Tuesday, January 4, 2011

Novel

Projek tahun akhir saya, Muzikal Manusia Burung, turut dalam proses adaptasi hybrid novel+pentas.

Untuk bulan 1-2, saya mahu habiskan masa dengan menghabiskan novel.

Setakat ini, ada dua novel kolaborasi dalam proses iaitu genre misteri dengan Siti Nazariah dan genre fantasi dengan Nada Haifaa.

Teringin juga untuk buat novel secara solo. Tetapi masih tiada idea dan kurang arif dalam sasaran khalayak. Saya hanya mahir dalam genre fantasi dan kanak-kanak saja. Ingin cuba genre lain.

Jika para pelawat diberikan pilihan (atau cadangan), apakah yang anda semua suruh saya hasilkan? Cerita cinta bersegi-segi? Cerita Sci-Fi? Seram? Cinta Orang Tua?

Sebagai bakal pembeli novel solo saya (cewah), ada sebarang cadangan untuk memujuk saudara/saudari bakal membeli novel saya? (Dari segi cerita, watak dan latar. Diskaun saya tak dapat tolong. lol)

p/s : Sesetengah cakap blog saya menggunakan ayat skema. Mungkin betul. Tetapi sebagai penulis, saya cuba elak guna bahasa pasar, walaupun teringin gunakan. hahahaha

Coklat + Vanila

Muffin coklat yang ditambah dengan sirap Coklat hershey, terbaekkk.

Kawan serumah bawa balik muffin coklat dan vanila dari Kenny Roger's.

Macam tau-tau je saya tengah sedih.

Sepanjang hari saya tak ada selera nak makan. Tapi apabila ada coklat dan vanila depan mata, seperti berkata:

"Eat me, bitch"

Lepas makan coklat dan vanila, rasa sedih semakin kurang. Tetapi, harus kena tambah lagi masa untuk bersenam. Sekarang mau bersenam naik-turun 17 tingkat pada tengah malam.

p/s : Ada sesiapa tahu macam mana nak padamkan word verification dalam bahagian komen?

Monday, January 3, 2011

Saya Mau Senyum diSebalik Topeng


Saya tak percaya pada azam, kerana ia sangat bodoh.

Ia bukan untuk saya, kerana saya jarang untuk committed selain dari penulisan dan...

Tetapi untuk tahun ini, azam saya adalah "untuk jadi lebih gembira".

T_T

Tengah malam. Rasa sedih dan seperti mahu menangis.

Lantas saya terus melakukan senaman turun-naik tangga flat rumah dari tingkat 1-17 sebanyak tiga kali.

Apa yang bagus mengenai senaman adalah apabila saya menangis, orang yang melihat akan sangka itu adalah peluh dari bersenam.

Walaupun lelaki juga boleh menangis, saya tak mahu orang tengok saya menangis.

Kenapa sesetengah perkara sangat rumit, walaupun ia sebenarnya boleh jadi ringkas dan gembira?

And, the worst part is there's no-one else to blame.

Sunday, January 2, 2011

Kanak-Kanak dan Kawan-Kawan

Merindui kawan baik saya, Shikin T_T

Mood : Gembira

Tahun lepas diakhiri dengan baik. Artikel dapat terbit, dapat habiskan projek tahun akhir dengan tenang dan berjumpa dengan "Orang itu" beberapa jam sebelum tahun baru.

Awal tahun walaupun agak perlahan, tetapi masih dengan beberapa berita gembira. Saya kembali dengan menghasilkan karya kanak-kanak setelah beberapa bulan meninggalkannya untuk memasuki "dunia dewasa".

Karya kanak-kanak pertama yang diterbitkan pada tahun ini, ada dalam majalah Dewan Pelajar, Januari 2011. Sebuah cerita rakyat Rusia berjudul Ivan dan Musang.

Dan juga buat kali pertama, puisi saya diterbitkan dalam Dewan Siswa pada bulan ini. Agak bangga kerana sebelum ini tidak pernah tersiar disebabkan saya tidak pandai dan tidak suka dengan penulisan puisi. Saya bukan Nicolas Saputra dalam Ada Apa Dengan Cinta. lol.

Berita yang paling buat saya gembira adalah dapat berhubung kembali dengan dua kawan baik saya yang telah lama menghilang iaitu Zaki dan Shikin. Sudah bertahun tanpa sebarang khabar.

