Ni geng fakulti penulisan ijazah, agak-agak lima tahun lagi semua datang bawak anak-anak dan perut ke masa reunion???
1. Siapkan semua kerja yang terhenti kerana sibuk dengan penilaian tahun akhir.
2. Mula menghasilkan companion piece untuk naskah PeTA saya, "Manusia Burung". Tajuk piece ini adalah "Sayap Mekanikal"
3. Jumpa dan lepak-lepak dengan kawan saya yang sudah lama tak jumpa iaitu, Nik Azan Shah
4. Cari kerja tetap (sekurang-kurangnya kerja selama setahun atau dua)
5. Beli kereta Alza (kalau ada budget)
6. Lepak dengan kawan-kawan diploma dan ijazah setiap minggu atau dua (itu pun kalau mereka tak sibuk nak kawin dan beranak). Meymey, Wardah, Nada, Kiah, Bolok, Kak Rozie, Ruby, CT Berong, Wawa, Adik, Aiza dan Zaki (ke mana le ko menghilang, Kiki???)
7. Cari kawan-kawan baru
8. Menonton lebih banyak filem dan rajin buat review (kena belajar dengan Encik Faisal Tehrani)
9. Beli figura aksi Avatar, Alice Resident Evil, Thor, Green Lantern dan Captain America) serta lengkapkan set lead figurines dari Eaglemoss comics)
10. Beranikan diri untuk ajak 'insan yang dirindui' untuk keluar berdating dengan beliau.
Harap-harap semuanya akan tercapai. Amin. Berusahalah Asrul Sany!
6 comments:
chaiyyokk!!
utk yg no 10.. kenape "beranikan diri"? hehe sibuk je nak tau :D
aku sokong...mau jupa kamu laa...lalalal~~
mynshazmin : Berusahalah!!!
CT : Aku setujuuuu...
Liyana : Buat masa sekarang saya hanya berani memerhatikannya dari jauh...
Post a Comment