Tuesday, December 14, 2010

25 X 3 hari = Penat + Gumbira


Ni le birthday boy

Akhirnya sudah berusia 25 tahun. Walaupun sudah tua dan makin gemuk, tapi hati masih mau muda. lol. Tiga hari yang gembira dan memenatkan untuk hari jadi tahun ni.

Eve of my birthday

Teman my adik dari Hospital Selayang ke the Mall. Tunggu bas dia sampai. Lepak-lepak sambil borak. Dengar cerita-cerita yang melucukan dan update pasal family yang sudah beberapa minggu tak jumpa. Walaupun agak penat sebab jalan-jalan dan tunggu bas dia delayed sampai pukul 11 malam, tapi agak gumbira dan lega lepas adik selamat bertolak ke Kelantan.

Hari birthday

Sepatutnya adalah hari untuk bermalasan dan keluar dinner dengan kawan baik, Mr. Big, tapi malangnya kena terlibat dengan pameran yang berapa kali kansel sampai buat semua orang sakit hati. Janji pukul 2 petang, tapi dah dekat pukul 6 apa pun tak nampak.

Keluar makan malam kejap untuk celebrate birthday, tapi yang haram masa keluar, barang-barang tiba-tiba sampai. double haram. Kena rush balik ke tempat pameran.


Ni dia orang yang belanje makan, terima kasih ya, Ezam.


Sedapppp


Meatballs yang sangat besar

Yang best, diorang (geng-geng penulisan) order pizza, makan dan siap nyanyi Happy Birthday lagi walaupun Nada Haifaa (Birthday girl yang berkongsi birthday hari yang sama) cuba untuk mengelak dari terkena 'tradisi nyanyikan lagu ini ramai-rama'. Kitaorang siapkan semua kerja pameran sampai pukul 2 pagi. Penat tahap gaban.

Pizza cheese enam yang rasa masin, tapi best sebab free.

Ni dia birthday girl yang sambut harijadi yang sama, malu-malu lak, Nada Haifaa ni.


Nama dia Kiah, sesiapa yang hendak masuk meminang cepat-cepat sebelum diambik orang. Dia pandai masak, mee bandung dia terbaikkk dari ladang.

Yang ni tak boleh ar, dah jadi hak milik orang lain. lol

Hari selepas birthday

Mak, nenek dan adik datang ke KL. Sempat jumpa dan makan mee kari yang terbaik di dunia. Rehat-rehat sekejap sebelum sambung buat keje.

Hari ini, sempat tengok "Hantu Kak Limah Balik Rumah", minum kat Papa Rich Kopitiam dan makan supper dekat Q Bistro. Semuanya dibelanja sempena birthday yang lewat sehari.



Kek yang paling sedap di dunia, thanks ya sayang, i lap you, hohoho. Dapat dark chocolate, sedap walaupun dah cair sebab tinggal kat dalam kereta yang panas.

Apa pun memang birthday tahun ini sangat-sangatlah penat dengan kerja, tapi sangat-sangatlah gembira sebab dapat celebrate dengan kawan-kawan, keluarga dan insan yang tersayang. cewah. Harap-harap tahun depan dapat buat macam ini lagi, minus semua kerja yang memenatkan tu.


14 comments:

Anonymous said...

wah..
besh2!makan2!

Asrul "iLham" Sany said...

Lelaki Ini : Itu ar, makan dan stress keje...hohoho thanks for dropping by ;-)p

Nur Fatiha Fadila said...

wei, mujur kak rozi dengan kiah tak buka blog ko ni.

hehe, anyway happty birthday bro

Anonymous said...

Asrul,

Terima kasih melawat blog saya.
Belum lewat untuk ucap SELAMAT HARI LAHIR kan?
Rupanya kita hampir sebaya.
Semoga gembira selalu

=)

CintaZulaikha said...

teringin nak gi tgk peta ko...huhu cam best jer citer yg ko wat. ilustrasi pon cun, sape wat, ko ker??

Asrul "iLham" Sany said...

Wardah : Nada gak yang kober muke. hahahaha

Asrul "iLham" Sany said...

Sephi Sephia : Terima kasih juga sebab sudi melawat blog saya. ;-)P

thanks for the wish. hoho

Asrul "iLham" Sany said...

CT : Abang nasir yang pilih gambar ni. seb baek dia faham aku penulis kanak-kanak. hohoho

LURZAN TAZA LIMAJ said...

selamat ulangtahun sayangggggg .. opppss

Asrul "iLham" Sany said...

NAZRUL AZAT JAMIL : Terima kasih sayanggg...lol

said...

hepi besday asrul..

besday kita di bulan yg sama

hehehhee

Asrul "iLham" Sany said...

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ : Thanks ya, Yanie, jum celebrate together2 nanti ;-)P

CintaZulaikha said...

lorrrr ye ker, suai dowh...

Asrul "iLham" Sany said...

CT : Biase ar. hahahha. mana hadiah aku wei???

Followers