kita turun bawah makan Tasti D-Lite," Syrena mengajak.
          "Tapi mummy dah penat-penat buat pai, makanlah dulu. Mesti sedap," Ashraf memujuk.
          "Tak nak! Nak Tasti D-Lite!" Syrena mula merajuk.
          "Jum kita pergi makan sama-sama," cadang Katerina.
          "Nak makan dengan papa je! Jum papa!" Syrena mula menarik tangan Ashraf.
Ashraf akhirnya menurut Syrena dan berbisik, "Sorry," kepada Katerina yang semakin tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. Sebaik sahaja Ashraf dan Syrena keluar dari rumah, Katerina menangis sekuat hatinya.

---

Ashraf dan Syrena sampai di KLIA. Ashraf memakai jaket Tommy Hilfiger serta jeans dan kemeja dari Dior Homme. Dia membawa bag Louis Vuitton sambil memimpin tangan Syrena yang tampak comel dengan memakai Juicy Couture cardigan dan Swiss Dot Maxidress sambil memegang patung arnab. Beberapa pekerja lapangan terbang membawa beberapa troli berisi bagasi-bagasi mereka. Bagasi-bagasi ini penuh dengan pakaian yang dihadiah oleh Katerina untuk Syrena, Ashraf dan Amer serta beberapa pasang kasut yang dibeli oleh Ashraf. Ashraf cuba menghubungi Amer beberapa kali, tetapi gagal dihubungi. 
"Merajuk lagi ke orang tua ni?" bisik Ashraf dalam hatinya.
Ketika Ashraf sedang kerisauan, seseorang menepuk bahunya. Ashraf berpaling dan terkejut melihat Fajarn yang sedang memegang Canon EOS 7D
"Jarn Jarn...," Ashraf masih terkejut. Tambahan pula dia melihat perubahan fizikal Fajarn yang dahulunya sangat gemuk, menjadi sangat kurus.
"Ash Ash. Lama tak jumpa. You sombong dengan I lepas jadi famous," Fajarn berkata melihat Ashraf masih tidak mampu untuk memulakan perbualan.
"Jarn Jarn? Siapa ni papa?" Syrena bertanya.
"Nama uncle Fajarn-lah. Jarn Jarn tu nama gelaran uncle...," Fajarn memperkenalkan dirinya kepada Syrena.
"Ini rupanya Fajarn. Syrena. S-Y-R-E-N-A," Syrena menghulurkan tangannya.
"Aik, kenal uncle ek? Syrena nak jadi model uncle tak? Uncle ada nak ambil gambar pengantin kat sini. Flower girl kitaorang tak dapat datang...," tanya Fajarn.
Ashraf masih mendiamkan diri. 
"Ok-lah kalau tak nak. Cian kat uncle tau... Ash Ash, I kena sambung kerja balik. Nanti pengantin marah I lak, lama kan kita tak jumpa...," Fajarn memeluk Ashraf dengan tiba-tiba sambil melepaskan nafas kelegaan.
Muncul Amer dengan muka yang marah.

64 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

Butter pecan pie!<----eh ni mcm pizza kan?

Asrul "iLham" Sany said...

Uchi kay-f @hmad : Lain...

Hanie_Dew said...

owh..alamak amer datang..eeee...nak selak next page!

cerita semakin menarik. tak sabar nak tunggu full story.

good job asrul. like it!

bukankosong said...

uncle Rash here!

ha..ha...

Uchi kay-f @hmad said...

lain? what det?

dill said...

pergh! berjaya menghabiskan bacaan!

memang penuh dengan elemen fesyen. awak memang buat research dengan baik. setiap satu fesyen diterangkan dengan link gambar. boleh berimaginasi sedikit dengan bantuan gambar. tapi ade sesetengah dari gambar tu tak dapat diakses. error 404. mungkin awak boleh check semula?

terasa macam bace novel fesyen. :)

dill.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

perhhhh part ni berkaitan ngan fashion ai loikeeee....tapy x mampu nak pakai uwaaaa mahal.....reality hidup org kaya gitew la...perihal anak2 kurang di beri perhatian ek....curlastt uolss tertiba ai ader hanak hikan noks....fengsan...arigatou sudi tempek ai kat novel ni really appreciated *_____*

ORLANDO AHMAD said...

gua suka jessica alba

delarocha said...

anak ikan ye.. ermmm

i like.... kui kui kui

Jue said...

