Thursday, July 25, 2013

Hari 25

Dah start cuti alek kg. Walaupun gembira dapat jumpa famili kat sana dan bermalasan tahap dewa sebab ada orang yang cuci pakaian, masak etc, rasa sedih gak nak tinggalkan anak-anak bulus kat KL. Tambah-tambah Britney dah sarat giler. Tak sabar nak jadi Atok. hehehe.

Memandangkan esok kat kg internet mungkin akan slow, saya postkan siap-siap, kad raya dari AiS Pet Store.

Like dah hampir-hampir 5 ratus fans. Kepada sesiapa yang belum like, silalah like untuk tgk gambar-gambar comel anak-anak bulus.

Dan rasa EXCITED sebab lepas raya, anak-anak baru lain akan sampai di AiS Pet Store. Yeay ~

P/S : Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada bisnes partner saya iaitu Encik Bukan Kosong sebab sudi jagakan Britney and the gang serta ambik shift raya. Tanpa beliau susah saya nak urus seorang-seorang (Ayat bodek hahaha).

Glamer tak semua? hehehe Tema Arabian Romance. (Sile klik untuk versi Besao sket)

Wednesday, July 24, 2013

Hari 24

Setelah byk perabih duit untuk anak-anak bulus... Akhirnya beli gak barang untuk diri sendiri sempena raya. Warna tema keluarga saya tahun ni...

Apa pun Alhamdulillah... AiS Pet Store dah ramai pelanggan tetap. Bisnes makin berkembang dan harapnya terus maju. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 3, 2013

Monday, July 1, 2013

Hari 1

Ni le husband kepada Miley Cyrus. Yang ni baka dia namanya Coronet dan warna bulu dia dikenali dengan nama rainbow lilac. (sangat-sangat rare kaler ni).

Nama beliau Liam Hemsworth. Seksi tak nama beliau? hahaha ke wall blog ni lagi seksi? hehe. (Kebetulan jumpa gambar retis ni pakai seluar pendek kaler2)


Ni gambar ala-ala model professional. hehehe. siap kain belakang ni kaler pelangi lagi.
Yang ni lak gambar tak professional. Liam malu-malu sangat masa mula jumpa.
Kapel set.
Excited sangat dapat guinea pig yang comel ni. Disamping bisnes pet dan boarding makin kencang. Rezeki anak-anak hehehe. Dan yang paling BEST, ada meow meow yang dah mengandung. YEAY! Agak-agak sapa yang peknen? Britney, Katy Perry or Marion?

Followers