Friday, July 13, 2012

Lega

Semalam satu keputusan telah dicapai.
Dah tak boleh berpaling ke belakang lagi.
6 bulan lagi dalam 'penjara'.
Lepas tu, terbang jadi 'burung'.

p/s : Saya paling terharu kerana kesayangan berikan sokongan penuh.

Thursday, July 12, 2012

Takut

Nak menamatkan sesuatu dan kembali kepada kehidupan asal memang menakutkan.
Macam bermula dari bawah semula.
Tapi hidup kena ada risiko.
Kalau tak asyik kena 'pijak', dan 'mampus'!

Wednesday, July 11, 2012

Christian Bale as Batman / Bruce Wayne 1/6 Action Figure

Price : RM689

Look freakin' real, right?
With exchangeable mouths. Awesome!
New gun than can be attach to his bat-pod.
With my also pre-ordered Bat-pod
The complete set 
Now am just waiting for my Catwoman... and the end of my toy-buying only for a year.

Tuesday, July 10, 2012

$$$

Apabila dapat cek hasil menulis...

nak order menan baru
nak makan ais krim sushi byk2
nak beli baju seluar beg gadget kasut baru

Rambang mata, rambang nafsu

Tapi last-last...
Semuanya masuk ASB.
Amin ~

Monday, July 9, 2012

Little Syrena Episode 10 : Selamat Pengantin Baru

Syrena memerhatikan dari tingkap, semakin ramai orang datang.
"Papa, mana daddy ni? Lambatnya..." Syrena bertanya Ashraf.
"Papa pun tak tau. Sepatutnya diorang dah sampai."
Syrena melepaskan keluhan. Dia sudah tidak sabar menantikan rombongan daddy-nya. Dia tidak sabar menyaksikan persandingan dua orang yang dia sayangi ini.
"Papa dah ready?" Syrena bertanya lagi.
"Dup-dap, dup-dap jugak. Tak sabar nak tengok daddy ensem pakai baju Melayu," Ashraf menjawab.
"Haish, papa je cakap daddy ensem dengan perut boroi dia tu. Tak paham!" Syrena mengomel.

Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang kedengaran. Menandakan rombongan dari pihak lelaki muncul. Ashraf dan Syrena mula bergegas turun ke bawah menyambut kedatangan pihak lelaki.

"Wah, kacaknya!" Ashraf berkata sebaik saja melihat keboroian pengantin lelaki.
"Ingat daddy! Dia lagi boroi!" Syrena mencubit paha berotot Ashraf.

Pengantin lelaki mahu naik ke atas bersama dengan Amer dan beberapa orang pembawa hantaran. Namun sebaik saja pengantin lelaki mahu naik, dia teringat sesuatu.

"Alamak! Blander aku lupa beli!" 

Semua yang mengikutinya turut panik. 

"Rilek! Aku dah agak kau akan lupa. Aku dah beli blander untuk kau. Siap gubah jadi hantaran lagi. Jap aku ambik dalam kete," Amer menyelamatkan keadaan sambil berlari menuju ke keretanya.

Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang berterusan. Semua hantaran telah lengkap. Sementara dalam bilik, pengantin perempuan semakin berdebar-debar.

"Jangan risau, kau memang nampak cantik punya!" puji Kak Ayumi.
"Terima akak sebab solekan saya. Untung abang Delarocha kahwin dengan akak! Curlast!" pengantin perempuan memuji kembali.

Pintu biliknya diselak, Jue dan Hanie muncul dengan membawa sebiji red velvet cupcake mereka.

"Nah, mak cik kau cakap kau tak makan dari tadi kan. Cepat makan, ustaz kau dah sampai..," Jue memberikannya kepada pengantin perempuan.

"Baik mem... Thanks tau sebab sponsor satu dulang cupcakes untuk aku. Muah," kata pengantin perempuan itu lagi.

---

Proses akad nikah, menyarungkan cincin dan semuanya berjalan dengan lancar. Beberapa rakan dari pihak pengantin perempuan seperti Shila, Kak Bidadari, Cikgu Mynshazmin, Cikgu Anisah, Tukang Masak Nazrul dan Encik Adil dari tadika mengalirkan air mata terharu.

"Syrena tak sabar nak tengok diorang atas pelamin. Mesti glam habis!" Syrena teruja sambil tangannya dipegang oleh Amer dan Ashraf.

