Friday, September 9, 2011

Drama

Syrena : Jangan ngorat Daddy and Papa Syrena tau!

Memperkenalkan watak Sherry (bff Amer), Arisa (adik Ashraf), Haji Salleh (Ayah Ashraf) dan Hajjah Zaitun (Mak Ashraf) serta watak Nordeen (pelajar Amer yang bakal rosakkan hubungan Amer dan Ashraf)

Amer melihat dirinya memakai jubah tidur ungu dan boxer Calvin Klein x, dalam cermin. Dia tersenyum, bangga melihat keboroian perut dan bulu dadanya yang lebat.
"Macam mana Papa boleh suka kat Daddy, Syrena pun tak tau. Tak jaga imej langsung," perli Syrena yang sudah lama melihat Daddynya berposing depan cermin.
"Daddykan seksi. Sebab tu Papa suka," Amer senyum luas.
Amer dalam mood yang baik, kerana hari ini adalah hari istimewa. Ulang tahun perkenalan dia dan Ashraf.
"Ada orang kat luar rumah. Tapi dia tak bagi salam pun. Cepat tengok," Syrena mengarah.
"Baiklah, Princess," Amer mencium pipi anaknya.
"Busuk, Daddy tak mandi lagi!" Syrena cuba mengelak, namun Amer tetap memeluk dan menciumnya.

Di luar rumah Semi D, Hanie datang bersama kawan baiknya iaitu Jue. Hanie membawa kotak merah berisi kek red velvet. Dia memakai baju kurung dan tudung berwarna merah jambu. Sementara Jue memakai pakaian kasual dan membawa DSLR. Hanie adalah pelajar muzik, manakala Jue pelajar seni halus di kolej tempat Amer mengajar.

"Dia gay," kata Jue.
"Tak!" Hanie tidak setuju.
"Percayalah. Cikgu Amer tu gay! Hari tu dia tanya produk rambut apa yang aku selalu guna sebab dia cakap rambut aku wangi dan bersinar. Laki gay je yang cakap cam tu. Laki straight mana nak pernah puji awek cam tu! Budak muzik kelas dia, Nordeen pun cakap Cikgu Amer gay!" Jue bersungguh-sungguh.
"Ko yang perasan lebih kot. Cikgu Amer tu kan dah nak botak. Lagipun perut dia boroi. Gaykan perut kotak-kotak!" Hanie tak mahu mengalah.
"Suka hati kaulah. Yang penting bukan aku susah payah buat kek untuk B gay ko tu," Jue memerli.

Amer membuka pintu dengan masih memakai boxer dan jubah tidurnya.

"Kamu rupanya. Kenapa jumpa saya masa cuti ni?" Amer mengenali Hanie dan Jue.
"Abang Amer... Eh, silap, Cikgu Amer. Ni ada kek... Saya... Saya... " Hanie malu-malu.
"Hanie suka kat cikgu!" Jue memotong.
Hanie bertambah malu. Syrena muncul celah pintu dengan muka garang.
"Daddy saya dah ada partner. Jangan ngorat dia! Dah, Daddy.. Masuk dalam cepat!" Syrena mengarah sambil menolak Amer masuk.
Amer menurut kata anaknya dan Syrena memandang Hanie dengan tajam sebelum menutup pintu rumahnya. Tetapi Amer membuka pintu semula, dan mengambil kotak kek dari Hanie.
"Terima kasih ek. Susah-susah je. Saya gay, sorry ek," kata Amer sambil menutup semula pintu.
Hanie terkesima. Sementara Jue mengambil gambar-gambar Jue dan berkata, "Priceless!".

"Bila nak siap ni? Cepatlah, nak beli hadiah kat Papa lagi!" Syrena membebel.
"Daddy nak makan dulu boleh?" Amer bertanya manja.
"Boroi!" Syrena berkata beberapa kali.
Amer segara bersiap-siap untuk ke Pavilion bersama Syrena. Mereka akan bertemu kawan baik Amer, iaitu Sherry. Sherry adalah kawan sekolej Amer dan juga pensyarah vokal di kolejnya juga.

