
Setiap tahun hampir sama, cuma tahun 2011 saya kena tambah satu lain iaitu cari kerja dalam bidang penulisan, mungkin jadi editor atau penterjemah atau novelis sepenuh masa.

Setiap penulis ada caranya yang tersendiri untuk mencari idea. Ada yang kena berjalan keliling bandar, kampung, ada yang berdasarkan pengalaman sendiri (atau ciplak orang punya) dan sewaktu dengannya.
Bagi aku, idea itu datang dari sumber inspirasi seseorang yang bergelar "muse" (bukan band orang putih tau).
Hanya dengan bertemu dan bercakap dengan muse, idea itu tuba-tiba datang bagaikan mencurah. Tetapi yang menjadi kesusahan apabila mahu berjumpa dengan orang memberikan inspirasi kepada penulisan. Ketika ini hanya ada beberapa orang sahaja seperti hasil-hasil karya aku yang berjudul:
1. Hadi dan Putera Khayalan : Musenya sudah jelas ternyata siapa
2. Villains : Muse yang merupakan "budak busuk"
3. Kasut Bola : Muse adalah sepupu aku sendiri
4. Pengarah : Ini terhasil apabila bertemu dengan "komunis" yang terakhir
5. Muzikal Manusia Burung : PeTA 2010 : Muse yang sangat sarkastik, mendiam diri apabila marah dan ...
6. Putera A----- : Mahu membuat proposal mengenai seseorang yang memberikan inspirasi hebat.
Mahu mencari lebih ramai muse.
Agak berdebar menunggu keputusan semester lima. Satu demi satu kawan (dan musuh) menerima surat salinan keputusan mereka. Mereka mendapat keputusan yang baik dan ada juga yang menerima berita yang malang.
Sehari demi sehari membuatkan saya semakin takut. Perasaan ini lebih gerun dari menantikan keputusan diploma. Dua subjek membuatkan saya gerun.
Akhirnya keputusan tiba di rumah dan adik saya menelefon untuk memaklumkan bahawa saya lulus semua subjek dan mendapat keputusan yang memuaskan (tahniah untuk adik kerana berjaya mengatasi keputusan gred saya dengan cemerlang)
Perasaan takut bertukar menjadi gembira sehingga mahu terbang ke langit dan teruja seperti memenangi hadiah figura aksi termahal dari Hot Toys.
Merindui senyuman manis beliau.
(Gambar hanyalah hiasan semata-mata.)
Dikala tengah risau menunggu keputusan semester lima keluar, terlupa pula dengan ulang tahun ke-4. Pejam celik sudah empat tahun bersama-berpisah-bersama dengan beliau. Siapa, mengapa, kenapa, dimana, apa dan bagaimana mengenai beliau tidak penting. Biar hanya saya dan beliau sahaja yang mengetahuinya.
Apa yang penting 4 tahun sudah berlalu dan berharap tahun ke-5 dapat menyambutnya dengan sesuatu yang manis.
Walau beliau jauh dimata, tetapi tetap sentiasa dekat dihati.
Hari ni sepatutnya bersenam di gym, tapi sekali tak bawak short n baju la pulak. Menyesal x 100.
Tapi nasib baiklah hari ni berjalan dengan baik sekali. Sebab-sebabnya?
1. Dapat tengok filem Knight and Day - walaupun ramai yang kata filem ini tak bagus bla bla bla, tapi saya rasa filem ni sangat-sangat cute. Dengan lawak Cameron Diaz dan Tom Cruise seperti biasa, a perfect charming guy.
2. Dapat tengok drama pasangan bergaduh macam dalam drama spektra lak. Tengok mereka gaduh, rasa macam syukur sebab my partner-in-crime tak macam tu.
3. Dapat lepak dekat Pak Li kopitiam sambil makan nasi ayam lemon dan cham ais. Lama gila tak lepak sana lepas pindah ke Cheras. Masih merindui Kota Damansara dan berharap akan berpindah ke sana tahun depan. (Harap-harap rumah sendiri ya. hahaha)
4. Album baru dari Kylie Minogue, Aphrodite dapat didownload free. Tak payah beli album. Harus berjimat untuk tahun depan. hohohoo.
Walaupun hari ini tak bersenam langsung, tapi rasa sangat gembira. Esok sambung bersenam selepas mendengar my partner-in-crime bersemangat untuk menjadi hot. Berusahalah Asrul "iLham" Sany!!!
Hari yang agak lembab. Otak sudah tepu. Tapi senaman perlu diteruskan, walaupun tidak mencapai lebih lama dari semalam. Hanya bersenam selama 30 minit sahaja. Sekurang-kurangnya nafsu makan hari ini kurang. hahaha.
Esok ada orang mahu bawak pegi gym. Itu pun kalau beliau mahu bawak le. Beliau sangat busy untuk transformer menjadi Jacob katanya.
Kalau jadi esok mahu pulun kayuh basikal sebab Faisal Tehrani kata beliau kurus sebab kayuh basikal.
Harap esok lebih gembira dari hari ini.
p/s : akhirnya berjaya potong rambut setelah beberapa kali ulang-alik ke tempat auntie yang terakhir gunting rambut.
Beberapa perkara penting berlaku pada hari ini:
1. Hari jadi adik saya.
2. Saya dapat tahu artikel saya terbit di majalah Dewan Siswa.
3. Saya berjaya bersenam selama 30 minit. (Walaupun sikit, tapi dua kali ganda masanya dari semalam. Harap esoknya dapat digandakan lagi.)
Harap esok akan jadi lebih baik.
Latihan kesihatan bermula. Aktiviti menurunkan berat badan berjaya dilaksanakan pada hari ini. Tempoh masa selama 20 hari diberikan sebagai cabaran untuk menghilangkan keboroian.
Tempoh masa hari ini : 15 minit.
Berusahalah Asrul Sany!
Go! Go! Team Edward!
Must beat Team Jacob!
Berikut merupakan antara ciri-ciri lelaki idaman beberapa orang wanita.
1 : Asalkan dia kaya sudah cukup.
2. Saya sukakan lelaki jelita. Berwajah seakan-akan perempuan.
3. Lelaki yang berpakaian kemas, bercermin mata dan berminat dalam sastera.
4. Punggung besar.
5. Tinggi, putih, badan besar dan pakai cermin mata.
6. Walaupun saya tak suka lelaki berbulu, tetapi disebabkan balak saya berbulu, saya terpaksalah suka.
7. Lelaki Kelantan yang pandai masak, bapa yang baik dan suami yang romantik.
8. Saya mahukan seorang tokoh terkenal yang boleh membimbing saya, bukan menyuap saya dengan mudah.
9. Saya dambakan seorang lelaki gagah perkasa, badan sasa, dan mempunyai keimanan yang teguh.
10. Saya mahukan bos saya kerana beliau sangat seksi.
11. Seorang askar sebab laki saya sangat seksi ketika memakai pakaian seragam tentera ketika kami bersanding. Lagipun saya seorang yang sangat ganas.
Boleh teka siapakah wanita-wanita yang mahukan ciri-ciri lelaki idaman tersebut?