"Renjis-renjis dipilih...," lagu pengantin dinyanyikan oleh Fizah iaitu model/penyanyi dan juga kawan baik pihak pengantin.

Ketika semua sedang sibuk menunggu giliran untuk merenjis pengantin, muncul tiga ekor kucing saling berkejaran iaitu John, Jat dan TK. Aksi mereka berebut Jat hampir-hampir menumbangkan sebuah hantaran. Mujurlah John bijak mengawal aksinya persis pelagak ngeri dan mengelak hantaran itu dimusnahkan.

Tibalah giliran Syrena untuk bersalaman dan merenjis kedua pengantin. 

"Pergilah sayang...," Ashraf memberikan galakan.
"You're big girl now," Amer menambah.

Syrena bergerak sendiri dan mendekati pengantin. 

"Selamat pengantin baru, Ustaz Romeo Lando," Syrena merenjis ke tangan pengantin lelaki.
"Selamat jadi isteri orang, cikgu. Sayang cikgu," Syrena mengucup kedua belah pipi Cikgu Dill, sambil diangkat oleh Ustaz Romeo Lando.

Kedebuk, kedebuk, pang, pang, pang. Bunyi kompang berbunyi lagi, bersilang dengan nyanyian Fizah menghiburkan para tetamu mula membanjiri. Unkle Rash datang bersama temannya menyebabkan Syrena marah.

"Unkle Syrena jadi date unkle? Tipu!" Syrena berpura-pura merajuk.
"Ala-ala... Next time ek?" Unkle Rash memujuk.
"Belanja kasut mahal tau. Jangan kedekut!" Syrena membalas.
"Baik puan."

Selain Unkle Rash, tetamu-tetamu lain seperti YOUsoF datang membawa hadiah stiker besar gambar dua pengantin, Cikgu Juliet, cik Riben bersama kekasihnya persis Aaron Aziz dan Syabab yang semakin gebu.

Para tetamu dihidangkan dengan variasi makanan yang unik seperti Mr. Ix's Pizza dan lauk ketam masak lemak yang disediakan khas oleh Shila.

"Masa Syrena kahwin nanti, Syrena nak prince charming macam papa," Syrena berkata sambil senyum.
"Abis yang macam daddy taknak?" Amer mengusik.
"Tak nak. Daddy boroi! Banyak bulu!" Syrena ketawa.

Majlis perkahwinan Ustaz Romeo Lando dan Cikgu Dill berlangsung dengan meriah... 

Sehinggalah suiz lampu dipadamkan...

Bilik menjadi gelap...

Bunyi orang menjerit-jerit...

Masuk... Keluar... Masuk... Keluar...

Semuanya sebab....? (sila klik untuk tau jawapan dia)

p/s : cute cameos from Dill and Lando
p/s/s : Can you spot the other cameos?

Friday, July 6, 2012

Thursday, July 5, 2012

FAKER Episod 5 : Pour être Heureux

This is the last episode for season One of FAKER

"Il n'y a qu'un bonheur dans la vie, c'est d'aimer et d'être aimé... Anyone?" Cik Simone bertanya kepada pelajar kelas Bahasa Perancisnya.

Melihat tiada semua berdiamkan diri, Kasia dengan selamba menjawab, "There is only one happiness in life, to love and be loved."

"Kasia lagi... Tak ada orang lain boleh jawab? Dah dua minggu saya ajar," Cik Simone membebel dalam Bahasa Melayu dengan fasih walaupun dia berasal dari Perancis.

"On n'aime que ce qu'on ne possède pas tout entier?" Cik Simone bertanya lagi.

Sama seperti sebelumnya selama dua minggu, hanya Kasia saja yang boleh memahaminya.

"We love only what we do not wholly possess," bisik Kasia dalam hatinya.

Cik Simone bengang dan memutuskan untuk menghabiskan kelasnya setengah jam lebih awal. Ketika semua pelajar bergegas keluar, Cik Simone mendekati Kasia.

"Macam mana awak boleh fasih dalam Bahasa Perancis?" Cik Simone bertanya.
"Cause I like French designers. Sama macam apa yang saya pakai sekarang," Kasia menunjukkan skaf vintage YSL, Nina Ricci Lace-trimmed radzmir dress-nya dan stiletto Christian Lacroix kepada Cik Simone.

Kasia meninggalkan kelas Cik Simone yang masih tertanya-tanya. Kasia mengenang kembali her French story...

Baca selanjutnya...

Followers