Showing posts with label F.A.K.E.R the series. Show all posts
Showing posts with label F.A.K.E.R the series. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

FAKER Episod 5 : Pour être Heureux

This is the last episode for season One of FAKER

"Il n'y a qu'un bonheur dans la vie, c'est d'aimer et d'être aimé... Anyone?" Cik Simone bertanya kepada pelajar kelas Bahasa Perancisnya.

Melihat tiada semua berdiamkan diri, Kasia dengan selamba menjawab, "There is only one happiness in life, to love and be loved."

"Kasia lagi... Tak ada orang lain boleh jawab? Dah dua minggu saya ajar," Cik Simone membebel dalam Bahasa Melayu dengan fasih walaupun dia berasal dari Perancis.

"On n'aime que ce qu'on ne possède pas tout entier?" Cik Simone bertanya lagi.

Sama seperti sebelumnya selama dua minggu, hanya Kasia saja yang boleh memahaminya.

"We love only what we do not wholly possess," bisik Kasia dalam hatinya.

Cik Simone bengang dan memutuskan untuk menghabiskan kelasnya setengah jam lebih awal. Ketika semua pelajar bergegas keluar, Cik Simone mendekati Kasia.

"Macam mana awak boleh fasih dalam Bahasa Perancis?" Cik Simone bertanya.
"Cause I like French designers. Sama macam apa yang saya pakai sekarang," Kasia menunjukkan skaf vintage YSL, Nina Ricci Lace-trimmed radzmir dress-nya dan stiletto Christian Lacroix kepada Cik Simone.

Kasia meninggalkan kelas Cik Simone yang masih tertanya-tanya. Kasia mengenang kembali her French story...

Baca selanjutnya...

Thursday, May 10, 2012

FAKER Episod 4 : Blue Jeans


Katil bergoyang. Mula dengan perlahan, kemudian semakin rancak! Suara bergema, dan... dan... dan... Satu jeritan kepuasan dilepaskan! Eddin menyalakan rokok dan menghembuskan asap rokok, sementara seorang gadis keluar dari bilik air dengan hanya memakai trashy lingerie.

"You memang hebat. Legend!" gadis itu memuji.

Eddin masih menghisap rokok tanpa memberikan sebarang respon. Gadis itu terus membuka bra dan seluar dalamnya dengan gaya menggoda.
"Round ke dua?" gadis itu bertanya manja.

Ketika gadis itu merayap, mendaki tubuh Eddin, pintu bilik gadis itu tiba-tiba terbuka. Seorang lelaki berwajah marah meluru masuk dan cuba menumbuk Eddin.
"Jantan keparat! Berani kau rosakkan adik aku!" lelaki itu ditahan oleh gadis tadi yang merupakan adiknya.

Eddin segera mengambil seluar jeans biru Junya Watanabe Comme des Garcons-nya dan mahu berlari keluar.
"Adik bodoh! Dengan lelaki gemuk pun kau suka!" abang gadis itu marah menampar adiknya sehingga terjatuh.
"Bangsat! Pukul perempuan! Pengecut!" Eddin menumbuk abang gadis itu dan dia terus melarikan diri.
"Eddin, I LOVE You!" gadis itu menjerit sambil menahan abangnya.

Eddin keluar dari kondo gadis itu dengan menaiki Chopper-nya. 
"Perempuan bodoh! Senang-senang luahkan cinta, lepas tu blah cam tu je! Macam 'dia'! Bodoh!" Eddin berkata sendiri ketika menyusuri jalan Kuala Lumpur yang sibuk. Dia mengimbas kembali kenangan ketika dia bersama si'Dia'

Tuesday, March 20, 2012

FAKER Episod 3 : Jaket



Anya dan Farris keluar dari kereta mereka di tempat letak kereta KLArts. Melihat diri Anya sungguh fashionable dengan baju sekuin Jean-Charles de Castelbajac, Christian Dior Guetre Ankle Boot dan Givenchy Nightingale handbag, membuatkan ramai pelajar kagum. Sementara Farris hanya ringkas dengan pakain dari Balenciaga koleksi Spring 2012. 

"Hari pertama di KLArts!" Anya begitu teruja, sementara Farris hanya diam.
"Pelajar baru? Selamat datang. Let me get to the point. Kat sini, I'm the Queen Bee. Be my friend and you'll be popular and fabulous like me," Kasia tiba-tiba muncul.
Anya memandang Kasia dari bawah ke atas. Anya kagum melihat Kasia memakai pakaian dari Louis Vuitton berwarna putih kerana warna putih menambahkan lagi berat badan Kasia yang sudah curvy itu. Anya juga teruja dengan pilihan kasut tumit tinggi juga dari Louis Vuitton. Begitu komited dengan jenama dan fesyen. Namun Anya tidak boleh memuji Kasia kerana dia harus menunjukkan dirinya adalah Queen Bee, bukan Kasia. Dia yang akan menguasai KLArts, bukan gadis gemuk dan yakin bernama Kasia ini.
"Move it, fattie. There's a new queen in town!" Anya sombong dan berlalu pergi. 