---

Ashraf sedang sibuk menyiapkan lukisan-lukisan berbentuk Fairy Tales, kolaborasinya dengan penulis novel romantik terkenal iaitu Bidadari Syurga.
"Macam mana akak? Ok tak saya buat macam ni?" Ashraf mahu memastikan rakan kolaborasinya puas hati.
"Akak dah puas hati. Kau ni, dik. Tak siap-siap lagi ke? Dah pukul berapa ni? Tak lewat ke?" Bidadari bertanya sambil membelai kucingnya, Puteri, yang berada dalam bag Birkinnya.
"Saya tengah tunggu mamat gadget, Saiazuan tu datang. Hadiah Amer saya suruh dia beli. Kalau saya memang haram nak tahu pasal gadget-gadget ni."
Tidak lama kemudian, muncul Saiazuan dengan beg berisi dslr Canon EOS600d.
"Nah, bang. Saya dapatkan harga yang terbaik punya. Member saya, Jue tolong carikan tempat murah," Saiazuan memberikan kembali baki duit rm500 kepada Ashraf.
"Mujur ada kau. Kalau orang lain, duit rm500 ni belum tentu bagi balik, dik," Bidadari memuji.
"Kita hidup kat dunia ni kena jujur kak..."
Perbualan mereka terganggu dengan panggilan telefon. Ashraf tersenyum melihat pemanggilnya.

"Beli apa je kat abang Amer?" Arisa bertanya melalui telefon rumah, di Kelantan.
Sementara itu Haji Salleh dan Hajjah Zaitun duduk sebelah Arisa, cuba mencuri dengar perbualan Arisa dan abangnya, Ashraf.
"Dslr? Gadget lagi. Setiap tahun, mesti Along bagi hadiah yang sama kan. Boring betul!" Arisa memerli.
"Cakap kat Along, minggu depan mak dan ayah nak datang jengguk Syrena dan Amer tau," Hajjah Zaitun menyampuk.
"Ashraf tak sebut? Mentang-mentanglah sayang menantu awak yang kuat makan tu," Haji Salleh memerli.
"Cam Along tak tau. Mak ngan ayah mesti ada kat tepi kalau Arisa telefon Along. Dengar tak diorang cakap apa? Sibuk betul diorang nak jumpa Along, abang Amer dan Syrena," Arisa masih bercakap dengan Ashraf melalui telefon.
"Along buatlah kejutan sikit tahun ni. Buat abang Amer terkejut gila. Hahaha. Oklah, Along. Chow dulu. Assalamualaikum," Arisa menamatkan perbualan.
"Dah lima tahun kan," kata Hajjah Zaitun.
"Dari dulu sampai sekarang, perut Amer tak turun-turun," Haji Salleh menambah.

Ashraf terdiam selepas adiknya telefon. Betul juga kata adiknya itu. Setiap tahun mereka akan buat dan beri benda yang sama. Dia akan belikan gadget, Amer akan belikan kasut berjenama untuknya. Ashraf mendapat idea.
"Akak dan Saiazuan boleh tolong saya tak?"

---

Amer menguap beberapa kali, sementara Syrena dan Sherry sedang sibuk melihat kasut lelaki di Marc Jacob.
"Cepatlah pilih, Daddy dah penat ni pusing satu Pavilion," Amer merungut.
"Kejaplah Daddy. Kena pilih kasut yang paling menarik untuk Papa. Susah tau! Papa dah ada 200 pasang kasut kat rumah!" Syrena pula membebel.
"You-kan Amer. Setiap tahun beli kasut kat Ashraf. Tak nak tukar ke beli hadiah lain tahun ni?" Sherry bertanya.
"Betul juga kata you ni. Tahun ni I nak tukar kasut kepada beg pulak," Amer teruja.
Amer melihat sejenis bag silang yang dia suka dan menunjukkannya kepada Syrena dan Sherry.
"Cantik tak untuk Ashraf?" Amer masih teruja.
"It's not Louis, Daddy," Syrena menjawab.
Sherry hanya menggelengkan kepalanya.
"Habis tu?" Amer bertanya kembali.
"Tod's is better. Jom!" Sherry menarik tangan Syrena.
"Matilah aku bulan ni," Amer melihat kad kredit platinumnya.

