Saturday, January 26, 2013

Hari 26

Kerja dah siap...
Balik kg!!! YEAY!*
*Walaupun akan merindui anak2 kt kl...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 24, 2013

Hari 24


Lemon cheesecake with caramel raisins sauce...
Baked for my sayang's birthday*...

*Happy birthday to a certain someone who's great with pets. Love u more than my bitches before... 

p/s : Salam Maulidurrasul juga kepada semua 
 
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 23, 2013

Hari 23

Menonton filem lakonan calon Oscar, Naomi Watts iaitu The Impossible.
Sebuah filem yang memberikan kesan*

*Nangis beberapa kali masa nonton

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 21, 2013

Sunday, January 20, 2013

Hari 20

After shitteous, stressful weekdays, finally a great, awesome, superb news comes in the form of new Pokemon games, in 3D!

Being a Pokemon addict myself, this is by far the best news of 2013. Unfortunately this babies, titled 'Pokemon Y' and 'Pokemon X' will be release on October! Oh well, better late than never. Here's the trailer.




The starter pokemon (I think Chespin looks hipster, Fennekin look cute, while Froakie looks awesome)
Legendary Pokemon who will be the Mascot for Pokemon X and Y, Xerneas and Yvelta. Finally they stopped using Dragon as main legendary. 

Wednesday, January 16, 2013

Hari 16

Pakaian dah bertimbun tak dibasuh disebabkan kerja yang masih bertimbun.
Esok hari terakhir untuk stress, lepas tu ENJOY!!! ~

Tuesday, January 15, 2013

Monday, January 14, 2013

Hari 14

Rasa-rasanya apa yang menyebabkan masih ada segelintir masyarakat luar Kelantan, mengatakan Kelantan sebuah negeri yang miskin?

Walaupun ramai dah kata Kelantan sudah maju, namun ada juga yang masih mengutuk Kelantan ini tidak semoden negeri-negeri lain dan puncanya disebabkan oleh tahap kemiskinan rakyat dan negeri Kelantan yang serius.

Boleh beri pandangan?

*Tengah buat tesis. TQ.

Sunday, January 13, 2013

Hari 13

Antara benda yang paling saya benci:

1. Meja tempat saya menulis dikemaskan (susah kalau dikemaskan, nak cari balik barang-barang saya sebab biasanya orang yang mengemas tu selalu lupa kat mana dia kemaskan. Tambah-tambah kalau kejar deadline, mahu saya bertukar jadi hulk jap kalau barang tak jumpa)

2. Kena bebel (yang ni bagaikan jarum-jarum masuk ke dalam telinga saya.)

3. Orang tiba-tiba cubit saya (yang ni lagi la saya tak faham kenapa ada orang yang tiba-tiba datang pastu cubit saya. Kononnya mahu bergurau, tapi kalau ada yang cubit saya, rasanya mahu tumbuk je muka dia. Tapi memandangkan ramai yang cubit tu perempuan, saya tumbuk mereka dengan guna kuasa telepati saya a.k.a tak buat apa-apa pun.)

Perkara lain-lain, saya ok2 je. Semua masalah dapat diselesaikan dengan makan ais krim, main nintendo dan layan Pokemon.

Saturday, January 12, 2013

Hari 12

Di kala zaman siber dan teknologi ni, masih ada lagi yang anggap orang-orang Kelantan 'pelik'.
Malah mahu dijauhkan untuk bertemu jodoh dengan 'jambu makan budu' ni.
Kalau tak suka, jangan dihina.
Nanti kalau dah terasa nikmatnya, dirinya yang tergila-gila.
Masa tu baru tahu tinggi rendahnya langit.
Sekali saudari tak mahu, beribu kali kami lagi tak sudi.

Friday, January 11, 2013

Hari 11

Kawan-kawan cakap saya ni dah macam orang tua.
Susah benar nak ajak keluar jumpa.
Selain sibuk dengan deadline kerja, saya sebenarnya malasssss nak keluar rumah.

Antara sebab utama malas adalah harus berhadapan dengan ayat tipikal kawan-kawan iaitu, "Kenapa ko ni gemuk sangat?"

Baik duk rumah, layan pokemon sudehhh....

Thursday, January 10, 2013

Hari 10

The most meanest bitch in the world, 
is actually the most insecure little pussy.

Wednesday, January 9, 2013

Hari 9

Tempat yang paling bahaya untuk dilawati sekarang adalah... Pet Store.
Semalam hampir-hampir kesayangan nak terbeli binatang baru.
Nasib baik promoter pet tu dah balik rumah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 8, 2013

Hari 8

Ubat stress untuk siapkan 4 lagi episod skrip animasi...

Bukan senang jadi penulis kanak-kanak... Tak boleh tensen dan kena gembira masa menulis...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 7, 2013

Hari 7

Kesimpulan yang boleh dibuat untuk AJL 27 adalah...

Misai Aizat tu seksi...*

*Fokus tengok persembahan lagu Yuna je... hahaha. Lagu-lagu lain fokus buat asignment yang deadline-nya ISNIN...

Sunday, January 6, 2013

Hari 6

Semalam teman kawan ke pet store sebab katanya beliau nak bela arnab. Tapi akhirnya, saya yang beli. Terbang gak hampir seratus. Tapi tengok kesayangan gembira, habis duit pun tak apa.

Oh ya, nama arnab ni Jeffrey Dean Morgan.
Harus la Hollywood. haha.

Hi, nama saya Jeffrey Dean Morgan atau JDM
Mula-mula beli dalam kotak, pemalu je...
Britney & Katy P teruja nak kenal member baru.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, January 5, 2013

Hari 5

Pejabat kat rumah... 
Jadi bos dan kuli untuk diri sendiri. 
Artikel dan skrip masih banyak tak siap lagi... 

Inilah meja 'periuk nasi utama' saya... Penuh dengan buku dan stor bahan kajian untuk Master dan PhD nanti
Selalu yang datang kacau masa saya tengah sibuk buat kerja...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 4, 2013

Hari 4


Akhirnya dah lengkap koleksi...
Walaupun setiap kali beli, orang kat petronas tanya "Untuk anak ke?"
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, January 3, 2013

Hari 3

Disebabkan masalah air, semua benda ada masalah...

Cabaran berpindah ke rumah baru...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 2, 2013

Hari 2

Pindah rumah dapat ikan puyu.
Nama dia Siti Nurhaliza.
Letak nama lokal kali ni.
Peminat-peminat Siti tak marah kan??? Haha.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 1, 2013

Hari 1

Tak ada apa-apa yang menarik, kecuali sibuk dengan mengejar masa untuk menyiapkan semua tugasan belajar dan menulis artikel serta skrip animasi.

Dan mengemas rumah baru walaupun saya sebenarnya hanya tengok, dan kesayangan saya kemaskan semuanya, haha.

Harap-harap 2013, tahun yang memberikan kegembiraan dan kesihatan untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan anak-anak bulus.

Oh, ya, sempena masuk rumah baru, penyewa rumah lama hadiahkan pet terbaru...

New Year's Eve duk rumah je semalam, layan ais krim... Dah tua haha

Followers