Friday, February 10, 2012

FAKER Ep 3 - Teaser


What did they have in common?

Alexander McQueen
Chris Acland
Mike Awesome
Jon Dough
Michael Hutchence 
Daul Kim 
Kim Ji-hoo
Gary Speed 

FAKER Ep 3 : Rashidi centric
TBA 

Thursday, January 19, 2012

FAKER Ep 2 - Teaser


Tondu
Fondue
Arabesque
Fouette
Pirouette
Chaine 

Can anyone guess WTF are they?

FAKER episod 2

- 02/02/2012

Thursday, January 12, 2012

F.A.K.E.R + Little Syrena = Updates

Jawapan kepada beberapa soalan yang ditanya oleh pembaca (blogger/pembaca luar) episod pertama F.A.K.E.R

Syabab tanya :
jap anya ni laki ka pompuan?? knpe kah frris suka toreh tgn die?

Jawapan :
Sebenarnya Anya itu adalah awek. Kakak kembar Farris yang keluar beberapa minit lebih awal dari Farris. Farris toreh tangan dia sebab dia ada masalah depresi disebabkan oleh 'sesuatu' / 'seseorang'

Hanie_Dew tanya:

1.farris bunuh siapa
2.kenapa dia nak bunuh diri so badly
3.kenapa aunty sophie benci katerina
4.mog farris ter-bunuh mak die ke.

Jawapan :
1. Ini adalah salah satu 'rahsia' mengapa Farris depresi, akan diberitahu kemudian. (ala-ala Desperate Housewives hahaha)
2. Sebab dia seorang yang tidak gembira dengan hidup dia. (sila jangan contohi dia)
3. Sophie anggap Katerina macam rival dia dalam dunia publishing, fesyen, keluarga dan semuanya.
4. Ini saya boleh bagitau. Tidak, mak Farris mati sebab penyakit (akan diberitahu kemudian sakit apa)

Juliet_iRa~" tanya:
kapten ais dengan dark bat??heee..mak dia mati sbb apa?

Jawapan :
Kapten Ais dan Dark Kat tu sebenarnya halusinasi Farris. Farris sebenarnya juga ada beberapa masalah mental lain seperti dissociative identity disorder. Ada sebab kenapa Kapten Ais dan Dark Kat itu wujud. Akan diberitahu kemudian. Mak dia mati sebab penyakit.

Mem besar tanya:
Eh rul cerita yang sama kan yang rul bagi kat akak hari tu? Kenapa versi ni lain sikit? Kurang ganas.

Jawapan:
Sy terharu akak sudi dtg. Versi yang saya bagi kat akak tu saya dah edit. Ganas sangat. Kang Sirim terajang saya. hahaha. (Sebenarnya mem besar ni editor saya / pembaca terawal FAKER.)

Terima kasih kepada semua yang sudi baca dan bagi feedback.

p/s : Gua bz gile bulan ni, tp Alhamdulillah sebab rezeki agak murah awal tahun
p/s/s : Ada cikgu 'baru' yang datang ke tadika Syrena. Beliau seorang awek, bukan seorang 'romeo'. Guess who? Next monday for a new episode of Little Syrena the series.

Tuesday, January 10, 2012

F.A.K.E.R Episod 1 : Selamat Tinggal

Farris nampak satu cahaya. Cahaya itu seperti mengajaknya untuk pergi bersama. Farris sudah bersedia untuk pergi, namun tiba-tiba muncul tsunami! Sekeliling Farris dipenuhi dengan air. Farris makin tenggelam, namun Farris hanya tersenyum.

Friday, January 6, 2012

F.A.K.E.R ep 1 Teaser : Cameo

Seorang je blogger akan cameo.
Nama beliau mula dengan 'S'.
Beliau suka 'kehidupan yang simple',
tapi ada 'seseorang' buat dia 'konfius' dan 'tunggu lama-lama'.

Siapa dia?

F.A.K.E.R episode 1 
Next Monday

Tuesday, November 29, 2011

F.A.K.E.R

Meet the players

F = This guy has more than one face

A = A cold Ice Princess with lot of issues

K = This Couture Queen hates to lose

E = Sex addict slash I-Want-To-Try-Everything

R = Regular dude who's looking for someone/something

New Series
Soon

Followers