Saturday, December 25, 2010

Part 2

saya sayanggg anak-anak saya. Tetibe.

Sambungan dari bahagian pertama, perkataan-perkataan yang tak akan saya lupakan sepanjang jadi pelajar ASWARA.

1. Hey! - disebut dengan nada kuat untuk menghentikan percakapan kawan yang terlalu banyak bercakap.

2. Monad - Roh yang keluar dari badan ketika kita sedang bermimpi. Belajar masa kelas Dr. Anis dan merupakan antara perkataan fave Nada Haifaa

3. Amerju - Nama kumpulan masa kelas undang-undang. Pemilik nama ini sangat pemalu ketika namanya dipilih dan menjadi ketua kami sehingga jawatannya diambil oleh Nada Haifaa selepas beliau sangat-sangat pemalu dan terlalu baik untuk marah kami. hohohooho

4. CEO / Raudah Roziah - Nama gelaran untuk Kak Rozie, sebab dia adalah ketua kami dan banyak tolong kami. Tetima kasih ya, Raudah Roziah

5. EraCemerlang - Nama syarikat publishing imaginasi kami. Harap suatu hari nanti kita buka ya, ceo. Wardah, sanggup lagi jaga stor? Nada mahu lagi buat akaun, Kiah boleh lagi jaga promosi??? Saya sudah lupa apa tugas Bolok, Rubi dan saya sendiri.

6. Rubi-Ah - Nama pena Rubi yang baru. Disebut dengan penuh ghairah. Ahh...lol. Jangan marah ya cik Rubi.

7. Keji - Perkataan yang digunakan ketika dalam mood lawak dan gembira.

8. Beautiful Sister - Tajuk kelakar untuk novel imaginasi terbitan syarikat imaginasi kami.

9. Tibabar - Tajuk novel Kak Rozie. Agak obses menyebutnya sebagai pembakar semangat. Disebut dengan aksi dan nada yang penuh teaterikal.

10. PeTA - Perkataan pendek untuk Penilaian Tahun Akhir. Satu proses umpama kata Kak Rozie, "Dipenuhi dengan air mata, pergorbanan dan wang ringgit". Proses yang agak mencabar, tetapi dipenuhi dengan kenangan.

ah, rindunya. Agak-agaknya dapat ke saya gunakan semua perkataan ini masa di luar ASWARA???

8 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Huaa, rindunya. Perkataan yang aku selalu guna apa? aku pun tak tahu. hehe, semoga kita semua berjaya di luar ASWARA. Gambate

Asrul "iLham" Sany said...

wardah munirah : Aku tak sure, tapi aku akan ingat ko sebagai "The Flash" hohoohoo

aDfeez said...

wah... bykknye koleksi patung tu!!!! perghhhhh :D

Asrul "iLham" Sany said...

ADfeez : Anak2 ai. hohoohoo

Anonymous said...

Eh, lebih kurang situasi kelas saya. Ketua saya pun sangat pemalu hingga kalau dimarah, tetap senyum. Agaknya orang pemalu memang disukai ramai tak?

=)

Asrul "iLham" Sany said...

Sephi Sephia : Lebih kuranglah...
dia jejaka kacak yang diminati ramai...

;)

EmanTheHalia said...

best x bro aswara? cam best je..

Asrul "iLham" Sany said...

EmanCloud : Leh tahan ar, tapi untuk orang yang betul2 minat art le, kalau tak merana gak...hahahhaa

Followers