---

"Ko pasti ke nak wat cam ni, dik?" Bidadari bertanya.
"Sekali-skala berdrama apa salahnya, kak. Boleh uji dia sayangkan saya ke tak," Ashraf yakin.
Tidak lama kemudian, muncul Saiazuan dengan Jue dan Hanie. Jue membawa dslrnya dan Hanie membawa kotak make up.
"Bang, ni kawan-kawan yang saya cakap tadi. Jue, photographer dan Hanie pakar make-up," Saiazuan memperkenalkan mereka kepada Ashraf.
"Tak payahlah pakai dslr. Abang nak ko tangkap gambar abang guna iPhone abang je. Sebab abang nak mms nanti," Ashraf memberitahu Jue.
"Tak kisah bang. Asal bayar sudah. Hanie cepat mulakan make up!" Jue mengarah.
Hanie mula membuka kotak make-upnya dan mula menyolek Ashraf dengan malu-malu.
"Ah, lelaki kacak," bisik Hanie kepada Jue.
"Terlalu kacak. Mesti gay," Jue mengusik dan Hanie muncung.
Sesi solekan mengambil masa selama sejam dan menukar muka Ashraf seperti mangsa kemalangan. Ashraf memakai baju pesakit dan duduk atas katil pesakit.
"Untung suami akak doktor kat sini. Boleh pinjam bilik ni untuk berdrama kejap," Ashraf berkata kepada Bidadari.
"Drama sangat ko, dik!" Bidadari tersenyum.
Jue mengambil gambar Ashraf yang kelihatan seperti tidak sedarkan diri atas katil.
"Pastikan ko mms gambar ni kat sayang abang tau, Saiazuan. Hantar dekat-dekat pukul 8 malam. Pastu dia telefon, ko jawab. Reka kasi dramatik sikit," Ashraf memberikan iPhonenya kepada Saizuan.

---

Bag Tod's sudah dibeli, kek yang mempunyai corak loafer yang ditempah sudah diambil. Amer, Syrena dan Sherry sedang mencuba wangian Vera Wang. Terbatuk-batuk Amer setiap kali Syrena menyemburkan wangian kepadanya.
"Daddy ni, tak tahan betul. Pastu taknak wangi-wangi untuk Papa?" Syrena mengomel.
"Eleh, Papa suka bau natural Daddy tau," Amer bangga.
"Bau bulu dada you bukan masam ke? Haha" Sherry mengusik.
"You dengki dengan keanggunan diri I kan?" Amer menambah.
Tidak lama kemudian, bunyi Blackberry Amer. Dia menerima satu mms.
"Allahu Akbar!" Amer menjerit.

---

"Saiazuan ni bang. Abang Ashraf kemalangan tadi. Dia tengah tak sedarkan diri sekarang. Mms tu betullah. Buat apa saya nak tipu? Cepat datang,saya tunggu sini,"

Saiazuan menamatkan perbualan melalui iPhone Ashraf.
"Abang Ashraf tu siapa ar?" Hanie berminat.
"Dia pelukis untuk syarikat aku. Dialah yang aku selalu tolong belikan gadget tu. Kenapa kau tanya?" Saiazuan bertanya.
"Dia ada mak we atau bini tak?" Hanie malu-malu.
"Tak ada. Dua-dua tak ada," Saiazuan menjawab.
"Yes!" Hanie teruja.
"Dia tu gay. Gay, gay, gay, gay," Jue mengusik.

