Friday, February 25, 2011

T_T

I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it,
I hoped you'd see my face,
And that you'd be reminded that for me,
It isn't over

Monday, February 21, 2011

Kakak Saya Kawen


Kakak saya, Azila + suami beliau, Faiz


Amitabh Bachchan + Jaya Bhaduri



Cakes War


Versi putih + kelabu pulak


Semoga tahun ni saya jadi unkle, yahuu...

Sunday, February 20, 2011

Bad/Good

Pengalaman saya jumpa dua orang lelaki yang sangat berbeza luaran dan dalaman.

Lelaki pertama :

Luaran : Pekerja kolar biru, nerd, pakai cermin mata, tinggi, putih, beruang, berwajah seperti seorang yang berhati baik, sopan etc.

Dalaman : Rupanya dia seorang bercakap kasar, jerk, rude, etc.

Lelaki kedua :

Luaran : Peniaga yong tau fu, muka macam gangster, stail rambut rempit, nampak garang, etc.

Dalaman : Rupanya dia seorang yang baik, cakap lemah-lembut dan sangat gentleman.


Nampaknya sudah terbalik. Nerd sebenarnya jerk, bad boy sebenarnya baik?

Thursday, February 17, 2011

Movie + Chocolate part 2

"Bukan coklat hari Valentine" - the label

No String Attached is a CUTE movie

Another day of :

Outing (KLCC)
Movie (No String Attached)
Chocolate (Homemade this time, thanks Nada Haifaa)

Owh, the life of being single.

Wednesday, February 16, 2011

Jadi Diri Sendiri

Semua orang cakap lebih baik jadi diri sendiri dari orang lain.

Tapi sebenarnya ada sebahagian orang sanggup jadi 'orang lain' semata-mata mahu jaga hati orang-orang lain dan reputasi sendiri.

Bagi saya senang saja. Saya adalah diri saya sendiri. Tiada rahsia. Kawan-kawan tahu siapa saya sebenarnya.

Ada yang menerima, bagus, sangat berterima kasih dengan mereka.

Ada yang tidak menerima. Saya langsung tidak ambil peduli pasal mereka. Kalau mereka tidak boleh menerima diri saya yang sebenar, maka mereka bukan kawan saya. Saya pun tak rasa rugi kalau mereka tiada. Bukan mereka yang tolong bayar semua bil dan makan saya.

Kalau ada yang terpaksa sorokkan diri mereka atas alasan kerja dan keluarga saya boleh terima. Sebab Malaysia bukan Los Angeles atau New York.

Tetapi kalau terpaksa jadi 'orang lain' semata-mata mahu diterima oleh orang-orang yang tiada kaitan dengan kerja, keluarga dan hanya layak digelar sebagai virus dalam hidup, maka saya rasa kehidupan berpura-pura itu sangat-sangat menyedihkan.

Monday, February 14, 2011

Happy........Day


Kawan saya cik Lara, yang best dan sempoi

Saya langsung tidak peduli pasal Valentine dan sewaktu dengannya. Tapi apa yang suka pada hari ini adalah saya dapat coklat percuma setiap tahun.

Hari ini saya keluar dengan kawan baik saya, cik Lara.

Tengok wayang, Sini Ada Hantu, jalan-jalan, makan-makan, cuci-cuci mata, borak-borak sampai brader KFC marah-marah sebab nak tutup (sibuk tol).

We're not celebrating Valentine's Day, it's just two good friends having a GREAT time after shitty breakups.

LOVE her...as friend of course.


Terima kasih ya sebab bagi coklat feberet saya iaitu Dark Chocolate

Makan....

Saya langsung tidak peduli pasal Valentine dan sewaktu dengannya. Tapi apa yang suka pada hari ini adalah saya dapat coklat percuma setiap tahun.

Hari ini saya keluar dengan kawan baik saya, cik Lara.

Tengok wayang, Sini Ada Hantu, jalan-jalan, makan-makan, cuci-cuci mata, borak-borak sampai brader KFC marah-marah sebab nak tutup (sibuk tol).

We're not celebrating Valentine's Day, it's just two good friends having a GREAT time after shitty breakups.

LOVE her...as friend of course.

Hari khamis ada date lagi dengan kawan perempuan. Yahuuuu...

Love is...

Kawan a.k.a Editor saya suruh bagi sedikit ucapan sempena perasmian buku dia. (Agak bangga kerana dia memilih saya sehingga saya tahu buku beliau tentang apa)

Buku tentang perhubungan dan cinta.

Agak ironi untuk saya bercerita mengenai perhubungan dan cinta sedangkan saya sendiri teruk dengan kedua-duanya.

Untuk menjual lebih banyak buku, dia kata saya perlu berikan ucapan optimis. Bagaimana saya hendak berikan sesuatu yang saya sendiri sudah tidak percaya?

Bagi saya perhubungan dan cinta adalah mengarut.

Jika satu individu bertemu dengan satu individu lain, itu hanyalah sementara saja. Sehinggalah kedua-dua sudah bosan dengan antara satu sama lain dan bertemu dengan orang baru yang lebih baik. Perhubungan ini berterusan sehinggalah kesudahannya tinggal di rumah orang-orang tua atau jadi kaya dan kahwin dengan orang yang jauh lebih muda untuk menemani sehinggalah mati.

Mungkin saya perlu berpura-pura jadi optimis, kerana ia adalah sebahagian dari kerja untuk mengekalkan perhubungan baik dengan kawan saya.

Saya sudah penat untuk percaya dan mencuba cinta. Bermain cinta mungkin, tetapi untuk serius tidak sekali-kali.

