Sunday, May 15, 2011

Saya SAYANG Cikgu2 Saya.

Selamat hari guru dan terima kasih yang tak terhingga terutamanya kepada:

Cikgu "B" masa darjah 3, kerana tampar saya sebab bergaduh pasal nama ayah saya. Cikgu hina nama ayah saya dan siap ugut saya lagi jangan bagitau keluarga saya pasal perkara ini.

Cikgu "H" darjah 3-6 sebab selalu cakap saya bodoh, terencat dan tak pandai cakap omputeh sehingga saya blaja speaking n writing omputeh dengan jayanya. Saya juga berterima kasih dengan cikgu "H" sebab terlalu pilih kasih sehingga ada pegawas tolak saya pun, cikgu tak percaya saya seorang budak baik. Sampai cikgu sorok buku laporan saya, dan menafikan perkara ini serta menuduh saya cuba untuk merosakkan reputasi cikgu.

Cikgu Sejarah tingkatan 1 sebab failkan exam saya sebab kata saya meniru sedangkan anak cikgu yang meniru saya.

Cikgu BM tingkatan 3 sebab cakap kat saya "Mat Salleh celup" sebab saya lebih aktif dalam bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Sedangkan cikgu sangat aktif memberikan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar dengan mengumpat pasal cikgu-cikgu lain.

Ustazah tingkatan 4 sebab cakap saya lelaki dayus kerana terlalu rajin menolong aweks. Kata Cikgu, lelaki yang selalu tolong aweks tak tegas. Lelaki seharusnya garang, tak pedulikan aweks dan sewaktu dengannya.

Terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu di atas. Semoga kehidupan kamu semua sangat-sangat tenang. Dan kalau kita terjumpa di mana-mana, maafkan saya kalau huruf "F" tu keluar ye. muah.

p/s : Cikgu yang betul-betul saya hormat adalah cikgu sastera saya masa tingkatan 5. Dia je yang percaya dan galakkan saya jadi penulis.

18 comments:

haNIz said...

CIKGU!! ada yang kje sbb nk gaji.. ada yang sebab mendidik!! kepada pendidik.. terima kasih saya ucapkan.. kepada CIKGU... nothing else i can say.. im better than u even u said im worst than u!!! apa2 pn tq semua!!

Asrul "iLham" Sany said...

haNIz : Tau xpe, sebab cikgu2 yg 'cam bagus' ni le aku lebih nak jadi penulis yg best;

;D

Anonymous said...

aku pun x suka guru2 aku masa skolah rendah dulu... smua seperti senarai di atas tu la....

Asrul "iLham" Sany said...

♕ Mr.IX ♂ : Pe kes yg diorang jadik cikgu pun tak tau ar...

kekadang ada je budak2 baik, tapi tak dibagikan peluang,

NasQ said...

Hoho... banyak nye konsonan... awat tak lengkapkan konsonan cikgu a -z jea...

Asrul "iLham" Sany said...

Nasriq : Dah yg tu je yg patut diterima kasihkan.

huruf2 yg laen baek2 je

Anonymous said...

hahahah..terbaik la ude.......ade tak ucapan tuk 'selamat hari pelajar'..(adek yg cute)

oRkEd PuTiH said...

huhu...guru..cikgu..pendidik..ustaz/ah...mudaris....laoshi....

Asrul "iLham" Sany said...

Adik : Hahahaha tu coming coon ;D

Asrul "iLham" Sany said...

oRkEd PuTiH : Harap mereka tenang dan 'gembira' sentiasa

;D

Unknown said...

selamat hari guru buat cikgu2 yg pernah mendidik kita semua

Asrul "iLham" Sany said...

MataHati @ MH : selamat hari guru kepada cikgu yg layak menerimanya

;D

oRkEd PuTiH said...

n mendapat keredhaan Allah..=)

Asrul "iLham" Sany said...

oRkEd PuTiH : Aminnn

So Shy Lady (SSL) said...

bukan guru sj, smua mnusia bgitu - ada yg mithali, ada yg derhaka

Asrul "iLham" Sany said...

So Shy Lady : Tol tu kak

;D

zati embong said...

huhu.sabar jela.even cikgu pendidik,tp still manusia yg ada buat salah jugak O.o

Asrul "iLham" Sany said...

zati embong : Sabar je ni ;D

Followers