Tidak lama kemudian, muncul Amer yang berlari sambil mendukung Syrena. Sherry turut berlari walaupun dia memakai kasut tumit tinggi. Amer menangis.
"Mana dia?" Amer teresak-esak.
Saiazuan menunjukkan arah bilik. Sementara Hanie hairan melihat Cikgu Amer dan Jue sudah dapat meneka.
Amer berlari masuk ke dalam bilik. Dalam bilik, Ashraf sedang terlantar atas katil dan Doktor Sahrom Nasrudin berada di tepinya. Amer mengenali doktor Sahrom Nasrudin kerana dia adalah suami kepada Bidadari dan perangainya macam 'padi' yang selalu merendah diri. Amer meletakkan Syrena ke bawah. Dia terus memeluk Ashraf sambil menangis.
"Sayang, jangan tinggalkan saya. Saya janji tak akan emo lagi, saya janji tak akan cepat marah, saya janji tak kuat merajuk lagi. Kalau awak nak suruh saya pegi gym pun, saya pegi....," tangisan Amer semakin kuat.
"Tak payahlah pegi gym. Nanti perut boroi awak hilang. Tak seksi..." Ashraf tiba-tiba berkata.
"Suprise! Selamat ulang tahun ke lima, sayang," Ashraf menambah.
"Awak tahu tak saya rasa macam nak mati tadi!? Saya pecut kereta macam nak gila!? Nasib baik saya tak telefon ayah awak! Sakit jantung orang tua tu! Geramnya!!..."
Amer berhenti bercakap apabila Ashraf menciumnya.
"Drama..." Syerena menggelengkan kepalanya dan Sherry mengeluh.

"Cikgu Amer dan Ashraf? TIDAK!!!" Hanie menjerit sambil pengsan.

58 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai pow nak fengsan masa baca amer ngn ashraf kisssssss....auchhhh

Asrul "iLham" Sany said...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ : Tunggu cameo dari akak tau... watak sempoi...muahahaha

ORLANDO AHMAD said...

sape2 Gay yang nak tau Gua kena pakai produk rambut ape, Gua guna brlcream wet look gel...keh3

Asrul "iLham" Sany said...

ORLANDO AHMAD : Tu bukan produk yang gay guna...gay guna produk mahal2...

hahahaa

Anonymous said...

wahahahaha ending sangat kelakar. sampai nak habis nafas aku gelak dengan watak hanie & jue.

wei napa ko bagi aku suka kat si amer boroi tu.

anyway.cerita ni semakin menarik dan aku sebagai pembaca sudah dapat membayangkan suasana di rumah amer, di ofis ashraf, perangai syerena, family ashraf,kawan kawan amer dan ashraf.

good job asrul. can't wait for the next short dengan cameo blogger2 lain.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hikhikhik x sabaqqqqqqqqq

Anonymous said...

oh ya part yang ni Sementara Jue mengambil gambar-gambar Jue dan berkata, "Priceless!".

kitorang meman gbetul betul ada kisah pasal ekspresi muka aku cuma masa tu Jue xde DSLR. pandai la ko ni. =)

Anonymous said...

waahhh..
nice work!

Jue said...

1st: thx beb sbb cameokan kitaorg! Suka2!!

2nd: Ingatkan watak Jue & Hanie benti time mule2 je. Rupanya ada dlm smua plot2 cite tu hihihi

3rd: Nak tanya skit, ko ngan member skodeng Jue & Hanie ke..pesal watak yg digambarkan seakan-akan kitaorg in real life hahahaha...seyes nearly to the real character trutamanya watak Hanie..sebijik!hahaha

4th: Suka plot2 cite dia..nampak pkembangan watak =) suka part yg ashraf buat surprise tu. memang vavavom! Amer kemain pakai jubah ngan boxer bukak pintu..mau pengsan Hanie tgk haha

5th: Tadi jue nyembang ngan Hanie pasal watak Syrena. Heran sbb kecik2 dah pndi tau jenama yg mn ok. Pd pdgn Jue, mmg x heran bebudak nowadays tahu pasal brand, mungkin nxt entry bole story mory mcm mn Syrena bole kenal smua brand2 ni..cam how dia terexpose kat mende camtu spy cite x nmpk ralat sgt tapi itu pndpt Jue saja hihihi. Hanie punya pendapat, mungkin sebab ini keluarga status dia banyak tinggi punya rank =)

6th: Tak sabar nak tunggu next entry yg cameo blogger2 lain! =) mesti lagi, lagi best hihi

7th: Sorry komen panjang sgt ><~ teehee!

