Tuesday, May 29, 2012
Warna Kaseh : Cupcake
"Saya nak cupcake cheese dua, red velvet dua, creme brulee dua dan tiramisu dua," Sophie menunjukkan arah cupcake yang dia mahukan.
Az berdebar-debar kerana gadis pujaannya berada sangat dekat dengannya. Sambil mengambil cupcake pilihan Sophie, Az cuba untuk membentuk ayat mengorat.
"Saya... Err... Awak... Err...," kata Az sambil tersekat-sekat.
Namun susunan ayatnya tidak menjadi. Lantas dia memberikan bungkusan cupcake itu dengan tangan berketar-ketar. Sophie membayar wang dan memberikan satu senyuman manis
sebelum dia beredar menuju ke butiknya.
"Bodoh kau Az! Kenapa kau penakut sangat!?" Az mengutuk dirinya sendiri.
Baca selanjutnya...
Thursday, May 10, 2012
FAKER Episod 4 : Blue Jeans
Katil bergoyang. Mula dengan perlahan, kemudian semakin rancak! Suara bergema, dan... dan... dan... Satu jeritan kepuasan dilepaskan! Eddin menyalakan rokok dan menghembuskan asap rokok, sementara seorang gadis keluar dari bilik air dengan hanya memakai trashy lingerie.
"You memang hebat. Legend!" gadis itu memuji.
Eddin masih menghisap rokok tanpa memberikan sebarang respon. Gadis itu terus membuka bra dan seluar dalamnya dengan gaya menggoda.
"Round ke dua?" gadis itu bertanya manja.
"Round ke dua?" gadis itu bertanya manja.
Ketika gadis itu merayap, mendaki tubuh Eddin, pintu bilik gadis itu tiba-tiba terbuka. Seorang lelaki berwajah marah meluru masuk dan cuba menumbuk Eddin.
"Jantan keparat! Berani kau rosakkan adik aku!" lelaki itu ditahan oleh gadis tadi yang merupakan adiknya.
"Jantan keparat! Berani kau rosakkan adik aku!" lelaki itu ditahan oleh gadis tadi yang merupakan adiknya.
Eddin segera mengambil seluar jeans biru Junya Watanabe Comme des Garcons-nya dan mahu berlari keluar.
"Adik bodoh! Dengan lelaki gemuk pun kau suka!" abang gadis itu marah menampar adiknya sehingga terjatuh.
"Bangsat! Pukul perempuan! Pengecut!" Eddin menumbuk abang gadis itu dan dia terus melarikan diri.
"Eddin, I LOVE You!" gadis itu menjerit sambil menahan abangnya.
Eddin keluar dari kondo gadis itu dengan menaiki Chopper-nya.
"Perempuan bodoh! Senang-senang luahkan cinta, lepas tu blah cam tu je! Macam 'dia'! Bodoh!" Eddin berkata sendiri ketika menyusuri jalan Kuala Lumpur yang sibuk. Dia mengimbas kembali kenangan ketika dia bersama si'Dia'
Subscribe to:
Posts (Atom)