Thursday, December 16, 2010

Chic Bukan Chick Ye...

Chic ye, bukan Chick. lol

Saya masih teringat beberapa tahun lepas ketika berjalan-jalan di BB, bahagian perfumes, saya dan my other half tengah borak-borak pasal perfume yang dia dapat sempena dia berhenti dari keje. Tiba-tiba, ada seorang kakak jaga kaunter perfume hentikan saya dan cakap:

"Dik, sebutan perfume tu Chic, bukan Chick"

Hampeh akak tu. Nak betulkan sebutan pun jangan le dengan nada memerli, thaulah BI saya tak best.

Itu cerita tahun-tahun lalu ketika saya masih slim. Sekarang saya sudah ada lemak berkrim, saya dan adik berjalan-jalan di Sogo mencari barang hantaran kakak. Dia suruh cari perfume Carolina Herrera. Sampai di kaunter, saya tanya:

"Perfume Chic by Carolina Herrera ada?"

Kali ini sebutan jenama dan designer sudah betul ya. Tapi yang klaka, penjaga kaunter tu cakap:

"Owh, perfume Chick"

Terbalik pulak???

Berita Gumbire + Sedih + Teruja + Kecewa


Manisnya senyuman bakal mak janda ni...

Antara berita-berita yang bercampur sedih, hampagas, gembira dan sewaktu dengannya pada minggu ini:

1. Sedih : PeTA isnin ni, 20/12. Sedih sebab dah nak habis dan lepas ni mungkin susah nak jumpa kekawan ASWARA lagi

2. Gumbire + Sedih : ScarJo dah jadi single. Gumbire sebab dia single, sedih sebab masih takde change nak ngorat beliau...Mak saya nak kawen dengan ScarJo.

3. Teruja : Dapat siapkan treatment penuh companion piece PeTA iaitu "Sayap Mekanikal". Harap sebelum februari dapat siapkan novel penuh dan cari publisher.

4. Teruja : Sebab artikel keluar dalam Dewan Siswa bulan Disember. Harap tahun depan akan keluar artikel lagi.

5. Gumbire : Sebab mak belanja baju kemeja yang cute. hoho

6. Kecewa : Sebab gambar pameran PeTA pilih gambar2 yang paling gemuk. Siot tol diorang nih,

7. Kecewa + Teruja : Kecewa sebab 2010 dah nak habis tapi target masih belum tercapai, tapi teruja untuk memulakan tahun 2011 dengan harapan dapat kerja tetap. Amin

8. Kecewa : Sebab tak dapat habiskan masa ujung minggu dengan keluarga sebab sibuk dengan pameran dan kerja-kerja persediaan PeTA

9. Gumbire : Sebab bilik dah kemas selepas beberapa hari semak sebab sangat-sangat sibuk

10. Gumbire + Sedih : Dapat sambut harijadi dengan perkara-perkara yang best, tapi sedih sebab sambutan ni adalah kali terakhir sebagai pelajar penulisan ASWARA. sob sob sob. T_T

Wednesday, December 15, 2010

Apa Yang Saya Hendak Buat Tahun Depan


Ni geng fakulti penulisan ijazah, agak-agak lima tahun lagi semua datang bawak anak-anak dan perut ke masa reunion???

1. Siapkan semua kerja yang terhenti kerana sibuk dengan penilaian tahun akhir.

2. Mula menghasilkan companion piece untuk naskah PeTA saya, "Manusia Burung". Tajuk piece ini adalah "Sayap Mekanikal"

3. Jumpa dan lepak-lepak dengan kawan saya yang sudah lama tak jumpa iaitu, Nik Azan Shah

4. Cari kerja tetap (sekurang-kurangnya kerja selama setahun atau dua)

5. Beli kereta Alza (kalau ada budget)

6. Lepak dengan kawan-kawan diploma dan ijazah setiap minggu atau dua (itu pun kalau mereka tak sibuk nak kawin dan beranak). Meymey, Wardah, Nada, Kiah, Bolok, Kak Rozie, Ruby, CT Berong, Wawa, Adik, Aiza dan Zaki (ke mana le ko menghilang, Kiki???)

