Cadangan awal saya dan bisnes partner nak tambah landak dalam
AiS Pet Store, selepas raya. Tapi semalam chat dengan investor saya, dia suruh tambah guinea pig la pulak. Memandangkan beliau adalah mak saya, jadi saya pun dengar lah cakap beliau. hehehe. Dah duit dia kan. hohoho.
Ingat beliau nak tambah guinea pig baka murah aka Abyssinian (yang regenya hanya rm20-rm50 di pasaran), tapi sekali beliau nak bagi sepasang guinea pig baka yang mahal dan rare. Dia beri pilih samada nak baka bulu panjang lurus atau yang kerinting. Sebab saya suka yang pelik, jadi saya pilih yang bulu kerinting ala-ala Justin Timberlake.
Excited tunggu pet baru dan harapnya dapat membiak bagai johan. Sampai awal bulan Julai. Sempena Ramadhan. Amin.
Oh ya, baka yang rare ni rege dia beratus-ratus gak. Dan nama baka ni Alpaca.
 |
| Yang ni jantan. Nama dia mungkin Mark Ruffalo atau Gavin Rossdale. |
 |
| Betina dah kompom nama dia Gwen Stefani sebab sgt2 cool kaler dia. |
 |
| Siap dapat pree bekas dia ag, chumei tak? kalah kak Ton hehehe |
Rancangan untuk tambah landak mini kena tangguh dulu, sekurang-kurangnya sampai hujung tahun dan proses biak Guinea Pig ni berjaya dengan cemerlang. Amin...
P/S : Ada member cadangkan blog ni kasi tukar jadi AiS Zoo lak hehehehe...