Thursday, August 5, 2010

Sumber Inspirasi

Setiap penulis ada caranya yang tersendiri untuk mencari idea. Ada yang kena berjalan keliling bandar, kampung, ada yang berdasarkan pengalaman sendiri (atau ciplak orang punya) dan sewaktu dengannya.

Bagi aku, idea itu datang dari sumber inspirasi seseorang yang bergelar "muse" (bukan band orang putih tau).

Hanya dengan bertemu dan bercakap dengan muse, idea itu tuba-tiba datang bagaikan mencurah. Tetapi yang menjadi kesusahan apabila mahu berjumpa dengan orang memberikan inspirasi kepada penulisan. Ketika ini hanya ada beberapa orang sahaja seperti hasil-hasil karya aku yang berjudul:

1. Hadi dan Putera Khayalan : Musenya sudah jelas ternyata siapa 

2. Villains : Muse yang merupakan "budak busuk"

3. Kasut Bola : Muse adalah sepupu aku sendiri

4. Pengarah : Ini terhasil apabila bertemu dengan "komunis" yang terakhir

5. Muzikal Manusia Burung : PeTA 2010 : Muse yang sangat sarkastik, mendiam diri apabila marah dan ...

6. Putera A----- : Mahu membuat proposal mengenai seseorang yang memberikan inspirasi hebat. 

Mahu mencari lebih ramai muse.

Followers