7. Cari kawan-kawan baru

8. Menonton lebih banyak filem dan rajin buat review (kena belajar dengan Encik Faisal Tehrani)

9. Beli figura aksi Avatar, Alice Resident Evil, Thor, Green Lantern dan Captain America) serta lengkapkan set lead figurines dari Eaglemoss comics)

10. Beranikan diri untuk ajak 'insan yang dirindui' untuk keluar berdating dengan beliau.

Harap-harap semuanya akan tercapai. Amin. Berusahalah Asrul Sany!

Tuesday, December 14, 2010

25 X 3 hari = Penat + Gumbira


Ni le birthday boy

Akhirnya sudah berusia 25 tahun. Walaupun sudah tua dan makin gemuk, tapi hati masih mau muda. lol. Tiga hari yang gembira dan memenatkan untuk hari jadi tahun ni.

Eve of my birthday

Teman my adik dari Hospital Selayang ke the Mall. Tunggu bas dia sampai. Lepak-lepak sambil borak. Dengar cerita-cerita yang melucukan dan update pasal family yang sudah beberapa minggu tak jumpa. Walaupun agak penat sebab jalan-jalan dan tunggu bas dia delayed sampai pukul 11 malam, tapi agak gumbira dan lega lepas adik selamat bertolak ke Kelantan.

Hari birthday

Sepatutnya adalah hari untuk bermalasan dan keluar dinner dengan kawan baik, Mr. Big, tapi malangnya kena terlibat dengan pameran yang berapa kali kansel sampai buat semua orang sakit hati. Janji pukul 2 petang, tapi dah dekat pukul 6 apa pun tak nampak.

Keluar makan malam kejap untuk celebrate birthday, tapi yang haram masa keluar, barang-barang tiba-tiba sampai. double haram. Kena rush balik ke tempat pameran.


Ni dia orang yang belanje makan, terima kasih ya, Ezam.


Sedapppp


Meatballs yang sangat besar

Yang best, diorang (geng-geng penulisan) order pizza, makan dan siap nyanyi Happy Birthday lagi walaupun Nada Haifaa (Birthday girl yang berkongsi birthday hari yang sama) cuba untuk mengelak dari terkena 'tradisi nyanyikan lagu ini ramai-rama'. Kitaorang siapkan semua kerja pameran sampai pukul 2 pagi. Penat tahap gaban.

Pizza cheese enam yang rasa masin, tapi best sebab free.

Ni dia birthday girl yang sambut harijadi yang sama, malu-malu lak, Nada Haifaa ni.


Nama dia Kiah, sesiapa yang hendak masuk meminang cepat-cepat sebelum diambik orang. Dia pandai masak, mee bandung dia terbaikkk dari ladang.

Yang ni tak boleh ar, dah jadi hak milik orang lain. lol

Hari selepas birthday

Mak, nenek dan adik datang ke KL. Sempat jumpa dan makan mee kari yang terbaik di dunia. Rehat-rehat sekejap sebelum sambung buat keje.

Hari ini, sempat tengok "Hantu Kak Limah Balik Rumah", minum kat Papa Rich Kopitiam dan makan supper dekat Q Bistro. Semuanya dibelanja sempena birthday yang lewat sehari.



Kek yang paling sedap di dunia, thanks ya sayang, i lap you, hohoho. Dapat dark chocolate, sedap walaupun dah cair sebab tinggal kat dalam kereta yang panas.

Apa pun memang birthday tahun ini sangat-sangatlah penat dengan kerja, tapi sangat-sangatlah gembira sebab dapat celebrate dengan kawan-kawan, keluarga dan insan yang tersayang. cewah. Harap-harap tahun depan dapat buat macam ini lagi, minus semua kerja yang memenatkan tu.