Sunday, February 13, 2011

Budak Botak

Saya shave rambut saya macam Britney Spears masa dia jadi gila. Tapi saya sebenar masih waras, dan bukan botak kerana frust, gila atau sewaktu dengannya.

Saya botak sebab saya mahu cuba imej baru. Walaupun tak sehensem Shayne Ward, tapi saya tetap jambu (orang kata ar, bukan saya. muahahahaha)

Pasal puisi bulan sebelum ini, saya tak sangka ramai yang bertanya adakah bulan itu merujuk kepada 'Orang Itu', jawapan tidak. Itu hanyalah sajak suka-suka saja.

Saya rasa lebih baik saya single untuk masa sekarang. Lebih senang sebab saya tak perlu jaga hati sesiapa kalau saya single. Lebih bagus saya jaga hati mak saya. Beliau juga yang TERBAIK.

Tuesday, February 8, 2011

Kata Kawan-kawan

Antara ayat-ayat dari kawan-kawan yang saya rasa sangat best untuk saya pada masa sekarang.

"Setiap orang ada market sendiri" - Nik Shah (bercakap pasal bentuk badan, muka dan perangai setiap orang yang berbeza)

"Aku terima kau seadanya sebab kau kawan aku" - Siti Fairuz (apabila bercakap pasal saya)

"Aku tak akan lupakan kau, asalkan kau tak lupakan aku" - Nada Haifaa (ketika saya beritahu dia, saya ada penyakit mudah lupakan orang apabila orang itu langsung tidak hubungi saya dalam tempoh 6 bulan)

"Sedih macam mana pun, dia bukan you punya pun" - Rizal (ketika saya rasa cam hampagas lepas break up dengan ex saya)

"Bila-bila u mAu....ckp jE..aNytimE 0n da sp0t u !!" - cik Lara (masa saya tanya adakah dia boleh jaga saya masa saya demam)

"Demo chomel ar" - 'Orang Baru' (masa dating dengan dia di McDonald's ketika demam dan pagi)

p/s : Kalau saya tak ada kawan-kawan, saya rasa hidup saya sangat-sangat bosan.

Kampung dan Bandar

Saya tak ensem, jambu je. muahahaha

Di kampung orang cakap saya tinggi, di bandar saya rasa saya sangat pendek,

Di kampung orang cakap saya ensem, di bandar orang cakap saya jambu (orang cakap ye, bukan saya, hahahaa)

Di kampung orang cakap saya kurus, di bandar orang cakap saya gemuk,

Di kampung saya sangat pemalas, di bandar saya sangat rajin buat sebarang kerja.

Di kampung bilik saya sudah ditukar menjadi stor, di bandar bilik saya macam stor (sebab banyak sangat menan)

Di kampung semua makanan rasa sedap, di bandar hanya kadang-kadang saya rasa sedap.

Di kampung saya mengorat orang cute, di bandar orang cute mengorat saya.

Di kampung saya sangat pemalu, di bandar saya terpaksa jadi tak tahu malu.

Di kampung ada keluarga saya, di bandar ada kawan-kawan yang sentiasa sibuk dengan 'B' masing-masing.

Monday, February 7, 2011

First Unofficial Date

Demam, tapi masih pergi ke McDonald's untuk sarapan walaupun selsema dan batuk dengan teruk. Sebab mengapa tiba-tiba saya hendak bersarapan di sini, selain untuk mendapatkan wi-fi percuma adalah kerana 'Orang Baru' ajak saya teman dia bersarapan.

Keluar masa demam bukanlah satu idea yang terbaik. Sepanjang dia bercakap pasal The Red Warriors dan bola sepak, saya rasa sangat-sangat mengantuk. Tambah pula saya langsung tidak berminat pasal bola. Saya hanya tersenyum sambil sekali-skala cakap "ya" dan bersetuju dengan apa saja dia katakan. Dia masih belum tahu saya tidak berminat dengan bola sepak.

Mujurlah selepas jenuh bercakap pasal bola (masih tidak berminat), dia bercakap pasal filem-filem yang dicalonkan Oscar tahun ini. (yeay) Akhirnya ada topik untuk dibualkan.

Suara saya sangat-sangat kasar kerana batuk dan dia kata suara saya seksi. (blush) Saya tidak dapat menahan ketawa sebab dia suka buat lawak. Batuk beberapa kali. Dia senyum. (terawangan seketika)

Saya sangat-sangat gembira berkenalan dengan 'Orang Baru', tapi sebagai kawan sahaja. Saya masih belum bersedia untuk betul-betul ada kesayangan baru.

p/s : Saya tak sangka saya boleh suka dengan orang senegeri sendiri.

Saturday, February 5, 2011

Orang Baru

Akhirnya kakak saya sudah selamat jadi isteri orang. Agak penat menguruskan perkahwinan kakak tapi saya gembira melihat kakak saya gembira.

Lagi terbaik masa majlis kahwin kakak, saya berkenalan dengan seorang yang sangat cute, pandai buat lawak dan ada senyuman paling manis di dunia.

Saya ajak dia keluar untuk dating, dia setuju. (gembira)

Tetapi sehari selepas kakak saya kahwin, saya ada penyakit kaki sejuk (sila tukar kepada BI ye)

Perasaan teruja itu tiba-tiba hilang, walaupun ciri-ciri orang yang saya suka ada depan mata. (cute, kelakar dan suka senyum adalah ciri utama boleh buat saya angau)

Mungkin saya masih takut selepas kejadian 'Orang Itu' atau mungkin saya lebih selesa untuk hidup seorang selama-lamanya.

Followers