Dulu masa belajar, saya berangan nak hidup kat bandar. Ada rumah besar, kete mewah dan sewaktu dengannya.
Tapi sekarang masa umur dah menghampiri 3 series ni, benda-benda macam tu tak mengujakan langsung.
Rancangan masa depan dah berubah berbanding dulu.
Matlamat utama saya untuk masa sekarang adalah untuk buka ladang ternakan.
Ada ayam, itik, serati, kambing, biri-biri dan kalau boleh kuda seekor untuk berangan-angan jadi Prince Charming haha.
Tanah ayah dah sediakan, cuma perlukan masa dan komitmen untuk melaksanakan semua.
Dan tunggu kesayangan untuk pindah sekali.
Selain saya sayang giler-giler kat beliau, dia pun pakar dalam pengurusan kambing, biri-biri dan lembu sebab dulu dia selalu tolong ayah dia. Nasib le dapat yang cam ni, tak dapat yang giler glamer, suka barangan mahal-mahal etc.
Harapnya dalam 35 saya dah boleh mula sebab dah bosan dengan duk kat Kota berlumpur ni.
Amin.
6 comments:
amin...semoga menjadi usahawan ternakan yang berjaya.
Semoga berjaya/ :D
Oh, dulu pun saya berangan-angan. tapi saya masih muda. Hehe
amin.
aku doakan kau sukses...
Tang jadi prince charming memang mengeletek la ais..
Untunglah dapat yg seminat dgn kamu..
Diam diam saya pun ada niat yg sama. Nak jaga kebun durian ayah saya hehehe...
Tapi sayang sekali saya tak tahan di gigit nyamuk kat kebun tu hehehe,.. tapi rasa nak bela rabit.. sebab rabit comel..
Nong andy
bagus angan2 tu :)
Post a Comment