Asrul!aku bc smpi lbh dr 3x sbb;

1st: aku tabik spring utk research yg ko dah buat. Agak detail. Ko bjaya buat aku trs brada dlm that story. Mcm watching drama that showing high class people life.

2nd: sape sangka lelaki yg dah kawen cam ko pastu straight can write about fashion especially when it's more to girls.

3rd: story line ko kali ni tsusun rapi. Nmpk pkembangan watak, tratur. Aku dpt rskan yg ko mmg take time utk pastikan cerita ni bkait rapat antara satu sama lain, lbh2 lg bila ko mlibatkan blogger. It's not easy sbb aku pnah buat.

4th: i must say this time u nail it. Kudos beb. Cant wait to read nxt story of these beautiful people. Understand the pressure, take your time =)

Psst; sorry pjg komen. I cant handle myself hahaha

アヌム ちゃん said...

nak baca sampai habis tapi tapi tapi..terpaksa mengaku yg diri ini adalah begitu lemah nk baca tulisan yg berlatarbelakangkan hitam ni..huhu..gomen nee..nnt sy berusaha baca smp habis k :) keep it up^^

Asrul "iLham" Sany said...

Hanie_Dew : Thanks babe sebab sudi baca ;-)p tunggu next short lak...

bukankosong : Duta SAM kan? :D

Uchi kay-f @hmad : Butter pecan pie lain dari pizza sebab crust die lain...

dill : Thanks sebab bagitau ada error tu...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ : Akak kan glammms kelass

ORLANDO AHMAD : Tak abis2... hahhaa

delarocha : Ko anak hekan hahaha

Jue : Terharu sebab baca byk kali... kali ni memang saya nak wat lebih grafik. Thanks ya. Sangat2 menghargai ;D

アヌム ちゃん : xpe, saya faham hahaha

Hanie_Dew said...

aku baca short kali aku tengelam dalam watak Syrena. aku jadi imagine pe dia rasa tem dia diabaikan oleh mummy sendiri. pastu perkara yang dia buat untuk tarik perhatian. pastu kagum dengan cara dia berfikir. hmm...

Asrul "iLham" Sany said...

Hanie_Dew : Memang sengaja nak buat watak Syrena Drama Queen macam Amer. hohoho...

♕ Mr.IX ♂ said...

dalam drama korea gumiho slalu ada ayat fashionista ni

Asrul "iLham" Sany said...

♕ Mr.IX ♂ : Terbaek.. aku tak pernah tgk...

zati embong said...

2 kali jat baca tau.baca sekali x smpat abes.hihi.mana asrul dpt semua nama2 fesyen 2?jat pun xtahu tau.hihi.

Asrul "iLham" Sany said...

zati embong : Research...seminggu wat kajian hahhaa

Hanis MY said...

Own no pengsannn...cpt2 nk bc lg...mmg fashionista abis! Dr tk kenal jd kenal brmcm brand...

"kalau Amer suka cheesecake, belilah utk dia tkpun buatkan khas tuk dia" kata hanis my hehe...

Asrul "iLham" Sany said...

Hanis MY : Amer tu nak ngada2 je ngan laki dia, Ashraf. hahahhaa

monologtinism said...

haha.
menarik la menarik.
tunggu sambungan dia
haha

Mya said...

weee... ala baru ingat nak dapat tedy huuu =p

Asrul "iLham" Sany said...

monologtinism : Thanks sb sudi baca hohooho

Mya : nak wat cam ne, abang delarocha suka jadi anak hekan ;D

sahromnasrudin said...

aku harap watak cameo cam padi akan membuat kemunculan semula huhuhhhhh

Asrul "iLham" Sany said...

sahromnasrudin : Tunggu... ;-)p

aleen aiden said...

teringat cerita gossip girl pon ade.sbb citer ni sgtlah alert dgn fesyen n kewl brands!agagag~

Asrul "iLham" Sany said...

aleen aiden : Lebih kurang ar, tapi ni cam Sex and the City ;-)p

iyan shazlind said...

wah kagum dgn details pasal fashion..terasa "kecik" sgt time baca ni..sebab tak alert sgt pasal fashion & brand ni..:p
**sila sambung :)

Uchi kay-f @hmad said...

asrul,jln citer ko mcm betul2 ko dah stay us lame gile kan..good writer!

keep up level okeh!

