Monday, January 16, 2012

Little Syrena Episode 7 : Cikgu Juliet


"Mana kurus ni?" Syrena berkata kepada dirinya sendiri ketika mencari kawan baiknya itu.
Sekarang adalah waktu rehat di tadika. Syrena dan Kurus bermain sorok-sorok. Kurus menyorok, dan Syrena mencari. Sedang Syrena mencari, dia terdengar suara tangisan berdekatan.
"Cikgu Juliet? Kenapa ni?" Syrena melihat salah seorang cikgunya sedang menangis di pantri.
"Semalam boyfriend cikgu terlupa ulang tahun kitaorang!" 
Cikgu Juliet menceritakan semuanya kepada Syrena mengenai teman lelakinya yang pelupa itu. Setiap kali ada tarikh yang penting, pasti akan dilupainya. Kali ini, Cikgu Juliet benar-benar merajuk. Tambahan pula, teman lelakinya itu langsung tidak romantik.
"Syrena ada idea!" Syrena teruja, sambil mendial iPhone-nya.

---

Kelas tamat dan tiba masa untuk pulang. Teman lelaki Cikgu Juliet sampai dengan keretanya. Dia menekan hon beberapa kali untuk memberitahu kekasihnya itu dia sudah sampai. Syrena muncul dengan menarik tangan Cikgu Juliet. Mereka mendekati kereta teman lelaki Cikgu Juliet yang hairan melihat Syrena.
"Unkle, Syrena nak cakap. Kalau unkle lupa lagi semua benda dan tak romantik dengan Cikgu Juliet, unkle akan menyesal!" Syrena mengugut.
"Kalau unkle tak nak cam mana?"
"Saya yang akan jadi pasangan baru dia," Ashraf muncul mendekati mereka.
Ashraf memakai t-shirt dan skinny jeans yang sangat ketat, menonjolkan aset-aset seksinya, memuatkan Cikgu Juliet serta teman lelakinya terngaga.
"Sayang, jangan tinggalkan saya!" teman lelaki Cikgu Juliet keluar dari keretanya, dan merayu kepada Cikgu Juliet. Dia menambah, "Saya berjanji akan jadi romantik dan tidak akan lupa lagi."
"Baiklah, kalau unkle tipu, jangan menyesal kalau ada lelaki lain yang lebih kacak, seksi dan kaya dari unkle yang ngorat Cikgu Juliet!" Syrena marah.
"Baik Syrena. Unkle janji!"
Cikgu Juliet dan teman lelakinya masuk kereta. Mereka meninggalkan tadika. 

'Thanks Syrena sayang' - Syrena menerima sms dari Cikgu Juliet.

Ashraf ketawa melayan karenah anaknya itu dan berkata, "Kalaulah boyfriend Cikgu Juliet tahu papa ni macam mana..."
"Dah, jom singgah Baskin and Robbins. Daddy sms suruh beli!" Syrena mengarah.
"Baik bos!" ujar Ashraf yang masih ketawa. 

p/s : Cameo Cikgu Juliet aka Miss Ira. Cerita ini langsung tak ada kaitan dengan kehidupan beliau, dapat idea selepas mendengar keluhan beberapa aweks yang cakap bf / laki memasing tak romantik. Betulkah? haha 

24 comments:

*SiRibenMerah said...

amboi2... pandai nye syrena nk mengenakan org yek.. ahahaha..

Little Syrena said...

kak riben, bukan selalu haha

=)

c'axoera said...

romantik bukan menjamin apa2 pun kan >_<


http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/sampai-nanti-tika-waktu.html

bukankosong said...

syrena cur tanya unkle Asrul, dia romantik tak?

muahahha

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

curlasttt harus ira terharu bacer....omg nick kurus tue sgt dramatik oke

Tukang Karut said...

aku tak romantik... sekian...

blog-tips-kurus said...

cikgu Romeo ade??

Anati Soki said...

wahai syrena.. hebat btol. heheheh

eita said...

agak2 kau ni romantik tak?
:P

ciK LyndaWawa said...

kengkadang saya heran..background leh tukar2 ye....gambar blogger pulak tu..hehehe

sahromnasrudin said...

saya langsung tak romantik huhuhuhhhh

dill said...

wah3! hihi

bf beliau diperkotak-katikkan. romantik2 ye

dill.

dill said...

wah3! hihi

bf beliau diperkotak-katikkan. romantik2 ye

dill.

Hanis MY said...

pandainya syrena!

Juliet_iRa~" said...

fine asrulllllll!

^__________________________^

terharuuuunyeeeeee....

*nak nangis*

ekekekekeke ;p

siap letak gambar ira lagi wat background tu..terharu lagi sekali..ngee

ni la hadiah terbaik sempena hari pertama Ira jadi cikgu ni..:)

terima kasihhhhh banyak2!!:p

psss : td jumpa kat salihah @ sal ijou kat PPD..;p..nt k.sal ckp nk gathering, jom join!heee

Hanie Dew said...

Ira cikgu ira rupanya
kekekkeke kelakar la plak. dah ada saingan baru la nak gelabah.

mungkin lelaki segan kot nak tunjukkan keromentikan mereka.

apa kata asrul..

Juliet_iRa~" said...

1st day oke..hee..skolah aku.bdk2 ok..cuma ada sorang tu mcm hiper+nangis sikit he..ikut mood dia..

hanie pon ckp nk buat gathering..okee nt sy roger k..:)

HeNRieTTa JoSe said...

Wah bestnye citer...romantik....hehehe.....

Bidadari Syurga said...

ala... syerena kali ni baik sgt nape? eeeeeeeeeeeeeeee... ketuklh paler bf cikgu tu dulu... hurmmmm

Asrul "iLham" Sany said...

TIME KASIH semua sebab sudi baca terharu T_T

kak Bidadari, Syrena nakal kekadang je hahaha

Aishah Jahirah said...

memang buat org terharu...hehee

Asrul "iLham" Sany said...

Aishah Jahirah : Terharu sebab cik Aishah sudi dtg baca T_T

PinQib said...

wahhhh semua nak heabat...

iphone, skinny jeans.. hehehe

budakijaupendek said...

Tak bisa mengomen lerna backgroun mganggu.
On9 gune phone cikai je bro.
Lappy kena virus. Sob3..

Followers