Saturday, December 11, 2010

Man/Boy

He hates to be a man,
Because of some reasons,
Man will be unhappy,
Man has too many responsibilities,
Man's too busy with his handphone and facebook,
and has no time to flirt with his own lover,

He hates to be a man,
Because men are bitter and bald,
And their words are mean,
Unromantic, and Grinch,
And send sms or mms instead of kisses,
But hey, at least, he remember, he said.

But still, he hates to be a man,
He wants to be a boy,
Forever, like Peter Pan,
Even he gets older,
And look older,
And fatter.

He wants to be a boy,
And keep on smiling,
Playing with his toys,
Buying new shoes,
Not worrying about his life,
And enjoy it like the life of a great party.

Yes, he keeps saying,
"Age is just a number"
"Be a boy"
"Be someone you like"
"Date anyone who's cute".

He wants this and that,
He wants everything,
Nice house, nice car,
With closet full of clothes and shoes,
And expensive toys too,
But he needs to be a man,
Or at least act like one,
To have it all, he needs to be bitter,
Slave to world of working,
And make his family proud,
With nice job or killer business,
And buy his happiness with retails.

Yes, somehow he needs to be a man,
And, still have spirit of a boy inside,
He will be unhappy for sometime,
But still hoping for a bit of happiness,
In the years to come.

Monday, December 6, 2010

Tadika owh Tadika ;-)P


Kawan saya, Nada, cakap saya ni ada banyak sangat plan, sampai dia pun pening.

Saya akui saya memang banyak plan, tapi byk2 plan, saya paling suke plan ni, iaitu bukak tadika sendiri.

Lagi best kalau kekawan saya dapat join skali (walaupun mereka sangat2 busy dengan "B" masing2)
Align Center
Saya jadi Cikgu besar (six packs taw bukan bertambah boroi. muahahahhaa)

Nada jadi Cikgu BM (Boleh ajar bakal2 penulis)

Wawa jadi Cikgu Agama (Ustazah nih)

Aini @ Adik jadi Cikgu BI (speaking, dik)

Ezam jadi Cikgu Disiplin (sebab dia garang)

Budak Teater jadi Cikgu Sukan (comelnye)

MeyMey jadi Cikgu muzik (ajar gitar ngan guzheng)

CT Berong jadi Tukang Masak, bley???hohohohoohoho

Walaupun setakat ni hanya angan2, tapi insyaAllah dalam masa dua atau tiga tahun rancangan ini jadi kenyataan. Amin.

Monday, November 22, 2010

Sekolah Rendah

Kalau dipaksa memilih antara kembali pada zaman sekolah rendah atau mati, saya lebih rela pilih mati.

Perkara yang paling menakutkan sepanjang saya hidup adalah sekolah rendah.

Kenapa:
1. Saya dilabelkan sebagai murid paling bodoh
2. Ramai pembuli (yang anehnya mahu berbaik dengan saya ketika bertemu dengan mereka baru-baru ini)
3. Cikgu kelas yang bernama Cikgu Y yang tak ambil peduli masa saya cakap kat mereka pasal pembuli2 di atas, dan malahan menyokong perbuatan buli pembuli2 bedebah itu. (saya harap cikgu tersebut sedar betapa saya masih bencikan beliau)

Memandangkan kes buli kronik sehingga membawa kepada kes bunuh diri dapat sedarkan pembuli2 bahawa mereka adalah makhluk Tuhan paling TERUK dan KEJI di dunia ini.

Dan saya berharap cikgu2 lebih ambil perhatian kepada mereka yang dibuli. Jangan jadi cikgu semata-mata mak bapak anda suruh anda jadi cikgu. Jangan salahkan pelajar kalau mereka pulak jadi pembuli cikgu2.

For some reasons, I'm still not happy and hope not to be too bitter.

Followers