Friday, May 3, 2013

Hari 3

Ramai yang tanya saya pasal baka kucing yang macam alien iaitu baka Minskin.
Minskin sebenarnya baka campuran sphynx (jenis takde bulus) dan munchkin (jenis kaki pendek).
Ada tiga jenis Minskin iaitu langsung tiada bulu, ada bulu sikit kat bahagian kaki dan ada bulu seluruh badan tapi masih nipis.

Pastu Minskin antara baka kucing kerdil, jadi nak bawa jalan-jalan dalam handbag pun cun haha.

Untuk jawab pertanyaan Cik Lana, harga kucing selain baka, ditentukan oleh kualiti dia. Ada dua jenis kualiti iaitu kualiti pet dan kualiti show. Kualiti pet ini hanyalah kucing yang untuk dimanjakan je, duk rumah besarkan perut. Kualiti show lak, jenis kucing yang untuk dipertontonkan kat orang ramai dan masuk pertandingan. Kira macam jadi artis la. hahaha. 

Biasanya harga kualiti pet bergantung pada baka, macam Persian biasa rm700 ke atas hingga 3 ribu.
Kalau harga kualiti show, mau mula dari 5 ribu ke atas.

p/s : Buat masa ni, saya tak berminat lagi nak masuk pertandingan kucing. Mahal woo, pastu kompom Britney merajuk sebab saya asyik grooming kucing show je hahaha.

8 comments:

reenapple said...

Macam Alien kah? Ada la sikit. UHuhuu.

Semoga dimurahkan rezeki.. =)

Tukang Karut said...

geli pulak aku tengok,,,

Tinta Lana said...

Waaa..tak sia2 aku tanya, hahaha.

Ooo..kacuk rupanya.. ya2, sphynx, munchkin..pernah dgr.. Terangguk2 ak depan lappy ni,hehehe.

Mahalnya yang jenis show..Ak tak pernah tau harga diorg semahal tu.. (-_-)

the malay male said...

boleh cuba masuk bro... nampak mcm boleh menang :-)

Maii Adinda said...

dia comel. alien kan comel. heh.

Rapunzeel Cikilolo said...

hohoho

pelik pulak bile takde bulu...

iKhRam said...

comel..
tp ada masa nampak macam pelik jugak..

Chuu Muqhlis said...

wondering kucing ni sejuk x sbb xde bulu :P

Followers