Uchi kay-f @hmad said...

btw utk syrena..coklat tedalah rose boleh kan? opss...kata uchi yg teda perasaan itu...

Run Away said...

gigih sy membaca nyer...;d

Asrul "iLham" Sany said...

iyan shazlind : Research semua ni hahaha

Run Away : Sile baca ye, awak ada cameo hahaha

Asrul "iLham" Sany said...

Uchi kay-f @hmad : Kat sana lam mimpi je, maybe someday leh duk kat sana mana tau kan...

Papa Mifz said...

semuanye branded2 belako...

Asrul "iLham" Sany said...

Papa Mifz : Diorang byk pitis, aku miskin lagi T_T

Edy Ramanov said...

very nice cerpen babe. yang penting semua jenama barang dalam cerita ni branded ya. hehehe. keep it up ya babe.

Asrul "iLham" Sany said...

Edy Ramanov : Wahhh, artis komen blog aku... terharu....

thanks dude ;-)p

teha said...

hamboi2 ! semua jenama yg mhl2.. hahaha !

Mya said...

itulah... sanggup beliau m'anakikankan diri hukhuk =p

delarocha said...

errr...jgn salahkan saya Mya, salahkan penulis.. ahaksss

eita said...

kau minat fesyen erk?

HEROICzero said...

bayang2 gua , katerina ni macam hot juga ni .

iMBobo said...

mcm2 jenama ada hehe

Az-Zahra Fauzee said...

em, ape yg akan terjadi selepas ini?
teng..teng..teng....

haNIz said...

Enjoy when reading!! keep it up!! conflicts dlm conflicts... haha.. bes!!!

ILA HonEyBuNNy said...

datang baca kul 2.30 pagi.....hehe...

terbuka bijik mata tgk semua jenama yang ada...hehe

So Shy Lady said...

woh mn dpt ide ni? klasss

Tukang Karut said...

nampak sangat aku buta fesyen...

Toyers + Collectors said...

All your toyers + Collector friends come to support you here.

But you know we don't like to read right? haha.

Asrul "iLham" Sany said...

SEMUA : Thanks ek sebab sudi bace... ;-)p

p/s : Which toyers yang datang ni? Semua ke? TERHARU....

khairul akmal bin azman said...

haha..watak2 yg elegen gitu..
kalah diana daniela.

Asrul "iLham" Sany said...

khairul akmal bin azman : Yang penting ada watak ko skali as cameo

;-)p

khairul akmal bin azman said...

ermm. terharu..! :)

Asrul "iLham" Sany said...

khairul akmal bin azman : Cis, ko baru perasan? Ni mesti tak baca kannn...hahaha...

;-)p

mynshazmin said...

semakin menarik dan menarik..keep on writing.. cant wait

p/s: perrgghhh..bestnya if dpt collection baju mcm syrena tuh.. :)

Asrul "iLham" Sany said...

mynshazmin : Yeay, cikgu dh dtg... Syrena kaya... sy miskin T_T

Run Away said...

gigih membaca sampai abis...Besttt...;d

Asrul "iLham" Sany said...

Run Away : Gigih... thanks ya, hope u suka cameo short ni

;D

Bidadari Syurga said...

teruja gila.... amer mengamuk tak? heeeeeeeeeeee... adik bila sambung... aduh... takpa.. akak tunggu ja.... dah sambung inform tau... akak takut tak perasan aja.. sebab skang nie akak jarang on... letih + takda idea....

p/s: ingat tau... arghhhhhhhhhhhh.... excited ni....

Asrul "iLham" Sany said...

Bidadari Syurga : Hari isnin ni semua terjawab...muahahha

:D

Puan Kutu said...

makin suka!

sy SAM pun tak tau.memang buta fesyen..gila jakun baca brand2 tu semua.kahkah..

Asrul "iLham" Sany said...

Puan Kutu : Wah, saya terharu...

fesen2 ni saya mintak tolong editor carikkan :D

Juliet_iRa~" said...

banyaknya brand..haha..;p

SAM mmg ada jual kat jusco je..tau pon sbb dlu pernah kerja jj lepas spm..kekeke

Asrul "iLham" Sany said...

Juliet_iRa~" : Memang short ni berkaitan dengan brand dan fesyen sb watak utama Syrena dan mak dia Katerina giler fesyen

:D

Followers