Saya juga teruja apabila melihat "Orang itu" gembira mengambil gambar-gambar indah...

p/s : Cerita cinta "Jangan Lepaskan Dia Pergi" adalah genre Sci-Fi.

Jangan Lepaskan Dia Pergi

Ini adalah siri cinta yang cuba saya buat untuk tahun 2011, siri Urban Legend akan kembali semula. ;-)p

Gambar hiasan semata-mata

Lelaki bertopeng itu muncul ketika dia dalam perjalanan pulang dari kerja. Lelaki bertopeng itu muncul dengan tiba-tiba di belakang keretanya. Dia terkejut, tetapi tidak mungkin ada hantu pada waktu pagi. Lelaki bertopeng tidak menerangkan siapa dirinya dan hanya berkata,

"Jangan lepaskan dia pergi. Dia..."

Lelaki bertopeng itu hilang dengan tiba-tiba, sebelum sempat menghabiskan ayatnya. Siapa "dia" yang dimaksudkan? Persoalan itu timbul dan hilang sehingga dia sampai di rumahnya. Semuanya umpama mimpi. Dia baring atas katil, dan terus membuka sebuah laman sosial. Banyak sungguh komen yang diterima. Baru saja tadi dia menaip statusnya melalui telefon bimbit, sebelum kedatangan lelaki bertopeng itu.

"Dah sampai rumah?"

Mesej chat dari laman sosial tersebut muncul. Mesej dari "Orang itu". Dia malas melayannya. Dia membiarkan "Orang itu" menunggu untuk seketika. Dia blogwalking. Setelah hampir setengah jam, barulah jawapan diberikan kepada "Orang itu".

Mereka berbual untuk seketika. Dia malas melayan. Penat. Rimas. Lantas dia membalas "soalan-soalan" klise "Orang itu" dengan:

"Kalau u dapat cari yang lebih baik, lepaskan I lah"

Dia sendiri tak pasti mengapa jawapan itu diberikan. Mungkin dia penat, rimas. Masa untuk tidur setelah semalaman berkerja.

Dia bermimpi, "Orang itu" tersenyum dan berkata, "Selamat tinggal" dan badan "Orang itu" hancur seperti bom.

Dia terjaga dari tidurnya, dan mencari telefon bimbit untuk mengemas-kinikan status baru. Terdapat 30 panggilan tidak terjawab, dan ratusan sms. Berapa lama dia tidur tadi? Dia tertanya-tanya. Muncul lelaki bertopeng itu kembali. Lelaki bertopeng itu menyuruhnya menelefon "Orang itu", tetapi dia enggan. Dia mahu tahu siapakah lelaki bertopeng itu? Lelaki bertopeng membuka topengnya. Dia terkejut melihat wajah lelaki bertopeng. Seperti sebuah cermin di depannya, tetapi refleksinya sangat tua dan sedih.

Lelaki bertopeng merampas telefon bimbit darinya dan menangis.

"Semua sudah terlambat."

Lelaki bertopeng berkata dan menghilangkan diri. Telefon bimbit berbunyi kembali. Dia mengangkatnya.

Suara tangisan dapat didengari melalui luar biliknya.

Dia tidak tahu sudah berapa tahun dia korbankan. Berapa orang dipulaukan. Apa yang dia tahu adalah dia harus mencipta sebuah alat. Untuk kembali kepada zaman silam. Untuk menghalang dirinya dari melepaskan "Orang itu" pergi. Dia tidak mahu lagi "Orang itu" hilang untuk selama-lamanya.

Cerita ini diinspirasikan dari seorang teman, baca dan jangan tiru ya, saman kang. hahahaha

Saturday, January 1, 2011

01.01.11


Semalam beli cheese cake, dark chocolate, hot chocolate, pasta dan menonton "The Tourist" sebelum kedatangan tahun baru.

Apa yang saya betul-betul hendak untuk tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya adalah untuk "Orang itu" sentiasa sihat, gembira, dan ambil banyak gambar yang dapat memberikan inspirasi kepada orang lain dan dirinya sendiri.

Masa depan masih kabur dan jauh. Apa yang pasti, saya mahu menjadi orang tua berhati muda bersama dengan "Orang itu".

p/s : Tahun ini mahu cuba untuk buat siri temubual bersama kawan-kawan. Ada sesiapa yang sudi diinterview?

Followers