Puteri said...

alamak...errrrr...lambat lagi ke nak tunggu episod seterusnya??? hehehhehe

memyn said...

a good one! cepat sambung :)

monologtinism said...

haha.aduh. aduh.. aduh.

lelaki.
perempuan sama perempuan bercium aku rasa normal lagi.

tapi, ini klaka.hi

NasQ said...

buat2 sikit je bro... nanti tak laku pulak...

Unknown said...

erkk!oitt gay ke!adoiiiii...

bukankosong said...

dh siap terbyg suma watak beraksi

xcited utk yg next!

Asrul "iLham" Sany said...

Hanie_Dew : Thanks tau sebab sudi baca...best feature Hanie n Jue as cameo...

p/s : Tol ek cam sama 'priceless' tu? saya wat ngan tak sengaja. hahaha

Asrul "iLham" Sany said...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ : Tunggu turn u tau...

Lelaki Ini : Thanks dude :D

mynshazmin : Tunggu turn cikgu jadi cameo ekkk...

monologtinism : hahaha thanks sb baca tau

Tukang Karut : Ni baru sket... ada ag yg panjang hahaha

Uchi kay-f @hmad : Yesser...

Asrul "iLham" Sany said...

Jue : Thanks sb sudi baca tau n bagi kebenaran untuk sy feature awak n Hanie jadi cameo...

seyesly sy tak tau lak cam sama ngan korang, menarik gak ni..hahaha cuma saya tau awak suka pakai hair product n Hanie girlish sket...

Thanks Tau sebab komen panjang2... Terharu blogger fofuler cam korang sudi komen :D

LOVE you guys (sy lak terlebey ni) ahhahaha

Asrul "iLham" Sany said...

bukankosong : 200 pasang kasut tu...hahah

Unknown said...

ouch!!! totally shocking ending..haha truskn brkarya :D

baik gak watak aku tu, msti cool :D

Asrul "iLham" Sany said...

Saiazuan : Maken femes ar ko pas ni..hahhaha

thanks sb sudi baca ye, mamat gadget

;D

Bidadari Syurga said...

amer: cool... jujur gila cakap diret kat hanie... watak hanie dengan jue comel gila... tersedak dorang...

heeeeeeeeeeeee... kita jadi penulis novel romantik yeakkk? :P ngeh ngeh ngeh.... punya suami ya...? lalalalalalala... biasa dorang buli doktor baik ya....

secara jujurnya watak ashraf ada sedikit buat akak remind kat someone... btw... best wooooooooo... lalalalalalalala

p/s: adik... scene best gila... senafas akak baca drama nie... hahahahahahahha nak lagi-nak lagi next blogger lain plak.... huhuhuhu...

Asrul "iLham" Sany said...

Bidadari Syurga : Glad akak suka...

Ashraf mengingatkan kepada seseorang? siapa tu???

;D

Anonymous said...

aku bole baca lagi short ko ni. bukan pasal ada aku ngan jue dalam tu tapi sebab jumpe plot perkembangan citer yang buat aku rasa cam join sekali tgk watak tu cam aku tgk dalam tv.

next next next.

Asrul "iLham" Sany said...

Hanie_Dew : Next tunggu...hohohoho...

;-)p

p/s : watak2 korang berdua 'cute' <--- colleagues sy cakap

;D

Jue said...

