Monday, July 19, 2010

Penantian Itu Satu Penyeksaan

Agak berdebar menunggu keputusan semester lima. Satu demi satu kawan (dan musuh) menerima surat salinan keputusan mereka. Mereka mendapat keputusan yang baik dan ada juga yang menerima berita yang malang.

Sehari demi sehari membuatkan saya semakin takut. Perasaan ini lebih gerun dari menantikan keputusan diploma. Dua subjek membuatkan saya gerun.

Akhirnya keputusan tiba di rumah dan adik saya menelefon untuk memaklumkan bahawa saya lulus semua subjek dan mendapat keputusan yang memuaskan (tahniah untuk adik kerana berjaya mengatasi keputusan gred saya dengan cemerlang)

Perasaan takut bertukar menjadi gembira sehingga mahu terbang ke langit dan teruja seperti memenangi hadiah figura aksi termahal dari Hot Toys. 

2 comments:

CintaZulaikha said...

ko dpt berapa agie, mti ko maju jaya kan???

Asrul "iLham" Sany said...

ofkos r. hahahah.

Followers