Friday, May 31, 2013

Hari 1

Rezeki tahun ni.
Tambah satu lagi ruangan dalam majalah baru untuk saya menulis rencana.

Cuma masa untuk menulis fiksyen sudah berkurangan. Mungkin saya hanya fokus kepada penulisan ilmiah saja*.

*Bidang penulisan yang jarang diminati terutamanya yang obses dengan stail buku fixi. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 28, 2013

Hari 28

AiS Pet Store dah buka khidmat boarding...
Dua pelanggan pertama, seekor kucing dan seekor arnab.

Kucing betina baka Birman nama Pika, umur 6 bulan.

Arnab nama Coco.
Kalau nak tinggalkan kucing, arnab atau hamster boleh pergi ke official site AiS Pet Store ye. Rege murah-murah je...

Saturday, May 25, 2013

Hari 25

Marion and Jeremy, 
Sitting in a tree, 
K-I-S-S-I-N-G, 
First comes love, 
then comes marriage, 
then comes baby in a baby carriage!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 22, 2013

Hari 22

Waktu malam, anak-anak bulus berkumpul kat ruang tamu.


Lepas ambik gambar baru terperasan anak-anak berkumpul dan bentuk huruf 'T' hahaha... nampak sangat semua nak ruang masing-masing sebab malam tu panasss.... kalau tak asyik melekat je.

Tuesday, May 21, 2013

Hari 21

Kalau buka taman kucing yang ada pelbagai kucing dari seluruh dunia menarik gak... Tapi kena tunggu pindah balik ke Kelantan* je la sebab tanah ada kat sana...

*Jom saye kito kelik ngan dok klate pulok. Puah kawe sini...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 19, 2013

Hari 19

Dapat cek tulis artikel terus beli kucing baka Scottish Fold (telinga melipat ke bawah) betina bernama Marion Cotillard.
Suka bulu dia yang unik dan ekor yang medium pendek.
Anak jantan saya yang nama Jeremy dah mula nak mengorat beliau. hahaha.

Kekadang rasa Marion ni cam burung antu je...

Perangai dia lebih cam anjing drp kucing... chumeiii

Thursday, May 16, 2013

Hari 16

I know I don't say it much,
but I want you to know,
(The kids and) I LOVE U.
Always.

Tuesday, May 14, 2013

Hari 14

2 minggu yang kritikal dan sibuk.
Minggu yang xleh dikacau.
Minggu yang xleh dgr bebelan.
Minggu yang stressss....

10 artikel kena submit.
Asignment membukit.
Jumpa penyelia tesis.
Cari kutu kucing.

Tiba2 rasa nak terjah Baskin and Robbins je... Hish3...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, May 11, 2013

Hari 11

Kalau kita ada impian usah tunggu kesayangan tepuk belakang dan beri kata-kata semangat. Tak perlu nanti kesayangan hulurkan tangan untuk membantu. Usah berkecil hati jika kesayangan langsung tak beri sokongan malahan memperlekeh. Kita sendiri yang tentukan masa depan. Bukan kesayangan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 6, 2013

Hari 6

Anak baru sampai di KL, selepas perjalanan dari Kelantan ke Keramat. Memperkenalkan Leonardo Dicaprio a.k.a Leo. Baka Scottish Single Fold mix Maine Coon. Corak badan macam Jeremy, tapi versi kuning. Yang paling penting, sampai je kat rumah, Leo disambut baik oleh Jeremy, tapi awek-awek ragdoll iaitu Britney dan Katy Perry masih garang...

Meet Leo the newest kid of AiS Pet Store
Leo : Abam Jeremy, nice to meet you... Jeremy : Demo speaking, hebat boh!
Leo dalam perjalanan dari Kelantan ke Keramat... siap pakai baju ag haha
AiS Cattery iaitu division pertama AiS Pet Store berjalan dengan lancar setakat ni walaupun agak slow proses dia. Tapi saya dan bisnes partner akan buka lagi division baru bawah AiS Pet Store iaitu Rash Rabbitry. Saya handle bahagian kucing, dan kawan saya aka tuan empunya blog BukanKosong jaga bahagian arnab. Gigih tak rancangan bisnes? hahaha

Friday, May 3, 2013

Hari 3

Ramai yang tanya saya pasal baka kucing yang macam alien iaitu baka Minskin.
Minskin sebenarnya baka campuran sphynx (jenis takde bulus) dan munchkin (jenis kaki pendek).
Ada tiga jenis Minskin iaitu langsung tiada bulu, ada bulu sikit kat bahagian kaki dan ada bulu seluruh badan tapi masih nipis.

Pastu Minskin antara baka kucing kerdil, jadi nak bawa jalan-jalan dalam handbag pun cun haha.

Untuk jawab pertanyaan Cik Lana, harga kucing selain baka, ditentukan oleh kualiti dia. Ada dua jenis kualiti iaitu kualiti pet dan kualiti show. Kualiti pet ini hanyalah kucing yang untuk dimanjakan je, duk rumah besarkan perut. Kualiti show lak, jenis kucing yang untuk dipertontonkan kat orang ramai dan masuk pertandingan. Kira macam jadi artis la. hahaha. 

Biasanya harga kualiti pet bergantung pada baka, macam Persian biasa rm700 ke atas hingga 3 ribu.
Kalau harga kualiti show, mau mula dari 5 ribu ke atas.

p/s : Buat masa ni, saya tak berminat lagi nak masuk pertandingan kucing. Mahal woo, pastu kompom Britney merajuk sebab saya asyik grooming kucing show je hahaha.

Thursday, May 2, 2013

Hari 2

Baskin and Robbins ngan action figures antara yang terpaksa dilepas untuk sementara waktu untuk buka AiS Cattery*

*Fasa seterusnya untuk AiS Pet Store.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Followers