Thx juga sbb sudi cameokan jue ngan hanie =)mn ada fofular, besa2 je beb kitaorg ni sama cam asrul *skali asrul lg fofular hihi

Haruslah komen pjg2 kan, pnat wor tulis, pastu komen ciput2 je. Kna hargai =)

colleagues ckp kitaorg *cute*? Auwww.malu noks hahahaha

Bidadari syurga - auw..so sweet of u! Thx to Asrul the writer..can wait urs and the rest beb..mesti lagi2 best =)

Asrul "iLham" Sany said...

Jue : Sapa agaknye blogger2 lain yg akan dicameo kan ekkk...hohohoho

p/s : Tgk ar siapa 'suami' akak Bidadari tu, doktor ag... haha

Jue said...

Hahaha xde suspen sbb hr tu asrul dah bgtau cuma yg sorg tu je lagi blum reveal

Doc for real gak ke beb? Seyes cool

Asrul "iLham" Sany said...

Jue : Takde ar, mamat tu bukan doktor, tp saja feature die jd doktor...hahhaa

CintaZulaikha said...

jom sambung cpat sket..hee~~

Asrul "iLham" Sany said...

CintaZulaikha : Tungguuu...

m said...

wahahha perut boroi jadi subjek =p

Asrul "iLham" Sany said...

Mya : Haaha tu legend

;D

sahromnasrudin said...

takan amer dgn asraf cium...ggrrggrrrrrr

Asrul "iLham" Sany said...

sahromnasrudin : Dah cite gay, memang ar...kah3

Anonymous said...

tahnks banget la ko comeo kan kitorang dan buat kan kitorang jadi cute. (oh may gucci tak dapat hepi tak hengat mak)

tak sabar nak tunggu full story.iiiissshhh...

Asrul "iLham" Sany said...

Hanie_Dew : Next will be all about 'fashionistas'

;-)p

Aleen Aiden said...

stetmen balas kamu terhadap komen orlando memang awesome.aku suke!hahah

Asrul "iLham" Sany said...

aleen aiden : Kah3... biasa ar... gay kan byk duit...

;D

khairul akmal bin azman said...

hahhahahha..
tp gua pasan perkataan gay mesti ada..hehe..

Asrul "iLham" Sany said...

khairul akmal bin azman : Ofkos... ;-)p

dill said...

oh em ji!

dill.

Asrul "iLham" Sany said...

dill : OMG gak ;D

haNIz said...

sorry baru baca..

tetiba air mata mengalir part last tu.. touching!! i love it...

Asrul "iLham" Sany said...

haNIz : Thankkssss sb sudi baca...

aku terharuuu dpt komen dari blogger fofuler

;D

Jue said...

beb! aku pinjam nama ko utk new entry ^^

Asrul "iLham" Sany said...

Jue : Dah baca...COMEL entri kamu itu...

tenkiu

:D

Run Away said...

nice...comel...cute...;d

So Shy Lady (SSL) said...

heheh ada2 aje...terror la kamu ni, mmng bbakat mnulis ;D

Asrul "iLham" Sany said...

Run Away♥ : Tunggu cameo kamu ye...

So Shy Lady : thanks kak...lama tak nampak :D

Anonymous said...

em, skang memang ramai gay.. lesbo pun..
tp, kalo kiss depan saye..
saye pn pngsan..
silap2 xbangun2 dh..
wahaha~

anyway, nice shot!

Asrul "iLham" Sany said...

Az-Zahra Fauzee : Hahaha, thanks sb sudi baca ya ;D

Unknown said...

hehe sbb ko aku femes.. teharu :')

Asrul "iLham" Sany said...

Saiazuan : Ko memang dh femes pun... ;-)p

Puan Kutu said...

hahaha pitam aku baca.

nice sbb ada byk watak blogger yg akan dinovelkan..:)

Asrul "iLham" Sany said...

Puan Kutu : Kah3... seb baek tak pengsan terus hohoho

thanks sb sudi baca n komen :D

Juliet_iRa~" said...

nape diorang gay?

waa...menciiiiiiiii! :(

Asrul "iLham" Sany said...

Juliet_iRa~" : DAh diorang gay, nak wat cam ne? hahaha

Followers