"Nak muntah aku baca tulisan budak-budak zaman sekarang! Konon nak jadi penulis, tapi bahasa macam babi! Aku jadi Aq. Bahasa Inggeris campur dengan Bahasa Melayu. BI hancur, ada hati nak guna. Jadi penulis bukan sekadar mahu menulis dan jadi terkenal, tetapi ada juga tanggungjawabnya. Bodoh!"*
*Luah kawan saya yang merupakan editor novel, marah menerima manuskrip bahasa yang sangat hancur. Saya natural. Tidak menyokong, tidak membenci, cuma mahu berkongsi.
18 comments:
member ang editor novel mainstream ye? Itu mungkin kena jaga tatabahasa tu.
Tapi yelah, memang tak berkenan dengan shortform macam aq tuh. Gaya tak bersunat aje ropenye. Bukan mati pun tulis aku.
Jimat masa? Tengkorak dia. Haha.
Tapi kalau jenis buku langgar tata nih, agak normal bila bahasa inggeris dicampurkan dak?
Dia editor di salah sebuah penerbitan buku-buku popular. Bagi aku sebagai penulis boleh menggunakan bahasa campur, pasar dan sewaktu dengannya.
Tetapi kena tepat penggunaannya, seperti contoh dalam dialog.
Kalau dalam blog itu, suka hati hahaha :D
sbb tu aku praktis menulis blog guna bahasa standard
sbb aku xske jahanamkan bahasa
tapi kadang2 terlepas jugak
#jd editor pening wooo
wahaha..
aku pn xsuka aku jadi aq..
sebab aku akan sebut 'ak'..
T__T sedih dgn diri sndiri..
serius i pon x suke sgt kes2 short form bebudak skarang.. anak2 buah ai yg mana menulis aq, jew dll kt FB mmg ai sound direct je... so far ada yg boleh ditegur.. tp ada jugak yg blocked ai terus.. sentap hati macikkk~
*sorry bro.. hilang lama tp x penah lupa kawan2 blogger.. cuma tunggu masa u blanje BR je.. ehhh~ *
kalau aku, aku maki siap2 tak reti sangat nak tulis "aku" tu.
aku tak menyampah, sebab aku tak faham pun apa yang ditulisnya tu...
budak2 mmg suke tulis cmtu., x paham betul
haha...generasi sekarang pemalas...tu je punca...haha...semua nak pendek sampai maksud tak sampai...
memang pun..
kadang tu kalau baca jatuh ke tak faham plok....
macam budak tadika baru nak belajar membaca n menulis
saye seorang yang skema. (boleh tanye orlando ^^)
sangat alergik dengan ejaan Bahasa Melayu yang merapu.
susah sangat ke nak tulis secara normal? mungkin mereka orang asing.
:)
dill.
pertamanya... aku rasa nak pakai kanta pembesar untuk note kecil itu hehehe..
Aku pun agak arlergik dengan pengunaan Aq untuk AKU. tapi sabar sajalah.. bila baca msj sebegitu.
agaknya.. pening juga para editor kalau membaca tulisan aku yg grammernya lintang pukang itu huhuhu...
bila generasi Y
komen generasi Z
bdk2 generasi Z skg dh xsama dgn generasi Y.heh
dulu mula2 dengar puas dok pk menda budak2 ni tulis,aku rupanya...xbkenan gak..
sapa lagi nak memartabatkan bahasa melayu kalau bukan kita sendiri..tapi kalau komen ke dalam entry,aku terlepas jugak..haha
sejak aku berjinak dengan blog, sms aku pun kalau boleh nak taip penuh.haha
hohoho..
macam2
kalau bahasa hancur, tutup buku buang tong sampah jer.....
Post a Comment